Posted by: pinkturtle2 | September 13, 2008

Peralihan kuasa Disember Ini ?

Umno Bahagian Rantau Panjang mencadangkan agar pelan peralihan kuasa antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak dipercepatkan dari 2010 kepada Perhimpunan Agung Umno Disember ini.

Umno Bahagian Rantau Panjang mencadangkan agar pelan peralihan kuasa antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak dipercepatkan dari 2010 kepada Perhimpunan Agung Umno Disember ini.

Abdullah setuju dengan Muhyiddin, peralihan kuasa Disember ini

Umno Bahagian Rantau Panjang mencadangkan agar pelan peralihan kuasa antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak dipercepatkan dari 2010 kepada Perhimpunan Agung Umno Disember ini.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang Abdullah Mat Yassin berkata beliau bersetuju dengan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tempoh peralihan kuasa sekarang terlalu lama.

“Lebih baik peralihan kuasa itu berlaku pada Disember ini kerana pemimpin baru dapat mengukuhkan parti dan mengambil langkah awal dalam mencari keyakinan rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau mengulas laporan media hari ini bahawa perdana menteri terkejut dengan kenyataan Muhyiddin bahawa tempoh peralihan itu terlalu lama.

Abdullah berkata dengan peralihan kuasa yang lebih awal, pemimpin baru dapat merancang dengan teliti untuk mengukuhkan Umno dan Barisan Nasional untuk menawan semula negeri-negeri yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Di Perak, Ketua Umno Bahagian Kampar Datuk Mohd Radzi Manan juga bersetuju bahawa tempoh peralihan itu terlalu lama dan menyambut baik kenyataan Najib supaya mesyuarat bahagian Umno menentukan perubahan dalam pelan peralihan kuasa itu.

“Kenyataan ini membuka lembaran baru dalam proses pemilihan kepimpinan Umno. Ia membawa erti beliau tiada halangan dicalonkan bagi mana-mana jawatan termasuk jawatan presiden,” katanya.

Timbalan perdana menteri dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini berkata beliau menyerahkan kepada ahli Umno untuk memutuskan bilakah peralihan kuasa daripada perdana menteri dan presiden Umno itu perlu dilakukan.

Mohd Radzi berkata kenyataan itu memberi isyarat kepada ahli dan bahagian bahawa mereka bebas menentukan siapa juga yang layak untuk dicalonkan.

Timbalan Ketua Wanita Umno Perak Datuk Dr Rosnah Kassim pula berkata kenyataan Najib sebenarnya sudah lama dinantikan oleh ahli akar umbi yang mahu hak mereka menentukan pemimpin dikembalikan.

Katanya peralihan kuasa itu dilihat menggambarkan pemimpin mahu menentukan tempoh berkuasa sedangkan hak itu sebenarnya di tangan ahli kerana mereka yang berhak mencalon dan memilih pemimpin.

http://nmjnh.wordpress.com


Respon

  1. dollah – najib = 2×5

  2. harta dan duit ringgit dah berlambak..tak habis makan dah…bukan buleh bawaak kemati

  3. PM yang bagus kroni amerika ialah…………………………………………………………………………………………………………………………………….DSAI


Tinggalkan komen

Kategori