Posted by: pinkturtle2 | May 17, 2008

Jelapang Padi Kehabisan Beras

Thailand tawar jual 300,000 tan beras

BANGKOK - Kerajaan Thailand menawarkan untuk menjual 300,000 tan beras kepada Malaysia daripada stok 2.1 juta tan yang sedia ada mengikut perjanjian antara kerajaan, kata para pegawai semalam.

Seorang pegawai kerajaan Thailand berkata, tawaran itu bagi memenuhi permintaan Malaysia untuk memperoleh 500,000 tan beras yang dibuat minggu lepas.

“Ini sebagai tambahan kepada 200,000 tan yang dibeli oleh Malaysia daripada Persatuan Pengeksport-pengeksport Thailand. Kami masih belum menerima sebarang pengesahan daripada mereka (Malaysia),” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Isnin lalu, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan Persatuan Pengeksport Beras Thai memeterai perjanjian bagi pembelian 200,000 tan beras, empat hari selepas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed bertemu Perdana Menteri, Samak Sundavarej untuk mendapatkan 500,000 tan beras dari Thailand.

Bagaimanapun, pada ketika itu, kerajaan Thailand hanya memudahkan perjanjian antara Bernas dan persatuan berkenaan memandangkan perjanjian antara kerajaan dihentikan baru-baru ini ekoran harga beras yang tinggi di pasaran dunia, yang pada masa ini berada di atas paras AS$1,000 (RM3,197).

kosmo

Leave a response

Your response:

Categories