Posted by: pinkturtle2 | Julai 23, 2008

DATUK AHMD SAID HILANG ARAH DAN TIDAK ADA KRISMA

DATUK AHMD SAID HILANG ARAH DAN TIDAK ADA KRISMA

Datuk Ahmad Said Menteri Besar Terengganu hilang arah dan tiada daya saing kempimpinan berbanding dengan bekas menteri besar yang terdahulu. Ahmad Said perlu akur selepas hampir empat purnama tiada halatuju yang jelas untuk dinilai oleh rakyat Terengganu.

Rakyat memberi cadangan kepada Ahmad Said batalkan sahaja pembelian kereta mercedes 14 buah bernilai RM3.43 juta. Pembelian kereta baru dicadang kereta nasional proton perdana yang digunapakai oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Program rasmi yang Ahmad Said hadir sebagai tugas rasmi hanya projek yang telah dibentuk era Datuk Idris Jusoh. Belum ada projek atau buah fikiran Ahmad Said yang boleh dicanang sebagai pemangkin rakyat Terengganu. Tiada program berbentuk modal insan seperti pertanian, penternakan, yang bersifat kopetitif dan berdaya saing.

Rakyat mengharap Ahmad Said mengemukakan satu bentuk pembangunan yang berbentuk lestari dan memberi impak kepada rakyat. Contuh kemana arah dan halatuju perbadanan memajukan iktisad negeri Terengganu dan seluruh anak syarikat milik kerajaan. Satu badan yang diberi tanggung jawap pembangunan yang berteraskan ekonomi daya saing.

Dari tokoh Ahad Said ada gah pemimpin, tapi dari sudut krisma dan daya saing pemikiran pembangunan kearah masa depan yang mampan beliau sedikit ketinggalan. Daya pemikiran perlu ada wawasan dan halatuju yang jelas. Terengganu dikembalikan semula wang royalti Petronas 5% walaupun bentuk pemulangan tidak jelas, Ahmad Said perlu ada sasaran atau bentuk pembangunan bersifat mesra rakyat.

Rakyat merasa terkilan dengan pengumuman Ahmad Said membeli kereta baru berjanama mercedes dengan angka RM3.43 juta. Dan yang paling malang isu pembelian dibawa dan akan bincang ke mesyuarat Kabinet. Disini berlaku tidak cerdik Ahmad Said dalam situasi yang suram dan diselibuti isu dan suasana politik tanah air.

Rakyat menyaran kepada Ahmad Said kembali semula watak hari pertama Ahmad Said memegnag jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. Rakyat akan maaf kesilapan yang pertama. Rakyat masih sayang dan percaya kepimpinan Ahmad Said sebagai Menteri Besar dan Ketua Perhubungan Negeri Terengganu.

Kami rakyat Terengganu tidak akan berpaling tadah asalkan Ahmad Said tidak hilang punca atau terlupa siapa yang sokong apabila Ahmad Said dalam kes pencarian menteri besar masih segar dalam ingatan.


Leave a response

Your response:

kategori