Posted by: pinkturtle2 | Disember 18, 2008

Tragedi Bukit Antarabangsa Ada Kaitan Dengan Pusat Perjudian Kasino Haram Di Situ

Ketika tanah runtuh dan dalam keadaan kecoh, maka orang ramai bertempiaran lari mereka mendengar laporan Tokey Kasino terbabit telah kehilangan berutas-utas jam Rolex. Ini amat mengecewekan beliau, dan beliau juga percaya wang berjuta yang terdapat dirumah itu juga telah dilarikan.

Ketika tanah runtuh dan dalam keadaan kecoh, maka orang ramai bertempiaran lari mereka mendengar laporan Tokey Kasino terbabit telah kehilangan berutas-utas jam Rolex. Ini amat mengecewekan beliau, dan beliau juga percaya wang berjuta yang terdapat dirumah itu juga telah dilarikan.

Tragedi Runtuhan Tanah Di Bukit Antarabangsa Ada Kaitan Dengan Kewujudan Sebuah Pusat Perjudian Kasino Haram Di Situ !!

Satu berita gempar yang telah kami perolehi yang kini dikatakan menjadi kaitan utama dalam kes ini. Jika dulu runtuhan di Highlands Tower dikaitkan dengan satu “parti liar” yang diadakan oleh salah sebuah rumah penghuni terbabit. Kini mungkinkah satu lagi “Bala Allah” menimpa?.

Menurut satu maklumat yang dilaporkan oleh seorang penghuni bertaraf “Datuk” di situ. Kemungkinan besar apa yang berlaku ini adalah kemurkaan Allah kepada umat manusia. Ini kerana, sebelum kejadian terdapat sebuah rumah di kawasan terbabit telah dijadikan Pusat Perjudian Kasino ala Genting Highlands di situ. Kami cuba menjejaki rumah terbabit iaitu yang berlamat di No.5, Jalan Bukit Antarabangsa (berdasarkan kepada peta pihak polis).

Laporan mengatakan, pemilik kediaman terbabit ialah berbangsa Cina yang dikenali sebagai Mr.Ng dan pusat perjudian ala kasino itu memiliki 20 buah mesin Jackpot. Rumah terbabit dibina agak kukuh kerana “besi cerucuk” yang ditanam adalah lebih dalam daripada yang lain. Dindingnya juga diperbuat dari kaca. Menurut kisahnya, walaupun baru dibuka kasino itu sudah mengaut keuntungan hampir RM10 juta.

Dan senantiasa dikunjungi oleh beberapa orang kenamaan termasuk orang Melayu yang kononnya beragama Islam. Perkara ini gagal dipantau dan diambil tindakan oleh para penduduk kerana terdapatnya unsur rasuah dalam projek itu. Mungkin rasuah melibatkan orang dalam di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan juga pihak polis sendiri.

Buktinya, apabila terdapat beberapa orang penduduk yang mahu melaporkan perkara ini kepada pihak polis di tapak kejadian runtuh terbabit, mereka telah dihalang dan pihak polis tidak mahu menerima laporan berkenaan. Justeru itu, terbukti bahawa mereka juga terlibat dengan projek ini.

Penduduk berkenaan mengatakan ketika kejadian tanah runtuh berlaku, memang operasi perjudian di kasino rumah itu sedang rancak berjalan. Ketika tanah runtuh dan dalam keadaan kecoh, maka orang ramai bertempiaran lari mereka mendengar laporan Tokey Kasino terbabit telah kehilangan berutas-utas jam Rolex. Ini amat mengecewekan beliau, dan beliau juga percaya wang berjuta yang terdapat dirumah itu juga telah dilarikan.

Kami mendapat maklumat, sebelah siangnya ada beberapa orang penduduk yang ingin menyerbu rumah terbabit. Namun telah dihalang oleh pihak polis. Justeru itu, kami amat yakin bahawa operasi perjudian tersebut didalangi oleh pihai-pihak yang berkepentingan. Perkara ini perlu didedahkan demi kebenaran. Rakyat di Bukit Antarabangsa perlu tahu bahawa, pihak berkuasa yang menjadi talibarut operasi sebegitu dibenarkan di kawasan mereka.

Maka akhirnya kemurkaan Allah diturunkan dikawasan terbabit. Semua penduduk akhirnya menerima padah akibat kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu. Semoga pihak berkenaan mengambil ikhtibar atas segala yang berlaku, ingatlah kemurkaan Allah bakal mengatasi segalanya.

Krew kami sedang dalam usaha untuk mengadakan pertemuan dengan beberapa orang penduduk yang bergelar “Datuk” yang mengetahui kisah sebenar cerita ini. Kami hanya akan mendedahkan perkara ini dalam masa terdekat setelah laporan rasmi diterima secara sulit daripada pihak terbabit.

Apa yang pasti, kami amatlah kecewa dengan senario ini. Sebuah KASINO boleh dibenarkan beroperasi tanpa kebenaran dan dipantau pula oleh pihak berkuasa. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa terdapatnya unsur rasuah dalam perkara terbabit.

Justeru itu, kami menyeru kepada penduduk yang terlibat dan tahu cerita ini agar membuat laporan polis di balai yang lain jika polis di kawasan terbabit tidak mahu menerima laporan tersebut. Tegakkan kebenaran dan humbankan mereka yang bersalah ke muka keadilan dengan segera !!.


Respon

  1. alamak ada ke benda yg tak boleh di malaysia? yg tak boleh hanya lawan kerajaan aja, yg lain semua boleh, yg penting ongkosnya pak…

  2. malaysia boleh!

  3. luaran mau cantik di pandang, dalaman busuk macam mana pun sapa tak tau……peel masyarakat msia….oppp kerajaan msia.

  4. sepetutnya kita mengambil iktibar daripada benana yang pernah menimpa umat yang terdahulu!

    Eksklusif! Penemuan Kaum Nabi Luth yang dimusnahkan Allah!

    http://kedaionlineanda.com/harunyahya/index.php


Tinggalkan komen

Kategori