Posted by: pinkturtle2 | September 17, 2009

Saya telah membuat laporan polis, tapi tiada apa-apa tindakan sehingga hari ini- Tuanku Nadzimuddin

Perang Besar Dua Keluarga Diraja

KUALA LUMPUR: Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar tengah hari Rabu menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim yang didakwa menculik, menyerang dan menahannya tanpa kerelaan pada awal pagi 25 Oktober tahun lalu.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, beliau telah diserang oleh Raja Muda Johor dengan sepucuk pistol di bahagian muka dan kepala sehingga beliau mengalami keretakan pada tulang hidung dan kecederaan serius yang lain.

“Selepas 11 bulan, Raja Muda Johor dan pengawal peribadinya belum lagi didakwa di mahkamah untuk menghadapi tuduhan mencederakan saya dengan sepucuk pistol.

“Mereka juga belum didakwa menculik dan menahan tanpa kerelaan saya,” katanya dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja’afar.

Tunku Dara Naquiah adalah puteri kepada Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kedua-dua Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdul Rahman juga pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Tuanku Abdul Rahman adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan potret baginda menghiasi kesemua mata wang kertas negara.

Isu berhubung insiden ini hanya muncul sekarang kerana difahamkan kedua-dua belah pihak cuba menyelesaikannya melalui peguam masing-masing.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, ekoran insiden tersebut, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 26 Oktober 2008 dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau kecewa kerana selepas laporan polis dibuat, tiada apa-apa tindakan diambil sehingga ke hari ini.

“Apa yang boleh saya simpulkan ialah tiadanya tindakan diambil untuk mendakwa pihak yang telah mencedera dan menahan saya tanpa kerelaan. Polis pernah memberi jaminan akan melakukan siasatan secara adil tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Saya juga dijamin semua orang adalah tertakluk kepada undang-undang dan penyerangnya akan dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi dakwaan. Bagaimanapun, saya telah dan terkejut tiada apa-apa tindakan diambil sehinggalah ke saat ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Tuanku Nadzimuddin memberitahu, beliau berada di Kelab Heritage Mansion dengan teman wanitanya (kini telah pun menjadi isterinya) untuk menemui kawan-kawan mereka.

Menurutnya, ketika berada di situ, kawan-kawannya telah diserang oleh beberapa orang yang mendakwa diri mereka adalah pengawal peribadi Raja Muda Johor.

“Dua kawan saya cedera. Pengawal kelab menghentikan serangan tersebut. Kami beredar meninggalkan kelab tersebut. Saya dipanggil oleh seseorang yang tidak dikenali mendakwa Raja Muda Johor ingin berjumpa dengan saya di Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail untuk meminta maaf.

“Saya bersama dengan teman wanita dan kawan-kawan saya termasuk yang cedera pergi ke situ,” ujarnya.

Tuanku Nadzimuddin berkata, mereka tunggu di lobi hotel tersebut sebelum beliau diculik di lif hotel Crowne Plaza Mutiara dan diacukan dengan pistol.

“Apabila berada dalam lif, Raja Muda Johor telah memukul saya di muka dan kepala dengan sepucuk pistol. Raja Muda Johor juga menghalakan pistol itu ke kepala saya. Kawan saya yang berada di lif pula dipukul sehingga pengsan.

“Apabila lif itu berhenti di tingkat 25, kami dipaksa memasuki sebuah bilik. Saya melihat kawan saya itu ditarik masuk ke satu bilik dan dibiarkan pengsan di atas lantai,” katanya.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, mereka ditawan di dalam bilik tersebut oleh pengawal-pengawal pribadi Raja Muda Johor sehinggalah bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Jaafar ditemani ayahanda saudaranya, Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Tunku Jaa’far menyelamatkan mereka bersama empat pegawai polis.

Ketika ‘gerakan menyelamat’ itu dilakukan, Tuanku Nadzimuddin berkata, Raja Muda Johor telah pun meninggalkan hotel berkenaan.

http://mstar.com.my

About these ads

Responses

  1. Salam.

    Mana KPN.
    Sila buat kenyataan berhubung dengan dakwaan keluarga DIRaja Negeri Sembilan berkenaan.Inilah masanya nak buktikan kewibawaan polis.

  2. Allah maha berkuasa,

    Rakyat nak tengok pihak Polis akan berpihak kepada siapa???

  3. Ingatkn rakyat kelas bawahan mcm kiter ajew yg dinafikn hak dr segi undang2 golongan kerabat diraja pon menerima nasib yg sama, pak2 polisi ni buat apa sebenarnya… aku semakin hairan…

  4. polis sibuk daa :P

  5. sibok cari duit raya

  6. SALAM EID BUAT SEMUA

    HARI INI HARI JUMAAT
    HARI ESOK HARI SABTU
    KITA ISLAM SATU UMAT
    JOM KITA SEMUA BERSATU

    AMPUN DAN MAAF DIPOHON SEKIRA ADA TERKASAR BAHASA
    SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI

    SALAM

  7. Saya tak terkejut dengan perangai gila babi keluarga diRaja johor tu sebab saya orang Johor.
    Pernah belaku pada seorang pakcik driver teksi kena pukul oleh keluarga diaorang ni sebab tak berhenti ketepi sewaktu diaorang lalu bersiar-siar.
    Diaorang betul-betul beraja dihati beraja dimata…pukimak punya raja.
    ITU BUKAN SULTAN….TAPI SETAN….BAHALOL.

  8. marah benar langsui. mem’pukimak’kan keluarga diraja johor. adakah mereka betul2 se’pukimak itu? aaapa da pukimak2 puasa2 neyy? haha.

  9. minta tolong klik link dibawah….

    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a

    terima kasih

  10. aku pun selalu terlibat dalam majlis bersama keluarga di raja johor ni. Diorang ni memang kaki mabuk dan kaki betina. Depan kami depa selamba je teguk arak dan heret betina. Macam nilah payung orang melayu dan ketua agama Islam.

    • dah kalau mcm tu ko pun mabok gak la ye, besar punya haram gak ko ni . bebual lebih

  11. Itu macam perangai Raja Taik

    • lu ckp mcm tu pasal mn ade negeri lain selain melayu kepala dok atas. johor lu angkat kepala kalau berani satu keturunan lu habis. bagus gak kerabat johor degil melayu gak selamat kat johor. gua tgk besar punya samseng bangse lain jumpa kerabat johor tunduk kepala hahahahahaha

  12. kalu langsui kata sepukimak???…affuan marah kerna mem’pukimak’kan keluarga diraja johor…aku kato..korang kena belajar sejarah keturunan raja johor nie wehhh…

    sapa yang kuat menempeleng dna menampar dan macam-macam lagi…tak ke..keturunan dia ne???

    tanyalah kek STF dan sekolah pompuan di Johor apa yg dibuek oleh keturunan nie???

    hahahah! setan kata langsui aku sokong apa?

  13. Kememeh lah…anak jantan bukan cam tu..gaduh adu kat emak…

  14. Gaduh minum arak lepas heboh…lain kali kalau takut kena pukul pi masjid la…Buat malu melayu N9 kaki botol…

    • mujur la atuk budak ni dah meninggal..kalu x la..buek e dio ni jd Yamtuan Bosar N9, buek malu yo..kalah betumbuk poyi ngadu kek omak abah..kerabat diraja Johor ada basic soldier, mmg anak jantan..x kisah la samseng pun..tp kerabat N9 ni semuo e mcm ponda*..lembik meleweh yo..hehehe..tak gaya langsung..

  15. raja atau sultan diorang semua manusia macam kita, sama je sifat,pe’el, jahat baik, dosa pahala, sama ja. kita ni je kadang bahalul jugak, jgn kita ‘mind set’ bile sultan je kena perfect sifat mcm malaikat atau nabi, yg penting apakah peranan dia sbg sultan benar2 beri kesan positif pd rakyat jelata negerinya? dia nak mabuk, kaki betina kaki pukul itu antara dia dan Allah. Sultan Brunei pun heret pempuan, minum juga, RBA punya stewardess kalau takde ‘signature’ sultan brunei di badan mereka tak sah, ini pengiran (kerabat brunei) sendiri yg cerita kebetulan kawan baik saya. Tapi mcmana sultan brunei jaga negaranya?? kebajikan? rakyat, semuanya alhamdulillah terjaga rapi, pincang sikit2 tu biasalah die pun manusia walaupun gelar dunianya Al-Sultan. Begitu juga dgn Kebwh Duli Sultan Johor yg merupakan saudara/best friend/idole Kebwh Duli Sultan Brunei, Sultan Johor sering dijadikan role model Tuanku Sultan Brunei, mereka sering bertukar2 pendapat secara peribadi, telefon, sering berkunjung tak rasmi. Kalau tak kerana keturunan Sultan Johor yg skrg ni, Negeri Johor takkan lah dikenali sejak 1800an lagi sebagai negeri termaju Malaya. Contohnya, nenek saya lahir tahun 1929, bersekolah sehingga tingkatan 1, betapa Sultan Johor menitik beratkan pendidikan sejak dulu lagi, sapa2 tak pi sekolah denda 25 ringgit (ketika tu bygkan rm25 tu besar mane?). Banjir terbesar di Johor bbrp tahun lepas, Tuanku keluar duit poket sendiri berjuta himself! and dia warning jgn ada sapa2 press publish hal tu, coz die tak suka nak tunjuk2 ni. 5 tahun jadi agung, 1984-1989 satu sen elaun sbg agong pun die tak amik (ketika tu elaun agong rm50,000 sebulan) dan Tuanku sendiri yg akan pilih bdn2 kebajikan dan yayasan yg betul2 susah dn memerlukan dan diagihkan rm50,000 tiap2 bulan pada badan2 tersebut. Walhal pada ketika itu dia pun kaki minum, pempuan, kelab.. sungguhpun begitu, jgn menilai luarannya, kalau tak kerana dalamannya yg berpendidikan agama tinggi (dididik oleh keluarga Kiyai Hj Salleh Panglima Merah) takkan kebajikan rakyat negeri baginda dijaga begitu rapi. Sapa tak kenal Sultan Iskandar? Jahat dia pun, tapi ketegasannya dlm hal ehwal agama, negeri dan rakyat dijaga semoleknya. Kalau dia tak tegas begitu, alamatnya mudahlah kerajaan persekutuan pijak kepala, contohnya mcm ade sultan negeri lain yg ikut telunjuk persekutuan, sebabnya?? dpt itu ini.. kerajaan bagi, so tak power la mcmtu. Awak sultan, awak mesti tegas dan dan tegas itu utk rakyat hormati dia sbg sultan bukan utk rakyat takut. Makhluk Allah sama saja disisi-Nya. Sekian

    -Bukan org Johor, tapi bekas staff Istana

    • Bapak kepala otak kau Sultan Brunei bukan kaki botol lah bahlol! Pukimak kau nak hina orang macam tu… Itu lah sebab nya Jangan dengar kata lain selagi tak jumpa orang yang dcakapkan! Aku pernah jumpa Sultan Brunei, apa dia cakap kat aku? Sudah solat? Aku jawab belum, dia kata jangan lupa tau… Betapa rahmatnya negara Brunei dberi RAJA yang teragung… Bertambah pulak RAJA BRUNEI ADALAH KETURUNAN NABI MUHAMMAD…

  16. kerabat n9 ni pun g je la setelkan dgn baik, dah nama pun sedara mara agak2 dia tak malu ke satu malaysia tahu dia kaki mabok. aduh nak wat sesuatu tu pikir dulu. pelik gak tgk duani akhir zaman ni dok cite mcm ni. islam lak tu bangga ke org tahu ko mabok.

  17. sarawak pun sda raja, rajah brooke, apa boleh buat british dah halau baginda.. kalau tak pun sarawak lebih maju daripada malaysia,.. tak pun orang puteh lah yang memacu ekonomi sarawak,.. and the first KING in asean

  18. Walau apapun alasan perbuatan yg salah tetap salah.bkn
    bmakna blh bt apa saja.yg nyata rakyat johor sndiri saje yg tau.jgn f
    smpai rakyat johor mrempat.tanah tgadai.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: