Posted by: pinkturtle2 | Mac 27, 2009

3 Muka Baru Naib Presiden Umno

Muhyiddin Timbalan Presiden, 3 muka baru Naib Presiden Umno

[DIKEMAS KINI 11:50 malam] KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno malam tadi menyaksikan muka baru manakala kerusi Majlis Tertinggi (MT) juga melibatkan kehadiran wajah -wajah baru.

Tan Sri Muhyiddin Yassin,61, dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno dengan memperoleh 1,575 undi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menewaskan rakan sejawatannya dalam Kabinet, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menerima 916 undi.

Kemenangan Muhyiddin yang telah diramalkan sejak awal termasuk kajian pendapat umum Merdeka Center dua minggu lalu, diperolehi dalam keadaan seorang lagi calon dilucutkan hak bertanding.

Calon itu ialah Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Tetap Umno pada pukul 10.30 malam.

Ini kali pertama Muhyiddin tanding jawatan Presiden.

Kerusi itu kosong ekoran keputusan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bertanding jawatan Presiden.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein masing-masing memenangi tiga jawatan Naib Presiden.

Ketiga-tiga mereka merupakan muka baru Naib Presiden Umno.

Zahid memperoleh 1,592 undi, Shafie (1,445) manakala Hishammuddin pula 1,515 undi.

Dalam pada itu, dua menteri dan seorang timbalan menteri Kabinet iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Shahrir Abdul Samad dan Datuk Noraini Ahmad gagal dalam usaha merebut kerusi MT kali ini.

Menteri Besar yang gagal ialah Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang), Datuk Seri Dr Md Isa Sabu (Perlis), Datuk Seri Abdul Ghani Othman (Johor) dan Datuk Seri Mohamad Hasan (Negeri Sembilan).

Jika diambil kira kedudukan Mohd Ali, lima ketua kerajaan negeri hilang jawatan kerusi MT.

Dalam pada itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed memperoleh undi terbanyak bagi kerusi MT.

Beliau menerima 2,259 undi.

Seramai 25 calon yang menang kerusi MT ialah:

- Datuk Mustapa Mohamed – Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah – Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (penyandang)- Datuk Dr Awang Adek Hussain (penyandang)- Datuk Seri Idris Jusoh (penyandang)- datuk Abdul Azeez Abdul Rahim – Datuk Tajuddin Abdul Rahman – Datuk Lajim Ukim – Dr Mohd Puad Zarkashi – Datuk Seri Zulhasnan Rafique (penyandang)- Datuk Ahmad Shabery Cheek – Datuk Noh Omar (penyandang)- Datuk Bung Mokhtar Radin – Datuk Seri Musa Aman (penyandang)- Datuk Saifuddin Abdullah – Datuk Hamzah Zainudin (penyandang)- Datuk Mohd Zin Mohamed (penyandang) – Senator Datuk Azian Osman – Datuk Shaziman Abu Mansor – Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis (penyandang)- Senator Datuk Dr Norraesah Mohamad (penyandand)- Datuk Zainal Abidin Osman – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob- Datuk Seri Mahadzir Khalid (penyandang)

http://mstar.com.my

About these ads

Respon

  1. Syiok sendiri…cam lagu Awie…’Biar ku sendiri’….

  2. Azalina Othman Said ape cerita??!! :P

  3. Salam.

    Kita ucapkan tahniah pada mereka.

    Moga2 Allah memberi kesihatan yang baik, keselamatan dan petunjuk kepada mereka untuk sama2 membina Malaysia.

  4. ucapan taniah kepada yg menang bertanding.Tapi kenapa parti umno ni saya tengok kat tv depa suka sangat menyanyi.Dato najib tu masa perasmian persidangan sikit punya terangkat terangkat tangan dia punya ler syok menyanyi. Cuba ubah dengan berselawat keatas rasulullah.Berkat majlis tu,Sebelum rasmi mesyuarat menyanyi,menang bertanding pun semalam ,kata parti islam hadhari.Apalah salah nya berselawat ,itu kan lebeh molek.

  5. Dan sesuatu yang lebih kita harapkan dari perlantikan mereka semua adalah,mereka dapat menerima pertunjuk Allah dalam seluruh urusan negara,mereka melihat isu rasuah itu sebagai hal yang amat menjijikan,juga mereka berazam kuat ingin menjadikan negara Malaysia ini sebagai sebuah negara yang bersatu pada dibawah naungan Al-Quran dan Sunnah Nabi.Juga mereka tidak akan menjadikan amanah mereka sebagai pemimpin itu sebagai peluang untuk menghimpun kekayaan yang luar biasa.

  6. unanjaga,,setuju setuju 100%

  7. empat penyangak angkat tangan, lambai, tanda dah berjaya.. berjaya memperkotak-katik perwakilan.. berjaya mendapat peluang untuk membesarkan tembolok. membesarkan perut, membesarkan ‘taik’..
    kejayaan paling besar ialah berjaya memperbodohkan melayu UMNO..

  8. KEPADA BUDAK TADIKA.. VIRUS DOK SOKONG RASUAH,RAMPAS BINI ORG,BUNUH ORANG, BIARKAN JUDI,MASIAT,ARAK SANA SINI MCM2 LAGI YG MYAKITKAN MATA DAN HATI LAGU MANA PLAK… ORG JAHIL LEMAH ILMU DIA BOLEH BLAJAR…TP ORG BERILMU BUAT2 TAK NAMPAK MASIAT DAN PKARA MUNGKAR BAHKN MYOKONG PLAK PKARA MUNGKAR DENGAN MBERI UNDIAN, MBELA MEREKA2 INI….MCM MANA?? LU FIKIR LA AZABNYA………


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: