Posted by: pinkturtle2 | April 11, 2009

Siapa dalang di sebalik meletupkan Altantuya menggunakan bom C4 – Kit Siang

meletupkan Altantuya menggunakan bom C4
Persoalannya bahawa siapa dalang di sebalik Unit Tindakan Khas Polis Bukit Aman dengan meletupkan Altantuya menggunakan bom C4,Sesiapa sahaja yang mengikuti perjalan kes tersebut tidak akan menolak kemungkinan malah lebih kuat menyatakan kes ini memang mempunyai pertalian dengan Perdana Menteri Najib Razak – Lim Kit Siang

KES ALTANTUYA : Kit Siang Desak Tubuh Suhanjaya DiRaja

Penasihat Dap Lim Kit Siang mahu campurtangan Suruhanjaya Siasatan Diraja menyiasat dengan teliti untuk membela nasib kedua-dua anggota Unit Tugas Khas Polis Cif Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

Dengan berakhirnya satu perbicaraan kisah pembunuhan wanita Mongolian Altantuya Shaariibuu yang diletupkan dalam hutan pada 20 Oktober 2006 lalu yang mendapat laporan meluas oleh media tempatan dan antabangsa yang mahukan keadilan dalam perbiracaan apabila mereka dapat menghidu banyak kepincangan sewaktu perbicaraan kes sedang dijalankan.

“Persoalannya bahawa siapa dalang di sebalik Unit Tindakan Khas Polis Bukit Aman dengan meletupkan Altantuya menggunakan bom C4,” kata Lim dalam kenyataan beliau itu.

“Sesiapa sahaja yang mengikuti perjalan kes tersebut tidak akan menolak kemungkinan malah lebih kuat menyatakan kes ini memang mempunyai pertalian dengan Perdana Menteri Najib Razak,” jelas beliau

Sementara menunggu kes ini dibawa ke Mahkamah rayuan oleh Azilah dan Sirul untuk merayu dalam kes dibawah Penal Kod seksyen 149 ini, keresahan rakyat amat ketara mahukan campurtanggan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk memberi pembelaan yang adil kepada kedua-dua mereka.

Petang semalam Najib mengumumkan barisan kabinet baru beliau selepas baru enam hari menjadi Perdana Menteri yang mana umum mengetahui kekalahan teruk oleh Barisan Nasional di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

“Pengumuman ini jelas bahawa beliau mahu menutup atau memesongkan pemikiran rakyat dari mempersoalkan kes terhangat ini dari menjadi bualan umum,” Lim berkata.

“Najib berterusan menafikan perbabitan beliau dan menyatakan beliau tidak terlibat dalam kes letupan C4 dan akan bertindak mematahkan siasatan Suruhajaya Siasatan Diraja ini yang menghantui beliau serta nama baik kerajaan Malaysia untuk selamanya,” tambah Lim.

“Walaupun hanya orang-orang tertentu yang boleh memberi arahan pengunaan bom C4, kehilangan rekod Imigersen kemasukan Altantuya ke dalam negara ini dan kehilangan perisik bebas Bala Supramaniam selepas membuat akuan bersumpah dalam pembabitan Najib dalam kes pembunuhan ini,” kata lim mengakhiri kenyataan beliau.

http://greenboc.blogspot.com

About these ads

Responses

  1. OSA

  2. PDRM dikatakan diantara polis yang terbaik diAsia.

    Adalah agak janggal apabila berhadapan dengan OKT yang telah mengaku membunuh Altanthuya dengan tidak menyatakan sebab ia membunuh, sedangkan dlm banyak kes pembunuhan yg tidak tahu siapa pembunuhnya, PDRM akhirnya dapat mengesan siapa yg jadi pembunuh dan apa motif pembunuhan tersebut. Mungkin itu PDRM 20 tahun yg lalu.
    PDRM dlm era milinium yg telalu banyak jenayah ini, PDRM mungkin telah mengambil pendekatan baru dengan tidak perlu bersusah payah kerana IQ dan EQ rakyat lebih tinggi dari anggota PDRM.

    Oleh yg demikian jika ada sesiapa yang datang membuat laporan dlm semua kes termasuk kes bunuh hendaklah membawa barang2 bukti yg lengkap untuk disimpan sebagai barang siasatan.
    kalau boleh bawa pembunuh atau penculik tu sekali. Bapak adek Nurin Jazlin mungkin sdg mencari penculik anaknya itu.

    Sekiranya pelapor gagal berbuat demikian PDRM akan menahan dan menyiasat sipelapor.

    Katanya kes seperti ini telah banyak terjadi.
    Betul Ke?.

  3. mengapa pengarah imigresen tersebut didakwa atas kesalahan memalsukan dokumen?

  4. producer siri CSI jerry bruckheimer patut buat CSI The Movie based dari kisah pembunuhan altantuya nie.

    kisah CSI the movie nie nnt patut berkisar tentang susahnya pihak CSI utk bawa bukti2 ke mahkamah…dihalang & diugut oleh pihak pendakwaraya dan juga pihak peguam bela sendiri…dan bagaimana susahnya dr grissom utk yakinkan orang yg tertuduh (sirul & azilah) supaya mendedahkan siapa boss mereka yg beri arahan bunuh altantuya.

    seperti biasa…orang2 politik akan arah supaya anak gadis catherine diculik….nick stokes skali lagi diculik & ditanam hidup2 kat bukit kiara…kekasih grissom sara juga akan diculik & dibiarkan mati lemas kat tasik putrajaya….begitu juga captain jim brass akan diugut dgn anak gadisnya akan diserah menjadi gundik kpd najib jika tidak memberi kerjasama memalsukan bahan bukti.

  5. KJAAN MSIA SELAMA INI BERJAYA UNTOK MEMBUAT SETIAP SESUATU IKUT SUKA HATI KERANA SELAMA INI MEREKA TAHU BAHAWA RAKYAT MSIA AM NYA TELAH MATI JIWA MEREKA
    DIK PENIPUAN,PENYELEWENGAN FAKTA SEJARAH
    DAN HIDUP MEREKA TERUTAMA ORANG2 KAMPUNG DIPASTIKAN SENTIASA MELUKUT DI TEPI GANTANG…

    JIWA RAKYAT TELAH DIMATIKAN AGAR SIFAT DAN SIKAP BERANI MEREKA TIDAK DAPAT BERFUNGSI LAGI..

    YANG BERANI AKAN DITANGKAP DAN DIHUMBAN
    DENGAN AKTA AKTA DRAKONIAN ISA DAN SEBAGAINYA

    SEBAB ITU WALAU APAPUN YANG DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN PEMIMPIN NEGARA MEREKA TETAP BEBAS TANPA BOLEH ‘DIUSIK’OLEH SESIAPA PUN…

    KALAU JIWA DAH MATI,BAGAIMANA MUNGKIN KITA HENDAK MEMBINA TAMADUN?…KALAU JIWA DAH MATI BAGAIMANA MUNGKIN RAKYAT AKAN DIHORMATI OLEH MASYARAKAT DUNIA…

    KALAU JIWA DAH MATI…KEZALIMAN YANG BERLAKU DIDEPAN MATA SEKALIPUN KITA TAK MAMPU UNTOK MENAHANNYA

    KALAU JIWA DAH MATI KHAZANAH NEGARA DIRAMPOK OLEH PEMBESAR NEGARA PUN RAKYAT HANYA MAMPU,MALAH BERKATA…TAKPA

    KALAU JIWA DAH MATI…. MAKA JADILAH MANUSIA ‘MELAYU’ SPT HANG TUAH YANG BEGITU TAAT TANPA DAPAT MEMBEZAKAN KEBENARAN DAN KEBATILAN…

    DALAM PERKARA INI HISHAM AUW..TELAH BERJAYA DALAM TUJUANNYA UNTOK MENJADIKAN ORANG ORANG MELAYU YANG TAAT
    TAT TENTU HALA…YANG SIKAP PERKAUMAN NYA
    TERAMAT TINGGI. SANGGUP MEMPERTAHAN PEMIMIPIN MEREKA YANG RASUAH SERTA KHIANAT….. SEMUA INI KERNA APA….

    KERANA JIWA MEREKA DI MATIKAN,FIKIRAN MEREKA DI KELIRUKAN DAN KEKUATAN AGAMA MEREKA DI CAIRKAN SEHINGGA TIDAK DAPAT MEMBEZA ANTAR PERMATA DAN KACA…

  6. apale korang ni, msaih lagi tak caya kat glokal yng tawadduk… thhiiii… hiii ……hiiiiii

  7. XC60,
    ok gak cerita tu.. suruh yusuf haslam buat dia kan suka cerita polis2 ni… kalu nak lawak sikit suruh mamat khalid buat …. pecah panggung ni bro…

  8. Hoi budak tadika…memang la hg kena percaya sbb jib monggol tu imam besak hampa…pak dol tu bekas imam hampa..semua imam world class..
    ..tengok imam hampa laki bini waraq..

  9. Tawaran adalah dibuka untuk menjadi Pengawal C4 di rumah Najib & Rosmah. Pengalaman menjaga bom/peluru adalah satu kelebihan.

    Rosmah C4- Wanita Pertama Malaysia penuh berkuasa ke atas harta negara.

  10. […] Siapa dalang di sebalik meletupkan Altantuya menggunakan bom C4 – Kit Siang Persoalannya bahawa siapa dalang di sebalik Unit Tindakan Khas Polis Bukit Aman dengan meletupkan Altantuya […] […]

  11. nak berdalang apa lagi. Ini memang perangai pembangkang kalau tak menguntungkan mereka dituduh ada dalang. yang sebenarnya pembangkang adalah dalang segala kejahatan di malaysia ni.

  12. salama ziarah semua…

  13. kah kah kah.. korekkk3 kata apa nama peguam 6 Jahanam.. Saya (naspazi) bersetuju bahawa, apa nama “…nak berdalang apa lagi. Ini memang perangai pembangkang kalau tak menguntungkan mereka dituduh ada dalang. yang sebenarnya pembangkang adalah dalang segala kejahatan di malaysia ni..” hohoho..

    betullah! Kah kah kah.. fitnah liwat di malaysia ni dalangnya adalah pembangkang.. buku fitnah 50 DALIL dalangnya adalah pembangkang. Atau pun buku fitah 50 DALIL itu tidak ditulis oleh Khalid Japri, kerana buku fitah 50 DALIL itu telah menulis dirinya sendiri.. kah kah kah..

    demikian juga DS Anwar pada tahun 1998 tidak dipecat oleh mahathir kutty, kerana DS Anwar sendiri yang memecat dirinya sendiri.. kah kah kah.. DS Anwar juga tidak dipukul oleh Rahim Noor, kerana DS Anwar sendiri yang memukul dirinya sendiri atau menghentakkan matanya di dinding untuk mendapat simpati kata Rafidah Aziz.. kah kah kah.. otak penjilat dan pencacai UMNO (baru) mahathir kutty memamng bijak dalam menipu dan berbohong.. kah kah kah..

    Mahathir adalah mamak kutty.. kah kah kah.. Mahathir kutty sendiri yang telah mengaku dalam surat layangnya kepada Tunku Abd Rahman sebagai mamak kutty yang hanya berdarah sesudu melayu.. kah kah kah..

    Bangsa india adalah bangsa yang agung dengan tamadun yang tinggi. Tetapi, mana-mana bangsa, termasuklah bangsa india memang wujud orang yang baik dan jahat. Sebab itu, dalam Hikayat Mahabharata telah berlaku pertempuran maha dahsyat antara Arjuna dengan Duryodana.

    Perang maha dahsyat antara Arjuna dengan Duryodana melambangkan kebaikan melawan kejahatan. Arjuna mewakili kebaikan sementara Duryodana mewakili kejahatan. Mahathir adalah mamak kutty dari keturunan india yang jahat seperti Duryodana dalam Hikayat Mahabharata.. kah kah kah..

    Justeru, citra politik jahat dan kotor Malaysia sekarang yang diterajui oleh UMNO (baru) mahathir kutty memerlukan jiwa-jiwa yang besar untuk mewujudkan ketenangan, sekaligus menghancurkan Mahathir kutty dan kuncu-kuncunya dari terus-menerus memporak-perandakan kerukunan bermasyarakat dan bernegara malaysia.

    Tidak sukar untuk menghancurkan kejahatan kerajaan UMNO (baru) mahathir kutty pimpinan Najib jika majoriti melayu sungguh-sungguh berjiwa besar dan menghendakinya. Majoriti melayu yang berjiwa besar hanya perlu meninggalkan UMNO untuk menyertai mana-mana parti politik yang lebih baik dan berintegriti, nescaya Mahathir kutty, Najib dan UMNO (baru) akan hancur dengan sendirinya.

    Justeru, cabaran terbesar Pak Lah dan proksinya dalam UMNO sekarang adalah kesanggupan untuk berjiwa besar dengan meninggalkan UMNO beramai-ramai bagi menyertai mana-mana parti politik dalam Pakatan Rakyat yang lebih berintegriti, bersih dan tanpa rasuah atau bahasa lembutnya tanpa politik wang.. UMNO (baru) mahathir kutty pengasas ADUN lompat dan amalan politik rasuah.. kah kah kah..

    UMNO SARJANA AGUNG DALAM BERBOHONG
    REMPUH UMNO SAMPAI JATUH
    – Naspazi

  14. hahahahahahaha..
    xleh blah la mamat sowang tuh..
    gile la..
    =]
    to Naspazi..
    Salute sama lu..
    =)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 62 other followers

%d bloggers like this: