
A car hangs from the wall of a building in Pago Pago Harbor after an earthquake caused a tsunami on the island of American Samoa, September 30, 2009. Relief workers in American Samoa and Samoa searched for survivors on Thursday after a series of tsunamis smashed into the tiny Pacific islands, killing more than 100 people, flattening villages and leaving thousands homeless. REUTERS/Hugh Gentry (AMERICAN SAMOA DISASTER ENVIRONMENT)

















This Tuesday Sept. 29, 2009 satellite image provided by DigitalGlobe shows Tafuna International Airport in Pago Pago, American Samoa after a tsunami hit the island. A powerful earthquake in the South Pacific hurled a massive tsunami at the shores of Samoa and American Samoa, flattening villages and sweeping cars and people out to sea. (AP Photo/DigitalGlobe)
Tsunami di Samoa, 113 maut
PAGO PAGO, American Samoa 30 Sept. – Sekurang-kurangnya 113 orang terkorban apabila satu gempa bumi kuat berlaku di Lautan Pasifik mencetuskan tsunami yang melanda kepulauan Samoa dan Tonga awal pagi ini.
Ombak setinggi 4.5 hingga 6 meter itu menyebabkan banyak kampung di kepulauan tersebut musnah atau ditenggelami air dan ramai pekerja hilang di sebuah taman negara di American Samoa.
Kenderaan dan mangsa dihanyutkan oleh ombak deras, manakala penduduk yang sempat melarikan diri ke kawasan tinggi masih berlindung di sana beberapa jam selepas gegaran berlaku awal hari ini.
Gempa berukuran 8.0 hingga 8.3 pada skala Richter itu berlaku pada kira-kira pukul 6.48 pagi waktu tempatan (pukul 1.48 pagi ini waktu Malaysia) kira-kira 32 kilometer di bawah dasar laut, 190 kilometer dari American Samoa, sebuah tanah jajahan Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai penduduk seramai 65,000 orang.
Gempa itu telah menyebabkan bekalan elektrik dan sistem komunikasi terputus, menyukarkan pegawai untuk memastikan tahap kerosakan dan kemalangan jiwa.
Polis melaporkan sekurang-kurangnya 63 orang terkorban di Samoa, manakala 19 disahkan maut di American Samoa, tetapi pihak berkuasa memberi amaran angka kematian dijangka meningkat melebihi 100 orang. Mangsa yang maut termasuk pelancong asing.
Pegawai di Tonga turut melaporkan enam orang maut dan empat lagi hilang di negara itu.
“Saya tidak fikir sesiapa akan terlepas daripada menerima akibat bencana ini,” kata pemangku Gabenor American Samoa, Faoa A. Sunia.
Ahli meteorologi di Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaaan di American Samoa, Mase Akapo berkata, sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh di empat kampung di pulau utama, Tutuila, manakala sekurang-kurangnya 50 lagi dilaporkan cedera.
Di Samoa, sebuah negara merdeka dengan 179,000 penduduk, wartawan Associated Press (AP) melihat kira-kira 20 mayat ditempatkan di sebuah hospital di pekan Lalomanu di pantai selatan pulau utama, Upolu.
Kawasan pantai sekitar yang menjadi tumpuan pelancong musnah dan sekurang-kurangnya tiga kampung turut ranap.
Sunia mengisytiharkan keadaan darurat di American Samoa, dengan menggambarkan ‘kerosakan besar dan meluas melibatkan bangunan-bangunan persendirian, awam dan komersial di kawasan pantai, selain kematian dan kecederaan’.
Gabenor Togiola Tulafono yang berada di Honolulu untuk menghadiri satu persidangan memberitahu wartawan, lebih banyak mangsa mungkin ditemui apabila penyelamat memasuki kawasan yang terputus hubungan dengan jalan darat. – AP
……………………………………………………………………………………………………………………….
Tsunami: Hampir 100 orang terbunuh di Samoa, angka korban dijangka meningkat
APIA (Samoa): Sekurang-kurangnya 99 orang terbunuh dan banyak lagi dilaporkan hilang selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa, dengan angka korban dijangka meningkat.
Pada hari yang sama, barat Indonesia turut digegarkan dengan gempa bumi kuat yang mencetuskan amaran tsunami di beberapa negara sepanjang Lautan Hindi yang menyebabkan penduduk menjadi panik dan meninggalkan rumah mereka. Amaran tersebut bagaimanapun kemudiannya dibatalkan.
Kenderaan dan manusia dihanyutkan ke laut selepas satu ombak deras melanda menyebabkan mereka melarikan diri ke kawasan tinggi dan berada di situ selama berjam-jam.
Menurut seorang jurucakap Taman Negara Amerika Samoa yang memetik daripada supritendan taman tersebut, Mike Reynolds, empat ombak tsunami setinggi empat hingga enam meter melanda sehingga mencapai 1.6 km ke kawasan darat.
Dengan kekangan bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi, pegawai-pegawai bertugas bertungkus lumus untuk mendapatkan maklumat mengenai mangsa-mangsa dan kerosakan.
Gempa bumi itu dengan magnitud antara 8.0 dan 8.43 melanda sekitar waktu subuh kira-kira 20 batu (32 km) di bawah dasar laut, 120 batu (190 km) dari Samoa Amerika yang merupakan wilayah Amerika Syarikat yang didiami sehingga 65,000 penduduk dan terletak 125 batu (200 km) dari Samoa. AP


















dari gaya kereta yang kena hanyut tu, rasanya ekonomi orang Samoa lebih hebat dari kita di Malaysia.
Jual nyok ja
By: zuul on Oktober 1, 2009
at 2:17 pm
haluuuuuuuuuuuuuu…
subhanallah……
Bersabarlah saudaraku….moga2 dengan kesabaran itu akan menjadikan kita bertambah dekat kepada Yang Esa….
Namu alangkah baiknya Wahai Tuhanku….jika Engkau laksanakan perintah hukum alam ini ketika mana pemimpin UMNOngok beramai2 melarikan diri ke Taiwan suatu ketika dulu….
Andai itu terjadi, kami di tanah air ini sudah pasti dapat menjalankan hukum dan titah MU tanpa ada ugutan, batahan, sekatan daripada UMNOngok lagi……….ameeen MAMPOS UMNOngok !!!!! KHAK TUIH…
By: jit tontoya on Oktober 1, 2009
at 5:17 pm