Posted by: pinkturtle2 | Oktober 3, 2008

Islam Agama Yang Syumul Mencakupi Semua Aspek Kehidupan – Lim Guan Eng

Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din.
Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din.Ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama. Sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini – Guang Eng

Guan Eng harap Islam jadi teras rapatkan silaturrahim

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharap Islam akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini.

“Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun sosial.

“Ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama.

“Sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini,” kata Setiausaha Agung DAP itu dalam perutusan Eidulfitrinya.

Beliau percaya bahawa semua agama di dunia ini turut mengajak para umatnya melakukan kebaikan termasuk agama Islam itu sendiri.

“Melalui kitab suci Al-Quran ada disebut mengenai Amar Maruf Nahi Mungkar, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan. Ia merupakan puncak tertinggi dalam agama Islam itu sendiri.

“Saya yakin umat Islam yang beriman dan bertakwa pastinya menerima prinsip keadilan tulen untuk semua,” kata beliau.

Bagi pihak DAP, beliau percaya kepelbagaian kaum, agama, adat, budaya dan bahasa, tidak pernah menjadi penghalang atau membatasi kemajuan Malaysia.

Aspek kepelbagaian tersebut harus menjadi kekuatan rakyat Malaysia untuk berganding bahu serta saling percaya antara satu sama lain, kata beliau.

“Tuhan tidak membezakan kita di antara warna kulit ataupun fahaman politik malah kepercayaan agama terjamin di kalangan semua agama, termasuk Islam.

“Oleh itu adalah tidak betul dan tidak patut insan dalam parti politik tertentu cuba memecah belahkan rakyat dan menggugat perpaduan nasional dengan menggunakan isu perkauman, menabur fitnah dan menggalakkan penggunaan kekerasan.

“Namun kumpulan ekstremis ini cuba menggunakan isu bahasa sungguhpun semua bahasa di dunia baik Inggeris, Melayu, Mandarin, Tamil, Hindi, Urdu, Thai dicipta oleh Tuhan,” kata Guan Eng.

Beliau mengajak rakyat Malaysia menolak politik jahat tersebut yang hanya mementingkan golongan kecil yang amalkan kemungkaran.

Sebaliknya, kata beliau, semua mestilah besatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketakwaan kepada Tuhan.

“Barulah kita boleh dirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika mencontohi pemimpin agung Islam Khalifah Umar Abdul Aziz,” katanya.

Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak patut benci-membenci semata-mata kerana warna kulit atau fahaman agama yang berbeza.

“Jangan jadikan kepelbagaian kaum dan agama sebagai alasan untuk bertindak ganas atau menuju ke arah jenayah. Yang penting, tali silaturahim antara kita harus diikat erat.

“Jangan kita biar pihak tertentu mengadu domba persahabatan kita sesama kaum semata-mata kepentingan politik perkauman sempit mereka.

“Semoga hari lebaran ini disambut dengan penuh keinsafan, kesyukuran dan kegembiraan. Amar Maruf Nahi Mungkar . Maaf zahir batin,” kata beliau mengakhiri perutusannya.

http://www.harakahdaily.net

About these ads

Responses

  1. Lim Guan Eng tidak berugama Islam tetapi bercerita tentang kebaikan Islam dan berharap Islam akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini.

    Kita ingin tahu pandangan ahli PAS yang mewakili kumpulan erdogan dan erbakan tentang perubahan fahaman Lim terhadap Islam. Adakah PAS dan DAP boleh mencapai kata sepakat dalam membina sebuah Negara Islam walau pun sebahagian rakyat nya tidak Islam…?

  2. Tak perlu tanya PAs,lebih baik kita tanya orang yang mengaku Islam.Apakah mereka hidup dengan cara Islam? Berpakaian cara ISlam? Menunaikan rukun Islam? Berpegang teguh dengan ajaran Islam? Melaksanakan hukum Islam?
    Lihat perjanjian Hudaibiyah, bagaimana pentadbiran islam dilaksanakan ke atas sebahagian besar masyarakatnya tidak beragama islam?kerana itu tiada alasan melaksanakan Islam

  3. senouk hardeoje dari acheh pun lagi hebat… masuk islam dan ke mekah buat haji katanya… kemudian murtad dan hancurkan islam dari dalam….itu sejarah di indonesia seingat saya….

    setakat nak berkata2… semua boleh. kalau guan eng minat kat islam… masuk islam dan jadilah PM malaysia… sebab blog pro pakatan pun dah gelar dia muhamad lim guan eng… betul ke?

  4. xsmestinya minat islam nak masuk islam..itu hak masing2..kepada yb guan eng,teruskan kerja yb.saya org melaka ingat jasa yb …all da best.

  5. Allah yang mencipta manusia. Allah turunkan AlQuran sebagai petunjuk kepada manusia. Allah jadikan Islam sebagai addin (way of life) kepada manusia. Sama ada seseorang itu Islam atau Bukan Islam dia tetap manusia, semestinyalah apa yang telah ditetapkan oleh Allah akan menjadi petunjuk kepadanya jika ia mahu berfikir. Menjadikan Islam sebagai cara hidup adalah berbeza dengan menjadikan Islam sebagai agama anutan hidup. Menerima dan menganut Islam pun tiada nilai di sisi Allah jika tidak beriman dan bertaqwa.

    SELAMAT IDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

  6. Kalau YB Guan Eng tunjukkan minat tentang islam, apatah lagi pemimpin² melayu yang islam untuk mendirikan negara/negeri berteraskan Al-Quran

    Semoga Allah memberikan hidayah kepada YB Guan Eng untuk memeluk Islam

  7. Salam tuan blog,

    Jangan kita lupa episod YB Guan Eng kena ISA.
    Melampaui batas agama dan bangsa ?
    Mempertahankan gadis melayu yang dirogo*
    Dimana kita pulak ketika itu apabila beliau makan makanan anjing?
    Mana agama?
    Mana bangsa?
    Mana Ideologi?

    Orang memberi kita merasa,
    Orang berbudi kita berbahasa.

    Melayu tidak mudah lupa !!!
    Yang lupa agaknya Mahathir?
    Mahathir jangan pura-pura lupa!
    Terimalah akibatnya!


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: