Posted by: pinkturtle2 | Mei 21, 2009

MB Haram VS MB SAH: Terkini Dari Mahkamah Rayuan

MStar melaporkan Mahkamah Rayuan pagi ini akan mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan mahkamah itu yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei lalu dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga rayuan Dr Zambry terhadap keputusan itu selesai.

Barisan peguam kedua-dua pihak mula memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi tadi.

Mohammad Nizar tiba kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri dan beberapa penyokongnya.

Pasukan polis kelihatan mula melakukan kawalan sejak awal pagi.

Isu perundangan melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat.

Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dr Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Dr Zambry selesai.

Mohammad Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu.
http://greenboc.blogspot.com

About these ads

Respon

  1. teras politik adalah dari sokongan rakyat , tak ada satu kerajaan dalam dunia ini boleh bertahan dengan kuasa rakyat……. bubarkan dun perak

  2. Di akhir zaman ini banyak perkara pelik dan yang tidak pernah wujud dahulu akan berlaku. Kita kena tabah hati dalam perjuangan murni. Tetapi berapa orang yang sanggup melakukan perjuangan sedemikan. Ini semua ijian Allah. Allah akan sentiasa menolong orang bersabar dan menegakkan kesucian Islam dan keadilan. Insyaalah MB Perak yang sah akan meneruskan perjuangannya.

  3. semoga kejayaan memihak kepada DSNJ dan PR

  4. moga dsnizar menang

  5. Semoga kebenaran akan menjelma. Yang bersalah semoga dihukum didunia dan di akhirat dengan sekeras-keras siksaan.

  6. Sudah lah weiii.. Memang jawabnya Zambry menang.. Semua kroni2 je yg jadi hakim. Lepas ni Sultan Mizan bolehlah pecat Najib ikut rasa dia… Anwar pun boleh isyhtihar jadi PM .. tak yah ikut Parlimen

  7. semoga mb haram bn di humban ke longkang……..bn ni selalu menyusahkan rakyat.

  8. :) mahkamah rakyat pls..

  9. Antara sidang mahkamah dan sidang usaha untuk bubarkan DUN tapi tak juga bubar adalah merupakan implikasi yang mengungkap pelbagai helah dan hala tuju moral badan politik itu sendiri. Kalau kita berbalik kepada asas punca dan berlarutan pergolakan DUN Perak yang agak parah ini sudah tentu amat memalukan kita semua, kerana yang kalah tak kalah yang menang juga tak menang tapi nak berkuasa dan nak memperluaskan kuasa. Persoalannya adakah rakyat merestui pemerintah yang selama ini dah banyak hasilkan kekalutan, keaiban dan tentunya akan mengundang permusuhan atau perseteruan yang tiada berkesudahan selagi pemerintah masih bertahan dengan prinsip ala tadbir wawasan dan ajendanya. Kalaulah dari awal lagi pemerintah tidak sekalut dengan perancangan untuk kembangkan sayap kuasa di Perak ini sudah tentu tidak akan ada pencemaran sikap saling menjatuhkan sesama sendiri antara dua senario politik seperti yang kita lihat pada harini. Dimata dunia bagaimana pula nak mereka nilaikan neraca PM harini? Tapi di Malaysia dah bermacam-macam komen pro dan kontra, namun yang kita nampak adalah satu perlagaan pendapat yang masing-masingnya tersembunyi objektif dan fenomena dalam mencari pengaruh sendiri. Apakah setiap inci komen mereka ini boleh mengambil kira hasrat dan harapan rakyat untuk melihat Perak ini bebas dari sengketa dan porak peranda politik? Atau adakah komen mereka ini ikhlas dan merangkumi bahawa mahkamah bebas dari perancang dan letak hukum. Siapalah yang tahu kalau sebaliknya, sedang yang dah kita lihat dan sedia kita ketahui apa yang berlaku pada struktur kehakiman di zaman Mahadhir dulu? Sehingga harini tidak terungkap oleh fikiran kita kerana wancana politik penuh dengan ajenda bermuslihat dan akhirnya kita nampak apa yang telah terjadi pada sidang DUN sebelum dan sehingga kini, manakala istana di raja pula tetap dengan kepekaan yang tidak terlerai. Kesannya ditanggung oleh rakyat!

  10. Pakatan tetap menang di hati kami rakyat Perak

  11. Silap2 zambry kena kluar pejabat pulak hari ni…letih teman menengoknyer pulak. Usung sana usung sini. Tak peronah habih kome ni. Kalau keputusan memihak kat Zambry, ikut pandai BN ler nak wat camner. Tapi kalau keputusan memihak kat Nizar…marilah kita sama2 setuju DUN bubar. Boleh dak?

  12. Ingatan kepada semua ahli politik… Lain kali jangan jolok sarang tebuan…Padah akibatnya…

  13. LIVE DARI MAHKAMAH RAYUAN

    2.00 – Mahkamah sudah mulakan prosiding sebentar tadi. Saya masih berada di ruang dewan legar. Sulaiman Abdullah sedang memberikan hujahan beliau sekarang ini! Ramai wartawan kelihatan duduk bersila di ruang legar mahmakah putrajaya.

    Juga kelihatan beberapa org asli yang membawa beberapa daun turut berada di sini, difahamkan mereka adalah pengikut setia Ngeh!

  14. harap2 PR menang..kami satu office dah muak dengan sikap BN.

  15. BAIKOT BN..HAPUS BN. BENCI BN SAMPAI ANAK CUCU…

  16. PENING LA MCM NI..DULU UNDI BN.SKRG BN MEMENINGKAN RAKYAT..BILA KENAL PAKATAN RAKYAT BARU NAMPAK ADA KEBENARANNYA.. BENCI BN..PEROSAK,MMECAH BELAHKAN RAKYAT ADALAH..

  17. KESIAN MAMAK ZAMBRY…ORANG ASAL PUN TAK INGIN PUN BERKAWAN DENGAN DIA….
    APA PUNYA TUUUUUURRRRRRRR! MAMAK SEKOQ NIE

  18. mari-mari-mari…
    lelong-lelong-lelonggg…
    lelongan awam…. di negeri perak
    baru pakai 3 bulan
    cantik berkilat hitam metalik
    bukan camry… tetapi zambry…
    ada mau!!!….

  19. Saudara2 sekalian.Marilah kita berdoa semoga kemenangan menyebelahi DSNJ & PR. Bermunajat kepada Allah pada malam “penghulu segala hari” semoga hakim2 berhukum mengikut lunas yang benar

  20. ha..ha..kelaka la kulaan..

  21. Aku dok ta’senang.Tidor pun ta’mau lena.Aku doa’kan supaya DS Nizar menang.Kalau PR memerintah Perak seronok lah ..aku pi godam diHatyai pun hati senang!!

  22. mamk Zamri lepaih ni boleh balik dok kat pulau pungkok ……………………harap2 keadilan dapat ditegakkan…..

  23. SURAT DARI PENGUNDI TEGAR PAS

    Kalau dulu saya menghormati Nik Aziz, tapi sekarang ni rasa hormat saya makin menurun dan tiada langsung sekarang kerana saya tak sangka seorang ulama’ boleh menyetujui/bersekongkol/membelakangkan Islam demi kepentingan “setiakawan” dalam politik.

    Bagi orang biasa seperti saya pun boleh menilai apa yang “ustaz” Nga cuba buat dengan membaca ayat Al-Quran bukanlah kerana beliau begitu gemar akan Islam ataupun ingin nak mendalami Islam…Apa yang dia cuba buat hanyalah nak ambil hati orang melayu demi politik dan saya sebenarnya terkejut apabila membaca surat Nik Aziz…paling tidak saya mengharapkan Nik Aziz menegur mereka – mereka .

    Saya terus dikejutkan apabila membaca dlm akhbar komen Nik Aziz pasal Eli…yang dah jelas bersekududukan….dan melakukan perkara yang tak bermoral.

    Saya juga tak boleh menerima hakikat seorang ulama’ boleh mendoakan kemusnahan org Islam yang lain hanya kerana berlainan politik….bukankah orang-orang Islam ini bersaudara?

    Bagaimana saya nak sokong PAS kalau PAS dah jauh menyimpang…saya tak nampak apa perjuangan Islam yang diperjuangkan. PAS sama saja macam parti politik yang lain, tidak ada apa-apa yang istimewa lagi.

    Sekian….

    • SURAT DARI KUBUR MAMAK RAJA MENDALIAR

      Kalau dulu saya menghormati Nik Aziz, tapi sekarang ni rasa hormat saya makin menurun dan tiada langsung sekarang kerana saya tak sangka seorang ulama’ boleh menyetujui/bersekongkol/membelakangkan Islam demi kepentingan “setiakawan” dalam politik.

      Bagi orang biasa seperti saya pun boleh menilai apa yang “ustaz” Nga cuba buat dengan membaca ayat Al-Quran bukanlah kerana beliau begitu gemar akan Islam ataupun ingin nak mendalami Islam…Apa yang dia cuba buat hanyalah nak ambil hati orang melayu demi politik dan saya sebenarnya terkejut apabila membaca surat Nik Aziz…paling tidak saya mengharapkan Nik Aziz menegur mereka – mereka .

      Saya terus dikejutkan apabila membaca dlm akhbar komen Nik Aziz pasal Eli…yang dah jelas bersekududukan….dan melakukan perkara yang tak bermoral.

      Saya juga tak boleh menerima hakikat seorang ulama’ boleh mendoakan kemusnahan org Islam yang lain hanya kerana berlainan politik….bukankah orang-orang Islam ini bersaudara?

      Bagaimana saya nak sokong PAS kalau PAS dah jauh menyimpang…saya tak nampak apa perjuangan Islam yang diperjuangkan. PAS sama saja macam parti politik yang lain, tidak ada apa-apa yang istimewa lagi.

      Sekian…

      - MAMAK RAJA MENDALIAR

      [hi hi hi - gelak kecik aje] – Naspazi

  24. [...] MB Haram VS MB SAH: Terkini Dari Mahkamah Rayuan MStar melaporkan Mahkamah Rayuan pagi ini akan mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi [...] [...]

  25. MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

    Anjuran :
    PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
    &
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    OBJEKTIF :

    * Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
    * Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
    * Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
    * Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

    TEMA :
    Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

    TARIKH :
    23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

    TEMPAT :
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    TENAGA PENGAJAR :

    1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
    2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
    3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    SASARAN :
    Seramai 150 orang yang terdiri dari:
    * Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
    * Orang Awam
    * Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

    YURAN MURAH :
    RM 15 [INDIVIDU]

    MODUS OPERANDI :
    Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    (Talaqqi kitab/Pembentangan/)

    TENTATIF PROGRAM
    Keterangan lanjut rujuk : http://pondokhabib wordpress.com

  26. oi DSAI pungkoq…ko silap blog la

  27. DSAI – kau layak dapat pingat ‘BANGANG KELAS PERTAMA’. Kerja kau ampu, bodek dan jilat Mamak Zambry!!!

  28. begitulah nasib penyokonhg umno sombong n gila duit lah


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: