Posted by: pinkturtle2 | Ogos 31, 2009

Gambar Sambutan Kemerdekaan Bersama PM 1 Malaysia

MALAYSIA/

MALAYSIA/

MALAYSIA/

MALAYSIA/

Malaysia Independence

Malaysia Independence

MALAYSIA/

MALAYSIA/

Hkg2696750

Hkg2696743

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 penuh semangat 1Malaysia

KUALA LUMPUR: Biarpun ringkas dan sederhana, impak sambutan ulang tahun ke-52 kemerdekaan negara peringkat nasional hari ini tidak kurang dan tetap bersemarak dengan semangat 1Malaysia apabila pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum dan keturunan bersama-sama meraikannya.

Bertemakan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”, perayaan Hari Kemerdekaan kali ini mencipta sejarahnya tersendiri apabila buat julung kali di dalam sejarah sambutannya diadakan di Dataran Parlimen yang menjadi simbol demokrasi negara.

Dataran Parlimen yang sering menjadi lokasi acara menyambut pembesar luar, hari ini diwarnai dengan persembahan peserta berpakaian warna warni serta anggota pasukan keselamatan yang segak dengan seragam masing-masing.

Perhimpunan perbarisan bermula sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, tepat jam 8 pagi.

Kira-kira 10 minit sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama isteri, Puan Sri Norainee Abd Rahman, tiba di perkarangan Parlimen.

Ketibaan tetamu kehormat disambut lambaian dan sorakan kira-kira 10,000 kontinjen pelambai yang berbaris di sepanjang jalan kira-kira 1.38 kilometer, bermula dari Bulatan Bank Negara Malaysia (BNM) hingga ke perkarangan Dataran Parlimen.

http://www.bharian.com.my

Gambar dari Reuters pictures, Ap Photos Dan Getty Images..

About these ads

Respon

  1. patriotik sungguh abang ni ,…. hehehehe

  2. hehe…cam sedih je pak jib kita
    taw x nape???

  3. Najib sedih sbb teringat lak ulang tahun dia ngan Altantuya kot, Mangolia Buleh :P

  4. Salam 1Malaysia.

    MERDEKA.
    MERDEKA.
    MERDEKA.

    Sekadaq kita berbangga.

  5. tang sultan mizan tu..aku mmg respect habis…tp tang najib tangtuya & rosmah imelda marcos tu…wakakakaka….BERNAS dh kelam kabut dh,PKFZ hancuss..pasni kita tgok la plak..harta FELDA dh jdi mcm harta mak bapak DIA plak.try msuk shre market..bru la mkcik2 pakcik2 umnggookkk kt FELDA tu ada akaiiiiii….apa habaq ummi HAFELDA..msh dara lgi kaaa….

    • “harta FELDA dh jdi mcm harta mak bapak DIA plak.try msuk shre market..bru la mkcik2 pakcik2 umnggookkk kt FELDA tu ada akaiiiiii ”

      selama ni ko sorang je ler berakal ye ati suam2.. statement tu agak2 sikit..

      • TAU X PA

  6. okey aku nk jwb dlm kontaks politik islam..kenapa plak nk persoalkan tentg ahli parti..itu tidak menunjukkan satu bdan atau keanggtaan secara individu,,org cina masuk jadi ahli PAS apa yg slahnya..sdgkn mereka kafir zimmi.,,bukn kafir harbi yg perlu diperangi..tapi UMNO sendiri meletakkan cina sbg pemimpin apa masalhnya..

    ni aku plak nak bagi apa yg pemimpin UMNO dok buat k..hang islam kan kononya perjuangkan islam kan..k hang tgk pastu komen k

    (Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

    (Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan –

    Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

    (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

    Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

    (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. –

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

    (Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)” Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

    .(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

    (Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan
    rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

    (Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

    (Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

    (Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan
    kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

    Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

    Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

    Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). ” Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.

    Dato’ Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.

    apa komen PUAK2 UMNGOKK???hang muslim yg bela agama kan..k skg komen..

    • ungkapan yg mempertikaikan hukum2 islam itu melambangkan ketakutan pada diri yg mempunyai dosa2 yg melekat d hatinya dan takut untuk d hukum d dunia.dia tak kenal tanda2 dosa pada diri.
      islam bukan untuk d amalkan dalam kubur.ia d amalkan atas dunia.

      memakmurkan bumi Allah dgn perintahNya dan hukum2Nya adalah wasiat yg paling baik selepas mati.

      • Salam tumpang lalu.

        Baru tahu sikit.
        Sudah nak berceramah.
        Mula nak mengata2 kat orang.

        Yang ni mu ceduk kat mana.
        Tak serupa tulisan biasa mu saja.

        Mu bela diri mu dulu.
        Mu Islamkan diri mu dulu.
        Islam tahu.
        Bukan pakai mengaku saja.
        Perangai mesti Islam.
        Kerja kuat.
        Dapat duit halal.
        Jaga anak bini.
        Jaga ibu bapa.
        Banyaklah berbakti pada masyarakat.
        Tulis saja tak cukup.

        Sekadaq nak pesanlah.

    • salam,

      Lani PAS pon dh x sebut pasai hudud dah…dah gila kuasa dok pakat2 dgn DAP saja..leh berbaik2 dgn peliwat n ex con.
      Boleh berbaik2 dgn setan pon.
      Ada yg boleh taw sapa masuk syurga n neraka, sedangkan pelacur yg bagi anjing minum air pon boleh masuk syurga.
      Nak kata maksum…bukan nabi..
      Dok berlagak mcm nabi pulak
      Lepas tu ada pulak baghal2 n bonggok2 dok sokong, lagi2 la dia mengaku dia nabi yg maksum..

      Salam…have a great weekend

      • salam,

        Betoi ka apa hang ckp.
        Macam bahan kempen umngook/bn
        tarak modai dlm prk ..hang pa
        penyokong umngook pon tarak
        minda dah nak komen….

        “””kalau jam..guna sekaya”””

  7. salam…

    wahai budak tadika….
    pk la baik2….
    kalau ada dah ada bukti waktu dan tarikh takkan benda tu bohong lagi….
    kita lihat dari perspektif islam….
    kalau islam suruh ttp aurat nape isteri2 pemimpin kite tak jg aurat…???
    jangan cakap sebarangan…
    same la….
    kalau umno nak islamkan org lain kenape tak islamkan diri sendiri
    sekadar berbangga berada di negara islam tapi hukum hakam islam tidak dijaga..
    konsert berlamabk-lambak, solat entah ke mana, menteri sendiri pun tak solat agaknya….
    isteri sendiri yg beragama islam apatah lagi….
    bersolek tebal2….
    menunjuk-nunjuk kecantikan di khalayak ramai…
    berdosa tu….
    kita org islam….
    lihat dari sudut islam sebenar…
    bukan mengikut apa yang kita faham….
    dunia akhir zaman….
    pemimpin org jahil….
    dalam alQuran sendiri dah sebut…..
    sape yang berani menafikan ayat Allah….???

    kalau org yang menafikan ayat Allah tu islam…
    maka tidak beriman dan bukan islam lah lagi….
    kerana rukun iman mewajibkan kita percaya kepada Allah dan Kitab Allah,
    rukun islam pula mewajibkan kita supaya bersolat. dan bukankah dalam solat itu kita menggunakan ayat2 Allah???

    fikir-fikirkanlah….
    Allah sendiri ada menyebut….
    kalau tak ikut Hukum yang ditentukannya masa kat dunia…
    di akhirat nanti seksaan yang lebih teruk akan menimpa……

    renung2kanlah…..

  8. SUNGGUH BAIK


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: