Posted by: pinkturtle2 | Ogos 1, 2008

Umno Permatang Pauh tidak mahu Ezam

Kami mahu anak Permatang Pauh menjadi calon.Ezam Mohd Noor yang kini menyertai Umno, belum dapat diterima sepenuhnya oleh masyarakat di situ.susah untuk memperkenalkan calon- Datuk Abdul Jalil Abdul Majid

Kami mahu anak Permatang Pauh menjadi calon.Ezam Mohd Noor yang kini menyertai Umno, belum dapat diterima sepenuhnya oleh masyarakat di situ.susah untuk memperkenalkan calon baru yang bukan anak tempatan dalam masa yang singkat - Datuk Abdul Jalil Abdul Majid

Ezam yakin Anwar menang, Umno Permatang Pauh tidak mahu Ezam

Dalam pada itu, Ketua Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata: “Kami mahu anak Permatang Pauh menjadi calon.”

Kata beliau, bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Noor yang kini menyertai Umno, belum dapat diterima sepenuhnya oleh masyarakat di situ.

Ekoran pengumuman itu, terdapat cadangan supaya Ezam bertanding di situ sebagai calon Barisan Nasional berdasarkan kepada pengetahuan beliau mengenai Anwar.

“Anwar sudah bertapak di Permatang Pauh sejak 1982 dan agak susah untuk memperkenalkan calon
baru yang bukan anak tempatan dalam masa yang singkat kerana masyarakat di sini begitu mementingkan faktor orang yang mereka kenal atau tahu,” kata Abdul Jalil dipetik Bernama di Butterworth.

Beliau ditanya mengenai orang yang bakal dipilih oleh Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Parlimen Pauh tidak lama lagi.

Beliau berkata, calon BN itu mestilah orang yang boleh berkhidmat kepada masyarakat dan mengambil berat kesusahan mereka.

Mengenai persiapan, Abdul Jalil berkata bahawa sebaik saja selesai pilihan raya umum 8 Mac lepas,
Umno Bahagian Permatang Pauh sebenar sudahpun mengerakkan jenteranya bagi menghadapi pilihan raya kecil di situ kerana menjangkakan Wan Azizah memang akan mengosongkan kerusi itu untuk Anwar.

“Kita tidak terkejut dengan pengumuman Dr. Wan Azizah itu kerana semasa berkempen pada pilihan raya umum dulu beliau sudah memberitahu mengenai perkara ini. Jadi, persiapan kita memang telah bermula awal lagi,” katanya.

Abdul Jalil berkata, Umno bahagian itu telah mengadakan majlis penerangan di semua 92 cawangannya sejak dua minggu selepas pilihan raya umum selesai bagi menghadapi kemungkinan ini.

“Kursus pilihan raya juga telah diadakan untuk pergerakan Puteri dan Wanita sama ada di peringkat cawangan mahupun bahagian. Insya-Allah, persediaan kita sudah teratur,” katanya.

Beliau berkata, dengan bantuan dan kerjasama parti komponen BN yang lain, “pertembungan” yang dianggap paling sengit dalam sejarah pilihan raya di Permatang Pauh nanti dapat ditempuhi dengan lancar.

Abdul Jalil berkata, sejak kawasan itu diwakili Dr. Wan Azizah, penduduk Permatang Pauh “letih” menghadapi karenah pemimpin parti itu yang hanya memecahbelahkan keharmonian masyarakat dan menyekat kemajuan dan pembangunan di kawasan berkenaan.

“Cukuplah kesusahan yang telah kita lalui. Hanya kerana hendak memperjuangkan Anwar seorang, orang lain terpaksa mendapat susah.

“Buktinya, penat lelah menghadapi pilihan raya umum belumpun reda, kita terpaksa menghadapi satu lagi pilihan raya. Semua orang akan mendapat susah kerana dia. Ini bukan perjuangan untuk rakyat tetapi perjuangan peribadi,” katanya.

Walaupun mengakui pertandingan kali ini memang sukar, Abdul Jalil berkata, Umno yakin dapat memenangi hati rakyat menerusi usaha dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin parti itu untuk membela nasib rakyat.

Mstar


Respon

  1. Rakyat tak letih pun……..yang letih org UMNO hilang kuasa….nanti soruuuuuuuuu miss…….perut dah besar makan kena banyak….

  2. Ini bukan perjuangan untuk Bro Anwar……tetapi perjuangan untuk rakyat Malaysia…….Bro Anwar pejuang rakyat……sempena hari pahlawan…….memang sesuai le bro Anwar umumkan akan bertanding……bro Anwar memang sesuai jadi pahlawan zaman ini……hidup bro Anwar……

  3. kalau saya la..
    tak rasa letih pun mcm yang akhbar2 gilos tu cakap..
    wan azizah mengkhianati pengundi?
    woii. kami tak pernah rasa dikhianati, kami seronok lagi ada laaa….

  4. yang jadi pengkianat adalah UMNO@BN… semua kawasan yang PR menang, bajet ditarik balik. lepas tu kata tak dak pembangunan… piiiraahhh mampuss… rakyat bukan bodoh. dulu bolehla… hampa canang di tv dan rakyat percaya bulat2. la ni kami tak percaya dah… la ni tv dah mula dok canag tiada pembangunan di permatang pauh, lepas ni adalah orang susah keluar dalam tv, perasmian bangunan baru dan bermacam2 lagi. semua tu dah boleh diagak oleh kita. lagi dekat nak mengundi lagi banyak iklan BN. apa semua ni duit BN ka? kalau dah hebat sangat lawan secara gentle la… lepas ni semua media dan jentera kerajaan akan di arahkan untuk memburuk2kan calon PR(DSAI) dan mcm2 lagilah. kita tunggu dan lihat sajalah. sebagai anak watan penang, aku nak tengok kali ni calon BN kalah dengan seteruk2nya…..

  5. Lagi seronok ada la, kalau boleh ada mengundi tiap-tiap bulan lagi bagos sebab dapat duit dan leh makan free hari_hari,
    lagipun yang UMNO bagi tu duit rakyat jugak, sapu ajalah. Kali ni nak mintak tanah 1 ekar pulak kat UMNO. kalau dia tak bagi nanti kita pakat pilih DSAI pulak. waktu ni la kita nak pekuda depa, lepas mengundi nanti jgan harap la nak nampak batang idung. kali ni minta UMNO tolong bawakan kami artis dari luar pulak. BARU BEST……


Leave a response

Your response:

kategori