Posted by: pinkturtle2 | Ogos 2, 2008

Kenapa Ezam Kemaruk Sangat Nak Lawan Anwar

Ezam tentunya takkan melepaskan peluang ini. Jika dia terpilih sebagai calon, sudah tentu gambarnya, ucapannya, personalitinya akan menghiasai media-media arus perdana dalam tempoh berkempen. Ahli politik mana yang tidak mahu ‘publisiti mudah’ sebegini.

Ezam tentunya takkan melepaskan peluang ini. Jika dia terpilih sebagai calon, sudah tentu gambarnya, ucapannya, personalitinya akan menghiasai media-media arus perdana dalam tempoh berkempen. Ahli politik mana yang tidak mahu ‘publisiti mudah’ sebegini.

KENAPA EZAM NAK LAWAN ANWAR?

Jika Barisan Nasional dah sedar kelemahan mereka di kerusi itu, siapakah calon yang paling sesuai untuk melawan Anwar? Adakah Ezam yang akan dipilih ataupun calon lama, Ustaz Firdaus Ismail yang akan dipilih?

Sebelum ini, Ezam beria-ia benar mahu melawan bekas bosnya itu. Tiada apa yang pelik dengan keberanian Ezam kerana sebagai ahli biasa UMNO, Ezam tentunya berangan-angan untuk mendapatkan ‘jawatan besar’ dalam UMNO.

Kesediaannya melawan Anwar adalah untuk membuktikan kepada UMNO bahawa dia bukan lagi ‘orang Anwar’ dan dia benar-benar ‘ikhlas’ dalam perjuangannya sekarang. Apa yang penting bagi Ezam sekarang ialah dia mesti mendapatkan kepercayaan daripada ahli-ahli UMNO secepat mungkin. Soal menang atau kalah di pilihanraya kecil itu tidak penting.

Untuk mendaki ke puncak UMNO, Ezam tentunya takkan melepaskan peluang ini. Jika dia terpilih sebagai calon, sudah tentu gambarnya, ucapannya, personalitinya akan menghiasai media-media arus perdana dalam tempoh berkempen. Ahli politik mana yang tidak mahu ‘publisiti mudah’ sebegini.

Jika Ezam kalah sekalipun dalam pilihanraya itu, dia tidak akan dipersalahkan kerana semua orang tahu yang kerusi Permatang Pauh adalah kubu kuat Anwar. Yang pastinya, biarpun Ezam kalah dalam pilihanraya itu, tapi dia menang dalam memasang strategi ke puncak kuasa UMNO. Selepas itu, mudahlah baginya merancang strategi yang seterusnya.

Apapun, kita tunggu keputusan muktamad dari BN. Adakah Ezam ataupun calon lain yang akan terpilih nanti.

http://nuraflah.blogspot.com


Respon

  1. ezam tak payah sebok2 u tanding buang masa je 100% kalah pnya. kalau berani suruh PM dan TPM letak jawatan lawan Anwar di Permatang Pauh.

    5

  2. umno byr ezam brapa juta RM ?

  3. masa kena tahan ISA dulu..kan elok duduk dlm tu diam-diam,inilah manusia hipokrit talam 2 muka

  4. Alah hei jgn di layen budak ejam tu. Buat tak lau aje. Lama2 dia jadi dungu le bila tak ade oghang nak lain dia…..

  5. ezam!?.. muahahahahaa!!!


Leave a response

Your response:

kategori