
Perancangan Licik Untuk Memencilkan TG Nik Aziz
“Nampaknya cakap-cakap mengenai rundingan sulit diantara pemimpin tertinggi PAS dengan umno bukannya propaganda umno tetapi benar-benar berlangsung.Hari telah diketahui watak-watak PAS yang pergi berunding meskipun pada mulanya tuan badannya menafikan. Hingga sampai ketahap nak menyaman.
Perkembangan terbaru ini sangat mendukacitakan. Lebih mengecewakan apabila PAS mula menari mengikut irama yang dimainkan oleh umno iaitu ketuanan orang melayu.Kerana berjaya menang 6 kerusi DUN diSelangor dan berjaya menguasai Kedah, maka ebebrapa kerat pemimpinnya merasakan seolah-olah PAS sudah cukup gagah selepas PRU 12.
Apakah faedahnya ingin bersama umno yang kini berada dalam situasi kucar kacir ?umno tak ubah macam tongkang pecah. Percakaran sesama pemimpin tidak dapat disembunyikan lagi. Dengan izin Allah maka hati para pengundi cina dan india (yang selama ini cukup takut dengan PAS angkara hasutan dan momokan umno ) dibukakan untukmenyokong PAS dalam PRU 12. Jangan lupa dan angkuh, sokongan ini diperolehi dengan bantuan PKR dan DAP. Sekaligus memberi harapan kepada kita bahwa dalam PRU13 nanti akan tamatlah riwayat umno & BN yang telah bermaharajalela untuk sekian lama.
Umno dan BN kini tenggelam timbul kelemasan.Sepatutunya inilah masa untuk mengukuhkan lagi setiakawan dalam Pakatan Rakyat, Sesuatu yang tidak diduga PAS dalam senyap mengkhianati PR dengan mengadakan rundingan ‘underground’ di London. Tindakan PAS seolah-olah mencampakkan pelampung kepada umno yang sedang tenggelam timbul ditengah-tengah lautan.
Lupakah pemimpin-pemimpin PAS sebelum PRU 12 sewaktu mereka masih kuat adakah mereka menghulurkan jemputan mengajak PAS untuk sama-sama mengukuhkan lagi ketuanan melayu ? Apa yang PAS terima ialah hinaan, cacian dan pelbagai tohmahan untuk melemahkan PAS. Hari ini begitu mudah PAS melupakan segala-galanya hanya kerana janji-janji manis yang diberikan. Ya….memang untuk sepenggal mereka akan layan permintaan PAS. Tetapi selepas itu kita boleh duga nasib PAS.
Saya setuju sangat-sangat dengan lontaran keresahn TG Nik Aziz dengan perkembangan tidak sihat yang sedang berlaku dalam tubuh PAS. TG Nik Aziz peringatkan pengalaman pahit yang PAS pernah lalui dulu.Jangan sampai ianya berulang lagi.Umno adalah umno. Pegangan mereka , matlamat menghalal cara. Ini yang sedang berlaku. Matlamat mereka ialah untuk terus memegang kuasa. Situasi semasa memerlukan mereka berkorban. Jadi buat seketika mereka tidak teragak-agak mengorbankan kepentingan mereka kepada PAS. Dalam pada itu mereka merancang pelbagai pelan tindakan. Yang mereka lakukan sekarang ialah pelan jangka pendek.
Perkembangan terbaru ini samasekali tidak menguntungkan PAS. Pastinya akan adanya bantahan dikalangan pemimpin dan ahli-ahli. Ini akan memecahbelahkan dan sekaligus akan melemahkan PAS. Inilah yang dibimbangi oleh TG Nik Aziz iaitu kiri kanan akan membenci PAS.Dibenci oleh ahlinya sendiri dan dibenci oleh ahli PR.
Apakah ada dikalangan pemimpin tertinggi PAS yang cemburu kepada TG Nik Aziz? Apakah ada dikalangan pemimpin PAS yang memberi ilham kepada umno cara untuk merampas Kelantan daripada tangan TG ? Sekiranya PAS dapat dijinakkan menyertai umno maka boleh dihitung hari-hari PAS dalam genggaman TG.
Oleh kerana kelemahan Presiden kini kekecohan mulai berputik dalam PAS. Sedih dan hampa kerana begitu mudah PAS termasuk dalam ‘bobby trap’ yang dipasang oleh umno. Seperti yang TG ingatkan, jangan lupa pada sejarah. Ingatkan kembali cerita mudah tapi penuh pengajaran …” Kisah Melepaskan Anjing Tersepit “
Tindakan PAS tak ubah seperti ‘ perempuan tua yang nyanyok’. Siang dia tenun, malam dirosakkannya. Esok dia tenun lagi tapi bila tiba malam dia rosakkan lagi. Bayangkan sekian lama penat lelah usaha untuk memenangi hati para pengundi bukan Islam dan hari ini kita berjaya. Malangnya tak semena-mena sengaja mahu dirobohkan kejayaan ini.




























biarlah mereka bersatu padu.kan sesama islam..kenapa nak mencerca sesama sendiri.sesama islam.kamu cerca umno parti sesat,yahudi,munafik.tapi umno tu parti.adakah semua didalam umno seperti yang dicerca..malahan orang kafir kamu tak tentang.orang islam kamu cerca macam orang kafir.pade saya lebih baik bersatu dengan sahabat dari berkawan dengan musuh.bersatulah.mane2 parti ade kelemahan.
By: bebas on Julai 23, 2008
at 3:22 pm
walaupun umno lemah dalam islam..tapi merekalah satu2 sahabat kite ..orang islam.kenape nak memusuh.kenapa nak berdendam.bile aku baca bahan bacaan pembangkang,takde satu pun pujian,semua kejian.ape semua ni.inikah perjuangan islam..
By: bebas on Julai 23, 2008
at 3:24 pm
pade aku.aku sayang bangsa aku.bersatu adalah jalan terbaik..sekian
By: bebas on Julai 23, 2008
at 3:25 pm
apa gunanya memilih pemimpin yang sebangsa, sama warna kulit, tapi mempunyai NILAI KEPIMPINAN YANG BUSUK. manusia yang tidur lena di tilam empuk di mahligai indah umpama dunia ini syurganya…mengumpul kekayaan dunia dan memerintah bagaikan Hamann dan Firaun. Dan membiarkan orang lain hidup merempat, miskin.
Janganlah kita sekali2 melibatkan diri (mengundi/menyokong) dgn Golongan yang dijanjikan Allah akan azab yang dahsyat :
PEMIMPIN YANG ZALIM/TIDAK AMANAH!!
Wassalam
By: renungan on Julai 23, 2008
at 10:52 pm
kpd BEBAS, sesekali cuba anda buka blog U–O. adakah mereka sume berbudi bahasa bila bercakap dgn org yg tidak sehaluan dgn mereka. tak payah tengok kat penyokong, menteri-menteri dia kalau bercakap pun ikut sedap mulut je. nak bukti?????? bersepah…….
By: putrahj on Julai 24, 2008
at 1:54 am
Kepada bebas cuba bayangkan indah nya Malaysia bawah kepimpinan Pas atau DSAI selesai masaalah, UMNO mesti diletak Parti ketiga selepas PAS dan PKR mereka boleh menguasai hak orang melayu setakat 30 % selebihnya parti PAS dan Keadilan insyaalh Malaysia selamat.Why mentri yang ada hakprak Pak turut Pak Lah yang diikat tangan oleh tingkat $$ 4 $$$$$ x K.Allahuakbar
By: kancil K>B on Julai 24, 2008
at 4:08 am
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kami warga emas berdiri tegus dibelakan TGNA
UMNO dah hidup dengan tali hayat biarkan mereka
syok sendiri.kita orang PAS tetap PAS.
Takbir.
Sekian
By: membar pencen Lembah Keramat on Julai 24, 2008
at 1:27 pm
ikut demo la………mugo hok tulo jahhhhh
HIDUP TOK GURU….
HIDUP PRISIDEN
JAHANAM MEREKA2 YANG BERMUKA-MUKA DENGAN ISLAM.!!!!!!!
By: chepirate on Julai 24, 2008
at 1:59 pm
Se Kafir-kafir UMNO pun pak saudara kita juga. Biaq pi laa Pimpinan kita bermuzakarah dan bermuqabalah dengan UMNO asalkan ISLAM menang.
Memilih jalan damai dituntut Allah. Kalau kita gagal, serahkan pada Allah. Yang pentingnya sebarang tindakan tidak bercanggah dengan Allah.
By: Pak Ku Salor on Julai 24, 2008
at 6:55 pm
jange cayo.. nee smuo tipu.. jange lepas wee anying sepik.. nyo kekoh keting… nyanyo.. kawe dok cayo dohh.. skare demo dok teng prong v sik.. ado politik weeh.. kaw tau doh.. nyayo tok said..
By: soqmo on Julai 24, 2008
at 10:42 pm
[...] Perancangan Licik Untuk Memencilkan TG Nik Aziz [image] Perancangan Licik Untuk Memencilkan TG Nik Aziz “Nampaknya cakap-cakap mengenai rundingan sulit diantara [...] [...]
By: Top Posts « WordPress.com on Julai 25, 2008
at 8:05 am
ASSALAMUALAIKUM……..
pada teman pimpinan tertinggi jangan membuat salah langkah kali kedua..rundingan sulit dlm bentuk muzakarah@muqabalah atau apapun dianggap sudah mengkhianati rakyat yang mahu mengenyahkan BN yang tidak amanah sejak 50 tahun untuk memakmurkan Malaysia…
salah langkah kali ini berbeza kerana lepas PRU 12(rundingan sulit) ..sebelum ini sebelum (melalui outburst )PRU 11..impaknya sama sebab TV akan memutar belit keadaan dan membuat propaganda melalui TV..PAs @PR apa yang ada untuk membuat kenyataan kesemua pelusuk….jangan khianati usaha keras,tangisan dan airmata untuk membenam mereka…kalau dah mengikut rentak lawan maknanya kena tipu balik sebab kita tidak mahu pimpinan tertinggi ini di panggil naive oleh orang golongan marhaen…jangan main belakang….ini kenyataan yang pedih kalau ini berlaku tanpa diketahui..nak sekarang telah terbuka kisahnya….kalau dulu masa tiada media boleh terlepas pandang….jangan sekarang….
TGNA mempunyai pandangan yang tajam..TGHA dan Ust Nash & yang lain perlulah membuat homework…ketika rakyat turun padang, ketika rakyat membantah isu bahanapi,DSAI etc..kelibat dan kenyataan yg kurang membela PR tidak pulak kedengaran…bahkan membuat perjumpaan yg memberi impak negatif…kemengan PAS terdapat faktor DSAI dan satu lawan satu..memang tunjang Islam diperjuangkan…contoh pentadbiran di Perak dan kedahbelum teruji…cuma Kelantan baru…presiden dan Timbalan presiden patut berusaha keras dinegeri masing-masing untuk melebarkan sayap dan bukan menguncupkan sayap tapi merosakkan sayap yang semakin berkembang di bawah PR…
kalaupun nak melebarkan ukhwah surat bantahan rasmi @memorandum bantahan kenaikan harga minyak …INI ISU PALING PENTING…yang tegas diperjuangkan oleh DSAI ..tetapi kenapa PAS& DAP tidak secara jointly sama-sama membantah keras dan membantu sekali disamping memperbetulkan isu berkaitan Islam dinegara ini..kalau nak mendaulatkan Islam kenapa tak menegaskan melalui tindakan positif untuk membawa kes ini di mahkamah Syariah…melalui kaedah Qazaf@prinsip Syariah dan menolak Sivil mentah-mentah kerana jika hakim non-muslim hukum Islam cuma jadi mainan untuk kali kedua dan memalukan umat Islam LAGI SEKALI..kenapa nak sibuk dengan jawatan seangkan Islam dimalukan sebegitu rupa sambil rakyat diperbodohkan dengan isu minyak…sedar semua kita membayar k’jaan dengan harga ini kerana keuntungannya dimakan k’jaan yang tak amanah untuk memakmurkan M’sia..ini bukan muamalah Islam ,berat sebelah dan tak berperikemanusiaan…..mana perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam secara menyeluruh..???ini baru langkah pertama.????..kenapa PAS tak membantu kearah ini ?? i.e ambil tandatangan seramai mungkin rakyat membantah sifat gelojoh UMNO@BN menaikkan harga bahanapi untuk mendapatkan lebih banyak dana melalui rakyat semula yang semua tahu tidak menyokong mereka???? COME ON…SEMUA PERLU MUHASABAH BALIK…WAKE UP….
By: laser007 on Julai 25, 2008
at 11:27 am
kan tok guru penah cakap dulu, dengan syaitan pun kita bole bekerjaama..heehe so apa salahnya bekerjasama dengan UMNO..
By: anti umno on Februari 19, 2009
at 10:28 am
sebenarnye sy kesal kp TGNA..dier sepatutnyer berundur…mahathir pon dah berundur…lame betul TGNA…memang patut dipencilkan..pergilah wat ibadat jgn campur politik kotor ni…kesal ade jugak ulama begini…pepon jgn sampai masuk ker gerbang neraka…kerana ulama adelah waris nabi muhamad s.a.w ..kalo lar mereka tersilap pasti tuhan akan melaknat…dgn hinanyer…kekadang pembangkang ni dah takder moral…mengutuk,mengeji..dan mengata …MASUK PAS..baik,MASUK BN..HINA..rasullullah pon tak pernah wat begini..utk memperjuangkan islam..dier lembut..dan ramai yg tertarik ngan islam…sbb NYER…TGNA..jgn sampai sesat tak bersuluh..tuhan dah letakan ulama ke tempat yg mulia jgn lar TGNA NAK KELUAR DARI TEMPAT YG MULIA…
By: do re mi.. on Mac 23, 2009
at 10:13 am