Posted by: pinkturtle2 | September 5, 2008

KPN Sihat Dan kembali Bertugas Bulan Depan

IGP: I’m fit and healthy
Saya terbaca berita dalam akhbar itu yang mendakwa saya lumpuh dan nazak. Saya kesal dengan laporan tu. Bagi saya, ia satu berita palsu yang zalim, disebarkan orang-orang tertentu yang ingin membinasakan saya,

Saya terbaca berita dalam akhbar itu yang mendakwa saya lumpuh dan nazak. Saya kesal dengan laporan tu. Bagi saya, ia satu berita palsu yang zalim, disebarkan orang-orang tertentu yang ingin membinasakan saya - Musa Hassan.Ketua Polis Negara ceria dan sempat berjenaka dengan wartawan yang melawat beliau di rumahnya di Petaling Jaya, hari ini.

Ketua Polis Negara nafi khabar angin dakwanya nazak dan lumpuh

05-09-2008 04:46:02 PM

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (gambar terbaru) hari ini menafikan laporan sebuah akhbar parti politik tempatan yang mendakwa beliau lumpuh dan berada dalam keadaan nazak selepas menjalani pembedahan pintasan koronari di Institut Jantung Negara (IJN) pada 19 Ogos lalu.

Musa, yang kelihatan sihat dan ceria, berkata beliau kini dalam keadaan yang sihat dan semakin pulih setelah menjalani pembedahan selama empat jam itu dan akan kembali bertugas bulan depan.

Beliau yang berjalan tanpa bantuan tetapi secara perlahan-lahan turut melahirkan rasa kesalnya terhadap berita yang disiarkan dalam akhbar mingguan “Suara Keadilan” edisi 4-11 Sept 2008, yang seolah-olah menipu rakyat yang sentiasa menantikan perkembangan terbaru mengenai kesihatannya.

“Saya terbaca berita dalam akhbar itu yang mendakwa saya lumpuh dan nazak. Saya kesal dengan laporan tu. Bagi saya, ia satu berita palsu yang zalim, disebarkan orang-orang tertentu yang ingin membinasakan saya,” katanya kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Musa berkata sepanjang pembedahan itu beliau tidak langsung mengalami kesakitan sehingga dibenarkan pulang pada 25 Ogos lepas.

“Malah, kesihatan saya pulih dengan cepat sekali. Alhamdulillah,” katanya sambil menunjukkan bekas pembedahan jantungnya yang semakin pulih.

Musa turut mengucapkan terima kasih kepada para doktor yang merawatnya di IJN dan semua tenaga kerja IJN, serta rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatannya.

Ditanya sama ada pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penerbitan itu kerana menyiarkan laporan palsu tersebut, Musa berkata: “Adik beradik saya ada berbincang dengan saya mengenai perkara itu (tindakan).

“Tapi itu terpulang pada mereka kerana mereka pun rasa tak seronok dan tersinggung bila cerita begini keluar,” katanya.

Ketua Polis Negara yang kini cuti sakit selama 49 hari, menghabiskan cutinya dengan berehat di rumah.

“Buat masa ini jawatan saya dipangku oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar,” katanya. BERNAMA

http://www.mstar.com.my


Respon

  1. Donia……donia……adik beradik sokong dan bersubahat atas kejahatan dan kezaliman abng atau adik depa……aku tak heran….jalaludin hasan tu je aku tengok dah berbulu bila berlakun ngan artis perempuan……..miang ye rupa……..bapa org kuat ugama tetapi pelik membiarkan tingkah laku anak…..kalau aku biar tak mengaku anak dari membiarkan kemaksiatan yang depa lakukan…..ini bangga anak aku pelakun hebat samapai dapat Dato…….anak aku Ketua Polis hebat dan zallim samapai dapat tan Sri….entah lah …….donia…..donia…..janji duit .harta……tahta bertahta dimata hati menjadi buta dan hitam……soal dosa pahala tolak ketepi….akhirat kita lupakan…..janji donia kita senang dengan pangkat dan title yang kita ada…….kesian aku tengok anak ustaz hassan………sedih dan menyedihkan…..lepas tu pulak ada hati nak lantik peguam mempertahankan kejahatan musang setan ni………

  2. Fitnah yg mengatakan TSKPN dalam nazak dan lumpuh serta tak boleh bertutur adalah ZALIM.

    Bayangkanlah pula fitnah demi fitnah yg dijatuhkan keatas DSAI.

    Apresiasi ini semestinya juga dirasakan oleh TSKPN dlm pengalaman terbaharu ini.

    Diharapkan semua dpt mengambil iktibar dari peristiwa ini

  3. jgn la gitu lion king…dia dah didik seadanya, dengan kudratnya…lepas dah tanggungjawabnya…teman cukup kagum kehebatan Guru/hakim/sifu besar tajwid paling bagus dan jadi ketua juri setiap tilawah ni….org Klang selangor lagi tu….dan menjadi ikon teman sejak kecik sebab teman tak ada ilmu Al Quran mcm dia….sama macam arwah bapa Jamal Ust Ubaidillah ..masa hayatnya tman gi ceramah dia di Teluk Anson masa tu..sebak sebab dia ngaku dia dah buat terbaik utk anaknya tapi dia hisap jugak….masa tu teman tabik dia……humble dan ngaku shortfall ..siap bagi contoh anaknya ..walhal byk contoh lain…sambil dia ajak ke arah kebaikan masa ceramah Israk & mikraj way back tahun 80an….

    opinion teman:
    yg bersalah anak-anaknya yg tak tahu menjaga kredibiliti ketokohan bapanya..yg teruk pun elok direct terus pada individu tu ..anaknya lah…
    in person Dato Hassan tu nampak humble je ..boleh makan kat gerai di Kelang tu..pernah terserempak 4 bulan lepas…entahla..bapa mana tak sayang anak..tapi tu lah mungkin kekaburan (fakta sebenar tak sampai) dengan hakikat yg ada pada anaknya …
    saya cuma doakan beliau faham hakikat…

    LAWAN MEMANG TETAP LAWAN…..SALAM RAMADAN

  4. Saya sokong laser. Rasanya, parent dh bgi yg t’baik utk anak2nya. Bila dewasa, kitalah yg mencorakkan kehidupan kita, sambil m’harap redha Allah. Dia jht, atas kemahuan dia sendiri. Iman tak dapat diwarisi dari seorg ayah yg bertaqwa..
    (Arramak risau pulak takut2 suara keadilan diharamkan… Harap2 idakler)

  5. Memang benar dan sokong Laser007 dan Amai Masdan. Lion King kalau boleh berdepan dengan Dato’ Ustaz Hassan Ashaari tu lagi baik dari buat ketupat di Ramadhan Al Mubarak ini.

    Bak kata orang tua-tua, dalam setandan pisang tu tak semuanya berada dalam keadaan yang baik. Omputeh pun kata begitu, in a bunch of grape, not all are sweets.

    Kita nampak beliau gembira , tapi hati dalam tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Teringat kisah yang di dawa oleh Ust Abdul Aziz Tentera 20 tahun dahulu. Kisahnya pada hari pembalasan kelak telah habis perbicaraan dan penghukuman dilaksanakan, Allah telah memerintahkan Malaikat ke dasar Neraka untuk mengangkat lelaki terakhir yang layak memasuki syurga. Maka turunlah para malaikat ke dasar neraka dan kembali kehadrat Allah tanpa lelaki tersebut. Maka Allah kata ada seorang lelaki yang sedemikian , demikian diantara yang ramai lagi di bawah sana tu. Turunlah para malaikat sekali lagi dan kembali dengan hampa. Jawab malaikat , Ya Allah semuanya sama dengan yang lain dan selayaknya tinggal berkekalan di nerakaMu . Maka Allah sekali lagi memberi kan deskripsi serta dengan arahannya yang terbaru, Apabila berjumpa dengan lelaki tersebut , belahlah dadanya, jika tidak nampak lagi maka belahlah hati dan jantungnya, jika tidak nampak juga maka belahkan lah zarahnya yang berbeza dari yang lain. Lalu para malaikat pun kembali kebawah sana dab berjumpalah mereka dengan lelaki yang dimaksudkan itu dalam keadaan yang rentung, lalu dibelahkan dada, tidak menampakkan apa-apa, dibelah lagi hati dan jantungnya, juga tidak menampakkan apa-apa, akahirnya dibelahkan sebutir zarah yang berlainan dari yang lain. Tiba-tiba terpancar cahaya dan kalimah Allah dari zarah tersebut. Lalu para malaikat pun mengangkat lelaki tersebut , dibersihkan , di pakaian yang molek dan dihantar ke syurga.

    Maka para malaikat tadi kembali kehadrat Allah Robbul Jalil dan bertanyakan kepada AllahSWT. Mengapakan kami tidak nampak dan tahu segalanya? Maka Allah SWT menjawab , hanya Khaliq nya saja yang mengetahui apa yang ada dalam pekara yang dijadikannya.

    Pengajaran yang boleh kita ambil di sini , segala perkara baru dan yang dijadikan oleh Allah tidak mengetahui apa yang ada pada hati dan zarah kejadian yang lain waimah malaikat sekalipun. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

    Semoga yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri ini….

  6. renteten apa yang berlaku sekarang ini banyak hikmahnya pada yang mahu memikirkannya.kebahlolan/ketamakan/kedurjanaaan pemimpin buat rakyat menjadi matang dan melihat kepincangan yang dilakukan umno.betapa kita lihat akal pemimpin skarang ini macam budak2.rasanya malu nak dengar ucapan2 mereka yang tak habis2 menipu…….ingat AKU BODOH KE MACAM KAMU…..JANGAN MARAH TIBA TIBA FRUST le.apa pun selamat menjalani ibadah puasa.marilah sama sama kita berdoa semoga mereka 2 ini insaf……..hmmmmmm

  7. [...] [...]


Leave a response

Your response:

kategori