
Saya hairan semakin banyak etika pemilihan, semakin orang berani mencabarnya kerana orang tidak laku lagi kepadanya.Mereka tahu , jika mereka dekat dengan orang yang ada kuasa, mereka boleh terlepas daripada tindakan - Datuk Suhaili Abdul Rahman.
‘Ahli Umno tak takut politik wang…’
Politik wang masih berterusan berlaku dalam Umno kerana peraturan serta etika pemilihan tidak berkesan untuk membendung amalan tersebut sewaktu pemilihan parti diadakan, kata beberapa pemimpin Umno.
Menurut mereka lagi, pihak-pihak yang melakukannya sebenarnya tidak takut dengan peraturan kerana jawatan parti menguntungkan mereka.
“Saya hairan semakin banyak etika pemilihan, semakin orang berani mencabarnya kerana orang tidak laku lagi kepadanya,” kata
Ketua penerangan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.
“Mereka tahu , jika mereka dekat dengan orang yang ada kuasa, mereka boleh terlepas daripada tindakan,” katanya.
Suhaili (foto) berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendakwa Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang kelmarin atas dua tuduhan rasuah berhubung pemilihan parti.
Mohd Nor, 47, seorang ahli perniagaan, dituduh secara rasuah memberi suapan RM200 kepada Ketua Cawangan Umno Taman Zaiton Indah, Sikamat, Rezwat Shahril Zainal Ariffin.
Wang itu sebagai dorongan supaya Rezwat Shahril semasa dalam mesyuarat agung Umno cawangan itu 3 Ogos lalu, mencalonkan Mohd Nor sebagai calon ketua Umno bahagian Seremban bagi pemilihan untuk bagi sesi 2008-2011.
‘Sanggup lakukan apa saja’
Suhaili (foto) yang juga ketua Umno bahagian Labuan berkata, orang yang gila jawatan dan mahu berkuasa, sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajat mereka tercapai.
Katanya, Umno tidak memerlukan orang sedemikian rupa kerana ia boleh merosakkan parti dalam tempoh jangka panjang.
Sementara Ketua Umno bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail pula berkata, ada pemimpin parti yang menggunakan jawatan untuk kepentingan peribadi dan bukannya menolong orang.
“Perjuangan mereka telah terpesong sedikit setelah mendapat kesenangan daripada jawatan yang dipegangnya,” katanya.
Menurut Ishak (foto), beliau percaya kegiatan sebegini berlaku di merata tempat dan ianya dilakukan oleh orang muda yang “mahu cepat naik”.
Katanya, jika masalah ini tidak dibendung, Umno akan pupus di kalangan orang Melayu.
Ishak berkata, masalah itu boleh dibendung jika ahli-ahli parti sedia membuat laporan BPR terhadap individu yang disyaki melakukan rasuah politik.
Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad (foto) pula berkata, politik wang berlaku kerana ramai yang mahu menjadi pemimpin parti.
Bagaimanapun, katanya, ini bukanlah bermakna mereka yang mahukan jawatan semuanya kerana kepentingan peribadi semata-mata.
Sebaliknya, tambah bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, ada yang memerlukan jawatan untuk berkhidmat kepada parti dan masyarakat.




























Tradisi umno wang diguna kan untuk membeli kuasa.Tidak mustahil peluru digunakan sebagai penganti wang untuk merebut kuasa sperti dalam satu kes di Negeri Sembilan kira2 tiga puluh tahun dulu.
By: jimi on September 5, 2008
at 10:44 pm
Biase Lah! umno mmg begitu. T’ingat masa zmn bljr dulu. Mak suruh balik utk sokong abah dlm mesy umno, against sorg lagi. kesian my abah. Kalah teruk dia. Sbb yg sorang lgi tu byr RM50. Pd sesape yg sokong dia. Itu bru mesy umno kg, kalo kat bndr bsr, lagi bsrlah suapannya!
By: Amai masdan on September 6, 2008
at 8:03 am
Aku kelakar dgn bpr ni kess $200 kes $2000 dia dpt. Kes bawa masuk $juta, songlap $juta tak pernah dpt. Napa jala bocor ke atau sengaja dibocorkan. 1 soalan aku bpr ni duduk bawah siapa? report kat siapa? kesian aku kes gula2 getah bpr dpt. kes balak, kes saham, kes salah guna kuasa, kes menantu, kes al-tunya, kes MB kes…kes…kes….correct…correct…correct….
By: Osamoladen on September 6, 2008
at 4:17 pm