Posted by: pinkturtle2 | Mei 11, 2009

Allahu Akhbar!! Dato Seri Nizar MB PERAK yang SAH – Mahkamah

Nizar vs Zambry – Dato Seri Nizar MB PERAK yang SAH ! – Mahkamah

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah pun mengumumkan keputusannya, dan..

KEPUTUSAN TERKINI ( Jam 3.5opm) :

NIZAR SAH MENTERI BESAR PERAK. KITA MENANG !!

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah. Hakim berkata, Nizar tidak pernah menghadapi UNDI TIDAK PERCAYA dalam DUN..TAKBIRR !!! albanjari

………………………………………………………………………………………………………………………

DS Nizar MB Perak Yang Sah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah

http://mstar.com.my

……………………………………………………………………………………………………………http://2.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/Sgfjd39l0gI/AAAAAAAAE3g/HKvgH3JiZVc/s1600/nizar-court.jpg

Mahkamah Tinggi isytihar Nizar Menteri Besar Perak yang sah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi.

Dalam keputusannya, Abdul Aziz berkata jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Artikel 16(6) Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan undi tidak percaya terhadapnya hanya boleh dibuat ketika persidangan Dewan Undangan Negeri.

Nizar sebelum ini mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Mohammad Nizar juga memohon perintah supaya Zambry memberikan tunjuk sebab bagaimana dan mengikut dasar atau kuasa apa beliau berhak memegang jawatan itu.

Beliau turut memohon perisytiharan mahkamah, Zambry bukanlah Menteri Besar Perak dan tidak berhak menjawat jawatan itu.

Selain itu, Mohammad Nizar juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan.

Pada 6 Februari lalu, Zambry mengambil alih pucuk pimpinan negeri Perak selepas Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan 31 Adun berbanding 28 Adun bagi Pakatan Rakyat (PR).

Sokongan kepada BN bertambah selepas Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) keluar parti masing-masing untuk menjadi Adun Bebas serta menyokong BN.

http://www.bharian.com.my

About these ads

Responses

  1. Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah.Allahuakbar

  2. kebenaran tetap pd pihak yg benar…… jagalah amanah ini dgn sebaik2nya… jgn silap langkah lagi

  3. Daripada Mughirah bin Syu’ bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda (yang bermaksud): “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya”.
    (H.R. Bukhari)

  4. ALLAH HUAKBAR..ALLAH HUAKBAR..ALLAH ALLAH HUAKBAR..!!!

  5. tahniah DS Nizar, seseungguhnya Allah bersama orang-orang yang benar..

    perlu diingat, taktik kotor UMNO tidak akan berkesudahan..
    khabarnya MB Gelap, Zambry tidak hadir ke mahkamah..
    ini bererti, keputusan dah pun diketahuinya awal-awal lagi..
    tak mustahil kemenangan diberi kepada MB Nizar untuk dijatuhkan dengan undi tidak percaya pada sidang DUN nanti melalui speaker yang ‘baru’ dilantik..
    aku percaya, pimpinan PR lebih peka dalam perkara ini..

    ALLAHU AKBAR..!
    ALLAHU AKBAR..!!
    ALLAHU AKBAR..!!!

  6. eh…aku tak salah baca ke ni? habih tu apa nak jadi dgn sibibir hitam gigi putih tu?

    alhamdulillah….akhirnya kebenaran terserlah jua. tahniah dato sri…jalankan lah tugas anda seikhlas yg mampu.

    Pi ambik balik camry dato sri tu…dr perompak beEnd.

  7. terserlah sungguh kebodohan peguam negara,
    Ghani empat tahil

  8. Speaker yang baru dilantik tu secara automatik diisytiharkan haram sebab tidak mengikut prosedur perlantikan speaker.tahniah kepada PR.teruskan perjuangan anda.tidak akan berlaku undi tidak percaya kerana mb haram jadah dgn exco2 haram tu dh kena gantung tugas.kalau bawa mahkamah pn tetap PR akan menang

  9. Tahniah DS Nizar.

    Datuk SUK & SU Dewan tu tak malu ke?
    Mana nak taruk muka agaknya?
    Kalau tau malu, letak le jawatan!

    ALLAHU AKBAR..!
    ALLAHU AKBAR..!!
    ALLAHU AKBAR..!!!

  10. Siap kau datuk SUK…. mana mau lari..

  11. Alhamdulillah…Allahuakbar…

    Pertama yang perlu di ingatkan kepada YAB Dato’ Seri Nizar MENTERI BESAR PERAK YANG SAH perkara yang berikut perlulah di dahului sebelum pembubaran DUN :-

    Pastikan penukaran ketiga tiga jawatan utama negeri (Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri) kerana apabila DUN dibubarkan mereka bertiga adalah penjawat awam yang akan menjalankan tugas tugas negeri. Jika tidak ditukarkan seebelum pembubaran DUN… mereka mungkin akan menjadi ‘gunting dalam lipatan’.

    Perjalan tugasan pembubaran akan mendatangkan kesukaran kepada kerajaan negeri. Semasa itu kuasa penuh adalah dibawah SS(Setiausaha Kerajaan Negeri) untuk menjalankan tugasan perjalanan selepas pembubaran.

    Pegawai Kewangan Negeri…pula boleh menggangu dalam budget kerajaan negeri menjalankan program kerajaan negeri.

    Penasihat undang-undang…. pulaboleh mengubah segal undang undang semsa DUN telah dibubarkan.

    INGAT… PASTIKAN PERTUKARAN KETIGA TIGA KEPALA PENJAHAT TU…..

    TAKBIR… ALLAHUAKBAR

  12. alhamdulillah..

    mereka merancang, Allah juga merancang, sebaik-baik perancangan adalah dari Allah s.w.t..

    takbir!!!

  13. Kalau mereka nak buat undi tak percaya melalui sidang DUN menggunakan Speaker Haram.. PR masih boleh buat lagi permohonan Mahkamah menentukan siapa Speaker yang Sah… Haru biru lagi.. Yang baiknya sultan bubar aje DUN..

  14. ALHAMDULILLAH!

  15. apa apa pun si bibir hitam akan mengemukakan rayuan beliau. teruskanlah berdoa agar keputusan ini berkekalan.

    Agak agak dun akan dibubarkan ke?

  16. salam…
    takbir!!takbir!!takbir!!
    Allahuakhbar…
    Allahuakhbar…
    Allahuakhbar…

    Alhamdullillah

  17. alhamdulillah…..MANA ATI PANASS N GANG..
    AMACAM…MB KAMU MAMAK ZAMBRY TEH TARIK SATU ….DAH POCHIIIIIK,ELEI,PAPADOM… BOLEH BALEK PUKAT IKAN BILIS BEB..

    HARAP MB NIZAR AKAN SEGERA JUMPA SULTAN UNTOK BUBAR DUN….. TAKBIIIIR..

    • kepada sahabat ku ati-panas,budak tadika logo hijau,manis,jebat dan rakan-rakan sewaktu dengannya…INSAF lah….SEDAR lah…bahawa sesuatu yang benar akan tetap benar, yang batil pasti musnah. Mudah-mudahan ALLAH akan sentiasa memberi hidayah kepada kalian semua. Berdoalah sentiasa, agar ALLAH tidak membutakan hati kalian semua. Sesungguhnya hati yang telah mati tidak dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, yang hak dengan yang batil…Waullahuallam

  18. noname, segala-galanya boleh berlaku kalau dengan UMNO..
    walaupun sesuatu yang difikirkan tak mungkin terjadi bagi kita tapi bagi UMNO semua boleh..
    perlu diingat, institusi mahkamah belum meyakinkan rakyat..
    masih ramai hakim-hakim coklat hacks berkeliaran mencari panggu..

    • Doa orang2 yang teraniaya adalah makbul disisi Allah.

    • Aku tetap yakin dan percaya…Sesungguhnya mereka merancang,Allah juga merancang,perancangan Allah adalah lebih baik.

  19. YA ALLAH…BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA PEJUANG2 ISLAM INI..SEMOGA DENGAN KEKUATAN YANG ENGKAU BERIKAN DAPAT MENEGAKKAN KEBENARAN DAN MEMUSNAHKAN SEGALA PENIPUAN…AMIN

    p/s:sebak rasanye..tp bee eng haram jadah takkan lepaskan macam tu sahaja…akan ada tindakan susulan lepas ni..umno dah bole jangka benda ni dan akan mengatur langkah yg lebih busuk dan kotor…

  20. Tinggal lagi dendam rakyat blm d laksanakan. Satu M’sia dah tersebar tok Najib…. keputusan Mahkamah Tinggi tuuu…

  21. Alhamdulillah..
    setelah berduka pada 7hb.Mei lepas, Allah memberi rahmatnya kepada semua warga PR dengan berita yang mengembirakan..
    menenang dan melapangkan dada.. menceriakan suasana..

    Maha Suci Allah.
    Tuhan sekelian alam.

  22. segala puji pada allah maha pencipta.. segala kebenaran telah dizahirkan melalui keputusan yang menyenangkan.. besyukur kpd kebesara ALLAH.. semoga menjadi iktibar kepada semua insan.. apapun perlu di bubarkan DUN dengan segera

  23. tak ke sia2 yg dok piket ramai2 kat luar dewan ari tu.. kalau buat bodoh je ari tu kan senang.. tak payah nak kena tarik dr atas kerusi tu… bikin malu jerk..

  24. nanti si ganesan lak tak mahu turun dari kerusi speaker…lepas tu polis masuk tanpa di arah oleh sesiapa tetapi mengatakan speaker (Sivaji the boss) lak suruh usung si ganesan speaker haram tu… jadi balik laaa peristiwa macam 7/5/09 tu… Bee End yang haprak aku rasa akan guna taktik ni… klu tak pun..apa apa yang lagi busuk lagi membusukkan..atau yang kotor lagi mengotorkan… akan digunakan….

    TUKAR SS, LA, PWN, SU DEWAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM BUBAR DEWAN….. KLU TAK TUKAR BAHAYA…

  25. alhamdulillah..tahniah ds nizar..sesungguhnya ini berita gembira yg saya terima.kpd zamri pulangkannnnnn kembali apa yang anda telah RAMPAS!!!!!!!!!!!!

  26. adakah boleh kekal lama kerana bn majoriti lebih..depa akan buat usul tidak percaya? ada sesiapa bole jelaskan?

  27. Subhanallah walhamdulillah

    Syabas !

  28. Speaker sivakumar dah isytihar kerusi 3 ekor katak tu dah kosong sebelum ni.spr haram jadah tu je yang ckap tak kosong.diorang mana ada kuasa.sape2 tak boleh pertikai keputusan speaker.mahkamah tinggi td pn terpaksa akur dgn undang2 tubuh negeri perak sbb satu dunia dh ketawakn malaysia

  29. Alhamdulillah…tahniah kpd DS Nizar. Tak leh bayang agaknya macamana muka Zambry, Najib, Datuk SUK, Harussani, 3 ekor ADUN yang tiada maruah tu, Hamidah Osman, Tajul Rosli, Anwar Zaini dan spesies2 mereka bila menerima keputusan ini.

  30. alhamdulillah
    segala puji hanya untuk ALLAH,
    Tuhan sekelian alam
    hari ni berita betul2 gembira,
    kebenaran tetap kebenaran…
    tahniah DS Nizar, andalah pejuang sejati…
    syukur pada ALLAH SWT

  31. Kata Tok Guru :

    ” Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini”

  32. jeng jeng jeng jeng jeng jeng..jeeeeeeeeeeennnnnnnnnnggggggggg………

    mana ati panass kepala taik pelampau yahudi dijuburi…. kruzjum khulkizbes jambantaiiiik… dokhyum mekhtzu maki hamun utzuuzg thokhtzer
    tsuukdject malaun

    budak tadika logo hijau……..

    doa yukhtzer kictchekug jambantaik.dzokhort
    perak darul ridzuan

    bak betenang 2 ekog weh, mai lah kita sama2 komen.

    dzukhstur bchet czujjeer. herjeek herjeek tuning over kepala hotak dorang

    he he he

    • Salam.

      Baru menang teknikal di mahkamah, logo hijau dah jeng jeng.
      Jeng jeng sampai terkencit.
      Jangan jangan begitu.

      Kalau ingin nak bentuk kerajaan tak boleh macam tu.
      Kena banyak bersyukur.
      Kena tunjuk yang kita beragama.
      Nanti PAS malu kerana PR.

      Sekadar nak mengingat yang kelabu.

  33. DAULAT TUANKU…..DS Nizar dah menang.

  34. SUK tu mmg awal2 dah kena gantung dah.kalo aku jadi nizar,sapa yg dlm dewan tu yg penah khianat cam bentara SS smua tu,awal2 lagi aku tukar jawatan jadi tukang mop kat dewan dun tu.penjawat awam gak pe.hahaha

  35. ahahahaha..budak tadika…aku pun dok cari gak mane ati panas dgn budak tadika logo hijau…wolf..wolf..wolf…mane ko?

    ahahahaha

  36. Keputusan Mahkamah mengistiharkan DS Nizar sebagai MB yang sah adalah satu petunjuk bahawa terserlahnya kebenaran dengan izin allah swt. Terserahlah kepada kebijaksanaan DS Nizar dan kabinetnya samada untuk melancarkan saman terhadap BN dan mana-mana rangkaiannya yang telah mengatur ajenda yang mencetuskan keaiban terhadap DS Nizar. Saya amat terharu dan tersentuh dengan ketabahan yang dilalui oleh DS Nizar. Tidak mungkin dapat saya lupakan dengan beberapa keistimewaannya yang telah ditarik oleh kaum berkenaan. Pejabatnya disita, kereta resmi di tahan dan apa-apa lagi yang telah menyusahkan aktiviti beliau dalam menghadapi tugas selama ini. Saya pasti dengan sikap dan ketabahan beliau ini akan di kurniakan allah dengan kemuliaan dan darjat yang tinggi. Insyak allah!

    • Sesungguhnya ALLAH telah memilih DS Nizar untuk menerima segala tribulasi dan dugaan yang amat berat ini. Namun itulah dia DS Nizar yang tidak lekang dengan solat Tahajud dan bacaan Al-Quraan pada setiap hari. Apa sahaja dugaan hidup di dunia ini akan dapat diselesaikan dengan baik apabila pengantungan kita pada ALLAH teramat besar. ALLAH memberikan sesuatu kepada hambanya tu menurut kemampuannya. Cukuplah ALLAH tempat untuk kita menyandarkan harapan.

  37. taniah kepada datuk seri nizar di atas kejayaan beliau mengekalkan jawatan menteri besar perak,ini terbukti yang kita masih lagi menpunyai sokongan yang padu dari rakyat perak…………semoga datuk seri nizar akan menjalan kan tangungjawab sebagai menteri besar yang jujur dan amanah seperti tok guru nik aziz………….di kelantan………….allahhuakbar……..

  38. peguam negara ghani se tahil bertindak bagai pencelah, di baca pemecah peluang zamberi pangkorekki. KALAU LAA SI GHANI SE TAHIL NI PEGUAM MAHKAMAH RENDAH PENANTI KORANG INGAT ADA KA ORANG NAK BAGI DIA MENJADI PECELAH.

  39. Betapa besarnya ‘KEMALUAN’ Zamry and Co….tapi puak2 ni mana tahu malu…tgk la depa nak auta apa pulak lepas ni? PM apa cerita?

  40. Ini lah berkat solat hajat dan tahajud….ALLAH sentiasa bersama2 orang2 yang beriman…

  41. TAHNIAH!!
    Syukur kebenaran ttp pd kebenaran..
    lps ni zambry nak wat rayuann lak..
    agar diberi power tmbahan ….
    tukar hakim lain…..

    ak risau gak ngn org ni yg buat keputusan ni…tkt ape2 jd kat dia….
    smoga allah melindungi beliau…
    ape2 tahniah,syabas…..

  42. Salam.

    Jangan gembira sangat.
    Ini adalah kemenangan teknikal saja.
    Banyak lagi rintangannya.
    Pemimpin2 PR harus tahu.

    Allah memberi kemenangnan ini untuk menguji.
    Allah nak tengok bagaimana PR menerimanya.
    Setiap kejadian ada hikmahnya.
    Hikmah pada PR dan hikmah pada BN.

    Janganlah duduk syok sangat.
    Macam syok terima ADUN Bota dulu.
    Kalau kita rasa kita pandai.
    Orang pun pandai juga.

    PR kena banyak bersyukur.
    Kalau bersyukur tak bolehlah mengutuk sana mengutuk sini.

    Sekadar nak minta TGNA bagi nasihat.

  43. salam..tahniah diatas kemenangan ini..tp yg pelik nye..mane dia si ati panass yg selalu menyalak x tentu pasal tu??xkan dh berpaling tadah plak kot…

  44. Terlalu kerap benar kekalutan yang terjadi di dalam Negara akibat daripada sikap kegopohan dan ditambah dengan perangai ego serta angkuhnya pemimpin BN terutama UMNO di dalam melaksanakan peraturan mahupun perancangan dalam Negara.

    Kalau dulu harga petrol dan diesel dinaikan walaupun dibantah oleh rakyat dan pemimpin pembangkang mahupun NGO . Namun apakan daya ketaksupan pemimpin kanan dan bawahan BN boleh dikatakan semua menyokong tindakan ketua mereka sambil memperlekehkan tentangan dan teguran yang dibuat oleh PAKATAN RAKYAT.

    Diulangi secara langsung oleh DSAI di dalam debat perdana beliau yang diadakan secara langsung oleh RTM tidak lama dulu di mana DSAI menolak rancangan kerajaan BN untuk menaikan harga minyak tersebut. Berbagai hujah dikemukakan namun keangkuhan pihak kerajaan BN tidak mampu dipulihkan lagi.

    DSAI jugak telah mengambarkan bahawa kemungkinan penurunan harga minyak dunia akan berlaku dan minta kerajaan bersabar dan tidak gopoh dalam melaksanakan harga baru.

    DSAI juga telah berhujah dengan kemungkinan kenaikan harga diesel dan petrol akan menyebabkan kenaikan sama harga barangan keperluan lain dan itu bakal membebankan rakyat. Itu juga tidak dilayan oleh pemimpin Kerajaan BN.

    Hakikatnya memang terbukti kenaikan mendadak barangan keperluan harian yang lain berikutan peningkatan harga petrol dan diesel walaupun pada peringkat awalnya pihak kerajaan mengatakan dengan sombongnya kemampuan mereka untuk membendung kenaikan sama harga barangan keperluan harian yang lain.

    Akhir hingga kini walaupun harga diesel dan petrol telah diturunkan namun mekanisme kerajaan lumpuh untuk mengawal harga keperluan yang dimaksudkan. Ini keangkuhan kerajaan BN telah di pertontonkan oleh ALLAH SWT kepada rakyat jelata namun begitu dengan muka tak malu rakyat pula dipersalahkan dengan kenaikan harga barangan keperluan kerana tidak memboikot membeli agar barangan tersebut diturunkan harganya. Ini sikap buruk mentaliti kepala pemimpin BN yang tidak pernah rasa bertanggungjawab.

    Dun Perak

    Terbaru bukti keangkuhan BN terutama pemimpin UMNO ialah di dalam kerja kotor mereka merampas Perak dari tangan PAKATAN dengan cara yang sangat jijik dan lagi bernajis memerangkap adun PKR dengan kesalahan rasuah dan kemudian menculik serta peras ugut.

    Tanpa segan silu dan bertanggungjawab mencemar kedaulatan Tuanku Sultan dengan melibatkan baginda dalam percaturan kemelut Dun Perak.

    Sekali lagi dengan gopoh-gapah BN melantik Menteri Besar yang baru sungguhpun ia bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan sekali lagi kerajaan UMNO membuat tindakan yang memalukan malah mendedahkan kelemahan pemikiran dalam otak pemimpin mereka.

    Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah menunjukkan betapa payah dan susahnya para penguam UMNO untuk menyokong tindakan bodoh mereka sehingga keputusan memihak kepada Datuk Seri Nizar terpaksa dibuat.

    Kalaulah UMNO bertanggungjawab dan berfikir panjang dan jujur dalam tindakan mereka sudah tentunya mereka tidak akan menerima tentangan yang begini hebat dari rakyat malah memalukan mereka sendiri.

    Kita percaya tiada siapapun akan menentang perpindahan kuasa kerajaan negeri Perak ke tangan BN jika ianya benar dibuat dengan cara yang bersih penuh keredhaan dan teratur mengikut undang-undang yang sedia ada malah yang paling penting MARUAH Baginda Sultan yang kita kasihi tidak dicemari begitu rupa sehingga satu dunia.

    Kalau BN terutamanya UMNO masih belum sedar dengan kesalahan dan kedurjanaan yang telah mereka lakukan maka selayaknya lah kita rakyat menyinkirkan terus mereka ini dari menerajui Negara Malaysia ini pada PRU13 nanti Insyaallah…

    Orang melayu perlu sedar dan buka mata seluas-luasnya bahawa selama ini mereka hanya diperbodoh dan diperkudakan oleh UMNO demi kepentingan perut-perut mereka. Rakyat juga harus sedar ,bangun basuh muka dan celik mata besar-besar bagaimana demi perut pemimpin UMNO tergamak pula memperjudikan dan mencemar daulat sultan asalkan mereka terus berkuasa.

  45. jangan lupa kawan-kawan pasti B End tidak duduk diam….. berwaspadalah……

  46. buat budak tadika hijau……
    bukan nak mengutuk dan bukan nk ungkit cuma nak budak tadika hijau faham memperthankan diri
    dan maruah apabila dikutuk dimaki dandicaci oleh geng yang sefahaman dengan kamu…

    tiada apa yang teknikal… awak sebenarnya terpengaruh dengan ulasan yang diberi oleh peguam mamak kelentong umno..shafie abdullah
    alaan yang dia bagi adalah alasan yang tak konkrit…

    hairan mengapa juak juak umno spt kamu dan geng mudah terpengaruh dengan alasan yang dangkal…

    kalau beginilah agaknya sampai bila pun awak akan terus belajar kat tadika tak boleh naik kelas

    kesian saya dengan juak juak umno mudah dimanupulasi oleh media media arus perdana umno bn …jangan mudah tertipu…..

  47. aku cadangkan sivakumar bawa kes pengusiran dan pemecatan beliau ke mahkamah komenwel.

  48. Budak Tadika Hijau,

    Ini bukan soal kemenangan dari segi teknikal, ini soal keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Buat apa kita buat perlembagaan dan undang-undang kalau kita tidak menurutinya. Keputusan yang dibuat telah membuka mata dan memberi maklumat kepada semua rakyat Malaysia bahawa perbuatan Najib, Zambri and Geng adalah SALAH di sisi perlembagaan. Kalau ada perlembagaan tapi tak mahu dituruti, lebih baik kita dok dalam hutan. pakai undang-undang rimba, siapa kuat dari segi tenaga, dia menang. tak perlu pakai otak.
    Yang kedua, keputusan ini menjustifikasikan keadilan yang kita laung-laungkan terutamanya kita sebagai orang Islam. Mencegah kemungkaran dan menegakkan kebenaran.
    Yang ketiga, kalau kita tidak mahu mengikut perlembagaan, adalah dikhuatiri suatu hari nanti, Kesultanan Melayu kita akan disingkirkan. Jadi siapa yang rugi? Tanah Rezab Melayu pun dijual sewenang-wenangnya, Keretapi Tanah Melayu pun ….., Bank Bumiputra sudah pi mana? Ganti dengan CIMB? Mana manusia yang dok rajin mempertahankan bumiputra tu? ….. banyak tak terhingga sehingga AKU tak mampu menyebutnya. Fikir-fikirlah orang-orang Melayu, kuasa adalah di tangan Allah swt. Kalau Allah swt tarik balik, tak kan kita nak marah padaNya. Jadi berbuat baiklah sebelum Allah swt berbuat sedemikian.

  49. “Allah akan menguji hambanya terlebih dahulu sebelum meninggikan darjat seseorang”.

    Tahniah Dato’ Sri Engineer Nizar dan terimakasih Hakim Mahkamah Tinggi. Kemenangan ini adalah anugerah dari Allah ke atas hambanya yang sabar.

    Sama2lah kita terus berdoa untuk kemenangan PR dan kedaulatan Islam di masa akan datang. Pejuang2 Allah semakin ramai dan Islam akan menang akhirnya. Allah Maha Besar, Maha Adil.

    Syukur Al-Alhamdulillah.

  50. oii ATIPANASS,komenlah sikit.Tak kan senyap je..negara kitakan demokrasi.

  51. Tahniah di atas keputusan mahkamah yang memenagkan DS Nizar. ini membuktikan mahkamah adalah satu badan bebas yang bertindak mengikut prinsip kebebasan mahkamah. diharap pihak PR tidak lagi menghasut rakyat dengan menagtakan mahkamah di malaysia tidak adil dan berpihak kepada BN sahaja. PR patulah menjadi pakatan yang matang dengan menerima setiap keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka. jagan terbuka apabila menang sahaja bila kalah terus mengatakan mahkamah berat sebelah. Orang-orang BN adalah ahli politik yang m,atang dengan menerima keputusan mahkamah. Gua respek dengan Dr. Zambri yang mengosongkan pejabaat MB dengan tenag tanpa sebarang kekecohan. ini lah contoh pemimpin yang baik bukanya sampai kena paksa baru nak tinggalkan pejabat. apapun BN Perak diharap terus berjuang dan merayu di mahkamah Rayuan

  52. Tahniah di atas keputusan mahkamah yang memenagkan DS Nizar. ini membuktikan mahkamah adalah satu badan bebas yang bertindak mengikut prinsip kebebasan mahkamah. diharap pihak PR tidak lagi menghasut rakyat dengan menagtakan mahkamah di malaysia tidak adil dan berpihak kepada BN sahaja. PR patulah menjadi pakatan yang matang dengan menerima setiap keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka. jagan terbuka apabila menang sahaja bila kalah terus mengatakan mahkamah berat sebelah. Orang-orang BN adalah ahli politik yang m,atang dengan menerima keputusan mahkamah. Gua respek dengan Dr. Zambri yang mengosongkan pejabaat MB dengan tenag tanpa sebarang kekecohan. ini lah contoh pemimpin yang baik bukanya sampai kena paksa baru nak tinggalkan pejabat. apapun BN Perak diharap terus berjuang dan merayu di mahkamah Rayuan

  53. Tahniah di atas keputusan mahkamah yang memenagkan DS Nizar. ini membuktikan mahkamah adalah satu badan bebas yang bertindak mengikut prinsip kebebasan mahkamah. diharap pihak PR tidak lagi menghasut rakyat dengan menagtakan mahkamah di malaysia tidak adil dan berpihak kepada BN sahaja. PR patulah menjadi pakatan yang matang dengan menerima setiap keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka. jagan terbuka apabila menang sahaja bila kalah terus mengatakan mahkamah berat sebelah. Orang-orang BN adalah ahli politik yang m,atang dengan menerima keputusan mahkamah. Gua respek dengan Dr. Zambri yang mengosongkan pejabaat MB dengan tenag tanpa sebarang kekecohan. ini lah contoh pemimpin yang baik bukanya sampai kena paksa baru nak tinggalkan pejabat. apapun BN Perak diharap terus berjuang dan merayu di mahkamah Rayuan

  54. Dalam perkiraan kasar, memang agak mustahil melayu boleh kecundang dalam politik Perak. Namun kerana permusuhan dikalangan mereka, maka kini melayu menggigit jari dinegeri tersebut.
    Nizar memenangi semula kerusi Menteri Besar seperti yang telah diumumkan kelmarintetapi tidak memberi apa-apa makna kepada kesinambungan kuasa tamaddun melayu dalam negara ini, kerana kita nampak yang menang bukannya Nizar, malah DAP!!!!!

    PAS sekarang sangat berbangga kerana mendapat sokongan kuat dari kaum India dan Cina dalam kancah politik negara. Tapi dalam masa yang sama mereka lupa, kaum India dan Cina juga telah menggunakan kesempatan ini untuk kepentingan kaum mereka dan berusaha dengan keras dengan kesempatan yang ada untuk memenuhi kepentingan tersebut.

    Dimana budiman dan bijaksananya kepimpinan PAS dalam hal seperti ini? Kerana kemenangan itu sesuatu yang menyeronokan, mereka tidak kisah akan kesan buruk yang bakal menimpa bangsa mereka. Samalah ertinya seperti dalam peribahasa kita, “menang sorak kampong tergadai”.

    Tok Guru Nik Aziz dikatakan telah melakukan sembahyang sunat kesyukuran diatas kembalinya semula jawatan MB Perak ditangan Nizar. Ini menggambarkan bahawa beliau benar-benar tidak sedar akan apa yang akan terjadi pada kaum melayu di negeri Perak

  55. Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Zambry tangguh keputusan MB Perak

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menangguhkan keputusan laksana Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

    Semalam Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar sah.

    Pagi tadi, Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, memfailkan rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam.

    Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari lalu berada di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

    Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11 pada 5 Februari lalu.

  56. Salam.

    Kita dah kata semalam 7.06 pm.

    Jangan duduk gembira sangat.
    Jangan duduk jeng jeng jeng.
    Jangan duduk syok sangat.
    Jangan duduk mengutuk dan mengata.
    Itu semua ujian Allah.

    Sepatutnya menang round 1, bersyukur.
    Adakan solat sunat syukur.
    Terus berdoa memohon kemenangan kekal.
    Bukan mengata bukan mengutuk.
    PAS seharusnya tunjuk contoh.
    Kan Nizar Pesuruhjaya PAS.

    Nizar tak sabar2 nak gantung tugas.
    Tugas SUK dan tugas Penasihat Undang2.
    Apa salahnya biarkan dulu.
    Apa salahnya slow dan steady sahaja.
    Tak belajar kah dari 3 bulan lalu.
    Apa guna gelojoh.

    Sekarang apa dah jadi.
    Ingatlah.
    Kalau kita rasa kita pandai.
    Ada orang pandai lagi.

    Kalau dah puji hakim round 1.
    Sekarang jangan kutuk hakim round 2.

    Sekadar nak ingatkan sahaja.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 62 other followers

%d bloggers like this: