Posted by: pinkturtle2 | Ogos 6, 2008

Wan Nor Azlin Sengsara Kerana Ceti Haram

WAN NOR Azlin Wan Mohd Husain bersama Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong pada sidang media di Kuala Lumpur semalam.

WAN NOR Azlin Wan Mohd Husain bersama Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong pada sidang media di Kuala Lumpur semalam.

ARTIS DIBURU AH LONG…

Pelakon Wan Nor Azlin Wan Mohd Husain turut menjadi sasaran ceti haram atau ‘Ah Long’ setelah suaminya dipercayai gagal untuk menyelesaikan hutang. Justeru, dia merayu suaminya agar pulang untuk menyelesaikan masalah itu.

“Hanya dia saja yang tahu daripada siapa dia meminjam wang tersebut. Saya mahu dia pulang,” katanya pada sidang media anjuran Biro Pengaduan Awam MCA, Kuala Lumpur semalam.

Menurut Azlin, dia juga risau akan keselamatan keluarganya dan berharap agar suaminya itu dapat memberikan kerjasama dengan pihak polis untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Mstar

Belum ada tanda-tanda suami Wan Nor Azlin akan pulang

06-08-2008 12:57:11 PM

PETALING JAYA: Sehari selepas membuat rayuan di Biro Pengaduan Awam MCA supaya suaminya pulang untuk menyelesaikan masalah gagal membayar hutang dengan ‘ah long’ atau ceti haram, pelakon Wan Nor Azlin Wan Mohd Husain, 40, belum menerima apa-apa maklumbalas mengenai kepulangan suaminya, Mohd. Yazli Yaacob, 39.

Suaminya yang menghilangkan diri sejak 10 Julai lalu kerana dipercayai telah berhutang dengan sekurang-kurangnya 30 ‘Ah long’ sehingga pinjamannya dianggarkan mencecah RM200,000.

Semalam, Azlin telah menghadiri sidang media mendedahkan masalah itu di Ibu Pejabat MCA di Kuala Lumpur. Turut serta dalam majlis tersebut adalah Ketua Biro Pengaduan MCA, Datuk Michael Chong dan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Freddie Fernandez.

“Setakat ini, tiada apa-apa maklumbalas dari pihak polis dan Biro Pengaduan Awam MCA yang suami saya akan pulang.

“”Ah long’ pun tidak datang mengganggu saya dan keluarga lagi. Saya harap mereka (Ah long) jelas dan faham dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Michael Chong iaitu pihaknya berjanji akan membantu saya jika pinjaman tersebut dibuat menerusi pemberi pinjaman berlesen.

“Jangan jadikan saya dan anak-anak sebagai mangsa. Apa-apa pun, suami saya kena bertanggungjawab dan tampil untuk menyelesaikan masalah ini,” beritahu Azlin.

Mstar

About these ads

Responses

  1. [...] appeals to husband to settle loan sharks debts Usah ganggu keluarga peminjam Rayu 30 along bincang Wan Nor Azlin Sengsara Kerana Ceti Haram Tags: isu semasaPosted in kehidupan, santai | Belajar cara untuk menternak kambing dengan [...]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 62 other followers

%d bloggers like this: