Posted by: pinkturtle2 | Mei 17, 2008

Manila,Filipina – Rompakan Bank

Rompakan berdarah di Manila

MANILA – Sekumpulan penjenayah semalam mengarahkan sekurang-kurangnya lapan pekerja bank dan seorang pengawal keselamatan berbaris sebelum menembak mereka di kepala, kata polis.

Dalam rompakan bank antara paling berdarah dalam sejarah Filipina itu, seorang pekerja bank berada dalam keadaan kritikal.

Semua pekerja malang itu ditemui berlumuran darah di atas lantai sebuah cawangan bank Rizal Commercial Banking Corp. (RCBC) di Cabuyao, selatan Manila.

Kejadian hanya disedari apabila seorang pelanggan memaklumkan kepada pihak berkuasa setelah bank tersebut tidak dibuka walaupun sudah pukul 9 pagi, kata Ketua Suprintendan Polis, Ricardo Padilla.

“Ia merupakan kerja orang yang tidak berhati perut dan kami tidak akan membiarkan mereka terlepas,” katanya.

Padilla berkata para perompak itu dipercayai menggunakan alat penyenyap pistol kerana penduduk berhampiran tidak mendengar sebarang bunyi tembakan.

Pihak berkuasa mengesyaki dua pegawai keselamatan terlibat dalam kes itu kerana mereka menghilangkan diri selepas kejadian tetapi jumlah wang yang hilang masih belum diketahui. – AP

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 62 other followers

%d bloggers like this: