Posted by: pinkturtle2 | September 1, 2008

‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ boleh cegah jenayah – Guan Eng

Sempena bulan puasa ini saya menyeru semua pihak tidak kira apa bangsa dan agama sekali pun marilah kita bersama-sama mengamal ' Amal Makruf Nahi Mungkar' sebagai jalan terbaik untuk atasi gejala moral di negara ini,
Sempena bulan puasa ini saya menyeru semua pihak tidak kira apa bangsa dan agama sekali pun marilah kita bersama-sama mengamal Amal Makruf Nahi Mungkar’ sebagai jalan terbaik untuk atasi gejala moral di negara ini – Ketua Menteri Pulau Pinang

Hanya ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ boleh cegah jenayah – Guan Eng

PERMATANG PAUH, 1 Sept (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyeru semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, keturunan atau bangsa mengamalkan ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ jika mahu segala masalah seperti kadar jenayah, kecurian, rasuah dan penyelewengan dapat dikurangkan.

Ujar beliau, hanya dengan mengamalkan kebaikan sambil menghindarkan perkara yang boleh menghampiri perbuatan terkutuk negara dapat diselamatkan daripada hancur.

“Sempena bulan puasa ini saya menyeru semua pihak tidak kira apa bangsa dan agama sekali pun marilah kita bersama-sama mengamal ‘ Amal Makruf Nahi Mungkar’ sebagai jalan terbaik untuk atasi gejala moral di negara ini, ” tegasnya sewaktu memberikan ucapan sempena Makan Malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang meraikan kemenangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

Beliau percaya, semua agama mengamalkan kebaikan maka tidak menjadi kesalahan sekiranya rakyat yang cintakan keharmonian, kesejaheraaan, keadilan dan ketamadunan sejagat.

Image Menurutnya, negara akan terus maju dengan sikap atau amalan tersebut kerana ia terbukti dengan pemerintahan secara Islam yang mementingkan kaedah berkenaan.

Guan Eng berkata, setelah mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh semua petugas jangan bersikap sombong dan bongkak kerana sikap sebegitu boleh mengundang kemarahan orang ramai yang akhirnya menggagalkan matlamat Pakatan Rakyat. (Gambar – Lim Guan Eng berucap, hadir sama Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Dato’ Zaharin Hashim dan Ustaz Salleh Man).

Katanya, petugas atau pun ahli parti di parlimen Permatang Pauh hendaklah mengerakkan semua organisasi seperti biasa serta senantiasa bersiap sedia membantu masyarakat.

“Kita dah menang dan untuk menjagai kemenangan satu tugasan yang amat berat. Maka, ia perlu kerjasama yang baik daripada semua parti dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Image Kerajaan negeri katanya, mengemukakan lima prinsip yang patut diikuti untuk mengujudkan situasi yang aman dan makmur dalam urus tadbir pemerinthan.

Pertamanya, pemerintahan mesti bersih. Kedua, cekap dalam segala bidang urus tadbir yang membabitkan kakitangan kerajaan ataupun swasta.

Ketiganya,pemerintahan berlandaskan demokrasi yang betul,

Keempatnya pula, mengwujudkan perpaduan dengan lebih sistematik serta memperkasakan rakyat berbilang bangsa dan ke lima, perlu menegakan sifat keharmonian, rendah diri dan merdeka secara hakiki.

http://www.harakahdaily.net


Respon

  1. Alhamdulilah….
    Lim Guan Eng boleh menerima cara islam mentadbir negeri. Diharapkan PAS dan DAP akan selalu bermuzakarah demi kebaikan agama, bangsa dan Negara.

  2. Baru boleh cakap 4 perkataan tu…anda dah percaya?

    Anda belum kenal kaum Lim Guan Eng lagi…tiada yang percuma…

  3. Bukan soal percaya atau kenal tapi soal prinsip yang dibawa. Prinsip Islam itu sesuai untuk semua manusia, bukan untuk Iskam dan Melayu saja. Kita bersyukur kepada semua pemimpin yang peka seperti Lim Guan Eng. Amal Makruf Nahi Munkar adalah ajaran untuk semua manusia.
    Kenal percaya bukan ukuran. Pagar kenal padi, padi percaya pagar begitu pun pagar juga yang makan padi. Kedua-dua tak ada prinsip.

  4. hahaha bagus la 400 hektar tanah di perak dah dapat kat depa dah…. sebelum tu pajak tanah 999 tahun kat depa jugak….aduh la haiiiiiiii tak tau nak kata apa ….

  5. “ISLAM ITU RAHMAT UNTUK SELURUH ALAM.”
    - Naspazi

  6. manis dan tahla…….entahla apa benda tak betul pada ngko ….benda bagus ….apasalahnya…dia pun pandai terapkan nilai islam…benda tu untuk kebaikan…gomen sedia ada tak pulak buat seruan lagi…dah Ramadan pun….atau masih tak seru-seru lagi…dia at least pandai hormatkan bulan Ramadan…tau sensitiviti…..

    kita tengok Johor,Melaka, NS,Perlis dan yg lain….seruan utk untuk harmoni tak pulak ada …..

  7. Yeop…si tahlaa & manis tu baru terima taufiq…hidayah payah bebenor nak sampai… Ntaahhhlaaaaa….kot2 tak sempat nak sampai.

    Sekurang2nye mike patut tumpang rasa bangga dan insaf apabila seorang pemimpin bukan islam menyeru seluruh rakyat mengamalkan pendekatan yg dia sebut. Pemimpin kerajaan yg lalau juga tidak pernah menyeru rakyatnya sebegini. Jgn lak kerana diluahkan oleh Lim Guan Eng, kita yg mengaku Islam nak merasa marah atau bengang tak pasal2….dia tu taufiq pun dah ade..cuma hidayah jer yg belum hampir ketemu…
    Pelik laaa…bila pemimpin menyeru soal “amal ma’arfu nahi mungkar”….masih de lagi MELAYU yg dok gila pasal tanah dan PERKAUMAN….

    tahlaa & mains wehhh….Lim Guan Eng pun pernah belajar berpuasa tau…

    Ramadhan Al-Mubarak….

  8. janganlah kita berbalah sesama kita… yang x betul kita tegur.. kalau dah ditegur x jalan jugak, biarkanla ia.. sekurang2 nya kita dah lepas tanggungjawab

  9. x bes pun.aku x pose hr ni

  10. kalau dah suka…semua betul…macam orang bercinta…

    bila tak suka…buat beribu benda baik pun… orang nampak yang buruk jugak…

    bumi indah ni memang milik Tuhan…semua orang berhak…dalam keadaan sekarang…yang banyak keistimewaan di berikan kepada bumiputera dalam perlembagaan pun…kita masih tertinggal dalam banyak perkara…bayangkan jika truly malaysia atau malaysian malaysia yang dsai perjuangkan…benar-benar berlaku…

    kita lihat lah ok, masa tu siapa pulak yang melompat…jangan korang jugak yang jadi pembangkang…good luck

    orang melayu singapura… nak sangat tinggal di malaysia…korang rasa apa sebabnya…

  11. Petikan KOmen Manis….

    bumi indah ni memang milik Tuhan…semua orang berhak…dalam keadaan sekarang…yang banyak keistimewaan di berikan kepada bumiputera dalam perlembagaan pun…kita masih tertinggal dalam banyak perkara…bayangkan jika truly malaysia atau malaysian malaysia yang dsai perjuangkan…benar-benar berlaku…

    Komen aku…
    sebab apa itu berlaku,sebab UMNO yang memerintah.ADAkah suku sakat dan kroni pemimpin UMNO masih tertinggal dalam banyak perkara?
    Mungkin tidak sebab mereka dah kaut semuanya.

  12. sekurang-kurangnya kroni tu…bumiputera jugak…kan tok guru nik aziz kata ok…kronisme tak salah asalkan layak…

    bayangkan masa depan…tak nak komen ka bang…

    lihat apa yang berlaku di Perak…999 tahun dah…kampung baru tu siapa punya?… hari ni 400 hektar(1000 ekar)…siapa punya? SAR yang daif tak bagi pulak 400 hektar…esok? baru 5 bulan…lima tahun?

    bila kena dengan BPR…fitnah…konspirasi…bila kena kat BN…hang pa gelak kata padan muka…BPR betul…lawak la…

    orang Perak…moh kita buka tanah-tanah baru…lepas tu…minta la hak milik 999 tahun tau…aku perli ni…kalau nak lebih mudah…moh tukar nama tan ka, lee ka… moh…

  13. Patric Lim tu bumiputra ke..kroni Pak lah Buat Masjid Kristal..Masjid tempat ibadah orang islam tu..Nik Aziz kata Kroni tak pe asal layak

    Wilayah Iskandar Johor kroni dari singapura bumiputra ke..yang terkini lagi sensasi..

    Wilayah Iskandar lebih 400 hektar..moh kita bagi terus kat orang singapura.

    Air kita jom jual kat singapura 3sen..suruh depa proses jual semula kat rakyat bumiputra Johor harga berganda.

    Tambak tanah kat Singapura..moh kita jual pasir kita kat singapura sebab dulu depa sebahagian Malaysia.

    Moh kita bagi projek perumahan kat tanah rezab melayu..Lion GROUND..bumiputra ke..lebih 400 hektar.

    kALAU CERITA BAGI TANAH KAT BUKAN BUMIPUTRA..UMNO LAGI BANYAK LEBIH 400 HEKTAR, ATAS ALASAN PROJEK..MENGABURI MATA ..TAPI SEMUA KONTRAK CINA.BUKAN SETAKAT 999 TAHUN TAPI BAGI TERUS

  14. Lagi untuk Manis..

    PETIKAN KATA-KATA NAJIB

    “Mereka ( kaum cina ) adalah warganegara Malaysia yang mempunyai hak sepenuhnya dan kita tetap akan menjaga kepentingan dan maruah mereka,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Chery Eastar MPV di sini hari ini.

    Jom….
    Kita ajak Najib ni kena tukar nama…
    Tan ka, Lee ka… moh…

  15. kalau cam tu…tak dak beza lah…so apasal marah sangat…

    tak payah lah sampai nak tukar kerajaan…yang bakal jadi kerajaan pun…tak berapa nak betul jugak…

    takut nanti negara yang masih aman ni…jadi tak aman pulak…anyway tunggu dan lihat…

  16. Tukar lah kerajaan..sebab jawatan PM dalam tangan yang dipertuan Agong..belum tentu PR bentuk kerajaan DSAI jadi PM. JAngan lupa Agong yang ada hari ini pandai.
    Sokong PR bukan kerana DSAI sorang.

    Kalau kerajaan hari ni tak berubah dari dulu hingga sekarang…tak kan masih nak sokong..kuasa kat dalam tangan rakyat.
    PM kat dalam tangan Yang Dipertuan Agong

  17. cik manis..hang darjah tiga or darjah tiga suku….
    kau berpijak kat bumi or tidur lagi….sayang sangat kat pemimpin korup.Nanti negara bangkrap(kata najib) baru hang buka mata…pemimpin BN 50thn bagi kuasa apa yang depa dok buat tah…korek hidung kot….

  18. Aku tak sayang kat pemimpin Korup, cuma aku sayang kat Agama dan Bangsa aku… hangpa tngk la singapore apa jadi dengan Agama Islam .. orang melayu.. semua kena pinggir.. Lee Kuan Yew masa memula nak merdeka bagi ucapan dalam bahasa melayu jugak. dia pon dok cakap macam Guan eng tu la..lepaih boleh kat dia tngk la apa jadi kat agama bangsa kita kat sana..Hangpa semua jangan esok nasik jadi bubur baru nak sedaq


Leave a response

Your response:

kategori