Posted by: pinkturtle2 | Mei 21, 2008

MB Perak umum bantuan RM1 juta untuk golongan miskin, ibu tunggal

MB Perak umum bantuan RM1 juta untuk golongan miskin, ibu tunggal

Oleh: Johari Jaafar Utara Online


IPOH,21 Mei - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan agar apa juga masalah yang dihadapi oleh mereka dapat diselesaikan mengikut keupayaan kerajaan negeri.

Justeru itu, Kerajaan Negeri memandang berat masalah yang dihadapi oleh golongan miskin tegar dan ibu tunggal di negeri ini dengan memperuntukkan RM1 juta bagi membantu 5,000 golongan ini bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh mereka.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, sewaktu menyampaikan ceramah perdananya di Mini Stadium Gugusan Manjoi baru-baru ini.

“Kerajaan Negeri akan cuba sedaya upaya membantu golongan miskin tegar dan ibu-ibu tunggal di negeri ini tanpa mengira fahaman politik, yang penting kita bertekad untuk membantu mereka,” katanya.

Menurut beliau lagi, peruntukan RM1 juta itu bagi bantuan kepada 5,000 golongan miskin tegar dan ibu tunggal di mana setiap mereka akan mendapat bantuan 30 kilo beras, lima kampit gula, dua kilo minyak masak dan duit belanja dapur RM100.

Pemberian bantuan tersebut sebagai bukti Kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa peka dan prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh golongan miskin tegar dan ibu tunggal, katanya lagi. …more

About these ads

Responses

  1. Bole ker ibu2 tunggal dari negeri lain ingin mohon bantuan ?

  2. saya ibu tunggal tetapi menetap di Johor Bahru……
    adakah saya layak untuk mendapat bantuan tersebut ….

  3. Saya ibu tunggal ingin memohon bantuan kewangan bulanan bagi saya dan anak anak, pernah mohon bantuan Baitulmal tetapi ditolak tanpa alasan yang logik. Bagaimanakah caranya untuk memohon.

  4. miskin tegar dan ibu-ibu tunggal. Miskin tegar itu sudah pasti miskin. ibu-ibu tunggal yang menyara anak-anak yang dikatogari miskin, tiada pendapatan tiada harta peninggalan, tiada pencen bekas suami beribu-ribu. Kena faham betul-betul Bukan janda kaya atau datn-datin tunggal yang tinggal di height-height dalam negeri Perak ini. Nama-nama mereka pun kebanyakan disediakan oleh JKKK pentadbir yan lalu. Masih banyak yang tak sebulu dengan JKKK lama tidak tersenarai.

  5. Tahniah. Tapis betul2. Pemimpin bawah angan salahguna.

  6. saya ibu tunggal di sri manjung perak nak buat pinjaman untuk perniagaan runcit…masalah saya dari segi modal…siapa boleh bantu saya….

    • cuba2 g ke AIM

  7. Nama saya Melissa, saya merupakan seorang ibu tunggal yang tinggal di Kampar, Perak. Saya juga merupakan ahli persatuan ibu tunggal tetapi tidak menerima sebarang berita mengenai skim bantuan yang dijalankan untuk membantu golongan miskin dan ibu tunggal. Saya hidup susah dan sedang menumpang di rumah abang saya. Saya harap kerajaan negeri perak dapat membantu saya walaupun saya bukan golongan bumiputera.

    • melissa, saya dari koperasi kinta utama perak berhad. saya harap melisa boleh call or email saya. no 0165616535 / 053633251
      mungkin kami boleh bantu melisa.

      • Cik Anne Bahrin,
        Saya ibu tunggal di Kuala Lumpur. Saya memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM15,000 untuk restructure semula kewangan saya setelah membayar hutang-hutang yang ditinggalkan oleh bekas suami. Harap dapat respon dari Cik Anne.

  8. Salam…

    Saya ada adik ibu tunggal di Ipoh yang sangat2 memerlukan bantuan. Beliau baru berhenti kerja di Tesco atas sebab2 yang tak dapat di elakkan dan baru nak mula kerja di tempat lain.

    Pendapatannya yang mungkin sekitar RM400 di tempat baru, saya rasa tidak mencukupi untuk menampung hidup beliau dan 2 anaknya yang masih bersekolah.

    Sekiranya, ada sesiapa yang tahu di mana untuk mendapat bantuan untuk beliau, tolonglah bantu beliau supaya beliau dapat meneruskan kehidupan. Di sini saya sertakan nama dan no telefon beliau ; Pn Normala 013 4187413

  9. Salam,
    Saya ibu tunggal dari Ipoh. Bekerja sebagai kerani swasta dengan pendapatan RM707.75 setelah ditolak kwsp dan socso. Kedua-dua anak saya adalah dalam tanggungan saya dan menetap bersama saya.
    Saya ingin memohon bantuan kewangan kerana pendapatan yang saya perolehi terpaksa saya gunakan untuk membayar hutang-hutang lama bekas suami. Memang pinjaman itu atas nama saya, namun oleh kerana bekas suami tidak bekerja, dia memaksa saya menbuat pinjaman untuk kegunaannya mendapatkan bekalan dadah untuknya.
    Sekarang saya menumpang di rumah ibu dan bapa di Kg Dato Ahmad Said Ipoh.

    Harap mendapat bimbingan dan bantuan pihak tuan..

    • Salam Sejatera,Saya Subaseini..berkerja sebagai Telemarketing di Astro berpendapatan RM.801.00 selepas tolak epf dan socso.Saya mempunyai tiga orang anak da masih sekolah rendah.Saya ingin mohon bantuan kewangan ,dan ingin mohon bantuan rumah kerajaan .Sekarang saya tumpang di rumah ibu-bapa saya di jelapang Ipoh.Sila hubungi saya di talian 016-5180152.Terima kasih

  10. saya seorang ibu tunggal yang berkerja sebagai kerani dan mempunyai seorang anak perempuan yang kurang upaya. boleh saya mendapat bantuan bulanan disebabkan saya duduk bersendirian dengan anak saya. terima kasih

  11. saya selaku ibu tunggal ingin memohan bantuan untuk bulanan kerana saye mempunyai 3 orang anak yang masih lagi kecil..

  12. saya seorang ibu tunggal mempunyai seorang anak. tinggal bersama ibu dan seorang adik yang juga seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak.saya terpaksa menampung perbelanjaan keluarga dan anak memandangkan bekas suami tidak memberi nafkah untuk anak.saya terpaksa membayar hutang lama bersama bekas suami dan hutang rumah setiap bulan.duit gaji saya tidak pernah cukup.saya pernah minta bantuan dengan JKM tapi alasannya saya masih muda masih mampu bekerja.dan pernah memohan dengan baitulmal juga tidak dapat alasannya tidak melepasi had kifayah.untuk meneruskan hidup saya terpaksa meminjam duit dangan rakan2 dan pinjaman persendirian yg mengenakan kadar bunga yang tinggi.setiap hari saya rasa tertekan dengan masalah kewangan ini.sedikit sebayak mengganggu tugas harian saya.saya ingin bantuan bulanan.sedikit sebayak dapat meringankan beban saya.terima kasih

  13. Sy pon ibu tunggal jgk xpnh dpt bantuan beras pon.cuma skli j dpt bntuan yayasan perak tuk ank tingkatan 5

  14. MEMOHON BANTUAN RUMAH

    Saya,SITI FATIMAH BINTI HAMID (510501-08-6536).
    Rumah yang beralamat,NO 8 BATU 6 PENGKALAN LIMAU 34600 KEMUNTING PERAK.Alamat yang saya tinggal sekarang adalah tanah wakaf,Saya hanya menupang di tanah ini,Saya adalah ibu tunggal bergantung tak bertali dan menpunyai 8 orang anak,Saya ingin memohon bantuan rumah baitumal Majlis Agama Islam Negeri Perak,Saya harap daripada pihak tuan puan dapat menerima pemohanan ini,jasa tuan puan amat dihargai.

    Sekian terima kasih.

  15. macamana nak apply online?

  16. askum sy nor hazlinda dr ipoh sy memerlukan bantuan disebabkan sy tidak mampu untuk bekerja disebabkan sakit SLE berkaitan saraf sendi yg membuatkan tangan dan kaki membengkak..sy megalami sakit ini selama 4 tahun sebelum ini sy masih mampu bekerja tapi makin lama keadaan sy makin teruk disebabkan pengambilan ubat prednisolone bg megurangkan kesakitan mata sy kurang jelas ada kalanya kabur untuk setengah jam badan sy jugak menjadi lemah menyebabkan tangan membengkak dan sukar untuk bergerak..disebabkan itu sy tidak mampu lg bekerja..saya ingin memohon bantuan baitulmal ini sy harap pihak tuan dapat menerima permohonan ini sy juga akn sertakan surat perakuan doktor bg megesahkan sakit sy ini..jasa baik tuan amat sy hargai..sekian..

  17. My brother recommended I may like this web site. He used to be entirely right.
    This put up truly made my day. You cann’t consider simply how so much time I had spent for this information! Thank you!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 62 other followers

%d bloggers like this: