
Beliau pernah menjadi antara pelajar terbaik PMR peringkat kebangsaan 2006 selepas mencatatkan keputusan 9A... Kita berikan kes istimewa untuk adik ini dengan terus menghantar beliau ke luar negara untuk membuat A Level dahulu - Noh Omar
Keluarga pelajar cemerlang SPM 2008 ditawar lot rumah
PENGKALAN CHEPA, 15 Mac (Hrkh) – Kejayaan pelajar cemerlang negara SPM 2008, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 dari Maahad Muhammadi Perempuan turut dikongsi bersama kerajaan negeri.
Beliau mendapat 20A (19A1, 1A2) dan menjadi kebangsaan kepada kerajaan negeri serta rakyat Kelantan.
Kejayaan itu merupakan rekod kedua di alaf baru apabila pelajar sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan muncul sebagai pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan.
Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).
Hari ini anak nelayan dari Kampung Sabak dikunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, petang Khamis lalu telah dikunjungi anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar.
Sebagai menghargai kejayaan tersebut Menteri Besar menawarkan satu lot kediaman kepada keluarga nelayan tersebut bagi membolehkannya membina rumah yang lebih selesa.
Selain itu kerajaan negeri bersetuju memberi saguhati sebanyak RM5,000 kepada pelajar terbaik itu di atas kecemerlangannya.
Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 juga dari Maahad Muhammadi Perempuan turut memperolehi keputusan cemerlang 17A.
http://www.harakahdaily.net
Mara tawar Nik Nur Madihah lanjut pelajaran ke London
KUALA LUMPUR: Mara menawarkan pinjaman penuh secara automatik kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18, pelajar cemerlang yang memperoleh 20A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), untuk melanjutkan pelajaran peringkat A Level di London.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata Mara akan berikan tawaran secara automatik tanpa perlu melalui proses temuduga atau mengisi borang.
“Kita berikan kes istimewa untuk adik ini dengan terus menghantar beliau ke luar negara untuk membuat A Level dahulu,” katanya selepas melancarkan kempen satu keluarga satu syarikat/perniagaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
“Bagi pihak kementerian kita ucap tahniah. Saya sendiri dah bercakap dengan Nik Nur Madihah, dah cakap dengan ayah dia dan pagi tadi saya bercakap pula dengan guru yang mengajar pelajar ini.
“Pelajar ini kita lihat datang dari keluarga yang miskin dan saya tengok pelajar ini cemerlang. Masa dia UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah), dia mendapat 5A, PMR (Penilaian Menengah Rendah) 9A, dan SPM 20A,” katanya.
Nik Nur Madihah, anak seorang nelayan, adalah pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan, mencipta sejarah memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM yang diumumkan Jumaat lalu dengan mendapat 19 1A dan satu 2A.
Beliau pernah menjadi antara pelajar terbaik PMR peringkat kebangsaan 2006 selepas mencatatkan keputusan 9A.
Noh berkata, surat tawaran itu akan diserah kepada Nik Nur Madihah minggu depan.
Beliau berkata, mengikut sistem yang digunakan Mara, seseorang pelajar itu perlu mengikuti kursus A Level di dalam negara terlebih dahulu sebelum membolehkan mereka layak melanjutkan pelajaran ke luar negara.
“Tetapi oleh kerana adik Madihah (ini) pintar, yang luar biasa (dan sudah) terbukti daripada dia kecil sampai besar, jadi dia mesti diberikan kelebihan. Sebab itu untuk adik Madihah saya bagi kelulusan khas untuk hantar terus ke London sebab dia kata dia minat nak belajar di United Kingdom.
“Kita akan usaha carikan dia tempat untuk buat A Level. Kita akan uruskan tempat dia belajar dan kita juga akan bagi pinjaman Mara untuk Madihah,”katanya.
Noh berharap kejayaan Nik Nur Madihah itu akan menjadi contoh terbaik untuk adik-adiknya sekaligus membolehkan keluarga itu keluar dari kepompong kemiskinan.
http://www.bharian.com.my
Pelajar Cemerlang Terus Mendapat Perhatian
KOTA BAHARU, 15 Mac (Bernama) — Kejayaan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18, anak seorang nelayan daif belajar mencatat keputusan cemerlang 20A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru lalu, mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri.
Pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Perempuan itu ditawarkan memiliki sebuah rumah bernilai RM130,000 dan wang tunai RM5,000.
Sumbangan wang tunai itu disampaikan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang melawat rumah keluarga miskin itu di Kampung Parang Punting, Pengkalan Chepa, pagi ini.
Tidak ketinggalan Umno Bahagian Pengkalan Chepa yang diketuai Dali Hussein, turut menawarkan rumah untuk disiapkan di tapak sendiri di samping membantu menjelaskan tunggakan sewa rumah yang didiami keluarga itu selama setahun.
Ketika ditemui pemberita, Nik Nur Madihah yang bercita-cita menjadi ahli fizik berkata beliau turut menerima tawaran bantuan daripada institusi kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM), MARA dan Petronas.
“Sebagai mensyukuri kejayaan ini, saya berpuasa sunat seminggu ini. Saya juga rasa amat terharu dan terhutang budi dengan pihak berkenaan yang memberi perhatian dan turut meraikan kejayaan saya ini,” katanya.
http://www.bernama.com
Ulasan Perantaukita
Adalah satu keputusan yang tepat dan betul. Semua pihak berlumba-lumba membantu Nik Madihah atas kejayaan dan atas kemiskinannya. Niat murni semua pihak harus kita hargai. Apalah sangat bantuan berkenaan jika bandingkan dengan hadiah-hadiah anjuran yang lain berbandingan sumbangan tidak seberapa kepada Nik Madihah.
Kejayaan anak Nik madihah, sekaligus mengangkat keluarga ini hebat di mata masyarakat, membuka mata semua pihak, yang sebelum ini buta dna tidak terbuka. Kegigihan Nik Madihah yang berjaya mencabar dirinya, mengambil 20 subjek. Sebenarnya potensinya sudah lama dikenalpasti oleh guru-guru di sekolah agamanya. Kejayaan Nik ini tidaklah mengejutkan guru-gurunya. Yang terkejut adalah mereka yang tidak terlibat atau bersama-sama dengan Nik, atau mereka yang pertama kali mengenali NikMadihah itu sendiri.
Nik Madihah teruskan perjuangan mu.. perjuangan belum selesai !!!!
http://perantaukite.blogspot.com
Kejayaan Sperti Inilah Yang sepatutnya Negara Banggakan,Kalau Artis boleh Dibanggakan Dan Diberi pelbagai ganjaran dan hadiah Wang Ringgit, Mengapa tidak Yang Ini…Inilah Yang sepatutnya Diberi Keutamaan Kerana Mereka Inilah Yang Akan Memimpin Dan Mencorakkan Negara Kita Di Masa Hadapan.
Dengan Memberi Pelbagai Keistemewaan, Kemudahan, Hadiah Dan Biasiswa Ianya Sebagai Galakan Dan Semangat Untuk Pelajar – Pelajar Lain Malakukan Benda Yang Sama Dihari Depan..

























Tahniah pada adik…Smoga ramai lagi yang dpt kejayaan spt ni dimasa hadapan.
By: 1897 on Mac 15, 2009
at 7:44 pm
sokong sangat statements bertulisan kuning tu. Ini tidak, manusia yang lalut pula yang menjadi pujaan.
By: mountdweller on Mac 15, 2009
at 8:32 pm
saya amat terharu dgn kejayaan adik normadiha, tahniah diatas rahmat allah swt keatas keluarga adik normadiha, rezeki yg halal akan sentiasa diberkati allah swt.berkat itu penting yang akan jadi nadi kehidupan zuriat kita,ada manusia duit berjuta hantar anak tuisyen ada tutor dtg rumah, tapi kenapa payah utk dpt walaupun 1A tahniah sekali lagi utk adik normadiha kerana tidak lupakan allah swt dgn melaku puasa sunat.semoga adik tidak lupa akan rahmat allah swt walau dimana adik berada. Jgn mudah lupa dan terpesong di sana nanti. Alhamdullilah.
By: hamba allah on Mac 15, 2009
at 8:36 pm
BERKAT NAFKAH DARI SUMBER YANG HALAL!
- Naspazi
By: Naspazi on Mac 15, 2009
at 9:22 pm
alhamdulilah cemerlang sungguh!
By: lanwm on Mac 15, 2009
at 9:44 pm
Tahniah untuk anaknda madiha, semoga berjaya dunia dan akhirat… jgn lupa jasa ayah dan bonda , adik-adik, guru-guru, rakan-rakan dan mereka yg sering membantu ..
Semoga allah memberkati anaknda sepanjang masa.
By: cikgu syon on Mac 15, 2009
at 9:58 pm
Tahniah kepada ANAK NELAYAN kerana menjadi pelajar terbaik SPM seluruh negara 2009.
Walaupun hidup miskin tetapi ‘Anak Nelayan’ mampu utk buktikan mereka punyai minda kelas pertama…
Tahniah ANAK NELAYAN! Tahniah ANAK NELAYAN!!!!….
By: Anak Nelayan on Mac 15, 2009
at 10:23 pm
Nelayan bukan kerja yang hina pun. Adik bertuah ada ibubapa dan guru yang perihatin mengenai pendidikan. Syabas dan teruskan dengan kecemelangan dan jangan lupa jika berjaya kelak. Ada ramai yang cemerlang dalam pendidikan tetapi akhirnya tewas dan bekerja dengan orang yang tak pernah pun melihat pintu pagar sekolah atau universiti. Kepada anak-anak sekolah yang lain, jangan lupa bahawa kejayaan perlukan usaha dan keizinan ALLAH jua.
By: lee lepi on Mac 15, 2009
at 11:12 pm
Hanya dengan ilmu sahaja dapat keluar dari kemiskinan….terima kasih mak dan abah…..
By: Dio on Mac 15, 2009
at 11:55 pm
Tahniah! Adik Madihah. Semoga terus cemerlang dan jadi wanita yang solehah.
Kepada Noh Omar diingatkan jangan beri pinjaman. Madihah patut diberi biasiswa bukan pinjaman. Noh Omar otak kelas penjajah! Mengapa pelajar SPM 10 A1 dapat biasiswa penuh JPA termasuk anak kaum Cina? Ini anak Melayu miskin pulak tu nak diberi pinjaman! Kepala otak pemimpin umno memang hampas!
Kepada adik Madihah, ingat ambil tajaan biasiswa penuh, bukan tawaran pinjaman sperti MARA. Semoga terus berjaya dan balas jasa orang tuamu.
By: shukoi9909 on Mac 16, 2009
at 12:50 am
Hahaha…inilah yang membuktikan bahawa generasi kita yang akan datang akan lebih bijak dan bijak!!!
Tapi PPSMI tetap diteruskan.
Apa pun congrats kat adik nih.
By: REPUBLIK PEOPLE OF MALAYSIA on Mac 16, 2009
at 5:56 am
Tahniah sekali lagi buat adik Madihah.
Abe dan warga pengkalan chepa amat teruja dgn pencapaian adik.semua amat berasa bangga dgn anak pengkalan chepa dgn adik.seluruh kedai kopi bercerita pasal kesusahan dan kesungguhan adik.
doa kami agar adik berjaya…amin.
-Ismadi-anok kg pauh,PC-
By: Eastmuddy on Mac 16, 2009
at 9:23 am
oi bodoh! pinjaman MARA tu hanya permulaan je la bahlol..bila dia berjaya mencapai sasaran dalam pelajaran nanti pinjaman tu akan di tukar kepada biasiswa penuh laa bangang..tu la dia otak PAS yg Hampas semua benda nak di politikan..ko tentu tak [pernah dapat pinjaman mara kan?? sebab tu ko tak tau syarat syarat dia,kalo study fail baru MARA akan claim balik duit tuu,kalo cemerlang akan di jadikan biasiswa penuh.. paham tak?semua benda nak pree la korang ni
By: nuh omar on Mac 16, 2009
at 9:30 am
aku dulu masa sekolah..asik lompat pagar jek…kena kejo dgn cikgu sebab monteng..tapi nasib baik keinsafan cepat kalu tak..ape nak jadi….kesusahan mematangkan pemikiran…
By: majedan on Mac 16, 2009
at 10:21 am
Tahniah dik.. Belajar rajin2, besar nanti jadi jgn sekali2 undi Barisan Neraka, ingat pesan ayahbonda. Tambah2 BN sekarang dah nak dikuburkan ke neraka..
By: warisan on Mac 16, 2009
at 10:29 am
salam…
alangkah lebih molek jika ‘pinjaman MARA’ menjadi ‘biasiswa MARA’ utk kes adik ni…
By: taufik on Mac 16, 2009
at 11:38 am
Tahniah saya ucapkan buat adik Madihah, semoga teruskan kecemerlangan dimasa-masa akan datang dan disamping kita mengejar dunia, ingatlah Negeri Akhirat yang bakal kita diami buat selama-lamanya.
By: antibewak on Mac 16, 2009
at 6:00 pm
anak saudara saya pun pi UK gak.. dpt pinjaman MARA.. tp bila result elok tak payah balik satu sen pun… sekarang jd jurutera kat Sime Darby… fuhh gaji kalah kita kerja gomen ni … tambah cikgu .. tak
terkejar gajinye…
Harap-harap anaknda Madihah terus berjaya dgn cemerlang… tak ramai anak melayu yg cemerlang.
Go girl!!!
Takkiralah walau di mana anaknda akan bljr nanti cuma jgn lupa kepada Allah swt.
By: cikgu syon on Mac 16, 2009
at 6:15 pm
Aku tak hairan orang kaya raya berpangkat besar berjawatan tinggi. Tapi aku iri hati kepada yang mempunyai anak yang pandai atau tahfiz. Kalau boleh anak2 aku pandai macam tu. Tahniah kepada adik Madihah dan keluarga. Sejuk perut ibumengandung.
By: Bonkers on Mac 16, 2009
at 8:13 pm
Pangkat dan harta tak dibawak masuk ke dalam kubur tapi amal jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa2 anak2 yang soleh/solehah yang dapat membantu kita di alam barzakh esok….
Buat adik Madihah tahniah dan teruskanlah menuntut ilmu dan kejarlah cita2 dan impian yang selama ini adik inginkan…Jadilah muslimah sejati walau di mana adik berada…
By: 1st Class Honours on Mac 17, 2009
at 8:39 am
ASLKM,
ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH PADA MADIHAH SEKELUARGA..
Apa saja perhatian dan pemberian orang, terima saja dik oii… ..
Tapi saya rasa jengkel dengan perangai UMNO nih.. macam tak ikhlas,, siap umum rumah RM130,000.. rasanya apa la perasaan jiran-jiran Madihah yang rumah mereka pun kelihatan 2×5 macam rumah nya..
Kalau UMNO ikhlas saya ingat semua rumah kat situ dia orang akan repair sekali kot.. Ni peluang korang ambil hati porang kampung.. tunggu apa lagi… berlumba kita bersedekah tapi jangan timbul riak pulak..AMIN .. dan TAHNIAH MADIHAH
By: NEUTRON on Mac 17, 2009
at 1:22 pm
Aik bkn kerajaan negeri kelantan ke yg nak support rmh tu…
Takkan jiran2 tu nak iri hati pulak… suruh la anak2 tu bljar rajin2 mcm madihah … ubah nasib keluarga
ni dak kira nak harap bantuan..
mind set melayu macam ni yg org UMNO boleh beli.
Berusahalah sehingga berjaya… Jika Madihah yg serba kekurangan mampu membelah badai dan berjaya diantara beribu pelajar mengapa pelajar lain tidak boleh…
Faktor KEMISKINAN BUKAN ALASAN tetapi
faktor KEMALASAN ADALAH PUNCA SEGALANYA.
By: cikgu syon on Mac 17, 2009
at 3:04 pm
tahniah dek & alhamdulillah
Adik nampaknya telah lulus ujian sewaktu adik masih miskin.
Teruslah benteng diri dgn amalan Islam.
Adik juga akan terus diuji sewaktu adik lebih senang, sewaktu di negara asing, yg penuh dgn cabaran.
sebagai seorang muslimah yg kuat imannya, pak cik percaya adik dpt mengharunginya dgn jaya.
Cuma ketabahan adik akan tetap diuji.
Pak cik pernah melaluinya di negara asing.
InsyaAllah adik kembali dgn kejayaan & lebih berkemampuan memperjuangkan agama, bangsa dan nusa.
Amin
Nik
By: nas on Mac 17, 2009
at 9:17 pm
Assalamualaikum!
Tahniah buat adik Madihah, bukankah lebih molek diberi biasiswa MARA. Lihat prestasi adik Madiha, UPSR, PMR dan SPM cemerlang. Dah jelas tahap kecerdikan dia.
Buat adik Madihah, buatlah solat istiharah, semoga mendapat pilihan yg terbaik.
Wasalam
By: bakri on Mac 19, 2009
at 6:01 am
tahniah Dik…
saya doakan adik berjaya d masa depan..
insyaAllah Malaysia akan punya ahli fizik yg berfikiran islam…
pedulikan mereka yang cuba mmpolitikkkan
kejayan adik.
By: jimi-whiteSnake on Mac 19, 2009
at 6:42 am
tahniah dik…
kita sama anak nelayan….
ingat bapa kita yang susah payah…
mak kita yang jaga kita….
tahniah…
hidup anok nelaye….
By: Anak nelayan tumpat on April 6, 2009
at 12:52 pm
[...] Ini berita yang saya baca di nelayan tentang anak nelayan tersebut. lengkapnya bisa baca disini: http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/03/15/17302/ [...]
By: Just a Reflection…Feeling Envy..It’s a Destiny.. « Inspiration of Life on April 10, 2009
at 1:15 am