Posted by: pinkturtle2 | Mac 13, 2009

Norza Mengaku Tidak Bersalah, Ikat Jamn RM10,000 Dan Minta Dibicara

Beliau yang memakai sut kelabu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Beliau yang memakai sut kelabu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Majistret Ida Rahayu Sharif menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 22 April ini. Pendakwaan dilakukan Peguam Kanan Persekutuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa. Norza diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Politik wang: Norza minta dibicara

TEMERLOH: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Norza Zakaria hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini berhubung tuduhan memberi rasuah dan meminta untuk dibicarakan.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

BERITA TERDAHULU

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria dipercayai akan didakwa di mahkamah hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan dakwaan terlibat dalam politik wang.

Bekas setiausaha politik kepada Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yaacop itu dijangka hadir di Mahkamah Majistret Temerloh.

Norza akan menjawab pertuduhan berhubung dakwaan beliau memberi wang kepada beberapa individu bagi memastikan kemenangannya dalam pemilihan Umno selepas mendapat pencalonan mencukupi untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi.

Norza, 40, ditahan Januari lalu dan dilepaskan dengan ikat jamin sementara siasatan dijalankan.

Beliau bagaimanapun dilaporkan menafikan bahawa beliau sedang disiasat dan mendakwa hanya diminta oleh SPRM untuk membantu siasatan.

Beliau juga dilaporkan berkata, tiada sebab beliau memberi rasuah untuk memastikan kemenangannya kerana berdasarkan pencalonan yang diperolehi, beliau yakin mendapat sokongan kuat dari akar umbi.

The Star sebelum ini melaporkan, SPRM telah menyoal siasat Norza berikutan dakwaan yang beliau telah memberi rasuah antara RM300 dan RM500 kepada beberapa individu untuk memastikan kemenangannya.

Lebih 13 orang ditahan dan disoal siasat oleh SPRM sebelum itukerana didakwa menerima wang daripada ahli politik.

Kebanyakan daripada mereka yang ditahan adalah dari Maran dan Temerloh.

SPRM sebelum ini mendakwa tiga individu di Melaka, Perak dan Wilayah Persekutuan kerana kesalahan yang sama.

http://www1.mstar.com.my

Norza Hadapi Dua Tuduhan Rasuah

TEMERLOH, 13 Mac (Bernama) — Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohamad Norza Zakaria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini terhadap dua pertuduhan memberi rasuah kepada dua individu pada 20 Jan lepas.

Mohamad Norza, 43, yang juga Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, didakwa melakukan perbuatan itu pada 6.30 petang di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh, di sini.

Beliau didakwa secara rasuah telah memberikan kepada Khadri Musa melalui Halimi Kamaruzzan suatu suapan iaitu wang tunai RM1,500 sebagai dorongan untuk diagihkan kepada anggota-anggota perwakilan yang boleh membantu mengundi beliau untuk memenangi jawatan sebagai ahli MT Umno pada pemilihan Umno hujung bulan ini.

Di tempat yang sama dan pada tarikh dan waktu yang sama, Mohamad Norza didakwa secara rasuah memberikan kepada Mohammad Anuar Yunus, juga melalui Halimi Kamaruzzaman, suatu suapan iaitu wang tunai RM1,900 sebagai dorongan untuk diagihkan kepada anggota-anggota perwakilan yang boleh membantu mengundi beliau untuk memenangi jawatan MT Umno pada pemilihan Umno itu nanti.

http://www.bernama.com.my

About these ads

Respon

  1. awat asyik dok ambik org belah pahang ni.. aih ada apa2 yg tak kena di pahang ka…
    Bang Jib tolong tengok sat…!!!!!

    Dia ni bkn member baik adik khairi ka????

  2. [...] Saya juga merasa hairan, kenapa kes Isa Samad ini tidak dibawa ke mahkamah sedangkan kes jenayah rasuah di dalam perebutan jawatan lain di dalam Umno ada yang dibawa ke mahkamah seperti kes Dato’ Norza Zakaria? [...]


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: