Posted by: pinkturtle2 | September 5, 2008

Sertai Pakatan: Menanti kejutan wakil rakyat BN hari ini?

Difahamkan tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) - kesemuanya dari Sabah dan Sarawak - telah menyatakan persetujuan untuk menyertai sebagai komponen Pakatan Rakyat manakala hampir 30 wakil rakyat BN pula akan menganggotai parti-parti komponen secara individu dengan sebahagian besar dalam PKR.

Difahamkan tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) - kesemuanya dari Sabah dan Sarawak - telah menyatakan persetujuan untuk menyertai sebagai komponen Pakatan Rakyat manakala hampir 30 wakil rakyat BN pula akan menganggotai parti-parti komponen secara individu dengan sebahagian besar dalam PKR.

Sertai Pakatan: Menanti kejutan wakil rakyat BN hari ini?

05-09-2008 12:04:52 AM

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Ketika ramai mula mempersoalkan sama ada sasaran 16 September Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan ataupun tinggal omong-omong kosong, perikatan pembangkang itu menegaskan, pelan mereka masih utuh dan akan menjadi kenyataan “dalam waktu ini.”

Pemimpin Pakatan Rakyat yang dihubungi mStar Online dengan yakin berkata, segala proses dan urusan penting yang berkaitan berjalan dengan lancar dan hampir selesai sementara beberapa aspek teknikal dan perundangan sedang diperhalusi.

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin memberitahu, sehingga kini “semua perancangan berjalan dengan lancar.”

“Hanya tinggal beberapa aspek seperti soal teknikal dan perundangan yang perlu diselesaikan.

“Pelan sasaran 16 September kekal sebagaimana telah diumumkan (oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim). Dalam waktu terdekat, sasaran ini akan dicapai,” katanya.

Difahamkan tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) – kesemuanya dari Sabah dan Sarawak – telah menyatakan persetujuan untuk menyertai sebagai komponen Pakatan Rakyat manakala hampir 30 wakil rakyat BN pula akan menganggotai parti-parti komponen secara individu dengan sebahagian besar dalam PKR.

Ketika diminta mengulas mengenai waktu terdekat yang dimaksudkan, beliau berkata, ia akan dicapai dalam beberapa hari lagi.

Beliau tidak menolak desas-desus bahawa ada Ahli Parlimen yang ingin mengumumkan hasrat mereka sertai Pakatan Rakyat esok.

Bagaimanapun pucuk kepimpinan mahu pengumuman dibuat serentak, kemungkinan minggu depan.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR telah berulang kali mengatakan bahawa kerajaan persekutuan baru akan dibentuk menjelang 16 September ini.

“Banyak pertemuan telah diadakan setakat ini… pertemuan-pertemuan ini juga dikendalikan oleh komponen Pakatan Rakyat yang lain, bukan PKR sahaja,” katanya.

mStar Online
juga difahamkan ahli-ahli Parlimen yang menyatakan keinginan itu termasuklah mereka yang berada dalam Kabinet.

Semalam Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak, Dominique Ng Kim Ho yakin peralihan kuasa kerajaan persekutuan 16 September ini akan menjadi kenyataan tetapi enggan mengulas spekulasi Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara mereka yang bakal sertai Pakatan Rakyat.

“PKR Sarawak sangat yakin sasaran 16 September (bentuk kerajaan) akan berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang,” katanya kepada mStar Online.

Beliau menyatakan demikian sehari selepas Anwar dilaporkan menemui beberapa Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung di ibu negara.

Malah pada Khamis lalu, seramai enam wakil rakyat dari Sarawak sudah menemui Anwar iaitu pada petang selepa bekas Timbalan Perdana Menteri mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Menurut beliau, sehingga hari ini hampir 30 orang Ahli Parlimen BN dari Sarawak dan Sabah telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat.

“Keseluruhan dari kedua-dua negeri ialah hampir 30 orang. Dari Sarawak saja kita ada lebih 10 orang yang akan lompat menyertai kita membentuk kerajaan baru pada 16 September nanti,” kata beliau.

http://www.mstar.com.my


Respon

  1. cun lar tu…tapi saya rasa kita kena percepatkan lagi agar BN tidak terus mensabotaj kita!!!

  2. molek benar doh tu… tok sabar doh ni nok tengok Anwar jadi PM ni…. kalu boleh nak tengok tok guru Nik Aziz buat tazkirak kat Dataran Putra di Putrajaya kat depan prjabat PM tu…

    Takbir…..

  3. menanti sinar MALAYSIA BARU pd 16hb.Sept 2008…

    “JIKA ALLAH S.W.T BERKEHENDAKKAN SESUATU ITU TERJADI, MAK IANYA PASTI AKAN TERJADI…” Banyakkanlah muhasabah diri, panjatkan doa dan ucapkanlah syukur pada yang Esa atas limpah rahmat dan izinNya, maka terbuka hati mereka2 yg terpesong seketika dulu untuk kembali ke landasan yang Hak…Menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka oleh rakyat dan semestinya amanah ini akan dihitungkira dihadapan Rabbuljalil kelak..MasyaAllah..Indahnya Islam bilamana tiada syak dan wasangka pada yg ingin kembali ke jalanNya..Sesungguhnya tidak dinamakan Insan itu Melainkan kerana Kelalaian..Wallahualam..

    aku rasa sikit melankolik ari nie bilamana membayangkan yang benda ini sekiranya benar2 terjadi dalam 1-2 ari nie..bukan pe, sebagai seorang yang pernah berjuang di dalam UMNO tanpa mengharapkan apa-apa jawatan dan kemewahan, aku rasa sedih seandainya parti yang menaungi salasilah keluarga aku akan terkubur begitu sahaja. Tp janji Allah tetap tiba, mgkn ada segelintir mereka yang memegang tampuk kuasa telah berlaku zalim pada rakyatnya, maka doa oarang2 yang teraniaya ini di makbulkan Allah, sekalipun mereka adalah dari kalangan orang2 kafir..

    Aku cuma tidak mahu bangsa aku terus menerus di tekan, tapi aku bukan sesiapa yang mampu merubah dasar dan perundangan negara. Tp kecintaan aku pada Bangsaku, Agamaku, Tanahairku Dan Keluargaku membuatkan aku berjuang dengan caraku..mgkn elok pada pandanganku tapi menjadi barah pada yang memandang namun hidup di dunia ini tidak mampu untuk memuaskan hati semua. Pasti ada yang terasa dan terkecewa tp itu bukan bermakna kita boleh mendabik dada mengatakan kita sahaja yang kena dan orang lain auta semata2. Matlamat tidak boleh menghalalkan cara..Wassalam

  4. Semua akan terpaku caranya nanti, tiada dalam aturcara yang digembar gembur kan itu.

    Ia cara yang lain. InsyaALLAH tunggu.

  5. Ya Allah perenankanlah doa kami
    Amin

  6. Kalau diperhatikan dari berita PKR memang terlalu yakin bahawa kerajaan baru akan ditubuhkan pada 16 sep ini dan perkara ini tidak mustahil, sekiranya dikehendaki oleh ALLAH TAALA berlaku maka tetap berlaku ( kun payakun). Kita sebagai hamba ALLAH yg lemah hanya akan tahu setelah perkara itu berlaku (qadar), bagi perkara yg belum berlaku masih dalam prancangan ALLAH (qada’) kita sebagai manusia tidak tahu, disini kita disuruh beroa agar apa yg kita hajati di kabulkan oleh ALLAH. Ada doa yg diterima ada yg tidak. Kalaupun ALLAH memperkenankan doa kita , ALLAH akan melihat munasabahnya (logik) apa yg diminta, contohnya kalau kita minta dari ALLAH supaya duit turun dari langit keatas riba kita yg baru sahaja selesai sembahyang tahjud ,saya rasa ALLAH tidak akan kabulkan doa seperti ini ,kerena tidak munasabah(logik) duit boleh turun dari langit .Perkara seumpama ini hanya berlaku kepada para RASUL sahaja yg di panggil MUKJIZAT, jika berlaku kepada manusia biasa maka ini dikatakan “sihir” atau “silap mata”.Tetapi harus diingat pekara seperti itu tidak mustahil boleh terjadi kerana ALLAH maha kaya .Berkaitan dgn 16 sep mari kita fikirkan sama ada munasabah (logik) atau tidak 30 MP akan melompat ,dan kalau betul adakah “Pakatan” akan terus berpakat atau ada perpecahan dari parti besar dlm “Pakatan” melompat pula kepada BN, jadi tidak ada kerajaan baru, wa asal balik asal, sama parmainan ” rumah api” masa zaman anak-anak dulu semua org melompat tapi tidak ada yg menang, akhirnya kaki yg sakit.

    INGAT ! TIDAK ADA SESUATU PUN YG MUSTAHIL.
    ALLAH SUBAHA NAHU WATAALA MAHA KAYA.
    AMIN.

  7. Moga islam tertegak berlandaskan al-quran dibumi malaysia tercinta ini.

  8. Silat pulut, den faham apa yg kau ckp. Sebonarnya dlm hati kocik den yang salah bukan UMNO, yg salah org2 dlm ummm ..NO, yg sengaja pokakkan tolingo dan butokan mato pd apa yg berlaku sejak 10thn lalu, zmn mathir tu lagi. Cuba masalahnya ummmNO ni byk pak turut & pak angguk.

  9. jgn omong kosong je
    tak ubah macam kerajaan yang sedia ada
    apalagi pilihan rakyat

    angguk-angguk ..
    geleng-geleng ..

  10. KAH…KAH…KAH…KAH………..

  11. syukur alhamdulillah.semoga Allah memberkati d.s anwar ibrahim.perjuangan dan pengorbananmu tidak dapat kami balas.

  12. hikmah dalam peralihan kuasa untuk 3komponen pakatan rakyat sekarang…pas,keadilan n dap…kami harap malaysia baru tercapai demi kelansungan anak bangsa malaysia….laksankan solat hajat seperti permatang pauh

  13. Bagaimana pemimpin UMNO BARU menganyaiya UMNO asal 20 tahun dulu dengan tindaka mahkamah membatalkan UMNO, begitulah balasan yang akan mereka terima oleh UMNO BARU.

    Sedih kerana perjuangan UMNO BARU tersasar jauh dari perjuangan UMNO lama. Biar UMNO Baru berkubur spt UMNO Lama.

    Biar anak Melayu berjuangan bersama PAS atau KEADILAN untuk menegakan agama dan memartabatkan bangsa Melayu seterusnya. Zaman UMNO Baru & Lama dah berlalu…

  14. semakin Pak Lah & Najib menafikan, semakin rakyat yakini bahawa perubahan pasti akan berlaku.

    kalau lagi awal lagi bagus, membuktikan bahawa kepimpinan baru mempunyai perancangan dan visi yg padu hingga berjaya mencapai objektif dalam tempoh masa yang lebih singkat.

    syabas!

  15. Sebulan sebelum PRU12 kita dah target 5 negeri akan jatuh ke tangan PR. Mereka puak BN dan pengampu media yang sebulu dengannya pun kata pembangkang retorik kosong. Lepas 8 Mac semua melopong. Sebelum 16 Sept, tentu petrol akan turun harga. Biasalah untuk pancing MP BN jangan melompat. Apa pun 16 Sept, PakLah akan d nobat sebagai Ketua Pembangkang yang baru. INSYAALLAH terbentuklah MALAYSIA BARU. TAKBIR!!!

  16. Kini org yang berada dalam ketakutan…….mahazalim aka mahafiraun anak beranak…….aku tak sabar menantikan saat tu……harta rakyat yang dirompak harus dipulangkan….10 tahun aku menantikan saat-saat ini……..mahadir s/o iskandar kutty akan didakwa…..setelah puas menzalimi manusia yang tak berdosa………MEMALI DALAM INGATAN…..TUN SALEH ABAS DALAM INGATAN….MATA LEBAM ANWAR MENJADI INGATAN…….RAKYAT-RAKYAT YANG BERDEMO DI PUKUL DENGAN BALANTAN FRU….22 TAHUN KEKEJAMAN DAN KEZALIMAN MAHADIR AKAN DIBAYAR DAN DITEBUS KEMBALI……..

  17. Den serupo Lion King tu..den pun dah ghaso keno hambek kek Dataran Merdeka – Jalan Raja Laut maso madey dulu..pocah suaro den jerit Re4maC…Allahhuakbar..sakit tokak maso tu…dibulan puaso ni kita muhasabah..Allah Maha Kayo Maha Adil…tibo maso madey dapek jugak pembalasan dunio..dapeklah….akhirat tu bia la Allah tontukan….

    selalu org Amano kato negaro tergadai…tapi mutakhir ni caro buek keputusan gomen ni semuo mcm nak jual tanah kek org lain bukan caro buek biz pun…HARGO MINYAK MAINTAIN..BAS BALIK KG PUN KELAM KABUT…tak pornah den ghaso hilang saba mcm tahun ni…puaso puaso jugak..harus diingek KEMENANGAN /TARIKH UTAMA PEPERANGAN DALAM BULAN PUASO…TAKBIR RAYO BIARLAH LOBIH SYAHDU TAHUN INI KALAU DSAI JADI PM…Islam akan lobih baik..apo laei parti yg berjuang atas dasarnyo tu..INSYAALLAH..

    projek coridor tu cumo nak jual tanah kek org luar lopeh tu FDI tak masuk pun….ado projek kek Penang yg KM batalkan pun cumo nak bosarkan poghut individu je..bukan rakyat dapek untung apo pun…..COPATKAN LAH DSAI AMBIK ALIH….

  18. Harap2 segala impian kita akan menjadi kenyataan AMIN ya RAbbal Allamin

  19. semoga Allah makbulkan doa kita semua yang mahukan perubahan, serta memelihara pemimpin2 kita yang patuh dan taat pada perintahNYA.
    tak sabar nak tengok rakyat msia merdeka sepenuhnya……..

  20. bkn x suka PR ambi alih kuasa,tp jgn trlalu konfiden..umno yg dah desperate tu akan mgerakkn seluruh keupayaan dorg utk mghalang anwar dr jd PM..ttp insyaALLAH,jika ALLAH mgkehendaki sesuatu itu berlaku nescaya tiada apa yg akan dpt mghalangNYA…ALLAHUAKBAR!!

  21. PKR…tu ibarat rumah ditepi pantai….bile2 jer bole dipukul ombak .hu.hu.hu. pkr tak kuat utk bertahan…psl tak banyak duit…gak susah nak menang pru….hanye dgn janj2 manifesto..jer… janji tu pon belum terlaksana lg..


Leave a response

Your response:

kategori