Posted by: pinkturtle2 | September 6, 2008

Raja Petra boleh dikenakan tindakan di bawah ISA – Syed Hamid

jika siasatan yang akan dijalankan berikutan laporan polis yang dibuat empat agensi agama mendapati beliau bersalah, tindakan itu boleh dikenakan terhadapnya.

jika siasatan yang akan dijalankan berikutan laporan polis yang dibuat empat agensi agama mendapati beliau bersalah, tindakan itu boleh dikenakan terhadapnya - Syed Hamid

Raja Petra boleh dikenakan tindakan di bawah ISA

PUTRAJAYA, 5 Sept (Bernama) — Penulis blog “Malaysia Today” Raja Petra Kamaruddin boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran ulasannya yang terdapat di laman web itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata jika siasatan yang akan dijalankan berikutan laporan polis yang dibuat empat agensi agama mendapati beliau bersalah, tindakan itu boleh dikenakan terhadapnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan polis yang dibuat hari ini terhadap Raja Petra oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dalam ulasan artikel bertajuk ‘I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim’, Raja Petra menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam selain membenarkan komentar yang menghina Islam dan Nabi Muhamamd untuk artikel ‘Not all Arabs are descendants of the Prophet’ disiarkan dalam laman web berkenaan.

“Tindakan yang dibuat oleh agensi agama itu adalah sejajar dengan undang-undang kerana tindakan dia (Raja Petra) mengeluarkan kata-kata lucah, buruk terhadap Nabi Muhammad adalah bertentangan dengan undang-undang.

“Siasatan dan tindakan yang cepat perlu dibuat supaya dapat menyedarkan dia (Raja Petra) dengan segera dan dia perlu belajar menghormati agama Islam…kerana tidak ada sebarang lesen percuma dalam kebebasan untuk melakukan apa-apa sahaja,” katanya.

Syed Hamid berkata orang bukan Islam pun tidak akan menulis seburuk apa yang Raja Petra tulis.

Walaupun Raja Petra menafikan beliau bukan pemilik laman web itu, Syed Hamid berkata siapa pemiliknya tidak penting tetapi memandangkan Raja Petra sering menjadikan dirinya wakil kepada laman web berkenaan jadi beliau perlu bertangunggjawab untuk apa jua kandungan yang disiarkan.

Syed Hamid juga berkata penubuhan Majlis Media perlu dikaji semula memandangkan tindakan laman web kebelakangan ini seolah-olah meletakkan undang-undang di tangan mereka sendiri.

Cadangan penubuhan Majlis Media pernah dikemukakan sebelum ini tetapi dikatakan menerima bantahan daripada para pengamal media.

“Penubuhan majlis itu bukan untuk menguasai media tetapi bagaimana untuk mengurus media sekiranya mereka melanggar kebebasan yang diberikan dan saya akan cuba berbincang semula dengan pengamal media bagi mendapatkan maklum balas mengenai perkara itu,” katanya.

http://www.bernama.com


Respon

  1. Salam Tuan!

    Inilah UMNO, takde keja lain asyik nak humbankan orang dalam kementah guna ISA. alasannya, bila ada org ‘luar’ kononnya menghasut terus dilabel penghasut dan diugut menggunakan ISA tetapi bila ada org ‘dalam’ menghasut boleh pulak TPM mohon maaf bagi pihak…dah la tu diberikan ruang yang luas dalam media perdana untuk mempertahankan dirinya….Malaysiaku Merdeka?

    Saya tak terkejut kalau MCA atau MIC keluar BN masuk Pakatan Rakyat…keluar tak sama dengan lompat macam katak!

    Bagi saya kebebasan perlu ada terutama dalam soal membicarakan Islam supaya Islam tak dilihat sempit dan jumud macam fikiran pemimpin UMNO sekarang.

    thanks!

  2. SOALNYA:
    Apakah ISA masih relevan di Malaysia ini?

  3. Buat la Pak Amit oi……

    Buat la apa patut, kuasa ditangan kamu……tapi jangan lupa lepas ni giliran orang lain pulak menyumbat kamu masuk sana……

    Adil la kan?………

  4. kalau dah cukup bukti dakwa saja RPK di Mahkamah. Biar mahkamah tetapkan berapa tahun nak kena penjara.

    Kenapa nak guna ISA. Nak tahan seberapa lama ikut sedap rasa kot?

  5. Dengan dia org ni ckp elok2 dah tak guna. Sumpah je ramai2 bln Ramadhan ni. Bagi botak terus kepala dia & semua puak2 yg mcm tak ada hati kecil langsung. Dah tak nampak apa mereka buat. Rakyat bkn bodoh la botak. Kalau puak kau report polis, polis siasat cepat je, pas tu naik mahkamah. Kalau org report puak kau buat hal, report polis berpuluh tahun masih tak ada apa2 tindakan? Adil kepala buluh* kau. Kau nak samakan otak kau dgn otak org lain? Sementara kuasa ditgn gunakanlah dgn ADIL botak….Aku bg tau apa makna ADIL.

    “Adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya”

    Adil bukan ikut kepala buluh* kau botak

    P/S: Aku tahu bahasa aku keras, kalau siapa nak komen aku kurang ajar mmg aku terima sbb puak2 BN(babi negara) ni tak layak ckp elok2 kecuali yg nak mendgr. Siapa yg menyebabkan org lain kurang ajar.??? Jari tengah sama lu botak & BN


Leave a response

Your response:

kategori