Posted by: pinkturtle2 | Ogos 25, 2009

Poster jahat inilah punca kecoh hari ini…

DSC00324

‘Pengundi hantu PAS’ punca kecoh

Gara-gara sepanduk, perjalanan kempen hari terakhir pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hari ini sedikit tercemar dengan kekecohan antara kedua-dua penyokong PAS dan BN.

Perang mulut dan provokasi antara penyokong kedua-dua parti yang bertanding berlaku di hadapan bilik gerakan BN cawangan Kampung Pauh, di Bukit Mertajam dipercayai kerana sepanduk yang tertera perkataan “Awas!!! Pengundi Hantu PAS” yang digantung BN di bilik gerakan itu.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Norman Zahalan mendakwa kekecohan berlaku apabila penyokong PAS, yang berada di markas mereka yang terletak bersebelahan bilik gerakan BN, mengambil sepanduk itu.

“Mereka datang ke kawasan kami dan mengambil satu daripada tiga sepanduk yang kami gantung itu sambil mengeluarkan kata-kata yang kesat,” katanya ketika ditemui di Bukit Mertajam.

Perang mulut yang mula tercetus kira-kira pukul 1 tengah hari itu menjadi semakin kecoh apabila pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) datang ke kawasan tersebut pada kira-kira pukul 3 petang dan meminta penyokong BN menurunkan sepanduk berkenaan.

Penyokong BN, yang tidak berpuasa hati, meminta sepanduk mereka dipulangkan tetapi tidak dilayani penyokong PAS dan kekecohan yang berlarutan itu reda apabila Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang lalu di kawasan berkenaan kira-kira pukul 4.25 petang turun dari kenderaaanya dan meminta penyokong BN menurunkan sepanduk yang masih tergantung.

Kekecohan itu menyebabkan kesesakan lalulintas dari simpang tiga Sama Gagah ke Jalan Permatang Pauh.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya ketika dihubungi berkata, tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku dan perkara itu telah selesai. BERNAMA


Respon

  1. PAS boleh ka godam sistem SPR untuk pindahkan pengundi? Sorang kawan bagi tahu dah 3 kali minta tukar tempat mengundi untuk dia dan ibunya ke Shah Alam sebab dah tukar alamat tempat tinggal. Sampai sekarang tak berubah. Tiap kali pilihanraya memang menyusahkan. Tapi dia dengan penuh dedikasi lepas mengundi untuk dirinya (di tempat lain) pergi hantar ibunya pulak di negeri lain.

    Memang tak masuk akai perangei pemuda ameno nih. Dah depa yang buat “gerrymendering” depa kata pihak lain pulak.

  2. pakatan rakyat memang tak boleh nak godam sistem bpr yang jadi boneka umno dan bn yng kerjanya merosakkan orang lain je . bukankah bpr najib yang kawal dari menyebelahi pakatan rakyat selama ini .

  3. UMNO ni suka buat kecoh cam bapuk……kekekeke bapuk beruk….menate beruk mu UMNO…

  4. Mana ati panasss. pertaruhan untuk prk N11.
    Potong kaki sebelah pilihan kanan atau kiri.

    PAS – MENANG
    bn – kalah

    • ati panasss kecut…dayus..

  5. Soal pengundi hantu adalah mainan dan perancangan UMNO terutamanya KEtua Pemudanya, Khairy Jamaludin.

    Teguran dan laporan yang dibuatnya kepada SPR, dan jawapan balas dari SR yang mengatakan tiada pengundi hantu seolah-olah menidakkan tuduhan dan menyebelahi PAS.

    Inilah modal yang akan digunakan pada masa depan sekiranya ada ladi Pilihanraya Kecil. Bila Pembangkang memuat aduan adany pengundi hantu kepada SPR, dan SPR tidak melayannya (walaupun tuduhan ada asa dan bukti), maka Pembangkang akan dikatakan membuat tuduhan melulu. Dan UMNO akan mencanangkan semula kenyataan SPR yang tidak menyebelahi UMNO.

    Permaianan yang sangat mudah dibaca.

  6. Salam 1Malaysia.

    PAS dan UMNO.
    Dua2 diwakili Melayu Islam.

    Pilihanraya dalam bulan Puasa.
    Dua2 berpuasa.
    Dua2 percaya.

    Tapi mengapa kecoh.
    Kerana memang minat dengan kecoh kot.
    Kalau tak kecoh, tak syok.

    Sekadaq tak syok tengok.

  7. budak tadika….beza ho..melayu dgn islam….islam bawaan nabi dan islam hadhari…..jauh…jauh……berat na nang…jihad bulan puasa bagus apa…

  8. Ingin dimaklumkan bn tersungkur lagi. hahahah. mana barua-barua umno kat sini. Oii orang dah meluat la kat bn. Pengundi cina sokong 100% pada PAS.

    Juga dengan ini kaki Ati panassss dah dipotong sebelah kerana kalah dalam pertaruhan PRK N11 dengan aku. Dulu tangan semasa PRK Manik Urai.

    Pada rakan-rakan jika terjumpa Ati Panasss sila ludah pada muka dia.

    katakan umno pengkinat islam, bangsa & negara

    Takbirrrr……….

  9. ini kerja khairy “si budak hitam”. kuih3.

  10. [...] Poster jahat inilah punca kecoh hari ini… ‘Pengundi hantu PAS’ punca kecoh Gara-gara sepanduk, perjalanan kempen hari terakhir pilihan raya kecil [...] [...]

  11. Pemimpinnya kata ada pengundi hantu penyokong pulak dah pandai bertadbir…malang alias pelik dah UMNO sekarang ni.

  12. (Pemimpinnya kata ada pengundi hantu penyokong pulak dah pandai bertadbir…malang alias pelik dah UMNO sekarang ni.)

    Ini hasil dari surat2 dakwah Ketua Pemuda PAS yang selalu ajak Pemuda UMNO berdebat. Kalau cina DAP boleh baca tafsir ayat Qur’an,tak kan UMNO baru belajar takbir kot? nak lebih ada aura takbir tu kena duduk di markaz PAS baru cantikk.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 58 other followers