Tamparan Hebat Buat Si Najib Razak, Itulah Simbolik Di Sebalik Isu Pertemuan Paling Bersejarah Pak Lah – Anwar Tengahari Semalam
HULU LANGAT – Ramai yang terkejut dan terperanjat dengan kehadiran dua tokoh utama negara dari parti kerajaan dan pembangkang di majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dekat sini semalam. Masing-masing teruja dengan apa yang dilihat ini sebenarnya. Apakah ini merupakan satu petanda baik untuk iklim politik negara agaknya. Semua ini pastinya menimbulkan seribu persoalan yang sukar untuk dijawab. Pertemuan bersejarah yang tidak dirancang itu merupakan satu “hikmah” ke arah mewujudkan kestabilan politik negara selepas ini. Namun, semuanya hanyalah terletak ditangan kedua-dua pemimpin terbabit iaitu Pak Lah Badawi dan juga Anwar Ibrahim.
Kedua-duanya berasal dari negeri yang sama iaitu Pulau Pinang. Kedua-dua mereka dikatakan hadir kerana menjadi tetamu kehormat mudir madrasah berkenaan. Kehadiran Anwar semalam sebenarnya memang sudah dinanti-nantikan oleh hampir seribu tetamu jemputan termasuk ulama dari Asia Tenggara. Namun, hadirin sebenarnya terpegun dengan kehadiran secara tiba-tiba Perdana Menteri dalam majlis itu.
Menurut sumber, Pak Lah sepatutnya hadir pada hari ini untuk merasmikan persidangan dan pertemuan para ulamak. Namun, kehadiran Perdana Menteri pada hari semalam dikatakan menjadi tanda tanya para hadirin. Tambahan pula tetamu istimewa semalam ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya. Pak Lah dikatakan tiba lebih awal dari Anwar iaitu pada kira-kira jam 12.18 tengahari semalam, manakala Anwar dan isteri Wan Azizah tiba kira-kira 20 minit kemudian. Kedua-dua mereka kemudia dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengahari bersama-sama. Mereka berada di rumah berkenaan selama lebih satu jam setengah, kemudian keluar untuk mendirikan solat Zohor bersama sekitar jam 1.40 petang. Adalah dipercayai, semasa bersama Syeikh Mahmud “Pertemuan Enam Mata” berlangsung antara Anwar, Pak Lah dan Syeikh Mahmud sendiri. Satu perundingan juga dikatakan telah berlaku dan Syeikh Mahmud telah menjadi “Orang Tengah” atau “Perantara”. Difahamkan juga, semasa mendirikan solat Zohor juga kedua-dua mereka berada di saf barisan hadapan dimana Pak Lah berada di kanan dan Anwar di kiri Syeikh Mahmud.
Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesutau yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.
Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenana kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai. Mereka kemudian Pak Lah dilihat beredar meninggalkan majlis kira-kira jam 2.15 petang dan diikuti oleh Anwar sekitar jam 2.50 petang itu.
Nampaknya pasti berbagai spekulasi akan timbul hasil pertemuan bersejarah ini. Apapun ianya pasti mendebarkan disaat Najib bakal ditabalkan menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam masa terdekat ini. Hanya Allah yang mengetahui “butir bicara” kedua-dua pemimpin terbabit.
Nampaknya pasti berbagai spekulasi akan timbul hasil pertemuan bersejarah ini. Apapun ianya pasti mendebarkan disaat Najib bakal ditabalkan menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam masa terdekat ini. Hanya Allah yang mengetahui “butir bicara” kedua-dua pemimpin terbabit.
Namun, apakah kita akan mendengar satu berita yang pasti menggemparkan dalam masa terdekat ini agaknya. Apapun, sama-samalah kita berdoa agar pertemuan Pak Lah dan Anwar di hadapan seorang ulamak terkenal itu bakal memberi ruang yang terbuka luas untuk “perdamaian” hendaknya. Sama-samalah kita nantikan perkembangan selanjutnya perkara ini.
Kami difahamkan, ramai penyokong Najib Razak yang kecewa dengan berita pertemuan Pak Lah dan Anwar ini sebenarnya. Mereka kini mencongak, apakah yang bakal terjadi kepada Najib sekiranya Pak Lah dan Anwar akhirnya bersatu demi masa depan agama, bangsa dan negara tercinta Malaysia ini.



















bermulalah adegan yang penuh misteri dan mendebarkan…tungguuuuuuuu..ehehehe
By: majedan on Mac 11, 2009
at 9:07 am
yang amat-amat berdebar……..naji………bik….
By: Lee Chin on Mac 11, 2009
at 9:13 am
misteri …… tunggu …… dua ungkapan ini sudah cukup mendebarkan. Sama-sama kita tunggu dan lihat
By: Mohd Hatta Haji Kahar on Mac 11, 2009
at 9:28 am
kalo bersatu memang bagus …tp yng penting negara tak kucar-kacir
By: do re mi.. on Mac 11, 2009
at 10:10 am
apa pun biarlah kedua-dua pemimpin itu ikhlas demi untuk Agama, Bangsa dan Negara.
By: kebaikan bersama on Mac 11, 2009
at 11:37 am
nak jumpa sekali sekala apalah salahnya…memang anuar nak jadi PM…memang strategi dirancang macam tak dirancang…camtlah gelagat ahli politik…Ini membuktikan mengapa anuar tidak menekan Pak Lah seperti lazimnya ahli ahli politik lainya…
salam dari globalmalau
By: globalmalau on Mac 11, 2009
at 11:42 am
Perlu konsisten bahawa fahaman sekular adalah haram disisi Islam.parti sekular umno adalah haram disisi Islam.
By: jihad on Mac 11, 2009
at 11:48 am
aku sokong pak lah berbaik ngan anwar….. semoga malaysia aman dan makmur….. amin
By: marang kerapu on Mac 11, 2009
at 1:00 pm
allah swt mengetahui..apa yg terjadi semalam..harap ada benda yg baik terjadi…kita berserah pada allah swt…
By: ada nama on Mac 11, 2009
at 1:06 pm
PKR pon party sekular jugakkkk
By: pepik on Mac 11, 2009
at 1:07 pm
apa nak heran Pak Lah ngan Anwar Ibrahim tu satu bendera/kampung
By: ferio on Mac 11, 2009
at 1:08 pm
Sekadar berjumpa je…tapi mustahil mereka bersatu….jangan buat andaian melulu…Pak Lah is Pak Lah…tahu sangat la dia tu…takde di layan nye apa si Anwar tu cakap…sekadar dengar je la…dia aja la yang betul….orang lain semua salah…
By: 1st Class Honours on Mac 11, 2009
at 2:58 pm
ALLAHUALAM
By: majedan on Mac 11, 2009
at 3:01 pm
bagi aku jgn najib naik jd PM!!!….kami meluat…meluat…Harap DSAI,PR&Pak lah dapat bersatu…..
By: anas amk kuala kedah on Mac 11, 2009
at 3:05 pm
Pertemuan misteri yg diharapkan dpt memberi Harapan Baru buat Malaysia tercinta….pikirlah pasal rakyat marhaen wahai pemimpin2 ku sekalian….
By: org_kota on Mac 11, 2009
at 3:23 pm
Hehhehehe…hari tu diaorang jumpe kat Bukit Mertajam…Skang kat Hulu Langat plak…..
Habis la ko JIB…
By: Anti Bibir Merah bini Katek on Mac 11, 2009
at 4:21 pm
malu ahhh ding dong….
pak lah dah sedar la tu perjuangan UMNO tak kemana…. hehe
moga2 apa yang diharapkan benar2 terjadi…..
ding dong ahhhh….
By: kukukaki... on Mac 11, 2009
at 5:40 pm
bulu roma meremang baca cerita pertemuan ni..
semoga ada kesan yang baik dalam pertemuan
kedua2 pemimpin ini..
sama2 kita tunggu..
wassallam.
By: anakpaklangmat on Mac 11, 2009
at 5:48 pm
Seangkuh-angkuh manusia yang berjiwa islam akan sayang dengan umat islam….semoga niat yang baik akan dimakbulkan ALLAH. AMIN
By: Melayu + Cina on Mac 11, 2009
at 6:36 pm
Harap-harap yg terbaiklah dari pertemuan tu …
jgn sampai harapan kecundang lak..
Bang Jib dah panggil pak belalang tengok apa yg dibincangkan oleh Paklah dan DSAI…
Tapi tak boleh sebab ada halangan … syeikh Mahmud dah buat pendinding…
Mahap le Bang Jib sebab nujum pak Belalang tak boleh buat apa… line kena block.. luaq dari kawasan liputan…
Bang Jib ngan big mama tidoq tak lena pulak dah…
By: cikgu syon on Mac 11, 2009
at 6:38 pm
talian hayat terakhir……… najib membisu seribu kata. sapa nak kena cantas, allahualam.
By: selayor on Mac 11, 2009
at 8:15 pm
aku stuju sangat…berdoalah kita..kalu 2 orang ni bergabung makin kuatlah pakatan rakyat..kalau paklah masuk pakatan insyaalah dia akan jadi lbih baik lagipun dia ada asas agama..buat lah apa pun asal najib x jadi pm…lau x mati kita rakyat…harga minyak garenti naik…Ya Allah bukalah hati Abdullah haji ahmad badawi untuk yang terbaik….amin!!!!
By: ore_kelate on Mac 11, 2009
at 9:05 pm
Da org jmput..D0rg dtg la..Cra org menuleh brita tu mcm lebe2 plak..
By: Nuaq on Mac 11, 2009
at 11:51 pm
Paklah gabung ngan Anwar jadilah the gang of loser …
By: gigikutercabut on Mac 12, 2009
at 10:12 am
DSAI ditawar jadi PM.Najib dan kuncu-kuncu melopong.Ironinya semua balaci UMNO akan sujud kaki DSAi pula dan akan mengutuk Najis pula.
Itulah Budaya busuk UMNO
By: iboi on Mac 12, 2009
at 4:07 pm
Semoga DSAI boleh jadi PM ganti Abdullah. Selama ni pun orang utara yang mampu jadi PM.
By: Profesor Osman on Mac 12, 2009
at 6:05 pm
[...] Apakah bakal terjadi kepada Najib sekiranya Pak Lah dan Anwar bersatu… Tamparan Hebat Buat Si Najib Razak, Itulah Simbolik Di Sebalik Isu Pertemuan Paling Bersejarah Pak Lah – Anwar [...] [...]
By: Top Posts « WordPress.com on Mac 13, 2009
at 8:10 am