Posted by: pinkturtle2 | Mei 25, 2008

Batu Puteh Sudah Terlepas,Hati-Hati Dengan Pulau Pisang Pula..

Kedaulatan Pulau Pisang

Oleh Azmi

SALAM sejahtera YB (Lim Kit Siang), saya adalah seorang anggota TLDM yang pernah ditugaskan untuk memantau kehadiran petugas rumah api warga Singapura di Pulau Pisang. YB, Pulau Pisang adalah pulau yang tidak dihuni, di mana penduduk asalnya telah berpindah ke tanah besar di Pontian, yang tinggal hanya dusun dan perkuburan yang tidak terjaga, Ia terletak di perairan Pontian, Johor dan jauh dari Singapura.

Persoalannya mengapa kita yang telah 50 tahun merdeka masih memerlukan bantuan Singapura untuk mengawal selia rumah api tersebut, adakah Jabatan Laut tidak berupaya untuk mengawal selianya.

Di sini saya ingin memaklumkan kepada YB, selama penugasan saya di pulau tersebut, kami tidak dibenarkan memasuki persekitaran rumah api, malah menggunakan jetinya juga dilarang apatah lagi memasuki kedalam rumah api. Maka sepanjang penugasan kami di sana, kami hanya memerhatikan dari jauh warga Singapura keluar masuk, tidak lebih dari itu.

Merujuk kepada kemenangan Malaysia keatas kedaulatan Pulau Ligitan dan Sipadan adalah atas dasar pembangunan dan kawal selia Malaysia di pulau tersebut, begitu juga kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura juga atas alasan yang sama.

Tidakkah kerajaan Malaysia berasa risau dengan kedudukan Pulau Pisang yang mungkin akan dituntut haknya oleh Singapura pada masa akan datang (tidak sekarang, mungkin 50 tahun akan datang. Tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh pun dilakukan setelah puluhan tahun ia mengawal selia pulau tersebut). Ada atau tidak perjanjian antara Malaysia dan Singapura yang jelas menyatakan bahawa kehadiran Singapura di Pulau Pisang hanya mengawal selia rumah api sahaja.

Apakah para penasihat Kementerian Pertahanan atau Panglima Angkatan Tentera tidak sedar akan perkara ini. Tidakkah PAT terfikir, sekiranya berlaku konflik antara Malaysia dan Singapura, dengan mudah mereka boleh menempatkan pasukan elitnya di pulau ini. Mahukah kita buah pisang berbuah dua kali? kehilangan kedaulatan wilayah kepada pihak yang berada jauh dua kali ganda jaraknya daripada kita.

Saya amat berharap YB dapat memanjangkan persoalan ini kepada Menteri Pertahanan semasa persidangan parlimen.

kelantankini

.

Ruhanie Ahmad Menulis… lihat di sini

(….Bagaimanakah kedaulatan kita ke atas Pulau Pisang di Barat Daya Johor yang rumah apinya juga kini diuruskan oleh pihak asing yang sememangnya amat dahagakan tanah?

Bagaimanakah kedaulatan Iskandar Malaysia di hari muka yang kini disifatkan oleh rakyat jelata sebagai wilayah Singapura Raya?

Bagaimanakah kedaulatan wilayah kita sendiri yang dicadangkan jadi lokasi Jambatan Bengkok bila projek itu tiba-tiba sahaja dibatalkan kononnya atas desakan negara jiran kita?

Sebagai anak Johor, saya mencabar diri saya sendiri, fikirkanlah di mana dan bagaimanakah kedaulatan kita ke atas ketiga-tiga wilayah di atas?

Adakah kita mahu terus menangis dan berduka kerana kehilangan kedaulatan kita ke atas Pulau Batu Puteh? Tidak wajarkah kita jadikah kekalahan itu satu hikmah yang mencabar kita untuk memperkukuhkan azam dan cita-cita kita mendesak kerajaan membatalkan Iskandar Malaysia dengan serta merta?

Tidak wajarkah kita gunakan kekalahan itu untuk mendesak pemerintah kita lebih berhati-hati dengan jiran kita di seberang Tambak Johor?

Tidakkah kita mahu memberitahu pemerintah kita bahawa Negeri Johor Darul Takzim adalah sebuah negeri frontline Malaysia di selatan. Dengan itu, sebarang tindakan, program, keputusan dan dasar yang membabitkan pihak jiran di selatan mestilah dikaji sehalus-halusnya sebelum dilaksanakan? …more

Kemaskini… Terkini

Bangunkan P. Pisang – Bagi menjamin status kedaulatan pulau milik Malaysia

PONTIAN 25 Mei – (Utusan Malaysia) Kerajaan perlu segera merangka program untuk membangunkan Pulau Pisang bagi menjamin status kedaulatan negara ke atas pulau tersebut berkekalan, selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut diminta mengkaji untuk mengambil alih pengurusan rumah api di pulau itu daripada Singapura.

Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan berkata, langkah itu penting kerana pulau tersebut mempunyai persamaan dari segi sejarah dengan Batu Putih.

Katanya, jika ia dibiarkan tanpa sebarang pembangunan sama ada oleh Kerajaan Persekutuan atau negeri, ia dibimbangi boleh membawa kepada satu lagi tuntutan bertindih.

“Ini kerana Pulau Pisang kini menempatkan rumah api yang diuruskan oleh pemerintah Singapura seperti mana yang mereka jalankan ke atas Batu Putih sejak sekian lama,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perkumpulan Wanita (WI) Johor, di sini, semalam.

Oleh itu katanya, Kerajaan Pusat atau negeri perlu merangka pembangunan di Pulau Pisang sebagai mengambil iktibar daripada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Batu Putih yang kini menjadi milik republik itu.

“Cukuplah Singapura mempunyai hak ke atas Batu Putih dan menyerahkan sepenuhnya operasi rumah api di Pulau Pisang kepada Kerajaan Malaysia,” tegasnya.

Menurut beliau, Pulau Pisang yang mengandungi empat buah pulau kecil dengan keluasan 178.4 hektar jauh lebih besar daripada Batu Putih yang saiznya hanya 0.1 hektar.

“Mengambil pengalaman pahit orang Johor apabila Batu Putih menjadi milik mutlak Singapura, Pulau Pisang tidak sewajarnya menerima nasib yang sama apabila berlaku tuntutan pada suatu masa nanti.

“Justeru Kerajaan Pusat dan negeri perlu mencari jalan untuk membangunkannya supaya tiada lagi sebarang dakwaan mengenai pemilikannya pada masa depan,” katanya.

Tambah Ahmad, sebagai pulau yang terletak di kawasan Parlimen Pontian, banyak perkara yang boleh dilakukan supaya pulau tersebut ‘diaktifkan’ dan tidak hanya berfungsi sebagai rumah api seperti sekarang.

“Antaranya ialah pembinaan jeti yang dimiliki sepenuhnya oleh Malaysia bagi memudahkan pelawat mendarat pada waktu surut serta bekalan elektrik dan air bersih,” ujarnya.

Sekarang ini hanya terdapat satu jeti di pulau itu yang dikendalikan oleh pihak Singapura untuk tujuan pengurusan rumah api tersebut.

Selain itu kata Ahmad, Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) boleh mencadangkan Pulau Pisang sebagai Taman Negara seperti Taman Negara Tanjung Piai dan Taman Negara Pulau Kukup.

Katanya, Pulau Pisang juga sesuai dijadikan tapak perkhemahan dengan syarat kemudahan awam seperti surau, tandas, bilik air dan sebagainya disediakan terlebih dahulu. …more


Respon

  1. Pemimpin umno johor dah makan suap tak peduli pulau pisang pada dia janji masuk duit. tu pasal la pulau pisang org pontian tengok dari jauh jee.. nak datang takut.. apahal niii… org johor lak takut… besar betul pangkat dia ni… bodohhh punya pemimpin melayuu..

  2. singapura adalah kepunyaan Melaya pada seketika dulu dan pulau ini di buka olih Sang Nila utama.Orang Melayu kenalah sensitive pada hak mereka kita perlu menjaga maruah negara. kita minta pemimpin kita supaya bijak dan jangan jadi lembu dan bolih berhujjah dengan fakta fakta yang tepat dan relevant.
    Islam itu dengan hujjah dan pemimpin perlulah bijak bertutur dalam bahasa ibunda atau pun bahasa asing.Melayu mesti belajar sejarah dan jangan gadaikan maruah bangsa dengan wang riggit.


Leave a response

Your response:

kategori