Posted by: pinkturtle2 | September 5, 2008

Cuti Luar Negara anggota BN-BBC : Kerajaan Pak Lah Sudah Mengelabah

Saya akan luluskan lawatan itu selagi ia konstruktif

Saya akan luluskan lawatan itu selagi ia konstruktif.ia merupakan lawatan sambil belajar bagi anggota kelab berkenaan dan saya sendiri yang meluluskan.Destinasi lawatan tersebut belum ditetapkan tetapi terpulang kepada anggota BN-BBC untuk menentukannya - Najib

Cuti Luar Negara anggota BN-BBC : Sah Najib Sendiri Yang Meluluskannya… Semua Sudah Gelabah

05-09-2008 12:19:24 PM

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi menafikan lawatan ke luar untuk anggota Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC) minggu depan bukan bertujuan ‘menghalang’ Pakatan Rakyat daripada mencapai sasaran tubuh kerajaan 16 September.

Sebaliknya Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, ia merupakan lawatan sambil belajar bagi anggota kelab berkenaan dan telah diluluskan oleh beliau sendiri.

“Saya akan luluskan lawatan itu selagi ia konstruktif,” kata beliau selepas melancarkan Rakan Cop PLKN di sini hari ini.

Najib, Menteri Pertahanan memberitahu, lawatan tersebut merupakan peluang terbaik untuk anggota-anggota BN-BBC menerokai aspek-aspek yang baru.

“Destinasi lawatan tersebut belum ditetapkan tetapi terpulang kepada anggota BN-BBC untuk menentukannya,” kata beliau lagi.

Sehubungan itu, tambah beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh mengatakan apa sahaja mengenai pelan membentuk kerajaan, tetapi yang sebaliknya akan berlaku.

Di sebalik pendirian sedemikian wujud desas-desus ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan mula ‘bercuti’ di luar negara mulai Isnin ini sehingga minggu ketiga September – tempoh yang dianggap sebagai kritikal menjelang pembentukan kerajaan baru.

Ahli-ahli Parlimen terbabit khususnya anggota Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC) telah diminta menyerahkan pasport mereka untuk urusan rasmi susulan.

Bagaimanapun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN-BBC menafikan cuti itu – yang dikenali sebgaai lawatan sambil belajar ke luar negara – ada kaitan dengan sasaran Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini.

http://www.mstar.com.my

Berita Terdahulu Oleh Perisik Rakyat

UMNO/BN Terdesak, Bawak Lari MP Ke Obersi..!

SMS menarik… hangpa baca & pikiaq betapa desperatenya depa sampai kene buat mejlis kat luaq negara… PENYERTAAN AHLI-AHLI YB ADALAH DIWAJIBKAN..!

Kah kah kah kah kah……

BN Back Bencher Club telah mendapat kelulusan mengadakan retreat di luar negara mulai 7 September hingga 19 September 2008. Penyertaan ahli-ahli YB adalah diwajibkan. Sila fax muka hadapan passpot antarabangsa ke pejabat BNBBC di 03-2070-7101 selewat-lewatnya petang ini. Kerjasama YB amat dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi/Timbalan Pengerusi BNBBC di 019-932-0932.

Dan lagi 1 aku baru dapat tau :

Semua MP BN… ditaja berbuka puasa di Las Vegas, pada 16 September… kedatangan DIWAJIBKAN jugak..!

Kah kah kah kah kah…

Phobia phobia phobia..!

http://www.perisik-rakyat.com


Respon

  1. bercutilah kalian hingga sampai ke hujung dunia. tapi jika tempoh yang Allah beri untuk kalian memegang kuasa telah tamat, maka tiada suatu kuasa apa pun atau cara yang bagaimanapun dapat menyekat kejatuhan kalian… ingat, sejauh-jauh kalian berjalan di muka bumi ini, akhirnya kalian akan kembali juga ke sini…

  2. ni lah sebenarnya buat rakyat lagi meluat, menyampah dgr, ekonomi tgh teruk, inflasi meningkat, membazir buat apa nak sponsor dia orang pg holiday ni, duit ni pegi tolong orang miskin satu malaysia ni lagi bagus lah bg duit raya kat dia orang…….aku tak paham betul lah dia orang ni, orang BN komen lah skit pasal ni……………korang rasa benda ni betul ka? kalau tak kerana anwar pun kau tak sepatutnya membazir camni…..

  3. Oramg BN tolong jawab, mana lagi penting duit ni bagi rakyat yang memerlukan ka atau hantar korang ke luar negeri??????????????????????????

  4. Jika peruntukan untuk menaja YB2 beend keluar negeri tu diagih2kan kapada rakyaat yang memerlukan alangkah baik nya.Tambahan di bulan yang mulia ini.Jika benar2 perkara ini berlaku ini akan menambahkan lagi kebencian rakyaat pada beend.

  5. Bagi bercuti ke luar negara merupakan satu lagi bentuk rasuah yang diamalkan oleh UMNO.Pergilah bercuti ke kampung2 yang telah mengundi mereka duduk surau ke masjid ke bercampur dengan masyarakat setempat..

  6. Masalah Negara tak nak selasaikan…ingat nak bercuti pulak…buat abis duit kerajaan.Kalau duit saku Najib or Paklah takpa jugak.
    Eloklah pi ramadhan kat sana…musafir tak yah puasa dan jemaah terawih.
    Ingkatkan Bulan keberkataan timbul insaf dan rajin dtg rumah ALLAH..ni entah nak makan angin aje pikirnya…lebih sayangkan jawatan dan pangkat dari melihat permasalahan rakyat kebanyakan…
    BN dulu kini dan selamanya HAMPEH

  7. Pergilah kemana pun nak pergi, tapi jgn bazirkan duit rakyat. Sebagai rakyat tak salah den sumpah mereka ni sbb habiskan duit tak tentu pasal. Porah la najib. Lawatan sambil belajar apa kebendanya? Alahai najib guna la otak sikit najib oi. Mana imam had hari ni tak komen ke lawatan bulan Ramadan apa kejadahnya? Kalau dah karat tu, karat la juga, gosok mcm mana pun dah tak boleh hilang karatnya. jual besi buruk je .the (be) end.

  8. ala pak jib..time bulan puasa nak cuti…….org lain cuti untuk buat ibadah kan elok….ni membazir plak……desprate gak tu..

  9. apa teruk sungguh perangai orang-orang umno ni, cuti dan berbuka puasa kan amerika yang diperintah oleh sokongan yahudi israel tu.

    tak leh fikirke ulama-ulama dan ugamawan umno untuk dicadangkan bercuti dan berbuka puasa kat MASJIDIL HARAM DI MEKAH DAN MASJIDIL NABAWI DI MADINAH tu? tak leh fikir ke itu perkara yang terbaik, betullah dah dungu orang-orang umno yang banyak makan yang rasuah dan penyelewengan.
    yang bukan islam tu saya tak heranlah ket mana pun, tak Najib tak faham perkara yang simple ini?
    perkara simple ini pun dah kelam kabut, tolong jangan naikkan MELUAT RAKYAT MARHAEN….

    perjuangan hakiki ialah MERMARTABATKAN ISLAM DITEMPAT SEWAJARNYA,

    jangan jadi macam umno haprak and FLIP-FLOP….
    pesan dari: cucu orang utan…

  10. diharap semua kita jgn buat sebarang tunjuk perasaan buat masa ni….qasanya depa(umno) ni tgh buat perancangan utk bagi rakyat marah…nanti depa mesti nak istihar DARURAT….

  11. nak lawatan sambil blaja apa lagi semua dah jadi pak pak menteri,biasa la agaknya anak anak murid ni kena dgr cakap guru besar si atan tok ya..

  12. Kena sumpah jd duit kang bru tau..tak cukup2 lg ke duit rakyat korg balun?dgn myk yg mahal,hrga brg n inflasi yg tgi,miskin tegar sna sni,nak p bercuti lg?korg nak ke rakyat yg teraniaya doakn kapal terbang yg korg naik nti terhempas???

  13. alif mim nun wau SARKIS DA.UMNO DA JADI SARKIS.pemimpinnya da jadi otak udang.buat retreat tenga bulan puasa…heeee meluatnya….

  14. rakyat da tak bodo lagi nak buat huru hara.rakyat da cerdik tapi pemimpin nya da melalut tak tentu pasal……be cool dan karisma macam brother anwar……..wajib di tumbangkan ameno..da tak releven lagi…buat malu kat seluruh dunia je….

  15. SALAM
    alangkah baiknya kalau cuti tu diberi kat mp-mp supaya berehat kat rumah. sempena bulan Ramadhan ni kan elok mereka banyak luangkan masa bersama keluarga. boleh juga bertadarus kat rumah atau masjid-masjid di kawasan masing-masing. sekurang-kurangnya kalau kerap ke masjid boleh juga mendekatkan diri bersama penduduk setempat. selalunya bila bulan puasa ni bila kita ke luar negara banyak tanggapan negetif yang akan diperkatakan. lebih-lebih lagi nak menanti kehadiran 16 sept

  16. merabihkan duit jer UMNO ni.. cepat la 16 september ni.. tak sabo dah ni..

  17. BN masih tak sedar diri..rakyat semakin bijak menilai..generasi muda tiap tahun beribu keluar U, mereka pencinta IT..generasi hari bukan lagi generasi yang baca paper UTUSAN MELOYA dan BERITA HAIRAN semata-mata..janganlah nak memperbodohkan kami, maybe makcik di kpg2 yang berumur 60 tahun ke atas mungkin boleh ditipu puak BN..


Leave a response

Your response:

kategori