
Kami dah dibawa masuk dalam kerajaan campuran dulu tapi BN tidak hargai, bahkan PAS ditendang keluar begitu sahaja, akhirnya cubaan kami masuk dulu gagal,Selagi saya tidak puas hati dan merasa pahitnya pengalaman dulu, selagi itulah saya perit untuk menerimanya cadangan seperti itu - TGNA
PAS NAK BAGI LEHER UNTUK ‘DISEMBELIH’? – KERAJAAN CAMPURAN PAS DENGAN BN
Cadangan Presiden PAS untuk membentuk kerajaan campuran PAS – BN di negara ini adalah satu berita yang menarik dan sensasi.
Namun bagi penulis, jika PAS membentuk kerajaan campuran PAS – BN,
PAS sebenarnya meletakkan tengkuk dia untuk disembelih oleh BN sampai putus sama sekali
dan PAS akan lenyap terus dari muka bumi ini buat selama-lamanya seperti mana PARTI NEGARA dan lain-lain (sebagai contoh).
Kerana apa? kerana PAS tidak menghargai sokongan dan undi para pengundi yang mengundi PAS kerana menolak BN, tapi kemudiannya PAS pula nak join kerajaan campuran PAS – BN kerana mungkin kemaruk kuasa nak jadi MB, EXCO, Menteri kabinet persekutuan malah Perdana Menteri.
PAS tak belajar agaknya daripada Ikhwanul Muslimin, HAMAS dan FIS. Mereka tidak pernah membiarkan diri mereka bersekutu dengan pemerintah yang zalim dan anti-Islam. Ikhwan sanggup dipenjara dan dihambat daripada bersatu dengan pemerintah Mesir, begitu juga FIS sanggup mati syahid daripada bersatu dengan kerajaan boneka Algeria. Sama juga dengan HAMAS yang dikhianati oleh FATAH dalam kerajaan perpaduan HAMAS-FATAH.
Malah sejarah sendiri membuktikan BN tidak ikhlas berganding bahu dengan PAS apabila BN menyepak keluar PAS dari BN (pada tahun 1978 dulu) semata-mata kerana PAS membuka cawangan di Johor!. PAS tidak mahu belajar agaknya.
Biarkan lah si luncai terjun dengan labu-labunya
Kalau nanti PAS di batu nesankan, penulis hanya mampu membaca kan al-Fatihah dan solat jenazah ghaib sahaja.
Berkaitan : NIK AZIZ BANTAH KERJASAMA DENGAN BN

























Tiada keperluan untuk kita membentuk kerajaan campuran bersama BN,kita telah melalui pengalaman perit mahung nya bersama BN.Biar lah pengalaman lalu menjadi pengajaran.
By: unanjaga on Mac 15, 2009
at 9:07 pm
PAS dan UMNO perlu bekerjasama untuk memulihkan martabat Melayu di negara ini. Kita perlu lihat, suasana politik dinegara ini sebenarnya telah di manupilasi oleh masyarakat bukan Melayu untuk kepentingan mereka dan mereka sememangnya mencemburui kelebihan hak yang ada untuk masyarakat Islam yang rata-ratanya dari kalangan masyarakat Melayu.
UMNO gagal untuk meningkatkan martabat Melayu/Islam kerana tidak bersungguh-sungguh dalam menjalani manifesto politiknya yang dipentingkan adalah kepentingan diri dan kroninya walaupun sesuatu usul untuk kepentingan masyarakat melayu yang perlu mereka lakukan, sebaliknya bertukar menjadi kerugian akibat kos menjadi tinggi, usul yang perlu dijalankan tidak berjalan seperti sepatutnya malahan orang yang mengendalikan tiba-tiba menjadi senang atau kaya raya.
Persatuan-persatuan bebas apapun dalam masyarakat Melayu mereka hancurkan sekiranya tidak ada penglibatan orang UMNO didalamnya, perkara ini mengakibatkan tiada perkembangan dalam masyarakat Melayu sebaliknya ini tidak berlaku dalam masyarakat bukan melayu persatuan mereka terus berkembang dan bertambah menjadi kuat, sebut sahaja dalam bidang kebudayaan ,perniagaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang lainnya semuanya dapat berkembang secara bebas tanpa penglibatan mana-mana parti politik didalamnya.Masyarakatnya bebas memilih sesiapa dari kalangan parti politik yang lebih berkepentingan kepada masyarakat mereka malah parti politik dari kalangan Pakatan Rakyat maupun dari BN terpaksa pula memberi beberapa tuntutan masyarakat mereka walau kadangkala mengadaikan kepentingan masyarat Melayu/Islam.
Perhatikan di KEdah baru-baru ini, isu BABI telah menjadi hangat dan perbalahan dalam Pakatan Rakyat sememang ada antara PAS dan DAP.
Walaupun kita ketahui apa yang dilakukan oleh Ustaz Azizan itu baik dalm menyelesaikan isu ini untuk kepentingan kedua-dua belah pihak Islam dan Bukan Islam.DAP melenting dan mengatakan Ustaz Azizan itu seorang egois.
Kalau perkara sekecil ini masyarakat bukan melayu tidak boleh bertolak ansur walau apa yang dilakukan untuk kepentingan kedua-dua belah pihak, apakah kita yakin mereka ini dapat bertolak ansur dalam isu-isu lain yang lebih besar? Fikirkan.
Mereka sekarangnya kelihatan tidak memikirkan sangat tentang perlunya kerajaan ini bertukar akibat penyalahgunaan kuasa BN , sebaliknya apakah kelebihan yang dapat mereka kecapi akibat peralihan ini dan bagaimana pula untuk menyingkirkan kekuatan yang ada dalam masyarakat Islam dan Melayu.
DSAI pula hendak memberi pengampunan kepada Chin Peng juga menjadi teka-teki.Perhatikan apa yang dilakukan oleh PKM. Kita tidak perlu mempercakapkan keganasan oleh pihak PKM sebelum kemerdekaan.Selepas kemerdekaan tidak sedikit tindakan keganasan mengakibatkan korban nyawa pada pihak polis dan tentera dan juga harta benda awam, Ketua Polis Negara pernah di tembak mati dan Tugu Negara juga pernah dibom.
Kalau penjenayah Nazi mereka masih lagi diburu sehingga kini walau mereka menyembunyikan diri di Amerika Selatan dan menukar identiti mereka, dan ditangkap dan dibicarakan walau usia mereka ada mencecah 90 tahun dan kelihatan tidak lagi berbahaya.Apakah Pengerusi PKM mudah sekali untuk diberi pengampunan setelah menimbulkan huru-hara di negara ini?
Nampaknya perjuangan Polis dan Tentera yang terkorban akibat perbuatan PKM ini langsung tidak dihargai oleh DSAI. Yang penting baginya adalah untuk menarik lebih sokongan masyarakat Cina dari kalangan gerakan dalam parti
PKRnya.
Perlu diperhatikan perjuangan dilupakan, kekuasaan menjadi daya tarik kedua-dua parti politik Pakatan Rakyat dan BN.(tidak berlaku dalam PAS).
Dimana perjuangan Pakatan Rakyat selama ini untuk membela pekerjat pekerja industri dinegara ini.Masyarakat tempatan masih ramai tidak bekerja akibat terlalu ramai pengambilan pekerja asing. Rasiscm berlaku di sektor industri dimana pekerja taraf Esekutif bukan melayu menguasai hinggakan segelintir sahaja pekerja melayu yang ada pada peringkat ini.
Guan Eng menyuruh supaya diishtiharkan harta penyokong politik BN itu baik , tetapi kenapa pula tidak disuruhnya mengisytiharkan harta pekerja-pekerja industri di peringkat esekutif, dimana rasuah amat berleluasa di sektor industri hingga yang menyentuh gaji mereka pun ada cuma boleh mewah dengan “duit luar”. Adakah Guan Eng tidak menyuruh mereka ini mengisytiharkan harta mereka semata-mata kerana 98% mereka ini adalah orang Cina?
UMNO dan PAS perlu memikirkan sesuatu untuk kepentingan masyarat Islam dan Melayu dan berhenti dari berbalah.
By: hassanul on Ogos 6, 2009
at 7:18 pm
Lihatlah di belahan dunia lain, parti-parti politik berlainan ideologi dapat bekerjasama untuk kepentingan masyarakat mereka. Di Palastine,Hamas dan Fatah pernah bekerjasama dalam beberapa perkara tertentu.Fatah mahu mengiktiraf Israel tetapi Hamas amat kuat penentangannya pada Israel.Di Lebanon, Amal Syiah pimpinan Nabih Berri pernah bekerjasama dengan Hizbollah walaupun Amal Syiah itu fahaman lebih sekular dibandingan Hizbollah yang kuat Islamnya.
Kenapa Melayu begitu emosianal dan bersikap fanatism terhadap ideologi peganggan mereka.Lalu mengatakan PAS dan UMNO diibarat minyak dan api.
Bukankah walau ideologi mereka berbeza, ada satu titik persamaan dalam salah satu perjuangan parti PAS dan UMNO.Iaitu, meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat Islam/Melayu dinegara ini. Inilah sebab mengapa parti DAP pernah membantah jika PAS dan UMNO ingin bermuzakarah, dianggapnya PAS pembelot, apakah sesuatu perbincangan yang baik untuk masyarakat dianggap pembelot.Perjuangan DAP bersikap talam dua muka.Mereka mengatakan perjuangan mereka untuk keseluruhan rakyat Malaysia,wahal melebihi atas kepentingan kaum Cina ini tak dinafikan.
Mereka benar-benar telah memanipulasikan percakaran UMNO dan PAS.
Percakaran antara UMNO dan PAS tidak berlaku antara Gerakan,MCA dan DAP.
Atas kepentingan masyarakat Cina mereka dapat bekerjasama.
Sewaktu pilihanraya peruntukan wang kepada bilik gerakan MCA secara senyap-senyap disalurkan kepada bilik Gerakan DAP kerana persatuan-persatuan masyarakat Cina kali dalam persetujuan mereka peralihan kepada DAP kali ini lebih berkeuntungan kepada mereka.
Sementara kita perhatikan akibat fanatism, petugas bilik gerakan PAS dan UMNO seringkali bercakaran hingga menimbulkan pergaduhan.
Mentality masyarakat Melayu diketahui oleh masyarakat Cina untuk mereka memanipulasikan,
BERHENTI GADUH, FIKIRKAN KALAU TIADA KERJASAMA PECAH BELAH MASYARAKAT MELEMAHKAN MASYARAKAT ITU SENDIRI.
By: hassanul on Ogos 7, 2009
at 5:47 pm
Rasa-rasa macam ada yang tak sabar nak jadi menteri tu sebab cadangan tu timbul..
By: langhafur on Mac 15, 2009
at 9:28 pm
Saya tak nampak macam mana PAS dan UMNO boleh bersatu dalam sebuah Kerajaan Campuran. Walaupun perkara itu tidak mustahil boleh berlaku tapi bukan sekarang.
By: Ali Mamak on Mac 15, 2009
at 10:10 pm
kalu nak bergabung pun boleh … no problem … buat perjanjian la .. jgn pakai ayaq lioq saja .. sebab
bila ayaq lioq kering dah tak laku dah … dulu org melayu jenis pakai janji mulut saja … la hitam putih la … minta jwtn PM … minta jwtn menteri penuh yg seimbang … menteri pulak jgn minta menteri di jbtn PM.. minta kementerian kewangan, pertahanan, pelajaran, seni dan kebudayaan, … Biaq depa tau ada give and take .. ni dok asyik angguk saja mana ada jalan ….no way man!!!!!!
By: cikgu syon on Mac 15, 2009
at 10:13 pm
Betapa lompatan sang harimau yang bebas di dalam hutan jauh lebih indah, berbanding sang harimau yang telah jinakkan sehingga ke kutu-kutunya.
UMNO SARJANA AGUNG DALAM MENIPU
- Naspazi
By: Naspazi on Mac 15, 2009
at 10:29 pm
gabungan pas umno hanya menggugat pemimpin & penyokong.akan timbul satu aliran baru,umpama teh dan susu,tentunya menghasilkan warna baru,belum tentu rasa sesedap selera.dalam perkara rumit perlukan kesabaran,kena rujuk mursyidul am…
By: m7eye on Mac 15, 2009
at 10:31 pm
Salam…kenapa pula timbul kerajaan perpaduan dan isu-isunya? Harap PAS tak jadi lembu korban pasal hariraya korban dan berlalu. Kalau jadi kenyataan PAS bersatu dengan BN nak tubuh kerajaan PERPADUAN, pemimpin PAS yang bersetuju dengan hal ini boleh dikatakan SUDAH GILA. Lebih gila dari BN yang gila kuasa. Minta sangat TGNA dan Ahli Majlis Syura PAS beri nasihat kepada ahli-ahli YB PAS agar jangan terpengaruh dengan dunia. PAS dengan kekuatannya sendiri akan bangkit tanpa perlu kepada kekuatan UMNO yang semakin lemah.
Kerajaan perpaduan gagasan BN itu adalah untuk melemahkan PAS. Biarlah PKR hendak bersatu dengan BN. Ada kekeuatan PAS yang tak ada pada BN dan sekutu-sekutu dalam PR. Kekuatan ini adalah tulin dan saya dapat gariskan beberapa darinya… Kekuatan PAS..
1. Pengikut akar-umbi PAS adalah dari golongan muda dan sedar tentang perjuangan Islam PAS. Beberapa PRU lagi pengaruh UMNO akan tumpas dan PAS akan menjadi satu parti pilihan orang-orang Islam.
2. Kesedaran terhadap Islam semakin tinggi. Suara-suara veteran PAS yang dijanjikan dengan kuasa oleh UMNO akan ditolak satu masa nanti. Biar PAS berdikari dan naik dengan falsafah ISLAMnya.
3. Kekuatan PAS adalah tunjang terakhir dalam memperjuangkan ISLAM di Malaysia. Biar kekuatan ISLAM itu berkembang dengan asasnya yang kuat dan bukan dengan cara mee segera. Kekuatan sejati akan menang biar pun bilangannya sedikit.
4. Tawaran UMNO itu hanya secara tipu helah dan jangan lupa mana-mana golongan Islam yang lemah akan dimakan oleh pihak sekular ini. Lihat di mana-mana bahagian dunia pun..Mesir, Turki, Algeria dan lain-lain.
5. Jangan menghampakan golongan pengikut muda hanya semata-mata golongan tua sudah tak sabar untuk berkuasa. Ingat niat asal hanyalah untuk menegak dan menguatkan ISLAM di Malaysia.
6. BN dengan tunjangnya UMNO dah hampir tumbang. Sebab itu helah ini dijalankan. Tak ingatkah PAS pernah ditipu berkali-kali, ditangkap ahli-ahlinya, dibunuh secara kejam (MEMALI), Risalah Harakah dirampas, dinafikan hak sebagai manusia ? Ini helah semata-mata. Biar miskin tetapi kuat dengan iman dan tegak dengan ketakwaan.
7. Kuasa ISLAM dijanjikan oleh Allah. Berpeganglah kita dengan janjinya kerana ALLAH tidak pernah mungkir janji. Ingat pesan TGNA. Kita tidak akan dipatuk oleh ular dari lubang yang sama berkali-kali.
Atas sebab-sebab di atas, jangan sekali-kali bersatu dengan BN atau UMNO kerapa sudah jelas mereka penipu. PR adalah gabungan untuk menentang kekejaman dan bukan untuk berkuasa.
By: lee lepi on Mac 15, 2009
at 11:03 pm
Kalau 97% rakyat tak setuju..apa kejadahnya isu kerajaan perpaduan ni..ape kome lupe nak suruh bubar DUN Perak ke..xde kogheje…cari kogheje..heran la aku!!!
By: zik on Mac 15, 2009
at 11:11 pm
Cam aku kata dulu..nak bersatu bole..tapi sila buat checklist ni dulu:
1. Tangakap perasuah dan bicara(ni bukan yg ikan bilis ja tau)
2.Tutup Kem Kamunting
3.Bubar DUN Perak
4.Tarik dakwaan kepada DSAI
5.Tarik dakwaan Raja Petra
6.Mohon maaf kepada rakyat Perak.
7.Bagi peluang pemilihan UMNO terbuka.
8.Lantik Kuli jadi Presiden UMNO.
9.Bagi siaran TV kepada pembangkang
10.Bayar balik duit yg sepatutnya kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
11.Gantung KPN dan Peguam Negara sementara siasatan dilakukan
12.Buat pendakwaan Video Corect!!Corect!!Corect!!
14.Letakkan SPRM bawah parlimen
15.Tubuh IPCMC
16.Bebas semua tuduhan keatas rakyat yang berhimpun untuk isu PPSMI.
17.Buat dakwaan keatas orang yg halang DUN Perak bersidang.
Oii..banyak lagi ni oi..\\
rasa Haji Hadi lupe kut!!
By: zik on Mac 15, 2009
at 11:19 pm
Oh ya kabinet Kerajaan perpaduan mesti bebas sama sekali dari rasuah!!!bleke?
By: zik on Mac 15, 2009
at 11:21 pm
Apa perlunya Pas mau bergabung dengan BN. Mungkin Pas mau menyahut seruan bakal PM atas nama mengembalikan kestabilan politik orang melayu atau nak mendepani krisis ekonomi yg dihadapi negara, krisis moral dan tah apa apa lagi krisislah.
Pemimpin pas menganggap rakyat tidak faham dgn kemelut politik orang melayu dan keterabaian tehadap maruah Islam yang sedang dihina oleh masyarakat bukan Islam. Ya kita setuju. Tapi angkara siapa kemelut tersebut ini berlaku, bukankah ia disebabkan oleh pemimpin Umno dan juak2nya. Apakah dgn penggabungan ini Pas boleh membantu Umno menyelesaikan kemelut tersebut.
Umno umpama tangki najis yang terlalu sarat dgn taik, bangkai,darah, nanah, dan tuala wanita.
Pas perlu ingat untuk menjulang Pas ditahap yg ada hari ini, sudah berapa banyak lelehan air mata ahli dan penyokong2 pas, sudah berapa banyak keringat dan darah untuk berhadapan dgn grombolan Umno dan seluruh mesin negara yg digunakannya. sudah berapa banyak saku ahli dan penyokong ringan dan bocor.
Peringatan buat Pas, tuan tuan jangan cuba nak menjadikan keikhlasan ahli dan penyokong sebagai dana cita cita tuan tuan membeli jawatan takhta dan kuasa, kelak rakyat akan membenamkan tuan tuan bersama tangki najis yg telah disediakan oleh Umno untuk mandi bersama mereka.
By: kucing kota on Mac 15, 2009
at 11:23 pm
tang kerajaan +an ni aku setuju sangat, tapi dengan satu syarat.
perdana menteri mestilah pas ke atau keadilan ke.
timbalan tu jangan lah pulak bagi pada ameno dan yang sekapal dengannya.
kat ameno boleh la bagi timb. menteri pelancongan ke, timb. menteri kesenian ke dan yang tidak lebih dari tu.
By: ccopong on Mac 15, 2009
at 11:39 pm
aku fedup betul kat hj hadi ni, bila datang saja pilihanraya kecil mcm 2 idea dia bawak. dulu masa pilihanraya kecil permatang pauh, sibuk ngan muzakarah dengan umno. loni dia perasan tak 3 p/raya kecil serentak, sibuk pula dengan kerajaan campuran.
kadang2 aku kesian jugak kat dia tu, agak2 mengidam nak jadi menteri kot. sabarlah tok guru bila pati kita menang, bukan saja menteri, kita bagi jadi pm.
lain kali bawak berunding dulu. peringkat akar umbi setuju tak. ini kami yang berjuang bagaikan nak mampus. presiden dok intai jawatan. tau tak ttok guru, kami pringkat akar umbi duit derma jangan kira, x ada duit malaysia duit jepun bagi, x ada duit gelang bini masuk tabung demi perjuangan fisabilillah. bukan habis kat situ je kena tukar sampai ke sabah dan sarawak.
sudah cukuplah, lain kali jangan tunjuk sikap tamak tu lagi. aku malu kat lim guan eng, terkial-kial nak jawab kat masyarakat cinanya.
apa tak guru ingat perjuangan ni perniagaan ?
bila dah ada modal cari broker nak jual beli. kita kuatpun sekarang ni, adalah pertongan suku sakat lim guan eng juga. maafkan hamba yang x berilmu ini.
By: umno taik on Mac 15, 2009
at 11:52 pm
Setuju dengan naspazi dan lee lepi. Kerajaan perpaduan apakah jadahnya. Cara ini adalah untuk mengasingkan PKR. Harap PAS janganlah makan umpan UMNO. Kelak PAS akan diletupkan C4..
By: umno maksum on Mac 16, 2009
at 12:01 am
Saya ada respon isu ini di blog saya, baca dan renung, sejauh mana ke PAS an anda!
http://peraknews.blogspot.com/2009/03/altantuya-bersetuju-dengan-kerajaan.html
By: peraknews on Mac 16, 2009
at 12:32 am
Aku pun tak setuju jika ujud campuran. Mana mungkin susu yang bersih nak di campurkan dengan najis! Lagipun umno sudah berada dalam liang lahat, cuma menunggu Najib dan Rosmah mengambusnya sahaja. Mana mungkin Hamas ikut telunjuk Yahudi. UMNO sama spesies dengan Yahudi. UMNO langgar semua undang-undang dan peraturan. Rakyat kena ikut undang-undang. UMNO bunuh orang (guna c4) boleh, rasuah boleh, rompak wang KWSP boleh, buatlah jenayah apa saja..semua boleh. Rakyat nak berhimpun demonstrasi menyatakan bantahan, pun tak boleh!
UMNO – Penjenayah Kelas Pertama.
By: shukoi9909 on Mac 16, 2009
at 12:36 am
Askum Tuan Guru Presiden,
kalau nak diharapkan Pas saja jangan la bermimpi di siang hari untuk memerintah! Jadi fikir2kan la. Jangan sampai orang cop kita bagai melepaskan anjing tersepit..tak tahu nak balas budi..Kawan kita (DAP) bagi bunga kita balas tahik!
Patut lah PAS ni selalu kene tipu bak kata Tuan Guru Nik Aziz. Ambo respect dia sebab tahu balas budi dan berfikiran panjang.
By: Barisan Merafak Sembah Derhaka on Mac 16, 2009
at 12:42 am
Satu idea yang baik demi bangsa melayu tetapi dalam politik mana keikhlasan.
Terlalu jauh perbezaan antara kedua-duanya. Sudah terlewat. Kita tidak nampak UMNO akan berubah dan sedang meniti hari-hari tua
Biarlah yang rosak memperbetulkan diri mereka jika mereka mampu memperbaikinya dan kita akan ganti dengan yang baru walaupun entah bila akan kita akan dapat.
By: kpasu guy on Mac 16, 2009
at 1:19 am
salam.
dulu umno yg ajak pas masuk BN atas alasan perpaduan melayu…..
kini PAS(PR) yg ajak BN tubuhkn kerajaan perpaduan…..berbezakn….
belum jd PM lagi najib dh porak perandakn perlembagaan,apa akan berlaku pada malaysia jika najib dh jd PM….
hormatilh pandangan TGNA
hormatilh pandangan TGHH.
kita harus akui ,ada perkara yg kita tidak tahu,ttp pimpinan tahu….bersangka baiklh pada pimpinan.
By: iyak kulim on Mac 16, 2009
at 3:59 am
kadang2 bapa yg sakit cuma hendak melihat kuat dan tabah anak2nya.berdoalah yg baik2 untuk guru kita,mana tau masin mulut makbul tuuuuu…
By: m7eye on Mac 16, 2009
at 4:43 am
Memang x dpt diterima penyatuan/bersatu. Sekarang nih dah ok pe? Bangkang membangkang. Tu kerjasamalah. Memang Islam melarang berparti-parti kerana ia memecah-belahkan, tapi nak buat mcm mn dah terlanjur berparti. Ada parti pemerintah, mesti ada pembangkang utk check and balance. Masalahnya politik Malaysia belum matang-Bn bila kalah nak menang jugak. Sepatutnya bila dah kalah, biarkan PR mentadbir, tunggule PRU berikutnya untuk ambil balik kuasa. Ni tak, nak rampas juga negeri. Akhirnya cetuskan kemelut. Yang nyaya batu kena baling, yang nyaya bom asap kena baling, yang nyaya masjid kena baling bom asap, yang nyaya pokok kena tebang, yang nyaya air mineral kena jadi pencuci muka/ mata.
By: Suhaimi Shah on Mac 16, 2009
at 8:26 am
Assalamualaikum,
Banyak perpecahan yg telah terjadi akibat mengikut sistem demokrasi ciptaan Yahudi laknatullah…marilah seluruh umat Islam cari persamaan antara satu sama lain dan jgn lihat perbezaan antara kita…….bersatu atas maksud utk menegakkan Islam adalah perkara yg dituntut oleh syariat
By: hidayat idaman on Mac 16, 2009
at 8:39 am
semua tu cuma perangkap ja… pas dah bpuluh tahun mnetang umno/bn..
By: perangkap on Mac 16, 2009
at 9:42 am
agreed dgn checklist zik……
By: majedan on Mac 16, 2009
at 10:23 am
PAS tak dapat memerintah M’sia pun tak per asalkan istiqamah dengan perjuangan. Payah nak dapat keikhlasan dari puak2 UMNO tu. Maaflah sebab buruk sangka.
By: ainur68 on Mac 16, 2009
at 5:00 pm
Betoi zik … tambah lagi tuntutan jawatan ngan beberapa kementerian…
Ooi mana boleh kerajaan campuran PAS ngan UMNO ja tak cukup kuota la… Dia kena ambik PKR sama .. takkan PAS lupa PKR kerana ajakan yg belum tentu ikhlas tu … aik takkan lupa kawang kut?
Macam nak bg timbul isu panas PKR ngan PAS aja sebelum PRK … hai pikiaq betoi2 na .. jgn dok celaru rakyat …. jadi macam Thai kalut kut .. pakat ramai2 pi tidoq di KLIA baru tau….
By: cikgu syon on Mac 16, 2009
at 6:23 pm
Saya amat-amat tak bersetuju cadangan mana-mana gabungan PR bergabung bgn bee end. Sepertimana yang rakyat Malaysia ketahui, gerombolan united malay national organisation HANYA akan merayu dengan seteru mereka untuk bergabung… melupakan sengketa… serah ranting zaitun dan sebagainya apabila mereka TERSEPIT…
Sewaktu mereka kuat dan mendapat sokongan masyarakat marhaen, ada mereka menyuarakan hasrat untuk bergabung….?
Ingatlah hidup ini bagai satu kitaran roda…. Hari ini kita berada diatas tidak bermaksud 50 tahun lagi kita akan berada diatas. Gerombolan warisan penjajah ini sudah mencapai kitaran pusingan untuk berada dibawah dan lawan mereka pula sekarang berada diatas.
Mengapa kita sudah tahu bahkan yakin yang seekor anjing yang tersepit PASTI akan menggigit sesiapa sahaja yang menyelamatkannya kerana itu sifat semulajadi anjing…. tetapi kita masih mempunyai niat untuk melepaskan anjing yang tersepit tersebut….
Selagi BN berkuasa selagi itulah PDRM, SPRM ,SPR , Institusi Kehakiman dan badan-badan berkanun yang berkuasa di Malaysia akan diketuai oleh mereka-mereka yang tidak layak malahan WAJIB diganti dengan mereka yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan atau condong kepada mana-mana parti politik.
Tidak kira sama ada seorang itu pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri malah Perdana Menteri sekalipun seandainya dia pernah melakukan penyelewengan semasa ditampuk kuasa haruslah diadili dengan seadil-adilnya tanpa mengira bulu.
Selagi BN berkuasa saya tidak yakin para pensalah, perasuah, perompak, pembunuh dan yang sewaktu dengannya yang memegang jawatan penting negara akan dibicarakan dengan adil. Jadi SATU-SATUNYA jalan untuk Malaysia yang adil dan makmur serta lebih berjaya dari sekarang (hasil pembenterasan rasuah habis-habisan) ialah membiarkan kapal bee end karam perlahan-lahan didalam lautan najisnya…..
By: antibewak on Mac 16, 2009
at 6:34 pm
betul ckp zik tu…
krn kain yg bersih akan menjadi kotor bila bercampur baur dgn kain yg memang dah kotor, tanpa dpt mengurangkan sedikit pun kekotoran itu…
By: MatKreko on Mac 16, 2009
at 6:34 pm
Kerajaan impian (PAS/UMNO) jenama perpaduan ini memanglah bagus namun ada tetapinya.
Persoalannya adalah, mampukah PAS menangani atau menguasai UMNO dalam kerajaan jenama perpaduan itu?
Siapakah kelak yang lebih dominan dalam kerajaan jenama perpaduan itu? Bukan buruk sangka, cuma berwaspada.
Bagaimana dengan kerenah Ibrahim Ali?
Seandainya Ibrahim Ali seorang pun mampu membelit PAS dan PAS tidak mampu berbuat apa-apa ke atasnya, apatah pulak gerombolan UMNO memang yang lebih dajal dari Ibrahim Ali jika mengkhianati PAS.
Setuju betul dengan apa yang dikatakan oleh cikgu syon, kesian PKR/DAP yang pasti diceraikan oleh PAS andai saja jadi kenyataan bernikah dengan UMNO dalam kerajaan jenama perpaduan itu!!!
By: umno maksum on Mac 16, 2009
at 6:57 pm
Kerajaan Perpaduan adalah PR iaitu gabungan parti politik yang yang keahliannya termuka kepada semua kaum. PAS parti islam tapi ahlinya tak semestinya melayu islam. PKR keahliannya terbuka kepada semua kaum tak kira bangsa maupun agama tapi dominannya melayu dan DAP keahliannya terbuka kepada semua kaum tak kira bangsa atau pun agama tapi dominannya cina. Bukahkah ini ni di namakan kerajaan perpaduan. Apa kejadah nak buat kerajaan perpaduan dengan UMNO yang dah mampus tu…sebab melayu…? Itu dasar ASSOBIYAH…! tak serik2 ek kena tendang dek UMNO dulu…
By: aicik on Mac 16, 2009
at 8:49 pm
Teman setuju dengan aicik. Setiap kali teman baca cerita pemimpin PAS nak buat kerajaan perpaduan dengan UMNO, teman rase nak muntah. Mana boleh kahwin dengan UMNO je? Tentu terpaksa nikah gak dengan MCA, MIC, PPP dan Gerakan, 4 parti layu yang tak dapat sokongan rakyat, dan parti2 di Malaysia Timur. Mengapa cari masalah? Jangan tak sedor diri dan tak kenang budi. Jangan jadi Lebai Malang!!!
By: ummidinni on Mac 16, 2009
at 9:37 pm
hapuskan dulu PPSMI tu dulu baru citer,aku sanggup pi Gaza lawan yahudi laknat dari duduk dlam kerajaan +an PAS dan bi en
By: ben brahim on Mac 16, 2009
at 10:14 pm
saya rasa tak payah lah buat kerajaan campuran nanti lagi banyak masalah besar oii
By: ferio on Mac 16, 2009
at 11:00 pm
Salam..
Semua pada rakan Seperjuangan dan yg mencintai kemakmuran majmuk.
jika kita join BeEnd..bererti kita bersubahat dgn mereka..dn berkongsi DOSA.
ini yg aku belajar dlm majlis ilmu dari ustaz yg berpandukan AL’Quran dan Hadis sekiranya kita bersetuju..merelakan..meniakan atau undi dan sewaktu dngnya..kita bersama2 dgn mereka akan mendapat balasan dihari yg dijanjikan ALLAH didunia mahupun di ahkirat..sesungguhnya ALLAH benar2 tidak memungkiri janji.
setiap ape2 yg dilakukan meraka BeEnd..yg bertentangan dgn Hukum2 ALLAH atau menafikan yg hak menhalalkan yg batil..selagi mana ianya beterusan..berlawanan dgn Hukum ALLAH selagi itulah.kita akan bersama2 menanggung DOSA dan AZAB yg menanti kita didunia atau di ahkirat kelak.
fikir2kanlah..renung2kanlah..dunia ini hanya sementara sehaja tiada yg kekal selain ALLAH.
yg baik dtg dari ALLAH yg x baik dtg dari kelemahan saya sendiri..Maaf di pinta.
By: anok kelate on Mac 16, 2009
at 11:34 pm
mane nak dapat petikan daripada pimpinan PAS utk bergabung? sape2 boleh bagi link.
By: Aming on Mac 17, 2009
at 9:02 am
aku rase x setuju ngan anak kelate…sebenarnye kalo kiter biarkan…kiter berdosa juga pasal umno bukan kafir but islam fasik..tuhan dah kater kiter patut perbetulkan umat islam..so pe salahnyer bergabung..kalo perjuangan tgna tu betul..umno pasti akan berubah..allah tu kan maha pemurah pasti dier akan tolong…tp persoalanyer..adekah tgna ni nak lepas tangan begitu saja..tak bertanggungjawab kat umat islam..tgna kan ulama besar..berdosa kalo biarkan begitu saja..kuasa or islam mane lg penting?renungkan lar…….
By: do re mi.. on Mac 17, 2009
at 1:03 pm
Kita sebagai rakyat ini PATUTNYA sedar dan SOKONG mana2 idea untuk pemimpin2 kita ini bermesyuarat, berbincang malah bergabung jika perlu.
Kita rakyat, patutnya tak terikut sangat dengan ideologi kepartian. Kita mahu pemimpin2 kita ini bekerja dan memenuhi prinsip2 keunggulan seorang pemimpin. Kita akan beri isyarat jelas jika mereka leka, kita akan turunkan mereka. Itu sepatutnya kerja rakyat.
Bagi saya, TG Nik Aziz jangan hanya mengungkapkan peristiwa lama. Kenang masa depan kita juga, jangan dibawa perasaan diri sendiri. Itu namanya mementingkan diri. Kalau betul nak pinda perlembagaan untuk bawa hudud menjadi undang2 negara, sokongan dari UMNO perlu. Kalau nak tunggu PAS menjadi parti paling berpengaruh dan hampir semua muslim berada di bawah payungnya..kena tunggu 20 tahun lagilah.
Peristiwa dahulu pun, jangan hanya menunding kepada UMNO. Ada juga pemimpinan PAS yang wajar bertanggungjwab.
OKlah, sejarah pada saya..kita belajar dan jangan ulang kesalahan yang sama.
Buat perjanjian, hantar pakar2 perunding parti. Di kedua2 belah parti pun masing2 ada pakar perunding yang berwibawa dan berilmu. Saya rasa, banyak benda2 positif yang boleh dicapai.
Pada TG Nik Aziz,
Bila lagi Tuan, kita mahu melihat umat Islam berada di bawah satu PAYUNG?
By: malaysianunited on Mac 17, 2009
at 1:42 pm
malaysianunited,
umno nak sokong utk bawa hukum hudud menjadi undang2 negara? bhgn ni aku betul2 musykil… kalau betul dia nak sokong, dia takkan halang perlaksanaannya di kelantan dan terengganu dulu.
barang diingat, hudud dahpun diwartakan di dua negeri tu… tapi perlaksanaanya tersekat krn umno menghalangnya, malah mengancam utk mengambil tindakan undang2 sivil terhdp kerajaan negeri sekiranya dikuatkuasakan juga…
ee… sbg org Islam, aku taknak bersubahat atau bercampur dgn parti munafik ni, walau nampak baik mcm mana pun…
bi en? umno? katakan TAK NAK!!!
By: MatKreko on Mac 17, 2009
at 5:12 pm
PAS FOR ALL,PAS FOR ALL WE DON,T NEED CQAMPURAN-CAMPURAN……………
BUKAN KAH PAS FOR ALL TELAH MENYATUKAN SEMUA BANGSA DALAMNYA
By: belia benci UMNO on Mac 18, 2009
at 12:00 pm
aku ni memang hangin dengan Tuan presiden Pas, ingat idea-idea seposen tu tak menghanginkan penyokong bawah ke????? Lain na dengan style al marhum Dato’ Fadzil Noor yang bijak dalam setiap tutur kata…berhemah dalam buat kenyataan etc… ni presiden gelojoh na…ingat kita infa’ duit, tenaga etc nak dipermain ka????
tanya la dulu org kebanyakan…undian yang menunjukkan semua x sokong bee n tapi hapa punya presiden ni nak join bee n ???nak campur pebende????? tak reti guna kekuatan sendiri ka….????
perjuangan masih panjang….kalau ikut style lagu tu nanti org lagi hangin….semua tak dapat menafaat……malaysianunited…hang ni haprak mane plak ni???
By: laser007 on Mac 30, 2009
at 8:53 am
bkan PAS hanya ust Hadi sahaja.
By: ahlipas on Jun 8, 2009
at 11:19 am