Posted by: pinkturtle2 | September 5, 2008

“Saya pastikan 16 September tidak akan berlaku’’ – Abdullah

Saya pastikan 16 September tidak akan berlaku. Pakatan Rakyat bergantung kepada ahli-ahli parti kita untuk meninggalkan kita tetapi orang kita tidak akan meninggalkan kita

Saya pastikan 16 September tidak akan berlaku. Pakatan Rakyat bergantung kepada ahli-ahli parti kita untuk meninggalkan kita tetapi orang kita tidak akan meninggalkan kita - Abdullah

Abdullah mahu pastikan 16 Sept tidak berlaku

05-09-2008 04:24:04 PM

PETALING JAYA: DSidang akhbar kononnya tujuh parti komponen Barisan Nasional (BN) akan mengadakan sidang akhbar petang inin tidak menjadi, sebaliknya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, tidak ada Ahli Parlimen BN yang akan meninggalkan parti itu menjelang 16 September ini untuk menyertai pembangkang menubuhkan kerajaan baru.

“Saya pastikan 16 Sept tidak akan berlaku. Pakatan Rakyat bergantung kepada ahli-ahli parti kita untuk meninggalkan kita tetapi orang kita tidak akan meninggalkan kita,” kata Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Desas-desus mengatakan tujuh komponen BN akan mengadakan sidang akhbar pukul 3 petang ternyata meleset. Desas-desus itu disebarkan menerusi SMS dan emel sejak beberapa hari lalu.

Parti-parti komponen yang didakwa sepatutnya mengadakan sidang media menyertai Pakatan Rakyat ialah SAPP, Gerakan, Parti Bersatu Sabah, Parti Demoktratik Liberal, Upko, Parti Progresif Penduduk, dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah beberapa kali berkata bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan pada 16 Sept ini.

“Kita tidak akan beri peluang untuk mereka menubuhkan kerajaan pada 16 Sept. Tidak,” kata Abdullah dipetik Bernama.

Beliau berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku jika ia hanya berpaksikan kepada faktor penghijrahan oleh anggota BN ke pembangkang.

Sebaliknya, kata Abdullah, adalah lebih wajar jika perhatian diberi kepada usaha meningkatkan kemajuan negara.

“Kerajaan tumpu pada kerja dan bukan memikirkan sesuatu yang mungkin berlaku. Tumpu pada kerja untuk menjadikan negara ini lebih baik, meningkatkan produktiviti dan keberkesanan dan banyak lagi,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata, beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk memaklumkan segala perkembangan kepada Seri Paduka Baginda.

“Saya beri taklimat mengenai apa yang berlaku. Saya juga bercakap apa yang diambil berat ialah perniagaan berjalan seperti biasa. Kita telah melakukan segala-galanya untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran ketika berurusan dengan rakyat.

“Pengundi telah beri amaran tentang apa yang tidak menggembirakan mereka tetapi mereka juga memberi sokongan yang mencukupi untuk (BN) menubuhkan kerajaan.

Kita menyampaikan apa yang telah dijanjikan. Tuanku gembira dengan apa yang kita lakukan,” katanya.

Mengenai lawatan sambil belajar ke luar oleh anggota Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Ahad ini sehingga 15 September nanti, Perdana Menteri berkata, program itu tidak perlu dikaitkan dengan penubuhan kerajaan oleh Pakatan Rakyat pada 16 September ini.

“Kalau mereka nak pergi, biarlah mereka pergi, apa nak hubung kaitkan dengan September. Mereka bukannya orang yang nak melompat daripada BN,” katanya.

http://www.mstar.com.my


Respon

  1. Tido lah wahai Pak Dol………tidolah wahai pak Dol….Bila kau tido lena mimpikan bahagia di taman syorga loka……dimana kau dan BN akan digulingkan……dikuburkan…….kelebihan yang ada pada pak Dol ialaha kaki tido……itu yang mahal tu…

  2. Kalau ada ahli-ahli Parlimen PKR yang nak sertai BN, tentu Pak Lah kata, dah dia orang rasa tak sesuai dengan PKR, itu hak merekalah untuk cross over ke BN.

    So, Pak Lah, tak salah what kalau ahli-ahli BN pun buat sebegitu.

    Rakyat pilih wakil rakyat bukan pilih wakil parti, so isu lompat-lompat katak bukanlah isu populariti kerana wakil rakyat yg genuine hanya mahukan wadah utk dapat bekerja untuk rakyat, bukan bekerja untuk menantu atau hantu Altantuya.

  3. Merujuk kepada perenggan 5, “Kita tidak akan beri peluang untuk mereka menubuhkan kerajaan pada 16 Sept. Tidak,” kata Abdullah dipetik Bernama.

    Hmmm … seolah-olah satu amaran dpd Pak Lah.

  4. ydp Agong gembira jumpa dollah?dalam gambar yang lepas lepas kalau ydp Agong jumpa dollah tak pernah nampak pun ydp semyum.mungkinla kot hari ni ydp betul gembira tapi bukan kerana jumpa dollah.mungkin sebab pakatan rakyat betul2 nak ambil alih. kuakuakua.p mampuslah kj

  5. Kita semua dah sedia maklum jawapan daripada mulut Najib dan Dollah, lawatan BBNC kebetulan saja. Dah takde bulan lain nak pegi lawatan? Kemana destinasi lawatan? Belum dipastikan lagi, kata Najib. Itulah tanda mengelabah, panik, teruja beruknya pimpinan BN ni. Baru kena perang psyco, dah buat bajet segera untuk menghabiskan wang negara/wang rakyatlah tu. Nanti bila 40 atau 50 orang MP BN isytihar keluar BN, Dollah akan kata, itu bukan MP BN. Dollah dan Samak d Bangkok sama spesiesnya. Rakyat dah tak suka, masih nakkan jawatan. Maklumlah jadi PM dan jaga Bank Negara sekali. Bushpun hanya jadi Presiden US saja. PM Malaysia hebat. Suatu masa sebelum ini PM jaga Bank Negara dan jaga polis sekali. Tentu ketarlah polis nak siasat PM! Selamat bertugas sebagai Ketua Pembangkang- Al Dollah Badawi!


Leave a response

Your response:

kategori