Posted by: pinkturtle2 | April 21, 2009

Macam Mana ni Mat Said, Pemandu boleh jadi Pengarah Syarikat (GLC)

Beliau (Ahmad) cuba untuk menarik penyokongnya (pengundi kawasan Kijal) menyertai pentadbiran negeri dengan melantik mereka ke jawatan-jawatan eksekutif dalam agensi milik kerajaan tanpa mengira sama ada mereka berkelulusan ataupun tidak - Rasol

Beliau (Ahmad) cuba untuk menarik penyokongnya (pengundi kawasan Kijal) menyertai pentadbiran negeri dengan melantik mereka ke jawatan-jawatan eksekutif dalam agensi milik kerajaan tanpa mengira sama ada mereka berkelulusan ataupun tidak - Rasol wahid

Kemelut Terengganu: Lantikan pemandu hospital cetus kontroversi

KUALA TERENGGANU: Pelantikan seorang pemandu ambulan sebagai pengarah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said telah mencetuskan satu lagi kontroversi antara beliau dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Beberapa ADUN tersebut mendakwa mereka tidak bersetuju dengan pelantikan pemandu tersebut serta dua lagi bekas guru sekolah rendah sebagai pengarah sebuah anak syarikat dan hospital milik kerajaan negeri di Kuantan, Pahang.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Terengganu, Datuk Rosol Wahid mendakwa pelantikan berkenaan tidak disenangi beberapa ADUN.

Sekurang-kurangnya 18 ADUN yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan 18 dikatakan akan memberi tekanan kepada Ahmad bagi membatalkan pelantikan berkenaan.

Pada mulanya hanya 13 ADUN yang bertindak bertentangan dengan Ahmad, namun ada lima lagi ADUN dipercayai akan menyertai kumpulan berkenaan.

“Beliau (Ahmad) cuba untuk menarik penyokongnya (pengundi kawasan Kijal) menyertai pentadbiran negeri dengan melantik mereka ke jawatan-jawatan eksekutif dalam agensi milik kerajaan tanpa mengira sama ada mereka berkelulusan ataupun tidak,” katanya.

Ditanya sama ada kumpulan berkenaan juga akan memberikan tekanan supaya Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, Rosol berkata mereka tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian.

Sebaliknya mereka mengharapkan satu perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Jumaat ini adalah harinya, kita dengar Perdana Menteri akan membuat satu keputusan bagi menyelesaikan kebuntuan antara Menteri Besar dan kumpulan ini,” katanya.

http://mstar.com.my


Respon

  1. natang,main wayang sokmo!! :p

  2. Natang sungguh mat said lantik drebar jadi pengarah glc..tadok orang lain ke nok lantik…

  3. Kesiang Md. Said macang mana nak tadbir kalau orang tak suko. Payoh2 seroh mandat kak rakyat balik ouh.. buat serentok ngan negeri Perok, baru rama sikit.

  4. kami nak derih,natang!!
    deris dah tak boleh nak tunggu2 dah,nak jadi MB Tganu.,siang mlm duk meracau yg kerusi MB tu hak dia.. :P
    Rosol2.. cam ni nyer natang pun ada..ahakz.

  5. Saya rasa elok gak Dato bubarkan DUN tu pasal ADUN Dato sendiri da takk sebulu gan Dato.Camna Dato nak mentadbir Trengganu kalu takde sokongan dari rakan2 sendiri.Payah ni tok.Buat keputusan cepat sebelum Dato Dinyahkan dari kedudukan sekarang.Buat lah yang terbaik untuk rakyat dan Dato sendiri.

  6. Kalau Mat Said bubarkan DUN, pasti pembubaran itu dianggap TIDAK SAH.

    Takkan berani BN buat macam tu. Yang pastinya, ADUN2 yang menonjolkan KAMI NAK DERIS NATANGG menunggu2 untuk Idris Jusoh kembali berkuasa sebagai MB.

    Kantung semakin kurang setelah tertabalnya Mat Said. Kalau Deris naik, sekurang2nya dapat juga projek, kantung akan terisi semula.

    Soal perlantikan driver ke Lembaga Pengarah anak syarikat kerajaan sebenarnya hanyalah helah. Perkara macam ni telah diamalkan oleh UMNO sejak dulu. Mereka tidak pernah fikirkan kebaikan, asalkan orang2 mereka diberikan habuan.

  7. INILAH YANGDIKATAKAN

    umno PARTI TONG tahik……………

    .DULU KINI DAN SELAMALAMANYA penuh dengan najis…

    .

    .

    .

    .

    • pkr n pas pon sama gak..bukannya najis.langsung x leh samak

  8. UMNO BN makin PARAH!

  9. Ahmad Said apa kisah lantik drebar dan cikgu jd CEO……asalkan diorang boleg dicucuk hidung…korang yg marah apsal?????biar la Ahmad Said nak balun semua reta Trengganu selagi dia berkuasa….dia pun tau dia tak lama…..lbh baik aku balun semua…..

    Umno ni susah nak cakap lah….perangai diorang nampak reta mcm harimau kebulur…….bangkai pun sapu…..hampeh….

  10. Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin(Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan),

    Hari ini di Surau Kemensah Heights

    Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir,

    Tarikh : 21 April 2009 (SELASA – HARI INI)
    Masa : Lepas Solat Maghrib
    Tempat : Surau Kemensah Height, belakang Zoo Negara.

    http://pondokhabib.wordpress.com

  11. kepada butaperut2 pecacai UMNO, dok lena lagi ker..

    selamat berpikiaq..
    pikiaq guna otak, jangan guna nafsu..
    tak gitu jeBaT..

    mana pi jeBaT, balik bertapa ker..
    apaa!! jeBaT mabuk carlberg buatan Malaysia..
    tu ler, gi duduk Englang lame sangat, dah tak reti minum teh o..
    meleysia boleh !!!
    jeBaT bila nak kalih !!!

  12. Andainya benar berita ini,seorang pemandu ambulan dilantik sebagai pengarah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said,maka perlantikan ini merupakan salah guna kuasa yang cukup jelas.Disini kita ingin bertanya secara jujur,apakah memang begini moral umno dalam mentadbir sebuah kerajaan?,jika beginilah cara dan kaedah yang diguna pakai,maka akan tetap ketinggalan lah kaum melayu ini dari apa jua sudut(tak dilantik orang yang berkelayakan).Umno selalu memperjuangkan ketuanan melayu,namun perlantikan ini atas ketunan melayu yang asas nya kebodohan(cara perlantikan itu)

  13. Terengganu Memohon Rahmat Allah

    Setelah BN berjaya menguasai Terenggnu dalam pilihanraya Mac 2008 tahun lalu. PM telah mengemukakan nama Dato’ Idris Jusoh selaku Pengerusi Perhubungan Negeri sebagai menteri besar.
    Malangnya nama ini tidak mendapat perkenan kebawah duli Sultan. Kebawah duli Sultan telah merestui Dato’ Ahmad Said supaya dilantik sebagai menteri Besar.
    Umno Terengganu diserang kerisis kepimpinan. Penyokong Dato’ Idris Jusoh telah keluar berdemonstrasi membantah pilihan kebawah duli Sultan. Peristiwa ” Kami nak drislah natang”, telah menyebabkan, lebih sebulan kerajaan Terengganu gagal membuat perlantikan Menteri Besar.
    Persoalannya seramai 24 orang adun Umno menang di Terngganu, kenapa kebawah duli Sultan memilih Dato’ Ahmad Said?

    Apakah Dato’ Ahmad Said orang yg rapat dgn Sultan?
    Perwatakan Ahmad Said yang terkenal keras dan gedebe itu, adakah boleh menawan hati Sultan?
    Apa yang Ahmad Said ada sehingga Sultan terpikat memilih beliau.
    Seluruh rakyat Terngganu terpempan, bila nama Ahmad Said disebut sebagai bakal MB.

    Barang diingat mantan MB yang lalu juga, bukan seorang adun yg mempunyai rekod yg baik. Siapa tidak kenal MB “cap ayam” yg begitu popular di Terengganu. Kita percaya Sultan lebih maklum rekod kedua2 org ini.

    Terengganu semasa dalam pentadbiran Idris banyak telah melukakan hati Sultan. Sultan diundang merasmikan masjid tercantik yg terlebih dahulu dirasmikan oleh PM. Projek dipulau Wan Man ini terletak masjid dikatakan memakan belanja hampir 32 juta, itu tidak masuk dgn projek monson cup yg diadakan setiap hujung tahun.
    Sultan tahu projek itu tidak sepadan dgn wang ehsan yg diperuntukan kepada Terengganu, terlalu banyak lebihan wang ehsan dibelanjakan oleh Idris tetapi manfaatnya terlalu sedikit
    dinikmati rakyat.
    Idris seperti rakyat Terengganu juga, sama terpempan, bila nama Ahmad Said dipilih Sultan. Amat mudah Idris mengukur kredebiliti Ahmad Said, tidak susah kerana mereka dari lubuk sembilang yg sama, sama2 gedebe. Idris tidak dapat terima Ahmad, barangkali dia tahu tidak semudah itu dia boleh menguasi Ahmad.
    Ahmad juga tahu berapa banyak wang ehsan telah dibolot Idris. Kewangan Terengganu tidak sebanyak wang ehsan.
    Keadaan lebih bertambah kalut kerana 650 juta wang royalty akan masuk dlm akaun kerajaan Terenggnu, sementara bakinya akan menyusul kemudian.
    Jauh dihati Sultan barangkali, baginda ingin melihat negerinya ditadbir oleh seorang MB yg luhur pekertinya, rakyat tahu baginda seorang Sultan yang disenangi dan dikasehi.

    Tiada jalan baginda ingin menemui seorang insan menjadi impian baginda. Baginda mungkin memilih biarlah susah dahulu asalkan rahmat datang kemudian.
    Pertembungan diantara kedua tokoh Umno Terengganu ini jika sampai kekemuncaknya dan Ahmad Said mengiyakan niatnya untuk membubar Dun Terengganu.
    Mungkin Sultan akan bertahajjud memohon Allah memperkenan doa baginda. Amin, amin yarabbalalamin.

  14. inilah bukti slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’..
    hangpa semua tak faham pasai hangpa semua tak pi dok luaq negeri..
    hangpa tak reti apa aih..
    tak gitu jeBaT..!!!

    “RAKYAT DIHULUKAN, KRONI DIUTAMAKAN”

    “LENA TERUS LENA, NGA-NGA TERUS NGA-NGA”

  15. bakpo tak lantik bini, anak kecil,cucu tu

    kita kan dah berkuasa, ikut sukalah nak lantik siapa-siapa. trenganu ni hak aku. rakyat bodoh dia dah lantik aku. aku berkuasalah. ikut akulah.

    masa ni lah aku nak lantik bini, anak dalam tadika pegang syarikat apa salahnya. kamu bodoh….

    anak bini aku tu jadi patong disitu, aku yang berkuasanya untuk menguasai glc. tak cerdik rakyat trenganu kite.

  16. hahah..hampa umno sama umno bergaduh..najib leraikan dua pihak ni…

  17. Dalam UMNO apa saja boleh diorg buat….beruk pun dia boleh lantik jd CEO syarikat……

  18. Ahmad Said ni dulu bukankah kerja tarik kereta?

  19. hebat!!

  20. aku sokong mat said…dr deris…wat nape deris..dok napok mender satu…
    wat naik kg dia je…
    klu exco dok sokong ngt nge datuk ahmad said,pecat je..kita sek deber kang…bukang tak dok org lain leh jd exco..

  21. Salam.

    Mu hentam sajalah, Mat.
    Peduli apa.
    Dia orang nak kata, katalah.
    Dia orang nak marah, marahlah.
    Dia orang, apa tahu.
    Mat MB, Mat tahu lah.

    Tengganu kite.
    Senyum sokmo.
    Penyu dok ngesot, ngesot.
    Kancil dok rempit2.

    Tengganu sekarang.
    Mat merempit, bukan dengan moto lagi.
    Mat merempit dengan kancil, lah.
    Sudah hebat.

    Sekadaq suka keropok.

    • salam,

      senyumlah senyumlah
      ah hai one malaysian..(2x)

      • pitching ok senikata dah gelong.

        m. daud kilau marah nnt.

  22. walaupun gigi jarang…hensem gak mat said ni… huhu

    saja redakan ketegangan… lama tak lawat blog ni…

    • aku ingat budak gila ni dah mampuh dah…….
      lama tadak mai…….. mai2 bak isea kapiag tuh

      ptuuuuiiiiiiih

  23. alhamdulillah… kita mai baik-baik depa ludah2 ja… apa nak buat kan abang great chief…dah terdidik macam tu…

    makin tua… lagi susah bagi nasihat…


Leave a response

Your response:

kategori