Posted by: pinkturtle2 | Mac 31, 2009

Surat Terbuka Kepada Perdana Menteri Baru

Surat Terbuka Kepada Perdana Menteri Baru

Yang dikasihi dan dihormati Perdana Menteri,  31 Mac 2009

Kami  ternanti-nanti pengumuman rasmi perlantikan Perdana Menteri Malaysia yang baru. Kami memohon maaf kerana tidak dapat menamakan YAB secara langsung dalam surat terbuka ini kerana tindakan sebegitu akan melanggar kuasa prerogatif Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Budibicara dan kebijaksanaan YAB akan menentukan halatuju demokrasi di negara kita, dan juga masa depan 27 juta rakyat Malaysia. Dalam memimpin Malaysia ke satu era baru, kami merayu agar YAB berpegang teguh dengan prinsip-prinsip utama dalam Pemasyhuran Kemerdekaan dan juga lain-lain dokumen penting penubuhan negara. Kami merayu agar YAB meneruskan usaha berteraskan prinsip kebebasan dan kemajuan yang merupakan asas penting bagi tanah air kita.
Khususnya, kami merayu agar YAB:
1. Menjaga kedaulatan undang-undang. Memastikan, melindungi dan memperjuangkan prinsip Kedaulatan Undang-Undang dengan menghormati kebebasan institusi kehakiman, mengembalikan maruah institusi mahkamah, dan memperteguhkan ketuanan Perlembagaan negara agar rakyat Malaysia daripada semua latarbelakang akan mempertahankan Keluhuran Perlembagaan kita.
2. Memerdekakan rakyat. Membebaskan rakyat daripada belenggu kemiskinan dan kebergantungan dengan cara menggalakkan keusahawanan, mengurangkan karenah birokrasi dan memastikan sistem percukaian tidak menyekat pembangunan dan inovasi. Memperkuasa setiap individu rakyat untuk menjadi lebih matang dan belajar daripada kesilapan diri sendiri, serta membolehkan rakyat hidup dalam suasana yang mereka pilih sendiri. Mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk menunjukkan Kepercayaan kepada Tuhan dan Kesetiaan kepada Raja dan Negara dengan cara yang mereka rasakan paling sesuai.
3. Mengurangkan pemusatan kuasa. Memperkukuh sistem persekutuan yang kita amalkan. Menerima hakikat bahawa kerajaan pusat tidak akan dapat menyelesaikan semua masalah rakyat. Mengembalikan hak-hak dan kuasa yang sewajarnya dimiliki oleh kerajaan-kerajaan negeri. Menurunkan sebanyak mungkin kuasa ke peringkat yang boleh melahirkan persaingan dan mempertingkat efisiensi perkhidmatan awam. Dan berusaha mewujudkan kerjasama yang baik dengan kerajaan-kerajaan negeri, termasuklah yang dipimpin oleh parti lain.
4. Membebaskan pasaran. Mempertegas komitmen kita terhadap pasaran bebas. Perkuasakan rakyat agar mereka boleh memilih barangan dan perkhidmatan yang mereka mahu tanpa disekat oleh belenggu proteksionisme yang hanya mencacatkan persaingan. Memperakui bahawa kebajikan rakyat akan lebih terjaga sekiranya masyarakat sivil dan sektor swasta mempunyai ruang yang lebih luas serta untuk beroperasi.
Dengan penuh ikhlas, kami yakin bahawa tindakan pantas YAB untuk memimpin masyarakat berteraskan empat prinsip ini akan membawa kepada kesatuan, dan melahirkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan. YAB juga akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang boleh dicontohi dunia, lantas membolehkan setiap individu rakyat Malaysia mengulangi dengan penuh bangga apa yang telah diucapkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman di Melaka bahawa negara yang kita cintai ini merupakan sebuah negara yang ditubuhkan berteraskan “prinsip-prinsip kebebasan dan keadilan”.

Yang benar,
Tunku ‘Abidin Muhriz
Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuaad
Wan Saiful Wan Jan

Malaysia Think Tank
F6, Taman Tunku
Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur

About these ads

Responses

  1. akum geng..ahli freemason najib nazak nih nak dgr ke ckp kite??nak dgr ke suara rakyat???dia takkan dgr..ada telinga pekak kan..ada mulut sumbat kan..ada tangan ikatkan ..ada mata tutup kan…ini lah sebenar najib..dia takkan dgr…kite kene ajar najib , umno dan BN dgn jatuhkan mereka di pilihanraya..ajar mereka cukup2

  2. DSNTR kan PM(selepas dilantiklah). Setiap nasihat dia wajib dengar. Nak ikut atau tidak terpulang pada dialah.. Dia kan orang ngaji. Kalau dia tak nak buat yang baik, dia akan terima balasanNya. Tugas memberi nasihat dah dibuat..
    Nak paksa dia, tak larat. Body guard dia ramai. Mampus kita.

  3. buatlah pilihan yg terbaik utk masa depan rakyat wahai PM ku….hamba rakyat marhaen merayu dengar lihat prihatin….

  4. buatlah pilihan yg terbaik utk masa depan rakyat wahai PM ku….hamba rakyat marhaen merayu dengar lihat prihatin dan cakna….

  5. jika benar perkataan ‘imam’ yang dirujukkan kepada beliau didalam perhimpunan aguug umno baru2 ini, maka, menjadi tugas dan tanggungjawab beliau mendengar setiap nasihat serta saranan dari rakyat.

    imam itu bukanlah satu tugas dan jawatan yang mudah untuk dipikul.
    hatta, sebagai imam didalam keluarga sendiri pun ramai yang kantoi!
    hanya yang ikhlas dan yang suka kepada ilmu sahaja yang mampu menjadi imam yang diituruti oleh makmumnya.

  6. isu dengan penggunaan kalimah ALLAH,bai saya itulah yang sebenarnya hadiah daripada suatu kepimpian yang tidak pernah menkadikan islam itu sebagai suatu agama yang benar dan diredhai. mengapa kita semua bising,kecoh akan isu Kalimah Allah sedangkan sebelum ini,adakah kita semua bising dan kecoh tentang kegagalan kita meletakkan agama islan de negara kita seiring dan sejlan denagna taraf kita sebagai umat islam? bagaimana pula dengan kegagalan kita menjalankan hukum hukum allah? kita terasa tercabar dek kerana perkara tersebut,tetapi apakah kita sendiri tidak terfikir akan selama ini,kita tidak pernah sesekalipun mengankat martabat kalimah allah ini pada tempatnya..dan bagi saya itulah hadiah dari pemimpin malaysia serta ujian tuhan kepada umatnya agar menyedari betapa kita sabagai hambanya mestilah berusaha mempertahankan dan berjuang dalam menegakkan agama ALLAH…

  7. saya tak kisah walau siapapun pm malaysia asalkan pm itu boleh memimpin negara dan mampu mengekalkan keamanan negara.apapun parti yang ada d malaysia ini,semuanya sama,sama2 ada kebaikan mahupun keburukan tersendiri.sebelum kita tunding jari pada mana2 pihak,kita pandang dulu diri kita sendiri.

  8. saya fouzia binti noor (kad pengenalan baru 640404-12-5324)telah membuat permohonan penukaran kad kpp ke maykad.kad bunga raya lama(H0364200)DI JPN sipitang sabah tujuan saya menulis surat ini ingin bertanyakan bilakah permohonan kad pengenalan saya diluluskan saya telah menunggu sekian lama namun belum ada maklum balas.saya juga pernah mengundi sebanyak 4 kali saya mempunyai 4 orang anak mereka semua mempunyai maykad serta suami saya juga mempunyai maykad.saya tanya di jpn kota kinabalu mereka kata dokumen-dokumen saya telah di hantar ke ibu pejabat putrajaya jpn.mereka kata tunggu sahaja surat daripada jpn putrajaya.kalau saya pergi ke hospital pun menggunakan kad bunga raya mereka tidak terima malah mereka kata mana maykad .kalau tak mereka mengenakan cas sebanyak 15.00 lagi pun disini ke banyakan banyak operasi imggerisen jadi saya merasa takut kalau di tangkap .Akhir kata saya berharap agar status permohonan kad pengenalan dapat maklum balas secepat mungkin saya disini menyertakan no fail(sj 2248)berserta number telefon saya (0109351584)@(0168802375)oleh pihak tuan sekian terima kasih,


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 62 other followers

%d bloggers like this: