Posted by: pinkturtle2 | Oktober 5, 2008

Hari Raya Di Kelantan: Lebuhraya Empat Lorong Diperlukan

Hari Raya di Kelantan: Lebuhraya empat lorong diperlukan

Catatan I
Boring! Boring! Boring! Kenapa tak boringnya. Semasa menghantar anak ke MRSM Kuala Krai mengambil masa 4 jam dari 1.30 petang hingga 5.45 petang dari Wakaf Bharu ke MRSM Kuala Krai (balik semula ke Wakaf Baru memakan masa dua jam) yang kebiasaannya hanya mengambil masa tiga jam pergi dan balik sejauh 80 km itu.

Kereta yang begitu banyak diatas jalanraya bermula dari Pekan Ketereh lagi sehinggalah ke Kuala Krai, ‘jem’ ‘jem’ ‘jem’. Begitulah keadaan kenderaan rakyat Kelantan hari ini (4 Syawal 1429/ 4 Oktober 2008) yang akan mula pulang ke tempat kerja masing-masing.

Dalam perjalanan, seorang kawan yang pulang ke KL menelefon, “aku dah tiga jam dari KB Ke Machang, tiga jam lagi nak sampai ke Kuala Krai, nampaknya tak jadi pulang ke KL, kena patah balik”, letih! letih!

Begitulah suasana rakyat Kelantan pulang berhari raya. Ada setengahnya bukan setakat pulang berhari tetapi mengambil peluang mengadakan walimatul urus, kenduri-kendara dan sebagainya.

Sudah sampai masanya kerajaan persekutuan membina jalanraya atau lebuhraya empat lorong dari Gua Musang ke Kota Bharu. Dengan pembinaan lebuhraya empat lorong dapat memberi peluang projek jutaan ringgit kepada kontraktor-kontraktor dan sekaligus menjana ekonomi masyarakat sekitar lebuhraya. Difahamkan jalanraya yang menghubungkan Gua Musang-Kota Bharu merupakan Jalan Persekutuan.

Catatan II
Semasa dalam perjalanan, kami buka radio Kelantan fm. Disamping maklumat disampaikan oleh DJ didendangkan juga lagu-lagu dikir barat sebagai menghibur halwa telinga diselang seli dengan ucapan Ketua Polis Kelantan, Datuk Rahim dan Pengarah JPJ kelantan, Encik Andul Ghani Kassim menyampaikan ucapan selamat hari raya kepada rakyat Kelantan perantauan disamping memberi peringatan supaya berhati-hati di jalanraya. Tetapi tiada kedengaran pula Ucapan Menteri Besar Kelantan, sepatutnya disiarkan juga ucapan Tok Guru tapi itulah radio Kelantan fm hak milik Kementerian Penerangan.

Tetapi dalam banyak pemanggil Kelantan fm (Kak We), ada seorang pemanggil yang menarik minat saya semasa memandu adalah seorang ibu dari Johor yang bersuamikan orang Kelantan setelah ditanya oleh DJ Kak We mengenai suasana berhari raya di Kelantan, Ibu tersebut berkata suasana di Kelantan berbeza dengan kampongnya di Johor dengan suasana ‘ziarah menziarahi’ keluarga, sahabat handai sehinggakan tiga anaknya tidak mahu balik ke Johor lagi.

Baginya ziarah menziarah di hari raya teramat meriah berbanding dengan suasana berhari raya di kampongnya di Johor.

Apa tak seronoknya, bagi kanak-kanak, setiap kali menziarahi keluarga, jiran atau keluarga sahabat handai, anak-anak memperolehi ‘duit raya’ paling kurang RM1 seorang.

Semasa hari raya di Kelantan, kanak-kanak adalah orang yang paling gembira kerana dapat mengumpul wang beratus-ratus ringgit. Mana ada suasana ini di negeri lain.

http://jiwokelate.wordpress.com

tambahan…

Kesesakan Jalan Raya Yang Teramat Sangat…

Pada hari raya keempat petang kelmarin lebih kurang pukul 3 petang saya daripada melor ingin menuju ke panji dekat Pulau Melaka untuk menziarahi sanak saudara terdekat… hampir-hamir nak batal saja hasrat itu tapi oleh kerana dah berjanji dan hendak berbincang beberapa pekara maka saya teruskan juga perjalannya.Biasanya perjalan mengambil masa dalam setengah jam saja,tapi raya punya pasal jem giler dibuatnya..Di simpang empat Pasir tumbuh saja dalam satu jam setengah lekat kat trafik light.. campur simpang empat Kubang Kerian,Depan Hospital,Demit dan simpang empat Panji pukul 6:15 petang baru sampai ke distinasi….

Pembaca bayanglah sendiri, perjalanan tak sampai 20 Km pun dekat 3jam lebih tido dalam keta.. Itu tak kira jalan Pasir Mas Salor lagi atau Pasir Mas ke Tanah Merah atau ke Rantau Panjang… atau jalan-jalan yang sewaktu dengannya seperti jalan Persisiran pantai dari Bachok ke Tok Bali dan Kuala Trengganu… dan yang paling top sekali seperti yang sedia makumlah iaitu jalan dari Kota Bharu Ke Nilam Puri,Ketereh,Kok Lanas,Machang,Kuala Krai dan Gua Musang..Adik ipar saya sendiri pagi ini menelifon isteri saya.. dia beritahu baru saja sampai Gua Musang lepas subuh.Bertolak lepas Isyak Lagi dari Bachok semalam dalam puku 9 malam.. Tak sanggup nak dengar cerita member-member yang nak pulang ke KL semalam dan hari ini… setengah tu ada yang patah balik, tunda hari lain barangkali.. pinkturtle

About these ads

Respon

  1. ajar la anak mintak duit raya, pas ni macam2 haaaa, untuk pengetahuan penulis jgn cuba bandingkan dengan keadaan raya ikut negeri, tidakkah itu racist? haaaa jgn cuba bandingkan……..nanti org ingat kita ni taksub sgt pd sesebuah negeri, ………saya orang malaysia islam

  2. - Saya menyokong penuh jalan persekutuan dari Gua Musang ke Kota Bharu dibuat 4 lorong. Malah jalan 4 lorong (pergi-balik) seperti dari Klang ke Sungai Besar, dari Batu Pahat ke Kluang perlu di panjangkan dari Kota Bharu ke Bentong. Hampir setiap bulan saya saya mengunjungi Kelantan dengan berkereta kerana menghantar anak dan menziarahinya yang belajar di Pasir Mas. Dalam keadaan cuti hujung minggupun jalan-jalan di Kelantan sudah sesak teruk, apa lagi musim perayaan. Lagi teruk jem di kawasan Kota Bharu. – Mungkin menteri-menteri tak merasa kesesakan rakyat Kelantan yang saban hari/bulan menghadapai keadaan begitu. Kerajaan Persekutuan mesti segera membina lebuhraya 4 lorong (tanpa tol) jalan dari Gua Musang ke Kota Bharu. Jika tidak, kita akan menyaksikan kematian demi kematian setiap bulan di jalan utama itu. Tak payah kempen pandu cermat kalau kelajuan sudah jadi 30-40km sejam di jalan persekutuan Gua Musang- Kota Bharu di musim perayaan/cuti sekolah. Yang hilang sabar tentu akan memotong barisan kereta yang panjang. Perjalanan hari biasa dari Gua Musang-KB biasanya 2jam 30min. Kalau musim perayaan akan jadi 4-5jam. Itu belum lagi nak balik ke KL. Mustapha Muhammad sebagai menteri pusat mesti melobi untuk dapat bajet dari persekutuan. Jangan lupa juga baiki jalan di kawasan Jeli-Gua Musang yang rosak teruk. Nanti jangan sampai orang kata apa MP Jeli buat sepanjang berkhidmat mewakili Jeli?
    - Sepanjang saya berulang alik ke Kelantan, saya dapat merasakan bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa menganaktirikan kjaan Kelantan. Apa rakyat Kelantan tak bayar cukai? Mentaliti pemimpin umno/BN memang sentiasa hendak menindas negeri yang majoriti rakyatnya Melayu. Tapi suruh Melayu bersatu. Kalau perjuangan hanya mengayakan diri/anak-beranak,taksub Melayu akhirnya akan hancur. Berjuanglah untuk Islam, dah tentu adil dan barakah.
    - Kalau Pak Lah boleh memikirkan lori2 berehat 2 hari sebelum dan 2 hari selepas raya di jalan raya, maka Pak Lah atau Najib mesti segera bertindak membesarkan jalan raya persekutuan Bentong – Kota Bharu, jika tidak mahu lihat jalan tersebut menjadi sungai maut!
    - Saya mencadangkan Pak Lah dan Najib menaiki kereta ke Kota Bharu dengan atau tanpa pengiring polis trafik pada musim perayaan supaya dapat merasakan keperitan/kesusahan pengguna jalan raya ke KB dari KL. Kalau naik heli atau private jet, susahlah nak rasa kesusahan rakyat.
    - Kerajaan BN persekutuan mesti bertindak segera menyelesaikan masalah trafik yang sudah berlarutan bertahun-tahun. Kalau tak nak buat, InsyaALLAH kerajaan Pakatan Rakyat yang ambil alih nanti akan buat juga. Sabar anak Kelantan semua.

  3. kalau nak jalan berlorong lorong undilah amno/bn!!! selagi demo X bagi amno/bn perentak kelate lagi tula jale mace tu!!! tapi kalu mu undi amnu/bn…. pun belum tentu dapak jale mace demo nok, jadi baik toksoh undi amnu, teruh undi tok guru. walaupun jale sesok tapi rakyak seleso idup bawah pemerentahe tgna….TAKBIR!!!

  4. amno/be end pernah perentah kelantan. Tapi sama juga

  5. sabar istiqamah, IsyaAllah tak lama dah…
    Rakyat dapat PUTRAJAYA. diizinkan Allah dapatlah Highway tu nanti. Kalau kena bayar tol pun nanti, rakyat akan pasti untung mungkin dipertimbangkan harga yang tak membebankan(berpada2).

    PS: kesian rakyat Terengganu, siap Highway nanti kena bayar mahal dari sepatutnya. Dahla gaji tak seberapa.. Ameno2.. Perjuangan Perut….. sendiri…

  6. Semua tu ujian Allah kepada setiap hambaNya.
    Lain orang lain corak ujianNya. Rezeki masing-masinglah katakan:

    Hari Raya ke 4 juga ambo sekeluarga bertolak dari Pasir Puteh pukul 7 pagi. Berhenti sarapan pagi sekejap di pekan Lak Loh pukul 8.30 pagi. 9.15 pagi teman teruskan perjalanan ke GM. Sampai di GM pukul 11.30pagi dengan hanya kelajuan sederhana antara 80 hingga 90 k/sjm. Sesekali waktu nak potong tu kenalah laju sikit tapi dalam kelajuan yang selamat dan berhati2. Pukul 12.30 ambo dah di Padang Tengku, Lipis. Kul 1.15pm di Raub. Kul 2.00pm di Bentung. Pukul 3.00pm sudah di KL dan sempat bersolat zohor di rumah. Ambo sekeluarga mengambil masa 8 jam termasuk waktu berhenti makan di Lak Loh dan sedut asap tembakau di GM dan Bentung. Kita semua patut bersyukur banyak2. Itulah Kelantan dan Rakyatnya. Susah dalam senang. Senang dalam susah. Ambo ni dah susah lama dah sejak 20 dan 30 tahun dahulu lagi. Tak kisah sangatlah apa-apa pun. Namun jalan 4 lorong mesti nak kena buat cepat untuk kemudahan akan datang…..tapi sape nak buat weh! Kita sesama pakat buatlah……………………..

    Ambo doakan mudah2han rakyat ambo sentiasa dilimpahi rahmatNya sehingga ke anak cucu cicit ciak ciuk…..

    SELAMAT KEMBALI BERTUGAS KEPADA SEMUA KENGKAWAN.

  7. Tak po doa banyak-banyak……nanti Anwar Ibrahim buat jalan besar-besar, siap double-highway lagi atas bawah, ada monorail lagi, tok guru hari-hari naik monorail….

  8. Disitulah kelebihan rakyat kelate dibawah kepimpinan ulamak2 islam,walaupun didalam negeri nampak miskin,tapi rakyatnya tidak miskin. kemeriahan hari raya amat menakjubkan sekali.disitulah dapat kita lihat rakyat kelate sebenarnya tidak semiskin yang digambar oleh TV1 beberapa tahun lalu dibawah kepimpinan Datuk Zainudin Maidin berjudul”KELANTAN DALAM GERHANA”.Sebenarnya bukan tahun ni saja kesesakan berlaku malahan tiap2 kali raya pasti akan berlaku kesesakan jalanraya begitu teruk sekali.Boleh dikatakan semua perantau dikota akan pulang ke Kelate menyambut raya bersama-sama ibubapa serta keluarga.Sesekali pulang kekampung saya amat terharu melihat suasana dan gelagat rakyat kelate walaupun berada nun jauh diceruk mana sekalipun apabila tiba raya tetap akan pulang bersama-sama keluarga diKelate,negeri dibawah pemerintahan ulamak2 islam yang digelar ”Serambi Mekah”.Marilah kita sama-sama menyokong kepimpinan ulamak2 ini,biarlah negeri kita nampak sederhana maju,yang pentingnya negeri kita mendapat perlindungan dan kerahmatan dari Allah S.W.T. insyaallah.

  9. saya sokong jalan 4 lorong dari gua musang ke KB,TAPI DALAM MASA YANG SAMA saya rasa semua jalan2 yang jem tu baik di kecilkan lagi macam jalan sehala tapi guna dua hala,mesti ramai kata saya gila sebab bagi pendapat macam ni,untuk yang marah tu saya nak anda semua fikir sikit,pada pendapat saya tak ada guna kalau jalan 10 lorong sekalipun kalau sikap pemandu bodoh tak boleh nak ajar dan tak boleh fikir susah orang lain,ada ke patut jalan slow tapi duduk lorong laju,masuk dan berhenti ikut suka hati tanpa signal,ada juga yang berhenti atas jalan walaupun jalan tu ada kaki lima yang luas,ada juga yang baru pandai bawa kereta tapi berlagak macam pemandu f1,pegang stereng pun nampak macam nak makan stereng tambah2 lagi pemandunya perempuan(maaf),tapi kenyataan.raya kedua baru ni saya memandu dari gua musang guna jalan ke jeli,di satu bukit yang tinggi dan panjang saya mengekori sebuah kereta kancil,bayangkan bukit tu biasanya saya boleh lepas dengan gear 4 tapi hari tu saya terpaksa guna gear 2,nasib baik bukit tu tak setinggi dan sepanjang bukit tujuh jalan gua musan – k/lipis,kalau tak alamatnya berasap la kereta saya,folow kancil lebih teruk daripada folow lori balak(bodohnya pemandu tu),kancil tu baru lagi bukan buruk sangat.Inilah saya nak semua orang FIKIR apa sebenarnya yang patut kena buat

  10. inilah sebenarnya punca jalan jem

  11. Bila balik kelantan musim raya biasalah jem kat kelantan.nak buat macam mana sebab ramai anak kelantan balik kampung .takkan kita seorang je nak balik , orang lain pun nak balik juga .kereta saya pakai minyak hitam sawit cap saji (campur oil treatment nasa)pun boleh bertahan dlm kesesakan kat petronas khecai sampai k.bharu.Enjin still smotth dan suhu tak naik .Cuma pemandu kebas punggung , lama sangat duduk kat seat kereta.TAHNIAH MINYAK SAWIT CAP SAJI DAN SERI MURNI kerana menjimatkan kos balik kampung.klate boleh

  12. kalu lebuhraya 4 lorong di kelantan kena tunggu sampai tahun 2020 tu pon kalu jadi


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: