Posted by: pinkturtle2 | Oktober 20, 2008

Shamsiah Fakeh Meninggal Dunia

Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Shamsiah Fakeh, 84, meninggal dunia kerana sakit tua di kediamannya di Tropicana, Damansara hari ini.

Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Shamsiah Fakeh, 84, meninggal dunia kerana sakit tua di kediamannya di Tropicana, Damansara hari ini.

Shamsiah Fakeh meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Shamsiah Fakeh, 84, meninggal dunia kerana sakit tua di kediamannya di Tropicana, Damansara hari ini.

Shamsiah, yang juga bekas Ketua Angkatan Wanita Sedar (Awas), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuh pada 1946, meninggal dunia pada pukul 9 pagi.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Besi selepas solat Asar, kata anaknya Jamaluddin Ibrahim di sini hari ini.

Shamsiah yang sebelum ini tinggal di China dan kembali ke Malaysia pada tahun 1994 selepas termeterainya perjanjian damai antara PKM, kerajaan Malaysia dan Thailand pada tahun 1989, meninggalkan dua anak lelaki dan empat cucu.

Suami Shamsiah, Ibrahim Mohamad dan seorang lagi anaknya telah meninggal dunia sebelum beliau.

http://www.bernama.com.my

Al-Fatihah: Pejuang Kemerdekaan, Shamsiah Fakeh Meninggal Dunia Di Rumah Anaknya !!

Pejuang kemerdekaan negara, Shamsiah Fakeh menghembuskan nafas terakhirnya siang tadi di rumah anaknya, Kamarudin. Jenazahnya kini diuruskan oleh Surau Al-Hidayah, Kucai Entrepreneur’s Park. Beliau akan dikebumikan selepas Asar nanti di Tanah perkuburan Islam Sungai Besi off Lebuhraya Besraya. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi anaknya Jamaludin di 019-387-0467 atau anak saudaranya Izad di 012-315-9561. Negara kehilangan seorang lagi tokoh yang telah mengabdikan seluruh hidupnya untuk tanah yang tercinta ini. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah, semoga roh Allahyarhamah akan dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang-otang yang soleh dan mendapat keberkatan dariNya. Amin

[Inilah dia sebenarnya pejuang kemerdekaan yang telah berjuang hingga titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara ini dari penjajah. Namun, dek kerana mereka ini "berhaluan kiri" maka sudah pastilah akan dituduh sebagai pengkhianat bangsa. Samalah dengan apa yang berlaku kepada pahlawan-pahlawan Melayu terdahulu. Biarpun berjuang untuk membela rakyat akhirnya dituduh sebagai pengkhianat negara, semata-mata kerana mereka ingin menghalau penjajah Inggeris dari Tanah Melayu ini].

http://pahangdaily.blogspot.com

About these ads

Respon

  1. AL-Fatihah kepada Alllayarhamah Shamsiah Fakeh!

  2. Iktibar…Kisah lama…Berada di China dan Isu ingin kembali ke Malaysia….negaraku yang bertuah, kan ku pertahan ibu pertiwi dari diwarisi pengkhianat dan pemimpin durjana….semoga damai abadi di negeri akhirat…amin.

  3. Takziah kepada seluruh anggota keluarga Almarhumah Shamsiah Pakeh, pejuang kemerdekaan sebenar Tanah Melayu di atas pemergian menemui Allah S.W.T.

    Memang mejadi sikap British, sesiapa yang menentang pencerobohan mereka ke atas Tanah Melayu, orang itu dianggap pengganas. Dia hendak orang yang sedia menjadi khadam dengan kerja jahat mereka seperti pemimpin-pemimpin UMNO pada ketika itu.

    Bila British menganggap bahawa Shamsiah Pakeh salah seorang pengganas kominis, pemimpin Umno pun bersaetuju tanpa mengambil kira bahawa setiap anak watan wajib mempertahan diri, keluarga, agama dan tanah air dari pencerobohan mana-mana kuasa. Fatihah untuk almarhumah Shamsiah Fakeh, serikandi negara.
    Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.

  4. inna lilla hiwainna ilalhirojiuun…amin

  5. Semoga roh nya di cucuri rahmat dan di tempatkan dalam gulungan orang2 yang soleh.Al-Fatehah.Kapada ahli keluarga almarhumah,salam takziah dan harap bersabar.

  6. AL FATIHAH utk shamsiah fakeh pejuang kemederkaan yg di lupai.. jangan lupa bumi pahang melahir kan ramai pejuang kemedekaan yg tersedut ke hutan menjadi gerila rejimen ke 10 di hutan lubok kawah temerloh. seperti ABU SAMAH, IBRAHIM CHIK, KAMARUZAMAN TEH,HASSAN SALEH dll..

    Aku bangga dengan kamu semua walau kamu di tuduh pengganas tapi jiwa dan raga kamu mulia dari UMNO tali barut british

  7. god bless SAMSIAH FAKER…


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: