Posted by: pinkturtle2 | September 16, 2009

Hakim Syariah tetap dengan pendirian laksana hukuman sebat

Kes seterusnya melibatkan tiga orang termasuk Kartika, 32. Dia dijatuhkan hukuman enam sebatan rotan dan denda RM5,000 kerana meminum arak di sebuah kelab malam di Cherating pada 11 Julai tahun lalu. Mahkamah memutuskan hukuman itu selepas Kartika mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut pada 20 Julai lalu.

Kes seterusnya melibatkan tiga orang termasuk Kartika, 32. Dia dijatuhkan hukuman enam sebatan rotan dan denda RM5,000 kerana meminum arak di sebuah kelab malam di Cherating pada 11 Julai tahun lalu. Mahkamah memutuskan hukuman itu selepas Kartika mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut pada 20 Julai lalu.

Hakim Syariah tetap dengan pendirian laksana hukuman sebat

KUANTAN: Walaupun keputusan mengenakan hukuman sebat ke atas umat Islam yang meminum arak dikritik oleh sesetengah pihak, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Md Yunos tidak akan berpatah semula daripada keputusannya itu.

“Saya menjalankan tugas sebagai pegawai mahkamah dan kepada masyarakat,” katanya ketika dihubungi The Star semalam.

Ketika diminta mengulas berhubung kontroversi keputusannya itu, termasuk hukuman rotan ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, Abdul Rahman berkata, beliau tidak dapat memberikan sebarang pandangan kerana ia bukan satu tindakan yang beretika.

Ditanya sama ada beliau mendapat kesan daripada publisiti meluas yang diterima berhubung keputusannya itu, Abdul Rahman berkata, beliau tidak membaca komen-komen tersebut.

Abdul Rahman, 53, menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sejak 1996 apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pahang dan Jabatan Perundangan Syariah Pahang dipisahkan pada hujung 1995. Sebelum itu, beliau adalah Ketua Kadi.

Abdul Rahman dari Kampung Kuala Bera, Bera, Pahang telah berkahwin dan mempunyai lima anak. Beliau adalah lulusan Universiti al-Azhar dan mendapat ijazah Undang-undang Syariah Islam pada 1982 dan Diploma Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 1989.

Beliau telah membuat keputusan terhadap enam orang Islam yang meminum arak dari 2004 hingga tahun ini.

Kes pertama melibatkan adik-beradik, Mohamed Nizam Ibrahim dan Mohamed Nasha yang dijatuhkan hukuman enam sebatan rotan dan denda RM5,000 setiap seorang pada 14 Jun 2005 selepas meminum arak di sebuah restoran di Jalan Bukit Ubi di sini pada 19 Ogos 2004. Bagaimanapun, kedua-duanya telah mengemukakan rayuan dan kes itu masih tertangguh.

Kes seterusnya melibatkan tiga orang termasuk Kartika, 32. Dia dijatuhkan hukuman enam sebatan rotan dan denda RM5,000 kerana meminum arak di sebuah kelab malam di Cherating pada 11 Julai tahun lalu. Mahkamah memutuskan hukuman itu selepas Kartika mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut pada 20 Julai lalu.

Sementara itu, dua lagi adalah pelayan kelab malam yang bersama Kartika dan seorang lelaki yang ditahan semasa serbuan di kelab malam berkenaan.

Pelayan wanita dan lelaki itu didenda RM5,000 dan enam sebatan rotan selepas mereka mengaku bersalah. Mereka bagaimanapaun telah mengemukakan rayuan dan kes tersebut masih tertangguh.

Keputusan Abdul Rahman untuk melaksanakan hukuman sebat terhadap Kartika diperkatakan dengan meluas oleh rakyat tempatan dan antarabangsa. Pada 24 Ogos lalu, hukuman itu ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadhan.

Kes terbaru berlaku pada Isnin lalu apabila Abdul Rahman mengarahkan seorang pekerja Indonesia menjalani hukuman setahun penjara dan akan disebat sebanyak enam kali kerana meminum arak di Jalan Pasar pada pukul 10 pagi, 27 Ogos lalu.

Nazarudin Kamaruddin, 46, yang berstatus pemastautin tetap menjadi orang pertama di negeri itu yang dipenjarakan kerana meminum arak di khalayak ramai.

Mstar.com

About these ads

Respon

  1. Askm bersyukur ke hadrat allah subhanahuwataala kerana masih ada melayu islam yg berani dalam menjalankan amanah allah. semoga beliau dan keluarga di berkati dan di rahmati allah.di laknatkanlah allah kepada sesiapa yang cuba menginaya,menghasut,menghancurkan atau apa-apa terhadap beliau dan keluarganya.

  2. Bila jadi hakim Mahkamah Syariah, dia ada kaitan dengan agama Islam. Apatah lagi ianya melibatkan hukuman yang dijatuhkan mengikut enakman syariah. Walaupun hukuman itu tidak menurut hukum hudud sebenar, tetapi kerana hukum itu telah diputuskan oleh kerajaan negeri.

    Maka jadi kewajipan hakim ini mempertahankan hukuman tersebut kerana takut kepada Allah.

    Kalau tidak hakim ini akan dikatagorikan sama seperti Ulamak Ussuk. Yang Allah akan laknat kerana takut menyatakan hak Allah.

    Kalau peristiwa ini belaku dalam masa TKT jadi Pee EM, rasanya hakim ini akan menerima nasib yang sama macam Allahyarham Dato’ Mufti Ishak Baharom.

    Tapi walau macammana pun kita tunggu apa kata PM negara Malaysia Islam sebenar.

    • “Bila jadi hakim Mahkamah Syariah, dia ada kaitan dengan agama Islam. Apatah lagi ianya melibatkan hukuman yang dijatuhkan mengikut enakman syariah. Walaupun hukuman itu tidak menurut hukum hudud sebenar, tetapi kerana hukum itu telah diputuskan oleh kerajaan negeri.”KERAJAAN NEGERI”

      Maka jadi kewajipan hakim ini mempertahankan hukuman tersebut kerana takut kepada Allah.

      Kalau tidak hakim ini akan dikatagorikan sama seperti Ulamak Ussuk. Yang Allah akan laknat kerana takut menyatakan hak Allah.” DARI KUCING KOTA

      kelantan??? sori aku tak tau undang2 kerajaan negeri.. bikin konpius le..

  3. Tahniah kepada Datuk Abdul Rahman kerana pertahankan keputusan yang dibuat. AKU berdoa agar Datuk sentiasa berada di bawah perlindungan Allah swt. Teruskan usaha memartabatkan agama Islam yang suci. Jangan layan kehendak puak munafikun ni sebab mereka sengaja dan sentiasa mencari peluang untuk mencemarkan kesucian agama Islam, sama seperti puak Nasrani dan Yahudi yang disebut-sebut dalam Al-Quran.
    Sekali lagi, syabas dan tahniah.

  4. Apa yang nak konpiusnya. Undang Syariah negeri boleh dipinda boleh digubal oleh sidang DUN mengikut kerajaan mana yang perintah. Kelantan dan Terengganu telah pinda dan Ubah mengikut syariah hudud, qisas dan takziz tapi tak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana Undang2 Persekutuan tidak meluluskannya.

    Undang syariah dinegeri2 selain dari kelantan dan Terengganu adalah mengikut Undang2 dan enakmen syariah yang sedia ada bukan seperti yang dipinda oleh kerajaan Kelantan dan Terngganu selepas kerajaan Pas mentadbir.

    Dengan perkataan lain, Islam tidak memerintah di Malaysia. Kerajaan BN yang memerintah membentuk undang2 ugama Islam di Malaysia.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: