Posted by: pinkturtle2 | September 5, 2008

13 Bahagian Umno Pulau Pinang Menyokong Pendirian Ahmad

beliau menghormati Abdullah dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu beliau memohon maaf.

Beliau menghormati Abdullah dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu beliau memohon maaf.Tetapi beliau hanya seorang pemimpin bahagian dan tetap berpegang pada prinsipnya.

Umno P Pinang sokong Ahmad

Kesemua 13 bahagian Umno Pulau Pinang hari ini menyokong pendirian Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang tidak mahu memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Rashid Abdullah dalam satu sidang akhbar petang ini.

Ahmad telah mencetuskan kemarahan masyarakat Cina apabila menyatakan bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti Melayu.

Ketua Umno Bukit Bendera itu didakwa membuat kenyataan itu ketika berceramah di Kampung Belah Dua pada 23 Ogos lalu sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sehubungan itu, Gerakan, MCA dan DAP telah mendesak Ahmad supaya menarik balik kenyataannya dan memohon maaf. Pemuda DAP (Dapsy) juga membuat laporan polis terhadap Ahmad.

Ahmad telah mengadakan pertemuan dengan kesemua 13 ketua bahagian Umno di Pulau Pinang malam tadi untuk memberi penjelasan isu tersebut.

Menurut Rashid, mereka yang hadir berpuashati dengan penjelasan Ahmad.

Mereka juga, tambahnya, turut menyokong pendirian Ahmad yang tidak mahu memohon maaf berhubung kenyataannya itu.

Sidang akhbar tersebut dihadiri oleh kesemua 13 ketua Umno bahagian dan kepimpinan Pemuda dan Wanita negeri serta anggota badan perhubungan Umno negeri, kecuali Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Jelas istilah ‘menumpang’

Sementara itu, Ahmad memberitahu sidang akhbar yang sama bahawa beliau menghormati Abdullah dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu beliau memohon maaf.

Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa Abdullah dan Najib adalah pemimpin nasional yang perlu menjaga kepentingan nasional.

Sebaliknya, kata Ahmad, beliau hanya seorang pemimpin bahagian dan tetap berpegang pada prinsipnya.

Ahmad juga menjelaskan bahawa beliau menggunakan istilah ‘menumpang’ dalam kontak kedudukan kaum Cina dan India sebelum merdeka.

Bagaimanapun, beliau mendakwa perkara itu telah dimanipulasi oleh seorang wartawan akhbar Cina ketika melaporkan mengenainya.

Oleh itu, kata Ahmad, sepatutnya wartawan berkenaan yang perlu memohon maaf.

http://www.malaysiakini.com



Respon

  1. Wahai orang politik … kamu ni cakap tolong pakai otak boleh? Yalah bila sampai masa nak raih sokongan Melayu, maka ungkitkan peristiwa lampau. (Tapi kalau nak undi bukan Melayu maka puji pujilah sumbangan ekonomi mereka, kasi wang bina sekolah, tokong dll)

    Masalahnya … perkauman tu boleh makan ke? Boleh? Apakah dengan membantai kaum lain, maka masalah ekonomi negara akan hilang? Tiada lagi rasuah? Tiada lagi pembaziran? Kamu pikir sendirilah … kalau besok bangun yang tinggal cuma Melayu dan UMNO. Apakah nasib Melayu akan lebih bagus ?

    Kamu tak sedar lagi ke orang Melayu nak kerajaan yang bersih dan menegakkan keadilan supaya masa depan anak cucu terjamin? Nampak sangat kamu tak ada pelan pembangunan kerana terlalu suka cakap cakap tentang isu perkauman.

  2. 2 x5 dengan anwar ibrahim

  3. 2X5 dengan matjun bengong

  4. BIASALAH MANA DIA MAU SALAH DIRI DIA. SEMUA ORANG LAIN YANG SALAH.INILAH PERANGAI UMNO.


Leave a response

Your response:

kategori