Posted by: pinkturtle2 | Ogos 12, 2009

Kematian Akibat Selsema Babi di Malaysia luar biasa

……………………………………………………………………………………………………………………….

Berkaitan…

8 kematian baru, 270 kes baru Selsema Babi…  Jumlah keseluruhan 40 orang

kemaskini 11.55pm Jumlah kematian akibat selesema A (H1N1) meningkat kepada 40 orang apabila lapan lagi kematian – termasuk dua kes yang disahkan di Johor hari ini – dilaporkan.

Jumlah keseluruhan naik mendadak kepada 2,253 kes apabila 270 kes baru – rekod tertinggi dalam satu hari – dilaporkan.

Semalam enam kematian, sementara kelmarin lapan kematian dilaporkan – termasuk kes-kes yang baru disahkan dan belum dilaporkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema itu jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus A (H1N1).

Unjuran ini dengan mengambil kira andaian kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus daripada 5.5 juta orang yang dijangkiti, kata pengarah penyakit berjangkit WHO Dr Tee Ah Sian hujung bulan lalu.

Dalam kenyataan rasminya, ketua pengarah kesihatan berkata enam kematian terbaru juga berlaku lebih awal tetapi hanya disahkan dijangkiti H1N1 beberapa hari lalu.

“Empat daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko sama ada diabetes, hipertensi atau asma.

“Tarikh kematian sebenar enam kes tersebut seperti berikut: 4 Ogos (seorang), 6 Ogos (2) dan 7 Ogos (3),” kata Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Pada masa ini seramai 48 pesakit sedang dirawat di hospital dan 11 lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada 11 kes di unit tersebut, empat mempunyai faktor berisiko iaitu penyakit kronik (dua orang), obesiti (1) dan selepas bersalin (1).

Disahkan hari ini

Sementara itu, Johor hari ini mencatatkan dua kematian terbaru akibat jangkitan wabak tersebut, lapor laman web Utusan Malaysia.

Exco kesihatan negeri Dr Robia Kosai dipetik berkata, dua kematian itu membabitkan berumur 43 dan 51 tahun di Batu Pahat yang kedua-duanya meninggal dunia semalam.

Menurutnya, walaupun dua mangsa meninggal dunia semalam, namun mereka hanya disahkan mati akibat H1N1 hari ini – rekod Kementerian Kesihatan setakat ini tidak memasukkan dua kematian berkenaan.

Malaysiakini

About these ads

Responses

  1. kerajaan cakap terkawal hik hik hik. patutnya kerajaan kawal kementerian kesihatan supaya jgn suka2 umum jumlah kematian.

    kalau mcm tu baru le terkawal. rakyat pun akan percaya H1N1 dlm keadaan terkawal.

  2. tak umum tak tau.. tak tau tak panik.. tak panik tak selamat.. tak selamat?? mati ler…

  3. kerajaan BN cakap semua ok…no hal….jgn panik….mampossss laa cam ni….

    • dah tu ko nak kerajaan BN cakap ape???

      • Cakap pasai DSAI byk2.
        Lagi ramai angka kematian
        lagi hebat kutukan kat DSAI.
        Ikut graph sama2 naik..

        kasi picah semua lah

      • cakap je H1N1 = 1Malaysia

      • pegi ler cakap.. he he he

      • great chief kira kalau umno kutuk dsai makin naik le graph ni.. huh.. giler punya bala.. seluruh dunia tu kutuk dsai kesayangan ko tu.. sebab seluruh dunia kes naik..

      • awat hang terbalik kan apple.
        hang baca betoi.2

      • hang pon terbalik kan wat pa.. baca betoi2

  4. H1N1 = Hishamuddin1 Najb1 sepupu sepusat sepusing mampos 1Malaysia. H1N1 oiii pilah ziarah mereka ni. Target mereka sama.

  5. Orang Umno akan angguk setuju kalau Muhyidin DPM kata yang wabak H1N1 ni melonjak ke tahap ini sebab Anwar Ibrahim adalah pengkhianat melayu……….

  6. Semua ok pe. yg sakit sdg dirawat. yg meninggal telah dikebumikan. yg dikuarantin pegi shoping.. yg kaya tetap kaya.. yg miskin tetap miskin..yg kuat rasuah hidup senang. yg kena siasat terjun bangunan…

    semua ok maa, no poplem!

  7. siapalah yag dok buat homoseks kat Malaysiani nie? bala dah datang…semua kena……….

    • org yg tak beriman dan menolak agama islam sebagai amalan diri dan negaranya.

  8. Aku baca harakah terbaru, Prof Harub Din ckp
    ini adalah bala dari Allah kerana manusia terang2
    mengingkari perintah Allah..
    Ada benarnya, ramai yang sengaja tinggal solat,
    dan membuat maksiat. Zina dah jadi lumrah, buang anak, pembunuhan dn lain jenis maksiat.

    Tv plk asyik hidang hiburan aja, anak2 jadi lalai..
    agaknya generasi akan datang, nak baca al fatihah pun tak tahu..apalagi solat.

  9. doa ramai2 pakat wat solat hajat tiap2 masjid mintak di jauhkan dari penyakit ni.. InsyaAllah..

  10. Menurut kajian babi tak pernah kena selesema. Babi pembawa virus JE, tapi yang kena JE dan selesema babi ialah makhluk yang nama manusia,

    Diantara punca manusia kena JE dan selesema babi, ialah manusia sudah tidak berperangai macam manusia, manusia lebih teruk dari perangai babi.

    Babi tak rogol dan tak dera anak dia sebelum matang atau dah matang.

    Tapi manusia dia rogol, dera dan bunoh anak dia sebelum baligh dan selepas baligh.

    Babi mencari rezek dan makan bersama comunitinya tak sorok2 dimana mana sarang atau lubang.

    Tapi manusia ambik kesempatan pulun harta dan rezeki yang menjadi milik sesama manusia jadi milik dia dan kroni, disimpan dalam berbagai akaun rahsia.

    Babi suka makanan yang sisa dan busuk tapi dia tak rembat makanan manusia dalam periok tempat tinggal manusia. Babi haiwan yang mudah membiak dan sihat.

    Manusia suka makan makanan yang sedap dan lazat, tapi manusia lupa sumber makanan dari cara yang haram membusuk juga jadi taik dan menyebabkan manusia sakit zahir dan punya hati yang busuk.

    Bila bala yang Allah taala turunkan kepada manusia atas nama bala selesema. Jahanam dan celakanya manusia babi yang tak pandai berkata2 dan melawan yang menjadi mangsa.

    Haiwan makhluk Allah dan matinya haiwan tiada syurga dan neraka yang akan diperhitung.

    Manusia juga makhluk Allah yang kelebihannya punya akal dari segala haiwan tapi cara tawaddhuk kepada Allah macam bukan makhluk manusia kerana ada yang bersifat lebih buruk dari comuniti babi.

    selesema babi itu ciptaan Allah, kerana manusia akhir zaman ini ramai yang hebat, cuba jangan memohon perlindungan dengan Allah.

    • persamaan babi dengan manusia?? makan bile rase lapar.. he he he

      • Advantage kpd. manusia kerana akai.

        MAKAN SEBELUM LAPAR
        BERHENTI SEBELUM KENYANG

      • ye betul sekadar bagi persamaan.. he he he

        makan rasuah je tak pernah kenyang.. kenyang kat akhirat.. makan muntah nanah.. huh! sendiri mau ingat..

  11. pelik! najib kata jgn hadiri perhimpunan awam tapi sml konsert kat Kuantan bukan main lagi sesak…he he he…mungkin boleh kena H1N1 ni kalau ikut pergi perhimpunan demo je kot….bangang betul….patut batal je sebarang konsert atau perhimpunan tak kiralah yg hadir tu najib ke rosmah ke…

  12. MALAYSIA NI NAMAJE NEGARA ISLAM TAPI SEGALA PROGRAM MAKSIAT DILULUSKAN DAN YANG PALING TERUK PUAK NI TOLAK HUDUD, ITU PASAL LAH BALA ALLAH DATANG.

  13. apple = babi?

  14. Jawapan:

    nick name apple MEMANG babi.. heheh

    • kepala hayah ko babi..

  15. Apa pun baiklah kita bermuhasabah diri kita daripada mengutuk kekawan siber ni, semoga kita mendapat keinsafan.. amin

  16. salah satu perangai babi yg berbeza dgn binatang lain d muka bumi ialah babi tak akan bergaduh atau berebut betina.10 ekor jantan boleh beratur dan bergilir2 untuk berkacuk dgn seekor betina.babi boleh aman damai d dalam kandang yg d isi 10 jantan dan seekor betina.
    satu lagi babi tak boleh memandang atas selama hidupnya.
    maka perhatikan siapa yg mengamalkan sifat2 binatang ini.

  17. […] Kematian Akibat Selsema Babi di Malaysia luar biasa ……………………………………………& […] […]

  18. TAHLIL PERDANA SEMPENA RAMADHAN AL MUBARAK

    Pada hari Sabtu ini, 15 Ogos 2009, InsyaAllah Tuan Penasihat YSNS, Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki akan hadir dan mengetahui bacaan Tahlil Perdana bersempena kehadiran bulan Ramadhan al Mubarak ini.

    PARA IKHWAN DAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 62 other followers

%d bloggers like this: