Posted by: pinkturtle2 | April 17, 2009

POLIS DALANGI TRAGEDI BERDARAH DI TINGKAYU?

POLIS DALANGI TRAGEDI BERDARAH DI TINGKAYU?

PEGUAM Tetuan Ansari & Co, James Valentino Tanggar menggesa Ketua Polis Negara menjalankan siasatan rapi dan menyeluruh berhubung insiden berdarah di Skim Pekebun Kecil Tingkayu, Kunak kerana keselamatan para pekebun kecil tidak lagi terjamin.

“Ada sesuatu yang cuba disembunyi PDRM dan saya mengesyakki ianya melibatkan konspirasi peringkat tertinggi di dalam PDRM yang mempunyai kepentingan terhadap tanah berkenaan sehingga sanggup mencabut nyawa mereka yang tidak berdosa,” ujar James yang hampir kehilangan jiwa jika senapang buatan sendiri (bakakuk) yang ditembakkan ke mukanya meletup.

Menurut James inilah kejadian paling buruk dalam sejarah Sabah selepas kes Kampung Desa Monteki, Tanjung Labian dan Litangon yang menyaksikan pegawai kanan PDRM terlibat dan bersubahat dengan kes perebutan tanah.

“Setahu saya, PDRM menjaga keselamatan dan bukannya membantu penjenayah,” ujar James yang kesal kerana tidak seorangpun daripada lebih 100 penjenayah yang menyerang beliau pada 12 Februari 2009 berjaya ditangkap.

Kata James, ketua penjenayah berkenaan, Alimuddin Mohd Ajay datang ke balai berpura-pura terkejut dan mengakui tidak berada di lokasi kejadian sedangkan semua saksi melihat Alimuddin yang mengetuai serangan yang menyebabkan dua orang terbunuh dan empat cedera parah dan James cedera ringan.

“Saya minta Ketua Polis Negara menggantung tugas semua pegawai polis yang bertugas pada 12 Februari 2009 kerana disyakki bersubahat dengan penjenayah dan hanya muncul tiba-tiba setelah kami diserang dan sempat bermain mata dengan Alimuddin. Apa semuanya ini?,” tanya James yang kesal kerana beliau menjadi target sejak diperdaya ASP Tan Hiap Wah pada 2008 yang hampir meragut nyawa beliau dan pekebun kecil jika mereka tidak segera beredar.

Sehubungan itu, James akan membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing pada jam 3.20 petang ini bersama dengan peguam dan aktivis masyarakat yang lain.

Berikut adalah isi kandungan laporan polis James yang diemail kepada sabahkini.net;

“Pada 11 Februari 2009 jam lebih kurang 1.00 petang, saya telah berjumpa dengan ASP Dzulmukzani Ismail di Balai Polis Daerah Kunak. Saya telah memaklumkan ASP Dzul bahawa saya mewakili para pekebun kecil Tingkayu berhasrat untuk memasuki kebun Tingkayu dan meminta bantuan pihak polis untuk mengiringi kami untuk tujuan tersebut.

Saya juga memaklumkan bahwa perintah injunksi bertarik 1 Februari 2008 telah dikeluarkan oleh mahkamh untuk melarang pihak koperasi, pekerja-pekerjanya dan ejen-ejannya daripada menghalang 171 pekebun memasuki dan mengambil hasil kelapa sawit.

ASP Dzul menyatakan bahawa pekebun-pekebun belum ada perintah pelanggaran injunksi dari mahkamah. Namun, beliau memberikan Jaminan bahawa beliau telah menempatkan tidak kurang 3-5 anggotanya di dalam tingkayu untuk langkah berjaga-berjaga ekoran perbalahan yang berlaku pada 10 Februari 2009 dan akan terus berada di sana untuk mengawal keadaan yang tidak diingini.

Berdasarkan kepada jaminan kehadiran 24 jam anggota polis di dalam Tingkayu oleh ASP Dzul, saya telah memaklukkan kepada kesemua pekebun dan pekerja mereka bahawa mereka boleh memsuki Tingkayu dan saya akan menemani mereka.

Pada keesokannya, bertindak atas Jaminan yang diberikan oleh ASP Dzul, saya dan para pekebun memasuki Tingkayu pada jam lebih kurang 1.10 petang. Saya telah cuba menghubungi ASP Dzul beberapa kali sejak jam 10 pagi tetapi gagal dan mesej melalui sistem pesanan ringkas memaklumkan pergerakan masuk kami yang saya hantar pada jam 1.24 petang juga tidak dibalas oleh beliau.

Kami bergerak dalam kumpulam berjumlah lebih kurang 45 org dengan menaiki 4 buah pancuan empat roda dan sebuah buah lori 3 tan. Setibanya kami di pintu pagar Tingkayu, penjaga-penjaga pintu pagar bagi pihak Tingkayu telah menutup pintu pagar dengan rantai besar. Saya memperkenalkan diri sebagai peguam pekebun-pekebun dan telah memaklumkan kepada polis tentang hasrat kami memasuki kebun untuk memungut hasil kelapa sawit yang telah dibenarkan oleh perintah mahkamah.

Seorang penjaga gate yang saya percaya seorang pendatang tanpa izin (gambar disertakan dan ditanda A1) memberitahu saya yang beliau mahu merujuk kebenaran ‘bos’ beliau dahulu. Tidak lama kemudian, pemuda itu menyatakan yang bos mereka telah memberikan kebenaran. Pada ketika itu, saya tidak melihat banyak orang yang menjaga kawasan tersebut.

Atas izin penjaga pagar itu, dan setelah rantai dilepaskan, saya bersama pemandu, 3 orang penumpang tempat duduk belakang dan 5 orang di belakang pancuan empat roda bergerak masuk melepasi pagar. Setelah bergerak sejauh 50 meter, saya sedari rantai pagar telah ditutup semula dan kami berundur mendekati pagar.

Saya bertanya kepada penjaga pagar (Gambar A1) kenapa tutup pagar dan halang pekebun lain? Tetapi sebelum beliau menjawab, sekumpulan ramai tukang pukul koperasi berjumlah lingkungan 100-150 diketuai oleh Alimudin Ajay datang dari arah dalam kebun lengkap dengan senjata seperti parang, samurai, lembing dan bakakuk. Alimudin meluru mendekati pagar. Saya menyatakan saya peguam mewakili pekebun dan pihak polis akan menyusul bila-bila masa.

Alimudin menyahut dengan berteriak ‘Polis Kunak saya punya’ dan mengarahkan penjaga pagar bertahan sebelum memberikan arahan “serang!!!!” sambil mengeluarkan parang panjang dari sarung yang dipegangnya.


gambar A1

Saya melihat dengan jelas PTI (gambar A1) memukul seorang pekebun bernama Ali dengan besi paip panjang. Pukulan mengenai perut dan juga muka mangsa yang terus berlumuran darah dan rebah.

Salah seorang pengikut Alimudin cuba menetak saya. Saya terpaksa mengelak dengan menangkap parang penyerang itu dan mengalami kecederaan di jari telunjuk tangan kanan. Saya diberikan rawatan 7 jahitan di Hospital Kunak.

Saya juga melihat seorang pekerja koperasi atas arahan Alimudin (Serang) mengacukan bakakuk (Gambar disertakan dan ditandakan A2) dan melepaskan tembakkan ke arah saya tetapi mengenai bahagian peha salah seorang pekerja pekebun yang berada di hadapan saya dan secara langsung jatuh cedera parah.

PEMBUNUH A2

(Perhatikan tangan kanannya memegang walkie talkie plis)

Mengikut maklumat individu A2 sering dilihat bersama Timbalan Ketua Cawangan Khas Tawau iaitu ASP Muzafar Mahadi. Kenderaan di dalam gambar didaftarkan dibawah nama Mak Bambat Bin A. Karedas dari Kampung Simpang Mewah, Jalan Sandakan, Peti Surat 61921, 91127 Lahad Datu, Sabah

Salah seorang pengikut Alimudin juga menggunakan chain saw untuk memotong cermin depan pacuan empat roda yang saya naiki seblum memotong tayar kereta yang sama.

Setelah menyedari nyawa saya dalam bahaya, saya mengarahkan pekebun-pekebun dan pekerja-pekerja untuk keluar dari Tingkayu. Kami berundur dan melanggar rantai pagar. Kenderaan kami terhenti di bahagian bertanah lembut dan pada ketika itu individu A2 yang sama mengacukan bakakuknya tepat ke muka saya sekali lagi. Saya terpaksa menutup hujung laras bakakuk itu dengan telapak tangan saya. Individu itu melepaskan tembakan beberapa kali tetapi bakakuknya tidak meletup dan melepaskan peluru.

Orang yang sama juga telah cuba melepaskan tembakan ke arah seorang pekebun kecil, Lawrence iaitu salah seorang pekerja pekebun tetapi tembakan mengenai kenderaan empat roda milik Haji Hussin Ibnu Hassan.

Kami bergegas meninggal tempat kejadian. Saya sempat melihat salah seorang pekebun yang bertindak sebagai jurukamera kami berlari ke arah hutan sambil dikejar oleh 3 orang penyerang pengikut Alimudin dengan besi paip dan parang panjang. Kami memangilnya tetapi di antara dia dengan kenderan kami banyak orang-orang Alimuddin.

Polis mengesahkan beliau telah dibunuh dan mayatnya telah dijumpai.

Saya membuat laporan ini untuk siasatan dibawah seksyen 302 dibaca bersama seksyen 34 bagi kesalahan membunuh dan cuba membunuh dengan niat yang sama ke atas diri saya dan orang-orang yang telah mendapatkan perintah injunksi berserta keluarga/pekerja mereka.” sumber Sabahkini.net

http://umnoputatan.blogspot.com

About these ads

Responses

  1. wow apakah yang anda dedahkan ini berita benar.jika ya jgan berlengah lagi bertindaklah segera.

    • ini semua mmg betul.alimudin adalah jiran saya di kg jaya baru..
      sebenrnya polis kunak mmg senang di rasuah..saya amat nerharap agar PIHAK berwajibmgmabil tindakan yg sewajarnya..

      Yg saya tau skrg alimidin kini di penajara..isterinya ada beniaga di simpang 4 kunak..kedai jahit.

  2. SAMPAI BILA,SAMPAI BILA,SAMPAI BILA……
    KEKEJAMAN POLIS INI HARUS DIBIARKAN…..

    AYUH JADILAH KITA SEMUA WARGA YANG PUNYA JIWA YANG MERDEKA….DAN BANGUN MEMPERTAHANKAN MARUAH SERTA HAK KITA YANG HENDAK DICEROBOHI….

    APA YANG HENDAK DIHARAP PADA ‘PAGAR’,TERNYATA PAGAR MENGKHIANATI
    LANSUNG MEMAKAN PADI….

    ALL COPS ARE BASTAR…!

  3. aku pernah tinggal di kunak bah… aku mau bilang apa lagi… memang polis itu sial bah! dan kalau di kunak itu banyak yang pendatang haram.

    sori bah… polis memang sial!

    lagi pula sabah itukan pula negeri koboi… tiada undang2 yg betul… perompak pencuri banyak tapi polis tiada tangkap bah!

    polis kalau menangkap cuma pala’u yang bom ikan saja. polis memang sial bah!

  4. Dah jadi macam Cerita tamil pulak-Penguasa yang korup menzalimi rakyat Marhaen.This is real “High power Distance!!!” masih menyokong penguasa sedemikian? Rakyat Sabah, bangkitlah… Seperti kami di semenanjung

  5. lor, kan POLIS RAJA DIMALAYSIA… :P

  6. biasalah bah..nie sabah bah..tak caye tanyo olang sabah..lah..heheheh…dulu ada polis mati kek sabah..kerna tak tahan idup ngan gangguan di sabah…minta tukar kek semenanjung tak dapet..yang mak dia dapet adalah jenazah aje…tanyo itu musang lahhhhh…kalu mau tahu cite sebenar…beginilah caranya memperkasakan POLIS RAJA DI MALAYSIA…ikutilah siaran astro awani untuk mengetahui cara-cara tersebut! Hampeh….!

  7. tak kira dimana pn, ini tanah malaysia yang makmur,jadi, polis2 jgn berpeluk tubuh, klu sebelum ni temguk cite tamil,polis macam kartun ni dah jadi kat sabah,pada en james dan lain2 yg terlibat, kita org malaysia,sebarkan berita ini secara meluas, melalui ruang ini sangat terhad,bagi suma org msia tau apa yg berlaku,yg penting panggil org tv,sebab klu ikut yg lepas2,klu dh masuk tv, bru lh kerajaan pn kelam kabut,pada alimudin, jgn ingat ko helang boleh terbang tinggi, tak jatuh tanah,tu pulis atantuya tuuuu, apa dh jadi???? kau tu bakal jadi kambing hitammmm puuuuii

  8. sial punya penjenayah..

  9. MANGSA HAIWAN TERNAKAN UMNO DI SABAH

    Salam hormat para sahabat yang baik,

    Tiga antara empat penculik, perogol dan pembunuh kejam mendiang Sherliana Gediun yang tidak berhati perut itu sudah ditangkap. Difahamkan dari sumber yang boleh dipercayai bahawa, ketiga-tiga suspek yang berjaya ditangkap telah mengaku dan menceritakan perkara sebenar yang telah mereka lakukan ke atas mendiang Sherliana Gediun seperti berikut:

    Mereka telah menculik dan merogol beramai-ramai mendiang Sherliana di pantai Tuaran, bila nafsu binatang mereka telah puas, kononnya mereka pura-pura melepaskan mangsa lari bagi melepaskan diri tanpa seurat benang pun di pantai tersebut. Tetapi hanya untuk beberapa puluh meter, kemudian mereka mengejar dan menangkapnya semula serta merogolnya lagi.

    Mereka juga menjelaskan bahawa mangsa cuba melawan, tetapi mereka telah mengikat tangan dan menutup mulut mangsa sebab kononnya mangsa berteriak dan bising. Mereka juga menjelaskan bahawa mangsa telah menendang salah seorang dari mereka hingga hampir pengsan. Kemudian, mereka bertiga telah menagkap mangsa dan memukul kedua-dua kaki mangsa hingga hancur.

    Selanjutnya, apabila mereka kononnya mendapati yang mangsa tidak lagi bermaya, mereka telah mengheret mangsa beberapa ratus meter dari pantai Tuaran dan telah membuangnya di tempat pembuangan sampah. Namun, bila mereka mendapati yang mangsa masih bernyawa, mereka telah mengambil seketul batu besar lalu menghentak batu tersebut di kepala mangsa dari arah muka hingga kepala mangsa pecah.

    Sungguh tidak dapat dibayangkan, betapa sengsara dan peritnya mangsa menanggung derita yang mereka [haiwan jantan ternakan UMNO – IC Projek UMNO] timpakan ke atas tubuh badan mangsa tanpa sebarang ubat penahan sakit. Ketika itu, tidak dapat di bayangkan bagaimana keadaan mangsa merayu, memohon dan menangis meminta dilepaskan serta tidak dibunuh dengan deraian airmata, bukan sahaja kehormatan diri mangsa diragut, bahkan didera, diseksa dan akhirnya dibunuh dengan kejam oleh para haiwan jantan ternakan UMNO – IC Projek UMNO.

    Sungguh tidak dapat dibayangkan kesengsaraan mangsa serta ratapan dan impak terhadap keluarga mangsa. Mereka telah bersusah payah mengasuh, mendidik, membiayai dan menyayangi mangsa hingga ke penghujung Semester University, namun akhirnya terkorban sekelip mata sahaja di tangan [empat ekor haiwan ternakan UMNO – IC Projek UMNO].

    Justeru, harapan kita bersama kepada pembaca lelaki tanpa mengira agama dan kaum, agar mentaati intipati ajaran agama dengan sungguh-sungguh, di samping bersikap baik dengan melindungi kaum keluarga dan kaum wanita, serta bekerjasama dengan pihak polis yang baik dalam usaha membanteras jenayah dan menjaga ketenteraman masyarakat dan negara.

    UMNO PENYELAMAT ATAU PEMUSNAH WARGA SABAH?
    – Naspazi

  10. tak dapat hati sejuk berkata apa2,memang kejammmmmmm………….

  11. wei polis dah la hampa pengampu,pencacai BN…musa ko letak jawatan la..aku tgok muka ko mcm gangster la..

  12. polis ni boleh dibeli utk membunuh rakyat..kejam LailahailAllah…

  13. ini aku x nak komen. adik aku sekor ada jadi polis…. fru pulak tu.

    tapi kal;au anak aku. aku dah warning awal2 jangan jadi polis….. army takpe……….
    takut terlibat ngan r****ah.

    • cover nampak kelabu…
      pak aku pon polis…
      sama2 cover lah..nak buat lagu mana..

  14. Woit ati panas yg barua sama mcm polis.
    Sejak bila nko jd insaf nih….

    Tkkn nko wat2 tk tau yg polis tuh dh jd pencacai ameno karat tuh..

    Kira kaum kerabat nko la..

    Bagus la nko kalau nko dh menyesal…
    Amin….

  15. semenjak UMNO masuk sabah macam2 cerita pelik terjadi di sabah. ini cerita di kunak, lain cerita d kudat: jab perhutanan sabah bakar rumah org kampung pasal marahkan org kampung bercucuk tanam di tanah sabah yg besarnya sekangkang kera tapi org2 umno yg dpt tanah beribu2 hektar boleh buat persempadanan hutan simpan atas peta sabah ja dan pencuri2 kayu balak berlori2 terlepas.

  16. memanglah itu … fitrah polis di malaysia ini … POLIS RAJA DI MALAYSIA …Sokong lagi BN inilah padfahnya

  17. Apa nak jadi dengan polis malaysia.macam syaitan.patut pun polis ni macam anjing.natang polis.pakat-pakat sembahyang hajat mintak polis yang jahat ni jadi anjing belaka.aku benci polis…dia ingat nyawa manusia boleh beli kat kedai mamat..suke-suke nak bunuh orang.polis semua boleh..rasuah.minum arak.kaki betina.rompak.bunuh orang.tempat aku polis jaga taukeh cina jual dadah dan jaga pelacur siam.ada gaji bulan…..mampusss polis macam ni.

  18. rupa-rupanya anjing-anjing belaan UMNO ni lebih ganas di M’sia timur..
    faktor keganasan anjing-anjing UMNO ni pun boleh menjadi penyumbang mempercepatkan proses kepupusan UMNO, sebuah parti purba yang disokong oleh puak2 yang selut otaknya.

  19. lari dr umnobn/prdm/sprm/sbprm/

  20. Kimmak POLISSS

  21. ya betul e2. ikut mcm keja staff jabatan perhutanan sabah. pegawai sampai berdarah kepalanya, demi kerja beliau sanggup apa sja demi negara. biarpun tanpa senjat tapi keja mesti dibuat. ni kan pulak mereka yang bersenjata. jan ingat makan duit gaji saja tanpa buat kerja. kalau keja tak baik2, buat surat letak jawatan lah……….


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: