Posted by: pinkturtle2 | Julai 24, 2008

Surat lamaran Untuk Tunang Saiful (Janna Syariza)

Surat Untuk Tunang Seypol

Assalamualaikum Cik Janna Syariza,

Diharapkan agar kehadiran surat ini tidak mengganggu hidup saudari.Saya
hanyalah seorang insan hina pada pandangan Khairy Jamaluddin yang
mengumpamakan saya seperti seekor beruk.Oh,harap maaf. Terlupa pula saya
bertanya khabar saudari.Apa khabar?Harap berada dalam keadaan sihat
selalu.

Akibat daripada tragedi yang telah menimpa saudari dewasa ini,saya amat
berharap agar saudari dapat bertenang dan dapat membuat pertimbangan
waras mengenai masa depan saudari.Tujuan saya menulis warkah hina ini
hanyalah untuk meyakinkan saudari supaya saudari tidak menyesal
kemudian hari kerana tidak memilih saya sebagai teman hidup.

Saya adalah seorang rakyat Malaysia yang berumur 27 tahun.Saya
mempunyai kerja tetap (saudari perlu ingat,wujud kes2 dimana isteri menanggung
suami) dan ini menunjukkan saya adalah seorang yang stabil dan
mempunyai masa depan yang boleh dikatakan agak cemerlang,gemilang dan terbilang.

Saya dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di merata-rata tempat.Kata ibu
saya,saya juga pernah dibesarkan di Rembau tapi semenjak Khairy
Jamaluddin menjadi Ahli Parlimen Rembau,saya agak malu mengaku saya
mempunyai kampung di Rembau.Seperti kata peribahasa,kerana najis
mughallazah setitik habis semua najis mukhaffafah jadi najis berat.

Saya telah selamat menamatkan pengajian saya pada tahun 2004 dan kini
sudah hampir 4 tahun bekerja.Walaupun pekerjaan saya sebelum ini agak
tidak menentu tapi alhamdulillah kini saya mampu untuk
sekurang-kurangnya membelanja saudari makan (kalau Cik Janna sudi)

Cik Janna,

Kisah hitam yang berlaku haruslah Cik lupakan.Buang yang keruh ambil
yang jernih.Saya dengan ini mengakui yang saya tidak pernah diliwat oleh
sesiapa pun,itu adalah kelebihan saya.Sudah pasti Cik Janna juga
inginkan seorang suami yang tidak pernah diliwat oleh mana2 lelaki?
Tidak pernah pun saya membenarkan seorang lelaki yang sudah berumur
menyentuh tubuh saya.Jikalau ada pun lelaki yang cuba memperkosa saya
sudah pastilah saya mampu menentangnya kerana come on la,
saya 27 tahun lawan dengan lelaki tua umur 60 tahun yang ada sakit
tulang belakang,mestilah saya menangkan?
Dari segi kekuatan fizikal saya adalah pilihan terbaik Cik Janna.

Sebelum saya terlupa,di sini saya sertakan sedikit butir2 peribadi saya
dengan harapan agar dapatlah Cik Janna pertimbangkan untuk dijadikan
pilihan hidup Cik.

Nama : Man
Umur : 27 tahun
Alamat : Kuala Lumpur
Makanan Kegemaran : Nasi Ayam
Minuman Kegemaran : Teh Ais
Hobi : Mengumpul setem dan menulis
Cita-Cita : Menjadi seorang Timbalan Perdana Menteri selama-lamanya
Impian Hidup : Mendapat tempat dihati saudari

Saya mempunyai impian ingin berkeluarga dan saya sudahpun memilih nama
anak-anak saya nanti (jika saudari tak keberatan menerima permintaan
saya ini) Jikalau anak lelaki saya ingin namakan dia Najib.Jika anak
perempuan saya ingin benar nama anak kita nanti Rosmah.
Mungkin kalau rezeki kita murah nanti,anak yang ketiga (harap2 lelaki seorang lagi,
saya ingin benar anak lelaki 2 orang) akan diberi nama Sharibuu.
Diharap saudari dapat menggambarkan betapa bahagianya kita berdua keluar
bersama-sama 3 anak kita nanti,Najib,Rosmah dan Sharibuu berkelah di Kolam Suria KLCC.

Dengan ini saya amat berharap agar saya tidak bertepuk sebelah
tangan.Petimbangkan permintaan saya ini,Insya Allah saudari tidak akan
berputih mata.

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Ikhlas,

Mantot

Thank You.
M.Irwan
irwan@internet-webhosting.com


Tanpa edit, Sebagaimana Email asal yang dikirimkan..

About these ads

Respon

  1. Bahagia hendaknya Cik Janna Syariza mendapat bakal suami sebaik Man. Dengan anak-anak yang comel beserta nama-nama yang indah,iaitu Najib,Rosmah dan Sharibuu, dan jika ada rezeki dikurniakan cahaya mata yang ke empat, elok benar kiranya di namakan dengan nama Nurul Altantuya. Hehehe.:)

  2. [...] no responses Aku melompat-lompat blog.. Tiba-tiba terbaca surat nihh… [...]

  3. Di harap lebih bahagia kalau dapat membela kucing Parsi di namakan C4 sekali…..untuk dibelai oleh semua ahli keluarga….

  4. Harap-harap cik Jana menerima tawaran ini dengan hati terbuka..bersyukurlah kerana ada insan yang lebih baik dari Sepol yang membenarkan B*****t di lewat oleh orang tua

  5. Nanti dulu, apa nama, manalah mungkin Cik Janna Syariza, sanggup mengubah hatinya kepada balak lain yang tidak memiliki Kondominium dengan nilai harga RM 2.2 juta.

    Hairan bin ajaib, seorang balak yang kantol UNITEN dengan usia 23 tahun, mampu membeli atau memiliki Kondominium semewa itu. Bertuah punya balak. Apa pun, semoga kucing kesayangan Cik Janna Syariza, dinamakan dengan panggilan manja C4 hendaknya, hehehe.:)

  6. kpd cik jana..kalau cik jana tak kwen ngn abg man kawen ngn sy pun pe lah..bontot sy tk pernh pecah..sy iras muka mcm najib..cik jana harp tabah..maseh ader insan yg sudi menerima cik janna..sy lah sapa lagi..ini no tel sy..kalau rindu miss call la sy..0191235834

    dr,
    jejaka kacak..(kacak la sgt)

  7. janna…tak payahlah u nak risau sangat pasal si saypool tu. satu dunia dah nampak KEBAIKAN dia.i takutla…biasanya orang yg suka buat FITNAH ni akan terbalik kat dia, nanti u kahwin ngan dia….i takut dia…dia….dia…..oh tidak……!!!!
    ataupun u memang merelakannya? semoga ALLAH memberi pertunjuk kepadamu janna. ingat!C4 kat neraka lagi maha dasyat.

  8. jangan tergoda jana….semua jejaka tu kalo dah kawin dengan depa takut jubos jana pulak jadi mangsa mana le tahu kempunan nak balas dendam….jangan jana jaga lah jubos anda sebelum anda dijubos kan…

  9. husih..camne boleh tersebar sebegini rupa surat cinta yang aku karang ni?

  10. Apa nama, kununnya terpaksalah sdr Mantot putih mata dek melepasnya Janna Syariza!

    al-sebab wal-musabab, Dr. kata pintu najis besar Sayfool masih virgin. Tegasnya tak diliwat oleh DS Anwar atau oleh sesiapa pun. Hehehe.:)

    Tahniah juga buat Janna Syariza, lantaran dubur balaknya tak rabak dek letupan C4 sebagaimana yang diwar-warkan.

    Apa pun, kesanggupan Sayfool menjadi ‘Kambing Hitam’ oleh para keparat politik dan pemegang kuasa yang muflis nilai agama dan moral, sungguh-sunggguh mencemar dan mengaibkan melayu dan sejarahnya zaman-berzaman…

  11. seronoknya main main kan orang ya. Insyaalah tuhan maha melihat dan maha mendengar. Satu hari di balas balik, kalau tak di dunia, di akhirat kelak. Jangan laa sampai buta perasaan dan tak berhati perut, melekehkan kepritan hidup orang lain. Ni ibaratkan lalat mengelilingi hampas, ramai ramai se olah olah gembira sama sama mentertawakan kesedihan orang lain. Malu laa sikit kat diri sendiri tu hoi!

  12. haha surat lamaran tu boleh pakai ke?

  13. Ini orang nya, Idaman dara, Misai ada janggut Tiada.
    Ini orang nya, Idaman dara, Tuboh Sasa, Lembek Tiada.
    Ini orang nya, Idaman Puteri, Sekolah Tinggi, Ada Degree.
    Ini orang nya, Idaman Wanita, BiniTiga, Satu lagi boleh ka.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: