Posted by: pinkturtle2 | April 9, 2009

Kabinet Najib: Pembaharuan Yang Memecahkan Parti

penyusunan Kabinet baru Najib tadi, dari segi zahirnya ia diakui mempunyai roh dan ada komitmen untu membela rakyat dan melakukan perubahan dalam kerajaan. Tetapi malang sedikit Najib kurang memberi perhatian kepada soal-soal keadilan dan kesaksamaan di dalam paritnya sendiri- MSO

penyusunan Kabinet baru Najib tadi, dari segi zahirnya ia diakui mempunyai roh dan ada komitmen untu membela rakyat dan melakukan perubahan dalam kerajaan. Tetapi malang sedikit Najib kurang memberi perhatian kepada soal-soal keadilan dan kesaksamaan di dalam paritnya sendiri- MSO

Kabinet Najib: Pembaharuan Yang Memecahkan Parti

BARISAN Kabinet Najib Razak yang ditunggu-tunggu sejak tujuh hari lalu akhirnya dizahirkan hari ini. Tepat jam 3:00 petang tadi Najib mengumumkan barisan Kabinetnya di sidang akhbar khas di pejabatnya di Putrajaya.

Dengan didampingi timbalan presiden Umno, Muhyiddin Yassin yang sudah mulai pandai tersenyum, Najib menghuraikan mengenai fungsi, semangat, penekatan dan falsafah pembaharuan yang dibuatnya dalam Kabinet itu secara ringkas.

Bagi Najib Kabinet yang mengandungi 28 menteri dan 40 timbalan menteri itu Kabinet perubahan yang dibentuk selepas beliau berbincang dengan berbagai pihak. Kabinet itu juga adalah saf kepimpinan yang akan responsif kepada masalah rakyat dan tuntutan semasa seperti mana didamkan sebelum ini.

Motto atau tagline Kabinet Najib ialah; satu Malaysia, rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan!

Berdiri juga bulu roma ketika mendengar Najib memberi huraian mengenai harapannya kepada barisan Kabinetnya itu. Nampak kesungguhan dan ketulusan Najib yang mengharapkan menteri berkerja untuk rakyat dan mendahului rakyat dari segala-galanya kepentingan lain.

Apabila Najib menekankan supaya menterinya berkerja untuk rakyat dan prestasi mereka akan dinilai sendiri olehnya setiap enam bulan sekali memberi gambaran Najib bukan main-main untuk melakukan pembaharuan dan membawa perubahan bagi membela rakyat.

Seharusnya apapun tanggapan terhadap Kabinet Najib beliau hendaklah diberi peluang. Sama-samalah kita menerima Kabinet Najib dan menilai sejauh mana keupayaannya. Sebagai Kabinet sulung tentu ianya akan dikemaskan dari semasa ke semasa selepas ini.

Di sini saya tidak berhajat untuk menilai satu persatuan kepakaran, bakat, kebolehan dan saksiah menteri-menteri Najib termasuknya beberapa orang muka baru yang belum dikenali dari mana datangnya itu. Setengah daripadanya kita sudah pun tahu sejauh mana kebolehan dan komitmen mereka kepada tugas masing-masing.

Masih ada yang tidak berkemampuan melaksanakan tugas tetapi dikekalkan dalam Kabinet manakala mereka yang rajin dan mempunyai idea dibuang. Sekali lagi hak ini adalah hak Najib, walaupun pengekalan itu atas sifat kronisme.

Pun begitu kalau tindakan membuang dan membawa masuk muka baru itu dibuat bukan atas kebolehan, bakat, komtimen dan semata-mata kepada kesetiaan dan kerana kroni, ia tidak akan membawa perubahan seperti mana yang diharapkan itu. Najib tunggu masa sajalah kekecohan dan keretakan akan berlaku dalam kepimpinannya.

Secara umumnya tidak ada apa-apa kejutan yang dilakukan Najib dalam penyusunan itu seperti mana diduga. Walaupun menurutnya penyusunan itu dibuat bukan bersendirian tetapi setelah menerima panangan daripada berbagai pihak, tetapi ia menimbulkan keyakinan sejauh manakah akan keidealannya. Yang barang tentunya pandangan bekas PM Abullah Badawi mungkin tidak diambil kira.

Siapakah antara orang yang dirujuk oleh Najib? Semalam saya sudah meramalkan kalau Mukhriz Mahathir dibawa masuk ke dalam Kabinet dan Khairy Jamaluddin dicicirkan, sahih antara orang yang dirujuk itu ialah Mahathir Mohamad. Sudah pasti kalau Mahathir dirujuk Mahathir tidak akan halal untuk Khairy menyertai Kabinet kononnya Khairy seorang perasuah!

Nampaknya cita-cita dan impian Mahathir tercapai. Imbuhan baginya kerana turun berkempen di Bukit Gantang berbaloi apabila hari ini anaknya Mukhriz dilantik menjadi timbalan menteri, Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI) di mana kementerian yang merupakan sekolah untuk seseorang menjadi perdana menteri di masa akan datang.

Kita pun faham kenapa Mukhriz diletak di bawa Mustapa Mohamed ialah untuk membolehkan Mustapa mengajar ataupun diajar oleh Mukhriz yang akan menerima nasihat dari bapaknya, Mahathir. Tentu umum juga tahu siapakah Mahathir bagi Mustapa Mohamed.

Tindakan Najib untuk akur atas kehendak (Mahathir) itu, membawa masuk orang yang kalah dan meninggalkan orang menang satu keberanian. Tindakan ini jarang dilakukan perdana menteri sebelum ini. Tradisi ketua pemuda dilantik menyertai Kabinet juga tampaknya dipecah oleh Najib. Apakah ini juga pembaharuan dan perubahan glokal?

Sebenarnya tidak mengapa kalau ketua sayap parti tidak memegang apa-apa jawatan. Khairy boleh berkerja dan memfokuskan untuk menguatkan memperkasakan pemuda dan parti. Tetapi apabila ketua sayap Puteri dan Wanita serta Naib Timbalan Ketua dibawa masuk dalam Kabinet cara itu akan dianggap sengaja dilakukan untuk menghina Khairy.

Sekiranya Najib tidak berhajat untuk mengambil Khairy disebabkan tuduhan rasuah, (oleh Mahathir) maka beliau juga patut tidak mengambil ketua Wanita, Shahrizat Abdul Jali, ketua Puteri Rosnah Rashid Sirin dan Naib Ketua Pemuda, Razali Ibrahim sebagai menteri dan timbalan menteri.

Pengguguran Syed Hamid Albar, Zulhasnan Rafiue, Mohd Zain Abdullah, Azalina Othman Said, Muhamad Mohd Taib serta tinmbalan menteri Idris Harun, mungkin tidak akan menimbul apa-apa kesan sebab mereka tidak menjadi ketua kepada mana-mana sayap parti.

Mereka boleh pergi begitu saja apabila dirasakan sudah tidak diperlukan lagi.
Tetapi Khairy adalah ketua pemuda. Walaupun tidak semua barisan kepimpinan Pemuda bersamanya namun suku daripada telah memilihnya. Cara Najib mencicirkan nama Khairy itu bukan saja memalukan menantu bekas PM ke-5 itu tetapi memalukan seluruh saf Pemuda.

Kesimpualnya penyusunan Kabinet baru Najib tadi, dari segi zahirnya ia diakui mempunyai roh dan ada komitmen untu membela rakyat dan melakukan perubahan dalam kerajaan. Tetapi malang sedikit Najib kurang memberi perhatian kepada soal-soal keadilan dan kesaksamaan di dalam paritnya sendiri.

Apabila Najib menggugurkan orang tertentu serta merombak tradisi parti secara mendadak ia menjejelaskan kepada dunia Najib tidak dapat membuang sentimen dan rasa benci kepada yang sepihak lain. Sikap ini sesungguh tidak menguntungkan Najib kerana ia lama kelamaan boleh menimbulkan pepercahan dan timbulnya fraksi dalam partinya.

http://msomelayu.blogspot.com

About these ads

Responses

  1. kesian azalina othman said… sekejap aje dapat zoom malaysia…. jelas le contoh pembaziran oleh unmo seperti contoh papan tanda iklan pelancongan malaysia yang lepas ini akan bertukar wajah le…

    apa le rasionalnya dulu yang azalina paparkan gambar dia kat papan tanda iklan tersebut… nah dapat le lagi projek papan tanda lepas ni kan siapalah kroni yang dapat projek tersebut kan??

    contoh pembaziran kerajaan malaysia yang nampak remeh … tapi lihatlah sendiri setiap kali bertukar kabinet … pelbagai le ragam menteri nanti….

    rasanya lepas ini gambar wakil rakyat yang kalah kat lembah pantai pula akan terpampar di iklan kementeriannya…. glamour le kak jambul…..

    kesian abg macho KJ…… tetiba Mukriz pula yang tersenarai…. CAM CAM ADA!!!!!

  2. KJ pun dah agak dah mmg dia tak tersenarai pun, sebab reputasi dia dengan Najib pun tak berapa baik

  3. ingat.. di belakang Najis lanie ada raja putaqbelit..

  4. Pasal Zoom Malaysia, kita tidak perlu melakukan pembaziran. Cuma sedikit belanja yang perlu dikeluarkan.

    Mengenai billboard dan segala iklan yang mempunyai gambar bekas Menteri Pelancongan, Azalina Othman said sememangnya perlu ditukar kerana khidmat Azalina dalam kabinet tidak disambung.

    Apa yang perlu dibuat pada gambar wajah Azalina ialah :

    1. Lukiskan bulu-bulu pada wajahnya seperti seekor mawas, ungka ataupun orang utan. Pasti pelancong akan menyangka papan tanda/billboard dan segala iklan yang ada wajahnya ialah sejenis spesis yang terdapat di dalam hutan Malaysia.

    2. Gambar Najib dikekalkan kerana dia kini adalah perdana menteri Malaysia yang ke 6, pelancong pasti menyangk PM malaysia ini adalah yang terakhir dari parti reput BN.

    3. Gambar Tun Lah, make-up/touch-up sikit supaya nampak seperti orang Tua yang berumur 100 tahun. Sesuai dengan kedutan yang sememangnya terdapat pada wajahnya yang hensem itu. Pasti pelancong ingat wajah orang Tua itu melambangkan Malaysia sememangnya sangat suka dilawati, termasuk org2 tua kerepot yang minat untuk melihat mawas/org hutan dan ungka

  5. PEMIMPIN KELAS KAMBING
    MERUGIKAN NEGARA!!
    – Naspazi

  6. Pandai la Sangaatt !!!

    Cakap Banyak “Pang..Pung..Pang” Abok Pun Tarak…Pttuuiiiiiii

    Tuu..Kelantan yang hebat sangat “PIS”aka PAS dok perintah masih “Maskin Kelabu Papa Kedana” sapah pon tak reti nak buat…Cerodik Buah Pelior!!!

    Orang Kelantan tengok lawan bola pon bole mengamuk sakan mengalahkan Orang Utan kat ZooM..eh silap!..Zoo!

    he he he

  7. kalau masih ingat jenama ubat gigi darkie? sekarang dah darlie….. adakah sudah berubah???? tak aiihhhh… nama sahaja tetapi isi perutnya tetap sama…… begitulah dengan yang ada ni…

  8. Tak lama rasanya kabinet baru nie………hampeh tahap bangang

  9. SIAPA BODOH SIAPA PINTAR?

    Yang paling bodoh di muka bumi ini adalah mereka yang telah memerintah 51 tahun negara ini, namun negara dan peribuminya masih di bawah paras miskin!

    Malahan, untuk mencapai 30% penguasaan ekonomi negara bagi kaum peribumi pun jauh panggang dari api.

    Bahkan, dasar syaitan umno di sabah, telah memelayukan atau mewarganegarakan 1.3 juta pendatang haram untuk kepentingan kesyaitanan UMNO di sabah.

    Kalau memang baka dari makanan yang haram dan rasuah, nescaya segala yang durjana dipandang mulia belaka..

    PARADIGMA PARASIT STANDARD OTAK UDANG
    – Naspazi

  10. ya, gue pun tak puas ati sbb kj takde tapi kita tengok je la samda dieorg 2 boleh bekeja ngan lebih baik

  11. puak-puak bee end muncul sudah
    berhenti komen partinya kalah
    sebab demam baru saja kebah
    diam tak senang komen pun susah

    sudah nampak kelibat dak tadika hijau
    bekerja kuat kat bukit selambar
    kempen dibuat tetapi hambar
    dek nampak jahat dan kurang ajar

    coma of souls haram jadah
    hasan albana muncul nama diubah
    fatamorgana menyusul bak sesumpah
    aku kenal logo kau gelabah

    masa nama albana berlagak nabi
    masa fatamorgana berperangai babi
    souls of koma komen macam puki
    anjing yang sama bila nak mati

    mat romeo masih tak muncul
    ilmu tak guna kepala tak betul
    menyemak kat dunia manusia bahalol
    pencacai ameno penyokong kufur

    selamat datang semula
    setelah kecundang pilihanraya
    jadi pengomen setia
    taik-taik bee end yang loya

  12. Kabinet yang mundur kebelakang.
    KABINET BUDAK TADIKA yang dihoskan oleh Pakcik Jamal. Kabinet ni pulak dihoskan oleh tokwan Mahadey.

  13. Kabinet Mamak Kutty direstui oleh budak tadika logo hijau dan ati panass! Ketua kabinet – PM – Perasuah Mega, Prime Murder!

  14. ati panas

    50 tahun memerintah kerja tau buat aniaya pada bangsa sendiri….

    OTAK KABINET KAMBING
    MENTAHKEDARAH SAMPAI PERUT KEMBUNG

  15. udahlah .. mari kita pakat pi sembahyang jumaat.
    tinggalkan mat romeo dan ati panass

  16. great chief, tu hang pandai nulis, pandai baca maknanya hang pegi sekolah le tu. kalau hang kena naiya dek kerajaan samapi sekarang hang tak pandai baca dan tk pandai menulis ..pasal hang kena naya..kalau kena naya hang pun tak dapat inetrnet ni tau..dok jer dalam kampung buat sawah , tak pun jadi kuli kat kebun getah cina..50 tahun naya bangsa sendiri..satu statement yang paling bangang aku dengar…

  17. Penjilat dan pencacai media UMNO sendiri yang menuduh Yahudi sebagai zalim.

    Tetapi, seluruh teknologi tinggi dan moden dunia adalah ciptaan Yahudi, termasuklah teknologi komputer dan Internet.

    Premisnya adalah:

    Komputer dan Internet adalah teknologi Yahudi. Malaysia menuduh Yahudi zalim, tetapi oleh kerana Malaysia ada Internet maka Yahudi tidak zalim..

    UDANG ITU OTAK DAN TAIKNYA BERHAMPIRAN
    – Naspazi

  18. uiks Naspazi terbalik tu

    OTAK UDANG ITU DAN TAIKNYA BERHAMPIRAN.. hehehehe baru betul..

  19. Ammaaa, appaa, thanks apple,

    Mana-mana pun woooki juga, asalkan itu message ada juga sampai laaa ini macam.. hehehe..

    OTAK UDANG ITU DAN TAIKNYA BERHAMPIRAN
    – Naspazi


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: