Posted by: pinkturtle2 | Disember 7, 2008

10 penumpang maut, 19 cedera bas ekspres terbalik di Pagoh

Sembilan orang terdiri daripada lima wanita dan empat lelaki terbunuh, manakala 19 orang lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terbalik di Kilometer 146, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tangkak di sini awal pagi ini.

Sembilan orang terdiri daripada lima wanita dan empat lelaki terbunuh, manakala 19 orang lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terbalik di Kilometer 146, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tangkak di sini awal pagi ini.

KEADAAN di lokasi kemalangan membabitkan bas ekspress berhampiran Tangkak awal pagi ini.

KEADAAN di lokasi kemalangan membabitkan bas ekspress berhampiran Tangkak awal pagi ini.

10 maut, 19 cedera bas ekspres terbalik awal pagi

[DIKEMAS KINI] MUAR:Kemalangan bas ekspres di Kilometer 146.8, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Pagoh di sini awal pagi ini meragut satu lagi nyawa tengah hari ini, menjadikan bilangan yang terbunuh dalam kejadian itu kini 10 orang.

Mangsa terbaru itu ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini pada kirakira pukul 12.25 tengah hari.

Difahamkan ibu serta sepupu kanak-kanak itu turut terkorban dalam kemalangan tersebut, namun sehingga ini identiti kanak-kanak itu dan juga ibu serta sepupunya masih belum dapat disahkan.

Terdahulu kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu meragut nyawa lima wanita dan empat lelaki, manakala 19 orang lagi cedera apabila bas ekspres itu terbalik semasa melalui kawasan berkenaan.

KEADAAN bas Super Nice Grassland yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 146.5 Tangkak-Pagoh pukul 2 pagi tadi hari ini. Kemalangan itu telah menyebabkan 10 daripada 28 penumpangnya maut. -fotoBERNAMA

Antara yang terbunuh dalam kejadian itu adalah dua beranak Koh Bee Hwee, 49, dan anak perempuannya, Goh Pey Sin, 20.

Goh Soon Ren, 61, yang mengecam mayat isteri serta anaknya itu ketika ditemui di rumah mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah berkata beliau menerima panggilan telefon daripada seseorang mengenai kemalangan bas tersebut awal pagi ini.

Menurutnya ketika menerima panggilan mengenai kejadian itu, beliau tidak menjangka anak dan isterinya sudah tiada lagi.

Beliau yang berasal dari Taman Puteri, Johor Bahru berkata, isteri serta anak perempuannya pergi ke Ipoh untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka dan mereka menaiki bas dari Sitiawan, Perak pada pukul 7 malam tadi.

Sementara itu Goh Sea Keat, 31, salah seorang penumpang yang terselamat dalam kejadian itu ketika ditemui di hospital, menceritakan bagaimana detik-detik cemas setelah bas terbalik beberapa kali di tempat kejadian.

Katanya beliau yang sedang dalam perjalanan ke Singapura, seperti penumpang-penumpang lain sedang tidur semasa kemalangan berlaku.

Katanya selepas bas itu terbalik, beliau yang mengalami kecederaan di kepala sempat merangkak keluar untuk menyelamatkan diri, dan ketika itu beliau melihat ramai penumpang tersepit di bawah tempat duduk, dan ada antara mereka menjerit meminta tolong.

Seorang lagi penumpang Tang Sze Khar, 12, pula berkata beliau yang sedang tidur bersama nenek dan ibunya, sedang dalam perjalanan bercuti ke Singapura semasa kemalangan berlaku.

“Saya tidak tahu apa-apa, sedar-sedar saya sudah berada di hospital,” katanya yang kelihatan menahan rasa sakit akibat kecederaan di bahagian kaki. Beliau bagaimanapun dibenarkan pulang.

http://www1.mstar.com.my


About these ads

Respon

  1. salam takziah buat seluruh keluarga yang terlibat…

  2. Setiap kali perayaan atau musim cuti sekolah kita dengar dan lihat banyak kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian.Dalam perkara ini kerajaan telah mengadakan bermacam2 kempen tentang keselamatan di jalan raya.Tapi hasil nya kemalangan jalan raya masih di tahap yang tinggi.Tahap keselamatan kenderaan awam/persendirian dan pemanduan adalah yang harus di titik beratkan.Apa pun salam takziah buat keluarga yang terlibat.

  3. Takziah buat semua ahli keluarga mangsa. Puspakom perlu siasat keadaan bas tu. Teman agak drebar bas tu mengantuk, maklumlah jam 2.00 pagi. Hanya orang yang tidur siang (petang) dan tidak makan ubat sahaja yang cukup segar memandu pada waktu tengah malam/dinihari. Semoga drebar2 lain ambil ikhtibar daripada kemalangan maut itu. Kehilangan nyawa tidak dapat ditukar ganti.
    Daripada Allah kita datang, kepada Allah s.w.t. kita akan dikembalikan.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: