Posted by: pinkturtle2 | Januari 30, 2009

Dolah Badawai Sengaja Meletakkan Najib ditempat-tempat yang kritikal..

Anehnya kenapa Najib dilantik bagi memangku Jawatan itu? Beliau orang Pahang. Kenapa tidak dilantik dari kalangan orang Perak sendiri. Sewajarnya kerusi itu diberikan pada Zahid Hamidi yang juga orang Perak atau ahli Majlis Tertinggi Umno yang lain.

Anehnya kenapa Najib dilantik bagi memangku Jawatan itu? Beliau orang Pahang. Kenapa tidak dilantik dari kalangan orang Perak sendiri. Sewajarnya kerusi itu diberikan pada Zahid Hamidi yang juga orang Perak atau ahli Majlis Tertinggi Umno yang lain.Nampaknya Dollah Badawi sengaja meletakkan Najib ditempat-tempat yang kritikal bagi melemahkan nafsunya untuk menggulingkan Dollah pada bulan Mac nanti.

Dollah senyum, Najib dipaksa ganti Tajol, Umno Perak makin tenat

Perletakkan jawatan Tajol Rosli sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak menimbulkan beberapa tanda tanya. Pagi semalam, semua media milik BN telah menyiarkan isu perletakkan jawatan beliau, namun lewat petang semalam Tajol seolah-olah menafikan perkara berkenaan.

Paling mengejutkan, selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) semalam, Dollah mengumumkan bahawa Najib dilantik bagi memangku jawatan Pengerusi Umno Perak dan Timbalanya adalah Zahid Hamidi.

Perkara ini menimbulkan beberapa polemik dimana Tajol seolah-olah dipaksa untuk meletakan jawatan ekoran dari kekalahan teruk Umno-BN pada Pilihanraya Umum lalu dan juga pengumuman ADUN Bota, Nasaruddin Hashim yang menyertai Keadilan.

Selain itu, pergolakkan dalam Umno Perak diperingkat Bahagian juga dilihat sebagi punca penyingkiran Tajol Rosli yang dilihat sudah terlalu usang dalam organisasi Umno Perak.

Umno Perak adalah antara organisasi Umno yang paling tenat dinegara ini sejak Mac tahun lalu.

Peningkatan sokongan rakyat di perak menakutkan Umno dan berita-berita bahawa beberapa ADUN serta Ahli Parlimen akan menyertai Pakatan juga mengusarkan mereka.

Justeru itu, Najib yang bakal dilantik menjadi Presiden Umno diarah (terpaksa) untuk menyelesaikan kemelut dalaman itu.

Anehnya kenapa Najib dilantik bagi memangku Jawatan itu? Beliau orang Pahang. Kenapa tidak dilantik dari kalangan orang Perak sendiri. Sewajarnya kerusi itu diberikan pada Zahid Hamidi yang juga orang Perak atau ahli Majlis Tertinggi Umno yang lain. Kenapa mesti Najib yang kini sudah terbeban dengan kekalahan pada dua Pilihanraya Kecil yang diterajuinya.

Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sudah cukup memberikan gambaran akan kelemahan Najib sebagai pemimpin Umno.

Nampaknya Dollah Badawi sengaja meletakkan Najib ditempat-tempat yang kritikal bagi melemahkan nafsunya untuk menggulingkan Dollah pada bulan Mac nanti.

Tanggungjawab kecil tetapi berat ini pastinya akan menjadi bahan perlekehan di kem Dollah menjelang pemilihan Umno kelak.

Umno Perak yang semakin tenat, bakal mengharungi saat-saat kehancuran dibawah pengurusan Najib.

Maka inilah peluangnya untuk ahli-ahli Umno menilai percaturan politik yang dimainkan oleh pemimpin mereka. Terpulanglah samada mereka ingin terus setia membabi buta atau keluar untuk bersama Pakatan.

Sesungguhnya Pakatan di Perak semakin kuat begitu juga diseluruh negara. Umno-BN terkepung dalam kem sendiri. Tajol Rosli sudah undur diri, bermakna tidak lama lagi Umno Perak akan tinggal nama sahaja kerana sudah tiada anak-anak Perak yang ingin meneruskan perjuangannya.

http://dppwp.wordpress.com


Respon

  1. Dollah nampak saja lembik tapi “tiangnya KUAT”.Dollah pandai ambil peluang, AlNajib sudah jadi macam kaldai ditambat tuannya di merata-rata tempat.Kalau sudah gila kuasa No.1 “kaldai Pun Kaldai lah”

  2. aku walaupun x sokong bee end nie…tapi aku tgk cara pak lah kenakan najib mmg clever…dlm diam terkena najib…

  3. Najib pun melawan jugak yop, tengok kes2 rasuah UMNO banyak dari kem KJ menantu Pak Lah yang kena tu. Tulah bila dah anggap diri berkuasa atau terpaksa sebab nak cover benda-benda salah mereka. Gamaknyalah… mintak selisih janganlah Najib sampai jadi PM. Eh jap, Najib pinjam cakap siapa ye, “SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT”

  4. Najib bukan tak cerdik. Tapi sejak kahwin baru nie, aku nampak Najib macam serba tak betul. Bukan macam Najib yg aku kenal dulu masa aku terserempak dgn dia kat suatu tempat makan kat Lembah Kelang nie, bersama bekas isteri dia yg dulu.

  5. kesiaaaan!…….pada Najib, mengalah bukan bererti KALAH walaupun sebenar2nya DAH KALAH.

  6. PakLah memang bijak, memang dia sengaja nak mengharubiru dan menghitamlegamkan keadaan. Diakan dah tahu rakyat dah tak suka Najib. Sengaja dia lagi tonyoh2kan si Najib supaya rakyat menghukum Najib dan umno keseluruhannya.TAHNIAH dan barulah seronok kita ada PERLAWANAN.

  7. Masa Tajol jadi ketua, seorang lompat masuk PR. Kalau bila Najib jadi ketua, lebih seorang masuk PR, Najib lagi lembek dari Tajol laa.

    Najib kata Anwar tamak kuasa bila pegang ketua PKR Sarawak. Sekarang Najib Ketua UMNO Perak, tamak C4 lah yea.

    Anwar Ketua PKR Sarawak, Orang berduyun masuk PR. Najib Ketua UMNO Perak, orang berduyun masuk PR juga.

    Macam ni lagi terer lah Anwar dari Najib. Dah lah tadi lagi terer Tajol dari Najib.

    Kalau Najib lagi teruk dari Tajol, jauh sekali dibandingkan dengan Anwar, apa kelas nak terima Najib jadi Perdana Menteri Malaysia?

  8. Sebenarnya bukan semua menteri2 amno ni cerdik. Mereka nampak hebat kerana ada kuasa.
    Macam si Najib ni. Punca disiplin pelajar merosot adalah disebabkan dialah sewaktu menjadi menteri pendidikan. Dia warning , guru2 boleh dikenakan tindakan mahkamah jika merotan murid. Lalu diperkenalkanlah guru2 kaunselor. Apa yang kaunselor ni boleh buat. Lagi pun bukan semua kaunselor reti kerja mereka. Lebih2 lagi kaunselor keluaran OUM.
    Lihat sekarang masalah disiplin menjadi-jadi.
    Kedua mamat Pekan ni hanya reti menghabiskan duit aje. ( Terikut2 feel isteri dia agaknya. Ezam pernah cakap dlm ceramah, 20 kereta digunakan untuk angkut barang2 yang dibeli si Rosmah di Paris ) Tabur duit sana sini. Lubok yang suka sangat dia tabur duit ialah di felda.
    Kalau betul dia naik jadi PM , maka kita dapat seorang PM bermentaliti macam Pak Pandir.

  9. kesian tok najis,kat mana2 tempat yg boleh kena sembelih kena pegi.
    tunggu lepas ni tok najis kena samak dengan orang perak pula.

  10. Masa ni Pak Lah leh guna alasan untuk Tok Jib x pandai takbir negara, peluang Pak lah untuk terus jadi perdana Menteri…. ingat Pak Lah senang2 nak letak Jawatan… Kerusi empuk katakan


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 58 other followers