Posted by: pinkturtle2 | Mac 16, 2009

SPRM: BERAT RANTAI DARI BERUK

dfgjhgf

Sudah banyak fail yang dibuka dan sebanyak itu juga di tutup. Sudah banyak aduan diterima, tetapi aduan itu asyik ditapis. Ada pula aduan tegar, tetapi yang berlaku ialah pekak badak.

SPRM; BERAT RANTAI DARI BERUK

Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia patut merasa malu kerana status yang diberikan kepada beliau cukup gah dan hebat sebagai ‘Ketua Suruhanjaya.’ Tetapi ramai pula mengatakan bahawa SPRM ternyata berperanan tak seimbang, tak telus atau kena mata dipejamkan, kena perut dikempiskan.

Ketua Suruhanjaya ini seperti petani yang menangkap ikan darat dalam kubang dengan perasaan terburu-buru tetapi tidak mempunyai kepakaran menangkap ikan darat dalam lumpur.

Pegang ekur terlepas, cekup kepala, kodek sikit terlucut. Sauk ikan keli, penyauk bocor. Masuk ke dalam raga, raga carik. Akhirnya badan penuh lumpur, ikan tak seekurpun dapat.

Bila naik dari tangkapan, diberitahu dengan riuh rendah bahawa tangkapan sudah dibuat. Tapi yang ditangkap itu sebenarnya anak sepat ronggeng.

Sudah banyak fail yang dibuka dan sebanyak itu juga di tutup. Sudah banyak aduan diterima, tetapi aduan itu asyik ditapis. Ada pula aduan tegar, tetapi yang berlaku ialah pekak badak.

Pejabat polis yang dikunjungi ramai, bukan lagi pesalah atau report motosikal hilang tetapi aduan demi aduan tentang salah laku dan rasuah, terutama rasuah politik. Tetapi malangnya fail aduan yang bertimbun-timbun itu, entahkan dipeduli atau tidak oleh SPRM.

Seorang penjual sayur kangkong di pasar bertanya: Apa yang SPRM siasat?

Maka jawablah pula yang seorang lagi, penjual santan kelapa: Ehhh banyak, sampai tak terdakwa.

Tetapi apapun yang jelas sekarang, SPRM semacam tidak ada tenaga apabila ruang laporan polis dibuka di mana-mana saja dan boleh dilaporkan bila-bila masa.

Satu ketika dulu, SPRM nampaknya bertenaga, seperti Peruruhjayanya minum tongkat Ali. Ada kes, yang belum pun diputus di mana-mana, termasuk Peguam Negara, beliau subuh-subuh lagi membuat kenyataan bahawa SPRM sudah ada bukti kukuh. (Rujuk dakwaan rasuah terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim-Berita Harian 21 Februari 2009) tetapi akhirnya yang kukuh itu ternyata seperti batang keladi lembik diperdu.

Kemudian berlaku pula laporan yang mengejutkan dari kumpulan yang agak berani. Mereka semacam hendak menguji sejauh mana ketelusan SPRM .Laporan itu mengaitkan betapa tidak telus Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dikatakan melindungi kes di mana anak beliau yang memiliki gambar lucah di luar negara.

Tapi tak menjadi juga laporan itu. Ramai rakyat sedang menuggu kalau-kalau Ketua PSRM ini bersikap seperti pribadi Rasulullah yang pernah bersabda; Jika Fatimah anakku sendiri yang melakukan kesalahan, aku tidak akan melindunginya.

Saman dan laporan yang berkaitan dengan rasuah politik, rasuah wang, tipu, lobi dan pangkat berderet-deret seperti itik pulang petang.

Namun Ketuanya dan SPRM sendiri asyik menggaru gelambir bawah dagu.

Kepada orang awam dijelaskan, jangan tanya peranan kami. Yang penting pembangkang banyak buat salah yang kukuh. Konsep ketelusan Islam Hadhari, ia mesti dipilih-pilih.

Yang peliknya, yang tidak pernah diberitahu oleh PSRM, yang tidak pernah dijelaskan punca sebabnya ialah, begitu ramai laporan, begitu banyak dakwaan, ‘Tidak ada satu pun di dapati bersalah.’

Beberapa orang pemimpin Umno yang dilaporkan sebagai pelaku ‘politik wang’, didapati tidak ada bukti. Peguam Negara dan Ketua Polis juga dikatakan tidak terlibat dengan dakwaan mata lebam Anwar Ibrahim.

‘Habis, kalau semua tak salah, siapa yang salah?’ tempik Maksu Limah yang menjual daun pisang di pasar.

Ternyata tempikan ini dari rakyat yang bodoh. Rakyat yang tak tahu undang-undang. Tetapi kebodohan rakyat ini kadang-kadang boleh diterima kerana pekanya mereka, seperti ada laporan bagaimana Tan Sri Rafidah Aziz ketika setiap kali mengadakan Mesyuarat Wanita dan Sidang media, setiap kali pula menyediakan Qur`an di atas rehal di depannya;

“Berapa kali pula Tan Sri buka Qur`an tu? Auratnya di mana? Bacakah maknanya?”

Yang tahu jawapannya hanyalah AJK Wanita itu sendiri namun kerana mereka ‘pokka’ tukang angguk, jawapan itu tetap tidak muncul.

Keadaan SPRM sekarang, yang mereka terima bukan tuduhan. Tuduhan bolehlah dikatakan pembohong, ada dengki, ada ‘mala fide’ tetapi apa yang SPRM terima ialah laporan. Laporan tentulah bersama-sama dengan beberapa bukti, angka, statistik, tarikh, siapa yang terlibat, di mana, bila, apa dan lain-lain lagi.

Laporan tentu sekali bukan seperti kertas pembungkus kacang putih.

Tetapi malang SPRM menganggap ia seperti kertas catatan budak-budak menyertai bengkel lalu lintas.

Siapapun yang membuat laporan atau report mengharap ia akan diadili atau diselidik. SPRM yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri berharap ia mendahului telus dan tidak berkepentingan melainkan keadilan yang akan terserlah kemudiannya. Tapi SPRM naik perasan. SPRM salah anggap dan bersikap tidak sedar diri. SPRM semacam berperasan bahawa dia perlu membuktikan kepada Perdana Menteri bahawa dia mesti ‘bias’ kepada Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi kerana Datuk Sri itu Perdana Menteri, kerana itulah dia kena tunjuk muka.

Di takdirkan pula Datuk Sri Abdullah tidak lagi menjadi Perdana Menteri, sedangkan kedudukan dan status perlu dikekal, apa yang mesti dilakukan? Tak lain tak bukan, rakyatlah juga yang menjadi mangsa kerana laporan demi laporan, aduan demi aduan yang dibuat kepada seluruh balai polis, dinyahkan begitu saja kerana hendak jaga Datuk Seri Najib pula.

Jika begini keadaannya, bilakah masanya ketelusan, keadilan akan muncul. Apakah sikap begini kerana ingin mempertahankan Umno kerana Datuk Seri Najib Presiden Umno? (sekurang-kurangnya buat masa ini)

Tapi SPRM harus ingat, ia badan bebas. Tak wujud Umno pun ia mesti ada dan mesti bebas. SPRM bukan milik Umno. Jika begini, apakah untungnya kalau SPRM bersikap tidak professional?

Dengan ketelusan SPRM di bawah seliaan atau perentah Ketuanya, kita bukan ingin melihat ramainya pesalah hasil dari laporan rakyat. Ramai pesalah dan ramai perasuah bukan sesuatu yang membanggakan. Ia sama dengan ramainya penjenayah atau penagih dadah. Tetapi kita inginkan ketelusan, keadilan dan terhukumnya pesalah. Ini saja.

Apa untungnya SPRM menyimpan banyak pesalah yang didakwa oleh yang membuat laporan, sehingga menjadi sesak berasak seperti ikan pekasam?

Jika ikan pekasa dalam guri disimpan lama, ia akan berulat dan busuk. Bagaimana kalau pekasan rasuah yang akan busuk dalam negara? SPRM perlu mengelak dari pepatah ‘Berat Rantai Dari Beruk,’.

Demikian yang kita harapkan. Tulisan ini mungkin bagi setengah orang menganggap sebagai tulisan ‘kurang sopan’ atau melampau atau bersifat busuk hati.

Jika begitu anggapan, terpulanglah. Bagi kita, kadang-kadang dengan ketukan sajalah paku akan masuk ke papan kayu cengal yang keras.

http://aziziabdullah.blogspot.com


Respon

  1. bukan Suruhanjaya PoRno Malaysia ke ni?? :P

  2. huhhuhu..hampeh jek mamat ni….aku tgok pun dah tau yang dia ni berat sebelah….

  3. Kah kah kah..mamat ni buat lawak bodoh! Apa? anak pun tak mampu ditarbiah maka jadilah kutu porno, inikan lagi nak lead soal rasuah negara, negara pasir dua butir bolehlah nuuu…gi main jauh-jauh!!!

  4. SPRM PUN SALAHGUNA KUASA MCM MANA NK SIASAT ORANG YANG RASUAH.KALAU HAMPA XMAU KERJA BG KAT AKU JA TADBIR SPRM LULUSAN SPM JA.TP PEMIKIRAN AKU JAUH LEBIH SPRM YANG BLAJAR PANDAI TAPI X GUNA KEPANDAIAN UNTUTK BERTINDAK.IKUT TELUNJUK PAUS WAT PA.AKHIRNYA IKAN BILIS YANG DI TANGKAP.LEPAS TU HEBOH 1 MALAYA SPRM NI WAT KEJA..MEDIA PUN.IKAN BILIS YG DIDAKWA 2-3 RINGGIT PUN NK LAPOR…YANG SKANDAL BERBILION2 X NK LAPOR…BODOH..INGAT RAKYAT MALAYSIA NI BODOH KE…AKU CABAR PEMUDA UMNO WAT REPORT POLIS TTG LIPUTAN MEDIA LIBERATION DI FRANCE YG DKAITKAN NAJIBTUYA N ROSMAHTUYA DLM PEMBUNUHAN ALTANTUYA

  5. KESIAN MALAYSIA, SEBAB DAH TAK ADA ORANG YANG JUJUR DAH UNTOK JADI ‘CHIP’ PINJAM CAKAP BRAHIM PENDEK.. DALAM SPRM,PDRM,AG
    ‘CHIEF JUSTICE’..SEMUANYA….HANCUQ..!

    INILAH BAHANA YANG DITANGGUNG RAKYAT YANG TAK TAU NAK PILEH SELAIN ‘KATI’ DLM PILIHAN RAYA.. ASYIK ASYIK KATI..KATI,KATI..

    KEPADA SEMUA YANG BERBANGSA MELAYU….
    CHE’ SEMUA BANGUNLAH DARI TERUS DIBUAI MIMPI GAMBAQ YANG ANAK DIA BAWA PI ADELAIDE…
    KALAU SAYANGKAN NEGARA, JADIKAN SATU ILTIZAM UNTOK KUBURKAN KATI BERMULA DI DUA BUKIT DAN SATU BATANG DAN SETERUSNYA
    PADA PILIHANRAYA UMUM NANTI.

    SAMA SAMA KITA BERAZAM UNTOK LETAKKAN KATI PADA TEMPAT YANG PALING SESUAI DI ERA INI. KITA LETAKKAN DI MUZIUM SAJA,AGAR GENERASI AKAN DATANG DAPAT MELIHAT DAN
    MEMBACA SEJARAHNYA DALAM ARKIB SAJA.

    BERI LAH PELUANG KEPADA NEGARA AGAR DI PERINTAH OLEH GOLONGAN YANG JUJUR,TELUS
    ADIL DAN BERTANGGUNG JAWAB.

  6. ISTERI MAT SAID:
    awat depa dok kata kat abg? cek malulah nak pi mana2 depa kata macam2 kat kita..

    MAT SAID:
    biaq pi la depa nak kata apa.. buat pekak sudah.. nanti tak larat cakap depa berenti la.
    Janji syoruu kita tak mis…

    ISTERI MAT SAID:
    letak jwtn saja la bang oi… kita pindah dok australia buat business satay..

    MAT SAID:
    hang jgn dok mengarut .. kita mana boleh masuk australia..nama mat said tak blh lepaih imigresen depa. Hang pi bancuh kopi JANDA mai secawan…
    abg nak pikiaq kes mana abg nak siasat dulu geng Pak Lah ka, geng Najib , Geng Pas ka atau geng PKR..

  7. Isyyy3!!! skrip drama cikgu syon macam real lah, C4 bagi bapa si anak porno..hahaha…hidup cikgu syon!!!

  8. umno maksum …

    heheheheheheh !!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    cikgu baru belajaq nak tulih skrip drama menggunakan loghat utara…

    nanti kita buat episode kedua… TUNGGGGUUUUU!!!

  9. Hahaha…cakap tak serupa bikin la SPRM nih…Cerita cm melayu bangsat.Ntah hapa2 aa ko nih Mat Said!!!

    SPRM = Sial Punyer Mat Said

  10. Sememangnya rakyat tidak bodoh untuk menilai perilaku dan tindakan SPRM…dah berbuih2 orang bercakap. Tapi tak sedar2….orang yang seperti ini layakkah untuk meneraju SPRM? Bertindak mengikut arahan! Arahan siapa? Arahan orang ‘besar2′? Siapa orang’ besar2′? Semua orang boleh jawab siapa orang ‘besar2′ yang dimaksudkan …

    Laporan sudah beratus2 laporan…siap dengan bukti jelas tapi tetap tiada tindakan…lembu 46 ekor jugak yang dia nampak? Logikkan lembu untuk korban yang terang2 untuk dikorbankan pada rakyat di kategorikan sebagai kes rasuah dan salah guna kuasa? Lebih baik bagi jawatan tu pada antiSPRM (dia dah sukarela tu…)

    Laporan yang dibuat oleh PR rasanya sudah dibakul sampahkan! Suruhanjaya apa ke nama macam tu! Malu la sikit…kalau anak sendiri dah tak boleh pimpin…apa kes ni?? laporan bertimbun tak tersiasat, letak jawatan ajalah…bagi pada yang lebih layak! BENAR2 LAYAK!…yang betul2 hendak menegakkan kebenaran…yang betul2 BENCI RASUAH!!! yang betul2 ada KREDIBILITI dan ETIKA!!

  11. SPRM – Suruhanjaya Porno Remaja Melayu (anak Ahmad Said). Bapak suruhanjaya ni lebih berminat nak menyiasat pemimpin Pakatan Rakyat daripada menyiasat jenayah rasuah pemimpin umno/BN yang banyak menghulur RM kepadanya. Pemimpin umno memang kebal daripada dakwaan dan siasatan polis dan SPRM. Buatlah rasuah sebanyak mana, selewenglah harta negeri dan negara banyak mana, nescaya SPRM tak marah, tak siasat, tak kisahpun. Macam Aiman di Radio Sinar. Err..Aiman tak kisah!

    Itu sebab pemimpin umno bermaharajalela. Mereka tahu SPRM dan polis mudah diperlembu-lembukan. Pegawai2 kanan polis dan cif SPRM akan diberi gula-gula. Jika mereka ingkar, tindakan tukar akan dibuat oleh kuncu2 Najib C4.

    Kesian SPRM…(Ahmad) Said Penjilat Rasuah Malaysia. Ciss!! Ahmad Said, kau memang spesies penjenayah first class!

  12. cikgu syon cayang, bila lagi nak terbit skrip drama episode kedua?

    Putri umno maksum tungguuu ni?..hahaha..

  13. KALAU BAGI JAWATAN PADA ORG MACAM NI BAIK TAK PAYAH ADA SPRM…..

    YANG ADA RASUAH PUN BOLEH JADI KETUA PEMUDA????? YG ADA KES LAI BERLAMBAK…BANGAU LA DIA NI…


Leave a response

Your response:

kategori