Posted by: pinkturtle2 | Ogos 6, 2008

Siti Aishah Tetap Mahu mendaftarkan perkahwinannya

Siti Aishah mendaftar perkahwinan dengan Wan Ismail di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, semalam.

Siti Aishah mendaftar perkahwinan dengan Wan Ismail di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, semalam.

Tetap mahu daftar nikah

KOTA BHARU: Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri ini antara yang hadir menyaksikan majlis pernikahan Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, 53, dengan seorang wanita warga Kemboja, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, perkahwinan wanita berketurunan Cina itu, Siti Aishah Abdullah, 24, dengan Wan Ismail di Kuala Lumpur pada 2003 didakwa tidak didaftarkan.

Keadaan itu menimbulkan masalah apabila pasangan berkenaan memohon pengesahan cerai di Mahkamah Syariah di sini, Julai lalu, selepas mahkamah menolak permohonan wanita itu kerana sijil nikahnya mencurigakan.

Berikutan itu, Siti Aishah yang juga isteri kedua Wan Ismail hadir ke Mahkamah Syariah di sini, semalam bagi mendaftarkan perkahwinannya serta memberi keterangan berhubung status perkahwinannya.

Difahamkan, Wan Ismail sudah hadir ke mahkamah sama Khamis lalu untuk mendapatkan pengesahan sama ada perkahwinan mereka mengikut syarak atau sebaliknya.

Kedua-dua mereka membuat pendaftaran dan memberi keterangan di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah, Mohamed Yusoff Awang mengikut Seksyen 12 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2002 bagi memastikan sama ada perkahwinan itu berlaku atau sebaliknya.

Siti Aishah yang tiba di Mahkamah Tinggi Syariah ditemani peguamnya, Mohamed Sibri Ismail, kira-kira jam 3.45 petang bersama abangnya, Mohd Yusof Kim Mohamad, 27.

Mohamed Sibri ketika ditemui berkata, anak guamnya itu mendaftarkan perkahwinannya dengan Wan Ismail bagi mendapatkan pengesahan pernikahan itu mengikut hukum syarak dan Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan sebelum membuat tuntutan lain termasuk pengesahan perceraiannya.

“Mahkamah memanggil Siti Aishah hari ini (semalam) bagi memberi keterangan selepas suaminya (Wan Ismail) sudah memberi keterangan di mahkamah ini, Khamis lalu.

“Selepas itu, mereka akan dipanggil untuk mendengar keputusan yang dijangka 19 Ogos ini sama ada perkahwinan itu sah atau sebaliknya,” katanya.

Siti Aishah ketika ditemui pula berkata, dia tetap akan mendaftarkan perkahwinannya dengan Wan Ismail walaupun dikatakan sudah diceraikan pada 16 April lalu di rumah sewanya di Kota Bharu.

“Saya tetap mendaftarkan perkahwinan dengan Wan Ismail di mahkamah ini walaupun sudah diceraikan kerana mahu mahkamah berlaku adil terhadap nasib saya dan dua anak yang masih kecil hasil perkongsian hidup dengan suami selama lima tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, dia juga bersedia memberi keterangan dan menuntut haknya sebagai isteri ditinggalkan suami tanpa sebarang sebab.

“Bagaimanapun, saya reda dengan kejadian ini kerana mungkin sudah ditakdirkan jodoh antara kami habis tapi berharap Wan Ismail akan lebih bertanggungjawab terhadap dua anaknya yang masih kecil selain berharap kes ini selesai secepat mungkin.

“Jangan disebabkan sudah ada pengganti, Wan Ismail sanggup meninggalkan darah daging sendiri yang memerlukan kasih sayang dan pembelaan sewajarnya,” katanya.

Akhbar ini sebelum ini melaporkan, Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu menolak permohonan pengesahan cerai yang difailkan isteri kedua Adun Melor itu selepas pasangan terbabit didakwa menggunakan sijil nikah meragukan.

Penolakan itu dibuat Hakim Syarie Nik Najib Che Hassan selepas mendapati sijil nikah yang digunakan Adun Pas itu bersama pasangannya, seorang wanita Kemboja keturunan Cina, Siti Aishah tidak pernah dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

http://www.hmetro.com.my

About these ads

Respon

  1. Alaaa…ni lagi satu…kes rumahtangga ko ni..tak kan laa tidak diuruskan tanpa publisiti. Ataupun ko sengaja meraih simpati org awam? Rakyat semua jgn mudah terpedaya dgn cerita sebegini. Org lain pun ade masalah rumahtangga…tu…kat mahkamah pun bertimbun kes rumahtangga. Tak de pun nak kecoh2 kuar kat media. Tak adil la kalau kita diminta menjadi hakim kepada kes depa ni…. Kat Johor ni banyak kes jugak perempuan2 Kemboja yg sengaja atau merancang utk berkahwin dgn rakyat tempatan demi mendapatkan kerakyatan disamping memperluaskan empayar perniagaan mereka. Ada diantaranya sanggup menyerahkan anak2 mereka kpd org lain utk menjaga….kadang2 sebulan hanya sekali dtg menjenguk. Bagi mereka..yg penting cari kekayaan… Silap2 minah sekor ni pun sengaja merancang strategi…pirahhhhh..

  2. amoi ni cukup putih dan cantik


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: