Posted by: pinkturtle2 | Februari 5, 2009

Berita Terkini Dari Perak…

Ampun tuanku, kami memohon tuanku mengambil keputusan yang adil dengan memberi peluang kami memilih pemimpin yang adil, yang bertanggungjawab melaksanakan amanah. Kami tidak rela dipimpin oleh mereka yang zalim kepada agama, bangsa dan negeri.Mohon tuanku perintah diadakan pilihanraya semula. Ampun tuanku.

Ampun tuanku, ...kami memohon tuanku mengambil keputusan yang adil dengan memberi peluang kami memilih pemimpin yang adil, yang bertanggungjawab melaksanakan amanah. Kami tidak rela dipimpin oleh mereka yang zalim kepada agama, bangsa dan negeri.Mohon tuanku perintah diadakan pilihanraya semula. Ampun tuanku....

Kita lawan konspirasi Umno

Saya terima SMS dari Setiausaha Akhbar MB, Anuar Hashim sebentar tadi dan dari Cina Islam , maksud yang sama :

Makluman; kita masih kerajaan minoriti di Perak. Pentadbiran berjalan seperti biasa. Dalam keadaan sekarang ada 3 keadaan kerajaan boleh bertukar.


1. Sultan bubar DUN untuk pilihan raya negeri.
2. MB dengan sukarela mengundur diri.
3. Undi tidak percaya dalam sidang DUN akan datang

sebarkan maklumat ini untuk umum.

Kita tentunya tidak akan mengambil pilihan nombor 2. MB kita bukan jenis pengecut dan mudah menyerah kalah macam pondan!

Pilihan ke-3 , masih lama lagi.DUN hanya akan bersidang bulan April nanti. Yang kita nampak terbaik sekali ialah pilihan angka 1 – Sultan bubar DUN untuk pilihanraya negeri!

Kita berharap benar kebawah Duli Tuanku akan bertindak membubarkan DUN supaya mandat dapat dikembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru.Menang kalah adat pertarungan.Kita tak mahu menyerah begitu sahaja kepada petualang bangsa yang khianat itu.

Kalau BN/ Umno mahukan semula kerajaan negeri Perak ini, silakan ambil secara pahlawan dan berjuang digelanggang.Buat apa banyak dalih itu ini?

http://alhusseyn51.blogspot.com

About these ads

Responses

  1. Iklim politik negara amnya dan Perak khasnya hari ini diburukkan oleh pengkhianat yang tidak bermaruah . Harga diri boleh dilelong ke sana sini . Hari ini di pasar borong Selayang dan lusanya kelihatan bergayut pula di pusat lelongan pasar borong Gombak .

    Cukup jijik dan meloyakan . Cukup tidak bermaruah dan tiada aras nilai pada diri . Segalanya kerana harta dan pangkat . Kerana hubbud dunya wa karaahiyatul maut .

    Ingatlah , kita menyertai perjuangan ini bukan untuk bermain politik bagi memperlihatkan kelicikan strategi dan kehebatan pengaruh , tetapi satu penyertaan yang menyandang matlamat suci . Matlamat melahirkan sebuah negara yang aman , makmur dan harmoni . Melahirkan Negara yang bebas rasuah , bebas mungkar , bebas jenayah , bebas penyelewengan dan salah guna kuasa .

  2. ALLAHU AKBAR…3X… SEMOGA ALLAH BERSAMA-SAMA ORANG YANG SABAR. KEPADA YAB MB, TERUSKAN PERJUANGANMU, USAH GENTAR DENGAN DAKYAH2 PETUALANG BANGSA DAN PEROSAK AGAMA….

  3. INNALLAHA MA’AS SOBIRIN

    korang kena ingat, 3 eko katak tu dah pernah lafaz ikrar setia depan sultan perak semasa pembentukan kerajaan negeri. bila najib nak bentuk kerajaan negeri yg baru, dia kena bawak mrk ni lagi utk buat ikrar setia baru menyokong umno/be-end.

    adakah paduka sultan akan menerima ikrar mrk?

    org yg flip-flop camni langsung dah tak leh nak diterima ikrar mrk lagi! dlm situasi ni, pembentukan kerajaan umno/be-end tak mungkin diperkenankan oleh paduka sultan. jadinya… pr masih secara rasmi memegang pemerintahan kerajaan negeri perak.

    sekiranya paduka sultan tak yakin dgn kestabilan kerajaan negeri yg ada, satu2nya cara adalah mengembalikan semula kuasa kpd rakyat utk memilih kerajaan negeri…

    • Tuan yang amat penyabar, semua orang tahu satu dunia tahu yang 3 katak ikrar taat setia depan sultan…. bukan depan nizar bedebah. Oleh itu kalau mereka itu ikrar sekali kagi pun semata nak beritahu kpd sultan yang mereka tetap melayu yang amat sayangkan sultan dan kerajaan baginda. sedarlah wahai Assabirin bahawa pembangkang adalah pelengkap kepada sistem pentadbiran negara. Namun Saya minta Assabirib beritahu kpd Nizar bahawa tingkahlakunya macam Ngeh juga. Tapi apa nak hairan nasib baik TgNA dah tua kalau macam Nizar segar bugar, mungkin lebih kurang je……. Itulah Islam PAS. dan inilah Islam ala Pas yang sudah tidak peduli lagi Perlembagaan Islam, Negara Islam. Sebab mungkin sudah mengigau takut-takut kena langkah mayat Singh. Rupa-Rupanya orang PAS takut kpd mayat….heheheheheh.

  4. Kita dikejutkan dengan berita lompat abg lompat hinggakan rakyat pun heran…keupayaan MB perak dipertikaikankan sejak dari menang PR12 lagi…begitulah usaha usaha BN yang mennampakkan hasil dan membolehkan pegang kerajaan negeri…Tapi berapa lama …kita belum pasti…kalau ada pilihanraya baru …maka peluang PKR lebih cerah lagi…cuma yang perlu kita persoalkan pergadaian maruah ADUN terlibat…seolah olah olah mengkianati pengundi…kianat kepada penyokong…sudah pasti mereka ini bukan pemimpin yang dicari…mereka perlu pergi kerana mereka bukan pejuang tapi cari peluang…sekian salam dari globalmalau

  5. Aku sokong melayu yg tulen mcm org pas, tapi kalu melayu yg org dah buang nak di jadikan pemimpin memang tak boleh. betul 2 org tu tak boleh di jadikan pemimpin sebab bekas ada kes, tapi kes masa dlm pkr. tapi kalau org yg dah kena buang dan kes macam nuar tu boleh pulak di jadikan pemimpin. sebenar pas tak perlu org munafik macam nuar ni. dulu aku sokong 100 Peratus pas ni, tapi bila dan berkiblatkan nuar ni pas jadi bercelaru.

  6. 1. Kau user name Nikaziz di atas, lebih baik kau cermin wajah keluarga pengamal politik di seluruh Malaysia…

    2. Kemudian, cermin keluarga DSAI di bawah…

    http://naspazi.multiply.com/video/item/128

    3. Akhirnya, cermin keluarga kau sendiri…

    # Jangan cakap sembarangan saja !!

  7. wahai saudra2 disana anda sedirilah sendiri bagaimana situasi di Perak selama pemerintahan Pas….MB hanya di dijadikan Boneka paatan lain….iaitu segala cadangan dan keputasan dibuat oleh exco kanan beliau DAP…..fikir2 kan lah…

  8. Memang benar apa yang dikatakan oleh mamat Lot Nizar hanyalah boneka DAP,sebab itu DAP tidak suka melayu ada dalam exco sebab senang DAP nak buat keputusan,kalau tak percaya turun ke Perak kita boleh tunjukan bukti, satu lagi kesalahan parti pakatan rakyat adalah mempermainkan ayat al quran,sengaja menyuruh YB Nga Komeng membaca ayat-ayat alQuran,kemudian mempersendakannya

  9. Saudara saudari,sesungguhnya Ingatlah SULTAN adalah khalifah yang patut kita utamakan,kerana bagi saya apa2 akan terjadi dlm Perak negeri tercinta saya ini sudah pasti saya mahukan SULTAN yg diberi mandat untuk mengawal negerinya sendiri,so keadaan sekarang kita ketepikan dulu soal SULTAN berpihak pada siapa kerana saya yakin SULTAN Azlan Shah adalah sultan yang bijak sana,maka Ingatlah undurnya MB Nizar bukan undur pengecut,tetapi Undurnya MB Nizar undur sebagai seorang pahlawan yang disanjung walau dimana beliau berada. Yakinlah segala apa yang terjadi adalah ketentuan ALLAH,byk hikmah yang dpt kita lihat,mungkin Undurnya MB Nizar sebagai tentuan ILLAHI untuk menamatkan fitnah keatasnya yg byk org anggap sebagai Boneka,Maka akan Tiba satu masa nanti pasti Pilihan Rakyat juga akan menjadi kenyataan,maka Ingatlah SULTAN bukan tidak memihak kepada rakyat,akan tetapi ini lah peluang kita Lihat dgn mata yang Peka apa akan terjadi Bila BN kembali memerintah selepas 10bulan dia memfitnah pakatan rakyat,sudah pasti kita akan lihat sendiri ludah pasti dijilat sendiri untuk membuatkan rakyat bertambah yakin utk mengundi pd pilihan raya ke akan datang.

  10. Semoga Allah melaknat kepada pengkhianat bangsa dan agama seperti UMNO

  11. DAULAT TUANKU…hehe,kesian pulak ak tgk kat si MB yg kemaruk kuasa..ker x puas lg naik cammry baru tuh?

  12. salam,

    saya nasihatkan kepada diri saya dan juga kepada saudara-saudari sekelian agar tingkatkan ingatan kepada ALLAH dan berbanyaklah berSABAR

    dan apa juga tindakan kita janganlah sampai kita amarah dan dipertunggang oleh pihak JIS dan jadi ‘tawaan’ sinis si mim cha kaf sin yang zahirnya mungkin menawar pakatan…

    dan yang PENTING sekali

    jangan DERHAKA
    jangan DERHAKA
    jangan DERHAKA

    waulLahu a’lam

  13. ap pun kome sumua org perak semuanya bodok banyak makan petai

  14. apa pun kome sumua org perak semuanya bodok banyak makan petai

  15. Daulat Tuanku!!!

    Budak darjah satu pun tahu pasal Malaysia. Kat mana mereka letak Rukun Negara???

    Kepercayaan Kepada Tuhan
    Kesetiaan kepada Raja Dan Negara
    Keluhuran Perlembagaan
    Kedaulatan Undang-undang
    Kesopanan dan kesusilaan

    Barangkali Sultan Perak ada sebabnya!!!
    Barangkali UMNO ada gelojohnya
    Barangkali PR ada silapnya
    Barangkali ada hikmahnya
    Barangkali inilah negara MEMBANGUN !!!!

    • INI LAH 1 MALAYSIA
      SAMA SEPERTI 1 ……….

  16. tak yah gaduh lah,,,,,kita sokong je BN,,,,kalau sokong nizar pun,,,sapa yg untung,,,,,,,,,kalau pas di perak macam kat kelantan ,,,aku sokong 100peratus,,tapi di perak aku tak,,,sokong,,sebab,,,,paham2 je lah,,,nanti kena saman,,,,,,,kita sokong je BN,,,,(umno )yg merdeka kan malaya…….kau org keja je macam,,,aku,,,bulan2 dapat gaji,,,tak yah bodek politik tu la ,,nie la,,,,macam tak ada pegangan agama……..kita kan ada agong,,,ketua negara malaysia……kita kena patuh pada AGONG…..SALAM…….kalau nak gaduh sesama melayu,,aku doa kan malaysia kena gempa bumi,,,,lebih dasyat drpd sunami,,,,KOU ORG NAK TAK…

  17. Hai Md Nizar, aku bagi jalan pi jer pujuk 3 orang yang belot tu kembali menyokong PR. Hang dok pening2 buat apa. Tak yah dok tunjuk gah hang tu…nganga sana sini. Pujuk betui2 depa tu, kan dulu geng hang apa nak takut kat depa. Ajak Anuar dan Lim Kit Siang pi pancing depa balik. Pujuk pelan2. aku rasa depa mau balik ke PR.

  18. jangan ada lagi pepecahan dalam PR, kita perlu bersatu dalam memajukan negara bangsa agama.
    amal makruf nahil munkar menjadi tujuan kita dan perlu ada dlm smua pmimpin
    harta bukan pejuangan pakatan rakyat

  19. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA akan suka aka
    Salam sayangkan Malaysia.

    Ini bukanlah berita terkini.
    Ini cerita sejarah, sejarah PR di Perak.
    Teman ingatkan terkini.

    Teman lame dah dok pesan.
    Kalau hisab tidak menyebelahi PR.
    Nak sembah apa.
    Sembah melutut le.
    Dari jam besor ke Bt. Chandan.
    Ngesot2 pun.
    Impossible tuanku boleh pekenan.

    Punca sebenornya.
    Yang tige tu,
    Due PKR, satu DAP.
    Itu puncenye.

    Sekador ye ke gitu.

  20. Kepada rakyat Perak di kawasan 3 ini (2 PKR 1 DAP) boleh buat bantahan MENOLAK PEMIMPIN bermasalah kepada SPR terhadap wakil rayat yang dipilih melalui pilihanraya.

    Mohon diadakan PRU bagi 3 kawasan ini. Abis cxerita. Semua orang puas hati.

    • Nampak beno kome ni tak nah 1 budak hitam, matelik pulak tu. Takpo le. Tapi Kome kena ingat satu je. Kalau masih Md. Nizar jadi MB, takdir Allah taala mati budak Nizar Kome nak lantik sapo jd MB pula? Nak tunggu Tn Guru Hj Abd Hadi pi bertanding diPerak….. atau beri kat Ngeh terus?

      Kita sekarang berpolitik, bukan main sorok-nyorok, sejarah telah membuktikan Melayu susah tak akan senang sekiranya berada disekeliling masyarakat cina, tapi cina boleh kaya raya walau berada dalam masyarakat melayu. Kenapa? Harus diingat, syarat ingin bekerja di supermarket sebagai jurujual mesti pandai bahasa mandarin, bukan bahasa malaysia,kenapa? Dimana? DiKelantan dan dimana……. sebab nak halang peluang bangsa bukan melayu khususnya mencari pengalaman dalam bidang jualan. Itu baru kongsi kuasa bukan berkuasa penuh. Apabila berkuasa penuh… pandanglah kearah selatan tanahair, sebuah Negara kecil…. tanah sultan pun dijual dan dimajukan. Akhirnya sultan mereka merempat dimalaysia. Apakah melayu Perak bodoh benor. Nak Selamatkan kepimpinan Ulamak pun biar gamak-gamak. Kalau sampai sesama Islam pun dah sampai haram berkompromi, itu eleman berat. Saya ingat orang Pas ini terpengaroh dengan perkataan Tok Guru…. (Tok Guru serba tahu…. akhirnya ditipu tokey balak, menantu pastikan menantu Tok Guru tu Umno atau PPP, sebab kerja jahat, rasuah kerja BN) Atau Tok Guru berpakat nak suruh lebih sohor dari Hj Hadi.

      Allah sentiasa bersama orang beriman. Kalu Tok Guru silap Allah nak uji puak kita, kalu Umno silap, itu bala Allah. Kalau buat betul, Allah memberi penuh keberkatan, kalu Umno betul Umno meniru program kita. Sedarlah mangkok-mangkok perak jangan jadikan Perak Kelantan kedua. rakyat takada kerja, Ketua kampong Jadi Pengedar Dadah nak bela anak 4 orang dibawah desakan hidup. Bagi Projek Ladang rakyat, rakyat merempat bangsa lain berladang. baik beritahuko rakyat… ini projek LADANG SPELEK RAKYAT. Semata mengahalkan cara nak ambil duit dari taukey sebagai sumber dana Pilihanraya.
      ….


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: