Posted by: pinkturtle2 | April 9, 2009

SENARAI PENUH KABINET 2009

SENARAI PENUH KABINET 2009

PUTRAJAYA: Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

PERDANA MENTERI:

Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:

Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:

Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:

Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:

1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:

Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:

1. Datuk Dr Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:

Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:

Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:

Datuk Dr Ng Yen Yen

Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Datuk Noh Omar

Timbalan:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:

Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:

Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:

Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:

Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:

Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:

Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:

Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:

Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:

Datuk Anifah Aman

Timbalan:

1. A.Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:

Datuk M.Saravanan

http://mstar.com.my

About these ads

Responses

  1. Kepada semua barisan kabinet, kerja leklok. Meraung KJ……kesian dia.

  2. ramainya senator pegang jawatan kabinet….macam MP2 be end yg lain tak diperlukan je walaupun jadi ahli parlimen.

    hahaha…KJ tak pegang apa2 jawatan kabinet…si mukhriz pulak yg dpt…confirm najib dgn TDM dah buat deal.

    mukhriz puppet TDM je…habuk apa pun takde….macam medvedev puppet putin.

  3. Tahniah…
    Kepada Dato Sri, Tan Sri, Datuk dan YAB atas perlantikan sebagai menteri kabinet yang baru….

    Selamat bekerja untuk Negara, Bangsa dan Agama…….Semoga Malaysia dapat dipacu kehala pembangunan yang hakiki.

    Tahniah….maju bangsa dan agama maju negara

  4. Apa dah jadi dengan Trengganu.Hanya dapat seorang menteri.Dulu koata 2 timbalan menteri,nampaknya MP2 Terengganu tidak layak cuma yang layak Sabree seorang sahaja.
    Keluar UMNO,lompat PR boleh tubuh kerajaan baru dan boleh lantik 2 Menteri dan 2 Timbalan Menteri.

  5. jelaslah TDM akan mnjadi PM belakang tabir.najib akan mnjadi PM boneka..
    paklah pasti kecewa dngan barisan kabinet ni sbab menantunya tak dpat jadi menteri…
    KJ pasti akan mngamuk….
    hancurrrrrr amenoooo……

  6. Ni kabinet rasmi dah ke??
    ish2..
    kabinet dapur rumah aku lagi best..
    haha

    http://kerjaminda.wordpress.com/

  7. di manakah bekas kekasihku KJ?
    Hoi najib, (ni marah ni) pasai apa tak lantik KJ ku sebagai menteri… oo sepupu kau jd menteri dalam negeri .. power bnyk punya… kontrol polis lagi…
    KJ ku tak dilantik ..
    tak pa tak pa tungguu aaaaahhhh

    ada lori ada bas
    ada hari hang terbabas
    pelanduk lupa jerat …
    sorry aaaahhh jerat tak pernah lupa pelanduk …
    tunggguuuuuu…..

  8. sudah tentu KJ sekarang memendam rasa begitu hinanya rasa diri dipinggirkan najib.oh dunia-dunia.

  9. Dulu kata KJ tak guna semua projek dia yang aturkan hingga RMK – 9 pun dia yang tentukan siapa yang dapat la ni kekasihku lah kesian lah apa ni, apa pun kita tengok dulu keberkesanannya lepas tu kita kritik

  10. Embung…tak yah kau suruh dia orang lompat. Pening kepala rakyat. Tunggu jer PRU13. Bawak2 bersabar. PR kena kerja kuat mulai hari ni. Baru negara kita maju dan makmur!

    Jack,Gubir, XC60 dan cikgu syon…tak yah dah api2 kan hal KJ tu. Aku acah jer kat atas tuh! Yang best nyer kat Astro Awani dia tulis kat nota kaki; Khairy tidak tersenarai. Adus…kok yer pun tak yah lah tulis. Itu pun aku ingat dah cukup merobek hati KJ dan penyokong2nya.

    Kerjaminda…kau memang lawak, selawak adik aku yang hantar gambar kabinet dapur baru sebagai mail attachment . Ingatkan yer yer jer wajah kabinet baru!

  11. RakyatKita…..well wish! Tapi macam Dato’ Kadir Jasin kata tadi. Jangan hari ni puji melambung pasal kabinet baru, nanti bila ada masalah dalam setahun dua ni…semua salahkan Najib!

    Apa2 pun, I always wish for the best to our country.

  12. Pendek kata, semua Menteri dan Timbalan Menteri dari Sabah hanya kayu reput – TIADA STANDARD – bercakap saja pun lintang-pukang.

    Lihat saja nanti, tatkala mereka BERUCAP dalam majlis rasmi negara, mereka hanya layak dijadikan bahan gelak ketawa oleh para intelektual dan cendekiawan negara..puiiih!!

    MEREKA SEMUA STANDARD KELAS KAMBING
    – Naspazi

  13. first sekali saya nak ucap tahniah kepada barisan kabinet yang baru.. Selamat berjuang di bawah pimpinan Dato Seri Najib.. Semua orang pernah buat silap, tak ada yang semuanya betul. Jadi, kita kena terima segala baik dan buruk kabinet yang dilantik. Pada yang hilang keyakinan pada kabinet Malaysia, jangan cakap lah sebabnya ngko orang pun tak yakin pada diri sendiri. Jangan kutuk para kabinet sebelum mengkaji. Jangan cakap semberono. Fikir dulu. Hidup Dato Seri.. Berjuang lah demi rakyat.. Kami penyokong2 akan terus menjadi tunggak Dato2 semua.. Tunjukkan pada rakyat yang suka mengutuk2 tu, yang kita di pihak yang benar.. kekalkan integriti.. one malaysian!!!!

  14. tiadalah kukuh tiang2 negara ku,kerna kurangnya seri2 agama.hanya cat2 bangsa menyelaputi kulit2 reput.aku mahu tiang2 negaraku berseri.memukau tika d pandang,terbayang2 tika tak kelihatan.
    tapi apa nak buat tengok jela tiang2 tu,daripada tak da.tunggu tumbang baru ganti lain nampaknya.

  15. Boleh buat kerja ke diaorang ni…susah betul aku nak ingat…ni kalau ada yg nk gi interview kat jabatan kerajaan ni hafal betul2 karang salah sebut nahas la korang…hehehe…

    apa pun aku nk tgk setakat mana kemampuan diaorang tu…buat menteri perdagangan antarabangsa tu ble tak tarik pelabur masuk Malaysia…and tambah pelaburan billion2? takpa mukhriz ada nk tolong mustapha…kesian kat kak pidah….tak pa la kak pidah jangan la sedih2…dah lama sgt dah kak pidah jadi menteri tu….ingat tak? kita kena berubah…Inilah perubahan yg najib buat…buang yang lama ambil yg baru….walaupun tak puas hati kita kena terima…

    Buat KJ…jgn le sedih…kita anak jantan tak boleh nangis2…hehehe…aku kesian la kat hang…sampai bila2 pun hang tak boleh nk jadi menteri…hatta menteri belia dan sukan sekalipun….dah orang tak hingin nk buat macam mana…berhabis duit pun tak guna….hang habuk pun tarak!

    Aku tak rasa apa2 pun dgn pengumuman kabinet baru ni….langsung tak tersentuh hati….lantak ko la nk buat apa pun….aku nk tgk jgk apa yg perubahan yg najib maksudkan tu….

    Selamat menjalankan tugas!

  16. Salam.

    GUBIR jangan kata begitu.
    TDM bukankah sudah menjadi ahli baru
    Walaupun belakang tabir kerja hantu
    TDM tetap akan hilang cemburu.

    Cikgu syon jangan marah jangan gundah
    Hishamuddin menteri dlm negeri
    KJ bukankah menantu Pak Lah
    DSN selamat dan muka TDM berseri.

  17. padan muka KJ.tak dapat apa pun. esok aku belanja makan nasi ayam kat chiken rice shop alamanda. datang jer jam 3 petang,sapa2 pun bleh datang. aku belanja

  18. pembetulan..jangan datang lah. sajer jer. heheh

  19. oi naspazi,jangan pandang rendah sama org sabah.kau ingat kalau sabah n sarawak tak bantu bn menang dah lama bn tumbang.apala kau ni naspazi,nama pun lebih kurang dengan NAZI

  20. PARADIGMA DEDALU MENGHANCURKAN SEMALU

    Salam hormat org sabah,

    Paradigma adalah tingkap untuk melihat sesuatu isu atau alam semesta. Justeru, paradigma ini mengajak anda untuk membincangkan akibat buruk yang bakal menimpa warga tulen Sabah lantaran kelakuan durjana Mahathir dan UMNO [BARU] yang telah memberikan Kerakyatan Mudah kepada Pendatang Asing Tanpa Izin dari Filipina dan Indonesia ringkasnya [PATI] melalui Projek Mega terkutuk UMNO, iaitu memberikan IC Projek kepada PATI sejak 1991 bagi membolehkan PATI menganggotai UMNO dan seterusnya mengundi dalam pilihanraya Sabah untuk menjatuhkan Parti Bersatu Sabah [PBS] atas alasan demi kelangsungan pemerintahan Islam di Sabah kononnya.

    Sesungguhnya, betapa implikasi jahanam di atas tidak dapat dilihat atau dirasai oleh orang biasa atau pimpinan Sabah kini yang kepalanya memang bermahkotakan wang dan rasuah yang telah mendarah daging dalam tata kehidupan UMNO. Mereka atau pimpinan Sabah kini seolah-olah buta dan lebih malang lagi mengaibkan apabila generasi tulen warga Sabah bakal menjadi laksana warga tulen Amerika. Demikianlah yang saya maksudkan dengan ungkapan paradigma dedalu menghancurkan semalu.

    Betapa warga tulen Amerika atau bangsa Inca dan Aztec yang begitu bertamadun bagaikan pada mulanya laksana menemui ratusan ribu telur Columbus, dan setelah telur-telur tersebut menetas, akhirnya telah menghancurkan bangsa Inca dan Aztec, waima menjadi Red Indian yang begitu hina di khalayak Amerika moden. Wal hal, Red Indian atau bangsa Inca dan Aztec merupakan antara bangsa manusia yang telah mencetuskan tamadun tinggi dunia. Hatta, kalendar sejagat yang berasaskan kepada matahari secara benarnya adalah hasil penemuan atau tamadun mereka.

    Seseorang yang tidak pernah mengembara di dalam hutan belantara, justeru tidak layak mendakwa untuk mengetahui semua jenis dan sifat spesies alam semulajadi tanpa pengecualian; walaupun mereka mendakwa yang mereka tahu tetapi boleh dikatakan dengan beberapa pengecualian dan bukannya bersetuju secara membabi buta dengan mereka tentang prinsip hidup kebanyakan spesies di dalam hutan.

    PENGASINGAN SEMUA SPESIES KEHIDUPAN ADALAH FITRAH KEWUJUDAN

    Pemerhatian yang mendalam tentang sifat dan penyebaran makhluk hidup pada dasar kewujudannya adalah asli dan tidak semua dari hidupan tersebut yang manusia mampu mengubahnya kepada bentuk baru yang sama sekali berbeza dengan bentuk yang asal. Semua jenis binatang hanya bergaul dengan spesies yang serupa. Sejenis burung kecil mencari sejenis burung kecil, burung pipit mencari burung pipit, bangau mencari bangau, tikus padi mencari tikus padi, serigala mencari serigala, dan demikianlah seterusnya.

    Pati dari Filipina dan Indonesia bukannya warganegara yang begitu penting kepada negara tersebut. Dengan ungkapan lain, kewujudan mereka bagi negara asal mereka tidak menambah dan penghijrahan mereka ke Sabah juga tidak mengurang. Apa yang pasti ialah mereka bukan dari kalangan manusia yang berkualiti, namun begitu mereka amat dialu-alukan oleh parti UMNO di Sabah, hatta diberi kerakyatan mudah dengan memberikan mereka Kad Pengenalan [IC] hingga status mereka sama dengan warga tulen Sabah, termasuk mengundi untuk menentukan pemimpin yang bakal membentuk kerajaan bagi Sabah. Adalah suatu yang luar biasa, bahkan pelik dan semacam kelakuan gila, apabila kerajaan Persekutuan Malaysia yang ditunjangi oleh UMNO begitu mudah memberikan kerakyatan mudah kepada Pati, tanpa mengambil kira standard dan kualiti mereka.

    Warga Pati di Sabah kini yang telah mendapat IC Projek UMNO dianggarkan telah melepasi angka jutaan orang, maknanya warga Pati di Sabah sama ada seimbang atau sebenarnya jauh lebih ramai berbanding dengan warga tulen Sabah. Sebab itu saya menyifatkan kerajaan UMNO di Sabah kini sebenarnya adalah kerajaan Pati. Namun yang lebih jahanam lagi adalah kelakuan jenayah di Sabah majoritinya adalah dilakukan oleh Pati. Menurut laporan media UMNO, sesorang penjenayah besar di Sabah yang dapat ditangkap oleh pihak polis, dikatakan sebagai rakyat tempatan. Pada hal, hakikat sebenarnya, mereka adalah terdiri dari kalangan warga Pati yang mendapat status rakyat tempatan angkara IC Projek UMNO.

    Haslan Bajil contohnya, sebagai perancang utama penculikan, perogolan dan pembunuhan secara dahsyat dan kejam ke atas mendiang Sherliana Gediun, dilaporkan oleh media UMNO sebagai rakyat tempatan. Pada hal, ia adalah rakyat tempatan dari kalangan Pati. Oleh sebab itu, Haslan Bajil hingga kini masih belum dapat ditangkap oleh pihak polis kerana telah melarikan diri ke negara asalnya. Demikianlah, apa juga bentuk dan jenis penyakit tidak ada yang datang untuk kebaikan dan ketenangan pengidapnya. Musang adalah sentiasa seekor musang, ayam sentiasa seekor ayam, singa sentiasa seekor singa dan seterusnya, dalam pelbagai sudut sungguh berbeza dari segi kekuatan, kebijaksanaan, kemahiran, ketahanan dan sebagainya. Namun, apa yang pasti ialah kita tidak akan menemui seekor musang yang bersikap belas kasihan dan bertimbang rasa terhadap ayam, serupa juga dengan kucing yang sukar untuk bersikap ramah terhadap tikus.

    UMNO SARJANA AGUNG DALAM BERBOHONG
    KUKURKAN UMNO DI SABAH PADA PRU – 13

    WARGA BORNEO BIAR ADA HARGA DIRI
    – Naspazi

  21. puak-puak bee end muncul sudah
    berhenti komen partinya kalah
    sebab demam baru saja kebah
    diam tak senang komen pun susah

    sudah nampak kelibat dak tadika hijau
    bekerja kuat kat bukit selambar
    kempen dibuat tetapi hambar
    dek nampak jahat dan kurang ajar

    coma of souls haram jadah
    hasan albana muncul nama diubah
    fatamorgana menyusul bak sesumpah
    aku kenal logo kau gelabah

    masa nama albana berlagak nabi
    masa fatamorgana berperangai babi
    souls of koma komen macam puki
    anjing yang sama bila nak mati

    mat romeo masih tak muncul
    ilmu tak guna kepala tak betul
    menyemak kat dunia manusia bahalol
    pencacai ameno penyokong kufur

    selamat datang semula
    setelah kecundang pilihanraya
    jadi pengomen setia
    taik-taik bee end yang loya

  22. Tahniah dr.M atas pelantikan anak anda!!
    dr.M boleh… !!
    Takziah buat Rakyat Malaysia :P

  23. Apakah jadahnya Najib melantik Anifah Aman menjadi Menteri Luar?

    Tidak malukah Rakyat Malaysia Bermenteri Luarkan seorang yang hanya Standard Kuali atau Kelas Kambing ini, bagi mewakili negara di Bangsa-Bangsa Bersatu atau di persada dunia?

    Orang ini dari segi intelektual dan wibawa hanya akan mengaibkan rakyat Malaysia. Rais Yatim seribu kali lebih berwibawa dari orang ini.

    Bahkan orang ini berucap dalam Bahasa Melayu sahaja pun sudah cukup lintang-pukang, apatah lagi dalam Bahasa Inggeris.

    Bagaimana kelak orang ini nampak sangat bebalnya, hancur lebur dan tunggang langgang tatkala berdepan dengan cendekiawan dan intelektual kelas dunia di persada antarabangsa.

    Namun begitu, demikianlah padahnya apabila pendatang haram yang diberi hak untuk menentukan siapa yang harus menjadi pemimpin Sabah bagi pihak UMNO yang durjana.

    UMNO UNTUK SABAH YANG SIAL ABADI
    – Naspazi

  24. TAHNIAH BUAT DATUK ANIFAH AMAN..DI ANTARA YANG ADA SDR SJA KELIHATAN BERSIH
    BERIDEALISMA…..

    SEBAGAI MENTERI LUAR YANG BARU BUKTIKAN BAHWA SDR TELUS DAN BUKAN PEMBODEK….

    MULAKAN LANGKAH SDR DENGAN MEMANGGIL
    DUTA DUTA ATAU WAKIL KJAAN AS,PERANCIS,AUSTRALIA,INDONESIA,FILIPINA
    THAILAND,KOREA SELATAN,BRITAIN DAN NEGARA NEGARA YANG MENDEDAHKAN ATAU TELAH MEMBURUKKAN PM BARU KITA DENGAN
    SKANDAL PEMBUNOHAN WANITA MONGOLIA
    ALTANTUYA SHARIBUU SETEV

    MEREKA PERLU BERTINDAK DENGAN MEMANGGIL
    WARTAWAN WARTWAN YANG TELAH MENYIARKAN
    DAN MEMBURUKKAN PM BARU MSIA NAJIB RAZAK
    AGAR MEMINTA MAAF KPD NEGARA ATAU MEREKA AKAN DISAMAN OLEH KJAAN MSIA.KEBERANIAN INI TIDAK TERDAPAT PADA
    MENTERI LUAR YANG LALU…RAIS ANK YATIM..
    BELIAU HANYA MAMPU TUNJUK ‘HERO’ APABILA KJAAN AMERIKA MENGKRITIK MSIA KERANA PERTUDUHAN LIWAT OLEH SAIFOOL TERHADAP DSAI…

    RAIS ANK YATIM BKN ‘HERO’CUMA PENJILAT….
    SEKARANG RAKYAT PUNYA HARAPAN TINGGI TERHADAP SDR…..PENEGAK KEADILAN ATAU
    PENJILAT…. JAWAPAN ADA DITANGAN SDR

  25. HAI ORG SABAH,

    Kau bangga sgt ker jadi org yg membantu memenangkan BN tu. lg menyusahkan ada la.. org lain smua dah nak tukar kerajaan cuma kauorg kat sane tu jer slow skit…

    sori ya…

  26. saya ni kalau cakap pasal politik memang kurang sikit tapi tak semestinya saya tak tahu langsung.bagi kami di sini mana mana parti yang memerintah sama saja.memang betul korang di sana memang nak tukar kerajaan.kalau korang nak tukar,tukar lah saya tak kisah.bagi saya mana parti yang mewakili suara rakyat sabah,tu kami sokong.dan jgn ingat kami slow di sini.anda semua akan lihat 4-5 tahun akan datang,kalau bn tiada membuat perubahan di sabah alamatnya tenggelamlah bn.jadi harap2 bn tidak menghampakan rakyat sabah

    peace……

  27. SALAM…

    Dah lama aku xkomen kat sini, bukan apa saja malas nak ketuk keyboard jaaa..

    tapi dgn pengumuman kabinet baru ni, nampak macam ada chance aku celah cikit, mana tau idea cabuk aku nie depa2 kat sebelah sana yang xdi pilih tu leh wat kira2 baru..tu pun klu dalam kepala depa ada otak la..

    apa kata menteri atau ahli parlimen yang dah kena kondem dgn najib pakat2 lempaq tali mai sebelah PKR, ya la kan..dalam kira2 aku ada gak lebih kurang 3-4 orang yang jadi menteri dulu tapi la nie habuk pun tarak..ada 9-10 org jugak yang menang parlimen tapi najib bagi depa jaga teloq masing2 ja, xboleh jadi menteri, so daripada nak duduk goyang kaki makan elaun MP ataupun pencen awai macam hamid botak tu, baik la depa semua tu seberang mai sebelah sini.

    klu la jadi idea aku nie, aku rasa najib klu xkoma pun mau tahap nyawa2 ikan ja..xdan sat nak jadi PM, dah kena cantas..BUKANKAH CANTAS-MENCANTAS INI BUDAYA UMNO..

    LU FIKIR LA SENDRI….Chaaosssssss

  28. Najib lantik Sabree sebab nak ganti Kim Yek….
    ha ha ha ha…kan ke dua orang tu suka buat buih masa bercakap……ha ha ha
    nanti tak ada muka lawak pulak dalam kabinet…

    Ha ha ha…jangan marah

  29. Alahai Pok Nik,

    Orang di semenanjung nie pun lebih kurang slow gak. Orang berpolitik dengan ilmu, tapi ramai yang nak masuk politik dan bercakap tentang politik takdak ilmu.

    Semua bergantung dengan persepsi dan retorik. Nak fakta?..nahi..nahi Pok Nik.

    Majoriti lebih suka ditarik2, diarah oleh pemimpin2 mereka.

    Apa yang berubah?..hanya kerajaan. Minda?..masih tahun 1950an..

  30. Naspazi,

    Yup memang pemimpin2 Sabah membawa loghat dan dialek mereka tatkala bercakap dalam media atau di Parlimen. Figure paling terkenal ialah Bung Moktar Radin, YB Kinabatangan..dari segi pendidikan seseorang pemimpin, saya tak berani komen kerana banyak sudut kita perlu kaji dan teliti.

    Tapi kita perlu tabik YB Kinabatangan ini sebagai contohnya. Demokratik dan isu2 kenegaraan bukan empunya golongan aristokrat dan birokrat sahaja. Ia milik semua dan semua mempunyai hak untuk bercakap tentang demokrasi. Perkara unik yang saya mahu bawa tentang YB Kinabatangan ini adalah prinsip beliau tentang demokrasi.

    1) Pernah beliau hampir dikenakan tindakan oleh BBC BN bila beliau menyokong isu yang dibawa oleh wakil pembangkang pada tahun 2004-2008. (Resmi etika kelab penyokong BN untuk tidak menyokong usul pembangkang/PR).

    2) Beliau pernah mempersoalkan baget 1 bilion yang diumumkan oleh Pak Lah, kenapa tiada diumumkan kemana duit itu disalurkan dan apakah sebahagian duit itu sampai ke bahagian Parlimennya?..

    Umumnya saudara, YB2 yang lebih cerdik dan pandai dari beliau tidak akan buat seperti apa yang beliau buat..sebab?..mereka nak jaga hubungan dengan PM. Rasanya caturan saya ini tepat bukan?.. :)

    Anifah Aman dan yang lain2nya..saya tak begitu tertarik dengan personaliti mereka.

    Tapi kita perlu tabik nama2 kecil ini kerana prinsip kenegaraan dan demokrasi mereka.

  31. Saudara malaysianunited,

    Ringkas saja, saya tetap berpendirian bahawa, seseorang pemimpin itu mestilah yang dinamik, komprehensif dan berintegriti. agar negara dan masyarakat mampu dibawa bergerak ke puncak tamadun yang kaya, moden dan kuat.

    Mengapa berpendirian saya merujuk kepada premis di atas? Sebab, setiap pemimpin yang tidak dinamik, yang tidak komprehensif, yang muflis integriti pasti sanggup menipu dirinya sendiri.

    Justeru, pemimpin yang bersikap demikian sudah pasti sanggup juga untuk menipu orang lain. Oleh sebab itu, pemimpin yang hanya standard kelas kambing, sah hanya akan merugikan masyarakat dan negara.

    Salam hormat
    – Naspazi

  32. hai semua kabinet keje baik2k maju negara

  33. amboi…. lama da tajuk ni diperdebatkan.. da beberapa bulan, kalau sy tak perlu senarai kabinet baru ni, mungkin saya tak tau apa da jadi. Semenanjung… Borneo.. Sedih.. memang sedih bila lihat naspaza dan orang sabah jadi begini. Tapi sebenarnya, kalau saya diberi kuasa, saya ingin melihat borneo dipisahkan dari semenanjung. Semenanjung membawa banyak masalah. Saya tak pernah berasa kurang selamat ketika di borneo, tapi bila berada di Tanah Melaya, semua perlu berhati hati.. Sama juga dengan pemimpinnya. Pandai berbelit, indah bermadah. Sapa sapa pon boleh berkata kata. lebih lebih lagi semenanjung. Kami gunakan bahasa melayu yang mana semenanjung guna sejak lahir. Bagaimana jika bahasa melayu borneo diangkat jadi bahasa rasmi? belum tentu pemimpinnya boleh bercakap dengan fasih, sedangkan bahasa sabahan pon boleh disalah anggap sebagai bahasa indonesia. dalam parlimen, menteri dari mana yang berperangai macam budak budak? Menteri mana yang sumpah seranah orang? sedarlah bangsa melayu. jangan tengok dari kulit, apa yang semua YB pertontonkan dalam TV hnya lakonan indah untuk rakyat. Ada menteri korang datang, dan follow up apa masalah korang? ada menteri korang sanggup jejakkan kaki dalam teratak buruk korang? takde… tapi, menteri dari borneo ada yang sanggup datang, duduk bersila, melihat kedaifan rakyat, tolong sehingga rakyat mampu berdiri. Itu baru lah boleh dikatakan YB. tp, kalau setakat YB lulusan universiti, pastu haprak pon takde.. laga orang sana, laga orang sini… minta maaflah. Korang doakan semoga saya tidak mendapat kuasa untuk memerintah, atau memasuki arena pemerintahan, kerana, sudah menjadi janji saya, jika saya ditakdirkan menjadi pemerintah, maka tidak akan wujud nama Malaysia.. biarpun melibatkan pertumpahan darah. Bukan kerana ketidaksetiaan saya pada Raja, namun kerana ketidakpuasan hati di atas layanan SEMENANJUNG yang “BEGITU BAIK” terhadap kami. lepas tu main suka hati je kutuk. Ingin semenanjung ni hebat sangat? Sorry to say.. apa yang korang boleh banggakan dalam semenanjung? KLCC? Menara KL? Putrajaya? Apa lagi? senaraikan!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 62 other followers

%d bloggers like this: