
Rais membuat desakan itu kerana beliau cukup bimbang dengan gejala “penggunaan wang yang berleluasa dan keterlaluan untuk melobi pencalonan, rasuah melibatkan tangkapan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pergaduhan besar sesama ahli hanya kerana mengejar jawatan.
KITA TABIK RAIS YATIM
Hari ini kita tabik Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Beliau mendesak Majlis Tertinggi (MT) UMNO melakukan “sesuatu yang drastik” bagi membendung UMNO supaya tidak ranap.
Rais membuat desakan itu kerana beliau cukup bimbang dengan gejala “penggunaan wang yang berleluasa dan keterlaluan untuk melobi pencalonan, rasuah melibatkan tangkapan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pergaduhan besar sesama ahli hanya kerana mengejar jawatan.”
Apa yang Rais cakap, memang tepat dan betul. Apa yang Rais cakap, patut menggugah Abdullah Badawi dari mimpinya bahawa UMNO tetap kuat. Apa yang Rais cakap, patut menyindir semua warga UMNO yang terjebak dengan kemungkaran siasah.
Tapi, mana boleh Rais dengan Muhyiddin Yassin saja yang asyik meleter dan membebel pasal nak kukuhkan UMNO? Yang lain mana? Presiden UMNO mana?
Dia orang ni semua tak sedar lagikah yang UMNO dah nak lengkup? Kata Rais, mungkin ranap? Kenapa pembesar nombor satu UMNO asyik nak bagi muka kat si sepet dan lain-lainnya?
Sedarkah mereka yang si sepet dah mula mesyuarat rahsia-rahsia, nak keluar BN? Semua ini berlaku pasal UMNO lemah. Pemimpin besar UMNO asyik terlena. Warga bawahannya ramai yang mabuk kuasa.
Mereka mabuk kuasa pasal nak beli golf set, nak main golf sama DO, nak lobi projek Kelas F, nak dapat duit untuk ditabur bila nak jadi pemimpin UMNO.
Keutamaan seperti ini akan hancurkan UMNO. Rakyat bawahan terabai, jadi kecewa dan kemudiannya memberontak menerusi peti undi. Sapa nak kita salahkan?
Macam saya tulis semalam, apa nak jadi pada UMNO ni? Kenapa Abdullah Badawi buat tak hirau? Kenapa dia tak mau berhenti bila orang dah minta dia berhenti? Sampai bila kita nak berjuang macam ni? Sampai bila?




























apa nak heran???biarkan lah UMNO terus terlongkop!! UMNO bukan ciptaan tuhan yang nak kita agung2kan…ianya ciptaan manusia dan seharusnya manusia itu sendira yang akan menelongkopkannya…jangan ambik peduli, tak ada UMNO orang melayu boleh mati kebulor ker??? jgn terlalu taksub!!!
By: elnino on September 5, 2008
at 12:51 am
BUANG MASA TABIK KAT ANAK TAK BERBAPA NI, BAIK TABIK KAT BRAHIM ALI SBB 2 2 NYA SAMA JE!!!! TAK LEH CAYA…
By: madbi on September 5, 2008
at 7:10 am
Uik madbi.kasar sangat bahasa tu. Bawa bertenang. adios!
By: botlaju on September 5, 2008
at 8:50 am
Den dah kabou jang.. keluar pati UMNO itu copet kalau nak selamat….kapal dah nak tonggolam.
By: Mambau b Ali on September 5, 2008
at 9:17 am
salam…
uiks…kia dah jadi macam geng maki org la plak..xelok bro, slalu maki2 org, kita bukan betul sgt pn. Klu kebetulannya geng sana cakap benda betul, watpe nak maki2, lagipun ni kan bulan pose, sabau banyak2, istigfar banyak2.. tapi aku pun kadang2 hangin satu badan gak.. klu semua geng sana wat xbetul pada pandangan kita, kita jer yang betul, nampak gaya macam kita pula yang dah jadi macam dia orang..kannn…. tapi aku tabik satu geng nie, geng nie selalu wat benda baik jer.. nama geng tu ialah GENG BAS SEKOLAH!!
By: silat pulut on September 5, 2008
at 9:24 am
nasib baik budaya kerosakan tu berlaku dalam satu kumpulan (umno) so senanglah nak dibasmi.
Pupuskan saja umno tu
By: kuan on September 5, 2008
at 11:07 am
Setuju sangat dengan silat pulut. Tak perlu jadi extremist sgt. Kalau benda dah betul, kta kena relakan jer.. hehe.
Pesanan ini ditujukan pada diri den sendiri dan kawan kawan juga. Semoga ramadhan akan membawa sinar kepada kita. Selamat berpuasa..
By: 2 cents on September 5, 2008
at 11:37 am
Pada semuo ahli2 & penyokong2 BEE-END den cadangkan dongar lagu PUPUS.
By: osamoladen on September 5, 2008
at 12:08 pm
Yang bersalah MAHATHIR,
Pecat Anwar … tengoklah sekarang apa yang Anwar boleh buat di luar sana!
By: dan on September 5, 2008
at 2:44 pm
Tak yah lah anak yatim nak mengajar puak umno yang dah guna tabung oksigen tu. Rasuah dalam umno d sebut POLITIK WANG. Kalau kakitangan awam di sebut rasuah. Itulah budaya umno, bapak Presidennya pun sama. BPR terlalu lembab nak siasat PM walaupun Dato Mazlan Harun dah report. Semoga umno terus berkubur!!!!!
By: mahaguru on September 5, 2008
at 6:31 pm
Poh palih…kawan tergaru hati jgak dgn kenyataan rais anak yatim tu.tp sekadar ….menyalak bukit.x kan ada perubahan pon.per pon siap sedia dgn kain kapan,masa da tamat.
By: Deen6696 on September 5, 2008
at 7:08 pm
Yang lama tak pergi, masakan yang baru bisa bangkit?
UMNO dah kasi peluang; sekarang peluang untuk Melayu bukan UMNO. Mudah je. Macam tukar brand seluar dalam lah tu.
By: Bob on September 5, 2008
at 7:09 pm
Salam!
UMNO Dayus! sebab itu semua pihak dah reti mencabar…yang terbaru kes ketua bahagian UMNO keluar kenyataan menghasut…TPM mohon maaf bagi pihak lagi tu…Kalau benar UMNO kuat, dah tentu tak heran dengan manipulasi media tentang kenyataan simangkuk tu…apa punya olang!
thanks!
By: perfectwater75 on September 6, 2008
at 2:21 am
BULAN PUASO ELOK KITO SODOKAHKAN YASSIN DAN BACOKAN TALKIN KEK ‘YG NAZAK’ TU LA…BIA JADI IKTIBAR….SEMUO DALAM DUNIO NI KAN SEMENTARO….NAMOPUN ISLAM…KONO INGEK JUGAK LA…..LAGU RAIHAN “INGEK LIMO PERKARO SOBOLUM LIMO PERKARO”
1. MUDO SOBOLUM TUA
2.SIHAT SOBOLUM SAKIT
3.KAYO SOBOLUM MISKIN
4.LAPANG SOBOLUM OMPIT
5. HIDUP SOBOLUM MATI
TAMBAH LAEI SATU…..
6. BERKUASO SOBOLUM HILANG KUASO…..
AALOGI:
DAH NAMO TAK SODAR DIRI..DAH KOMA ….CABUT YO LA PAIP OKSIGEN TU BIA TAKDO TALIAN HAYAT….KALAU SODAR PUN DAH TUO…TAK DO LAEI VALUE….MATO GHABUN ( TOK PODULI RAKYAT/BUTOKAN MATO MASALAH RAKYAT)..TULANG GHOPUT( TAK BUEK KOJO KOGHEH BOTULKAN KEADAAN/MENYUSAH LAEI ADO@HABIHKAN BOGHEH) ..TELINGO DAH POKAK DAH ( MASALAH RAKYAT TAK PONAH PERHALUSI, DONGA JAUHHHH SEKALI! )..SUKO POJAM-POJAM MATO ( TIDURRRRRRRRRRR…).
…NAK BUANG AIR KONO ANGKEK ( KONO AMPU/KONO PANGGIL TITLE/ KIPAS BARU JALAN)…TU BOLUM KONO KENCING MANIS (MEWAH GILO)…SAKIT PINGGANG ( …….), BUASIR , ETC …SEBAB PUASO DEN TAK DAPEK TERJEMAH…….
SALAM RAMADAN UNTUK SEMUO FORUMERS….
By: laser007 on September 6, 2008
at 5:45 am
Malu….amat memalukan perjuangan begini, berkata lain di bibir lain di hati, sifat munafik….jawatan, kedudukan juga yang kamu kejar…kamu tak layak menerajui negara ini, kelak kamu gadai…kelak UMNO- Untuk Memusnahkan Negara Orang Melayu.
By: suan lamba on September 8, 2008
at 11:22 am