Agenda siapa menyebabkan SPRM bertandang lagi ke Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)
Sudah kali kedua SPRM datang Ke PMBK.Kali pertama tak ada kes.Persoalannya mengapa SPRM datang lagi.Atau mungkin SPRM disurat layan lagi oleh seseorang yang tak berpuas hati dengan result kali yang pertama.
Semua maklum TGNA sendiri adalah pengerusi di PMBK.. siapakah yang teringin sangat melihat PMBK yang diterajui sendiri oleh TGNA diziarah beribu kali oleh SPRM dalam setahun.Siapakah yang sebenarnya ingin melihat kepimpinan TGNA dilihat begitu lemah sehingga SPRM terpaksa menyiasat dan campur tangan..
SPRM tak datang kalau tiada apa-apa yang disampaikan padanya.Betul salah itu belakang kira.Pokok pangkalnya benda yang disampaikan itu perlu disiasat.Bagi kita orang biasa,1000 kali SPRM nak siasatpun tak apa, tapi bagi sebuah jabatan yang dinaungi sendiri oleh TGNA amatlah tidak wajar untuk itu..
Siapakah sebenarnya yang sangat-sangat tidak berpuas hati dengan kepimpinan dan pengurusan di PMBK sekarang ini.Adakah orang-orang itu ada kepentingan juga di PMBK atau orang itu adalah salah seorang kakitangan yang dibayar gaji oleh PMBK sendiri.Ataupun orang itu merasakan kedudukannya sudah terhakis atau akan terhakis sedikit demi sedikit sekarang ini dengan perlantikan CEO PMBK yang baru.
Apa yang penting… buanglah sifat hasad dengki,perangai buruk dalam diri kita supaya ianya tidak bertahta dihati kita yang memungkinkan hidayah dari Allah bersemayam di hati kita..
jangan kita ingat kerja-kerja jahat kita itu tidak diketahui oleh orang ramai.Setidak-tidaknya, ingatlah… sesungguhnya Allah itu maha melihat dan maha mengetahui di atas apa yang kita lakukan.
Agenda peribadi kita bersama sahabat handai dan kroni janganlah mengatasi agenda perjuangan kita… itu saja nasihat saya
…………………………………………………………………………………………………………
Adakah pekara-pekara berikut menyebabkan PMBK menjadi sasaran orang – orang tertentu yang cuba bertapak dan menjalankan kepentingannya:
1.Perjalanan pengurusan PMBK dilaksanakan dengan memahami seratus peratus kehendak dan aspirasi YAB TGNA.
2. Pasukan pengurusan baru yang dibina sangat komited dalam menjalankan tugas dan berlaku penambahan nilai dan inovasi dalam pengurusan harian.
3. Pengukuhan struktur organisasi dapat dilaksanakan dalam tempoh yang singkat untuk mendepani cabaran jangka pendek dan jangka panjang PMBK dan kerajaan Negeri.
4. PMBK bangkit untuk menjadi agensi kerajaan yang paling berkesan dalam tempoh yang singkat melalui agenda dan projek yang sedang dan akan dijalankan.
5. Yang paling penting penerapan fikrah Islam dalam pasukan pengurusan dibuat untuk memahami dan menghayati kehendak YAB TGNA
6.Semua pekara yang melibatkan agenda PMBK dirujuk terus kepada TGNA tanpa merujuk kepada pihak-pihak tertentu seperti amalan sebelum ini (Pengurusan yang lepas)


























siapa staf pmbk yg makan gaji buta tu? kickdefella ke. kena hati-hati dengan dia tu. umno menyusup masuk dalam kain husam. aku bimbang kalau dia bangun, kain husam akan terburai.kalau rahsia husam dia jaga tak mustahil rahsia pas kelantan pun dia dok simpan. bahaya besar tu.
By: tapak sulaiman on November 7, 2009
at 2:00 am
mr arif… i think better u concentrate to ur work..
nothing happen and success under ur leadership in PMBK since ur as COO ….
we do business ….we need businesss…
but ..
and pls make clear about kickdefella as you said in entry.. pls detail it here on your blog … don’t hide in anynomous name.
if he danger to Kelantan ..let us know his detail..
By: satu malaya on November 12, 2009
at 12:24 am
Main agak2 dalam Islam berdosa…..pakai bomoh lagi x boleh…pakai…..Senang citer kita serah balik pada Allah Taala..siapa busuk perut …nak jahanamkan TGNA….?
Husam Musa….mungkin tahu siapa dalang sebalik wayang kulit itu.. Ada pepatah lama Benda Busuk di simpan lama2 berbua juga?
By: bikir perak 007 on November 7, 2009
at 2:27 am
BETUL2 BENDA BUSUK SIMPAN LAMA BERBAU JUGAK…MACAM KES ARIF FAHMI NI LA……….
By: persona non grata on November 9, 2009
at 6:21 pm
Assalamualaikum…
Semoga Allah merahmati kehidupan harian kita semua, semoga hari ini lebih baik dari semalam… Amiiiinn…
Apa yang cuba disiasat oleh SPRM? adakah berlaku penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan peruntukan? Kalau sekadar nak bongkar mengapa “menantu” TGNA bertugas di PMBKia adalah sesuatu yang tidak wajar. Semua orang tahu bahawa PMBK adalah sebuah agensi Kerajaan Negeri Kelantan yang memerlukan pegawai-pegawainya yang berkelayakan dan cekap serta amanah dalam memikul tanggungjawab dalam melaksanakan dasar Kerajaan negeri. Jadi jika siapa juga yang dilantik dengan memiliki kelayakan dan amanah untuk menjalankan agensi tersebut, ia adalah tidak salah dan bukan penyalahgunaan kuasa namanya.
Apakah apabila sesebuah agensi itu melantik seseorang yang ada pertalian keluarga yang berkelayakan dan boleh menjalankan tugasnya dengan baik dan boleh dipercayai kewibawaannya menjadi satu kesalahan atau jenayah? PMBK bukan sebuah agensi koporat, tetapi sebuah agensi Kerajaan. Mengapa mesti ada perasaan hasad dengki yang tidak berkesudahan dikalangan kita orang Melayu?
Apakah wajar dilantik orang yang tidak berwibawa, tidak berkelayakan dan tidak boleh dipercayai menerajui sebuah agensi Kerajaan Negeri demi melancarkan dasar Kerajaan untuk kepentingan awam?
Olehitu, mana-mana pihak yang sengaja hendak mengkucar kacirkan sesebuah institusi sama ada ia merupakan insitutusi pentadbiran, institusi keluarga, insitutsi siasah atau sebagainya, gunakanlah akal fikiran yang waras dan realistik kerana orang yang suka memporak perandakan rumah tangga orang lain, dibenci oleh Allah. Begitu juga pihak yang diarahkan atau diupah melaksanakan kerja mengkucar kacirkan itu, janganlah jadi boneka atau hamba sahaya yang membuta tuli diperalatkan dan diperbodohkan kredibiliti penubuhan Suruhanjaya itu sendiri. Sesebuah Suruhanjaya adalah ditubuhkan di bawah bidang kuasa Yang Di Pertuan Agong, janganlah dirosakkan dan dimalukan kewibawaan Seri Paduka Baginda dengan tindakan-tindakan yang tidak wajar dan diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu kerana ingin mengekalkan kuasa dengan cara yang tidak dihalalkan.
Wallahua’lam….
By: JeNtAyU on November 7, 2009
at 9:51 am
en arif en arif….ermmm
dahla..nape duk marah orang..
serah lah pada Allah…
bagusnya tulisan en arif tu
By: satu malaya on November 12, 2009
at 12:18 am
Bersabarlah. Ujian tu datang dari Allah swt walaupun angkara khianat manusia durjana.
Inilah Melayu Paria. Ada agama tapi bertindak macam kafir yang tak erti adab agama.
AKU pasti TGNA tetap tenang menghadapi semua angkara durjana ini. AKU sentiasa berdoa agar TGNA sentiasa berada di dalam lindungan Allah swt daripada khianat dan fitnah manusia durjana ni.
By: AKU on November 7, 2009
at 10:58 am
Bagaimana dengan perlantikan Hussein Onn oleh Tun Razak. Bukankah itu nepotisma?
By: mountdweller on November 7, 2009
at 11:22 am
Bro,
Tulis lah dgn ilmu sikit. Kalu setakat nak membodek aaf tu, buang masa aje. Nak termuntah baca alasan demo ttg kehebatan aaf. Cuba bagi bukti konkrit sikit, jgn cakap benda yang masih dalam awangan. Kalu salah ttp salah, tak ade org yg dengki dgn aaf, hanya dia takut dgn bayang2 sendiri, maklumlah banyak benda buat guna nama TGNA. TGNA tak tahu langsung pun. Tapi sbb terlalu pandai “baca” apa kononnya TGNA nak……
YOU REAP WHAT YOU SOW!
By: csi on November 7, 2009
at 2:44 pm
bro, kenapa takut sangat nak publish komen ana ni? Jangan berat sebelah. Kalu salah tetap salah. Jangan cepat buat kesimpulan tanpa habis siasatan SPRM. Jgn berprasangka buruk. Bukan amalan org Islam.
By: csi on November 7, 2009
at 3:46 pm
Tumpang lalu kwn2, minta tolong klik link dibawah….
http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a
By: Rossagisa on November 7, 2009
at 8:26 pm
Siapa Ariffahmi???
saya dah tanya kawan dia yang bekerja sepejabat dengan saya di kl, siapa ariffahmi??
pelajar yg hebat semasa dikampus, bijak berpidato dan berhujah, aktif berpesatuan, pernah jadi exco mmp utm, pernah jadi presiden pelajar kelantan d utm, mempunyai pandangan yg kritis dan kritikal dalam sesuatu perkara. seorang yang berkerja kuat untuk menjayakan misi dan objektif organisasi.
memang cgpa 2 lebih tapi dah dekat2 dengan 3 dah. Tupun sebab sibuk dengan tugasan jamaah di kampus. first class student pun kadang2 gagal dalam masyarakat, 2 tahun lepas menghabiskan MBA, 2004 dapat title profesional engineer (yang paling muda masa tu d kelantan) sedang buat PhD dalam bidang pentadbiran perniagaan tapi terpaksa di tangguh kerana PRU 2008.
kalu grad Cambridge @ oxford tapi tak faham islam buat apa. tak faham aspirasi tok guru lagi berat. lagi la kalau sembahyang pun tak cukup, minum arak dan berzina.
dia terlibat dengan kawan saya utk handle projek bernilai 350 juta di pelabuhan kelang pada mula2 kariernya sebagai jurutera. bukan calang2. bukan tukang potostat pelan…cerita kawan saya masa tu dia masih ingat ariffami antara 2 3 staff yang kerap kerja sampai subuh d pejabat utk jayakan projek.
yang penting tok guru percayakan dia dan punyai fikrah islam jelas serta memahami keperluan TGNA sebagai ketua kerajaan dengan dasar membangun bersama Islam. Dia naik pangkat bukan kuat bodek tapi melalui kerja keras, tanya la orang dalam pmbk, camana ariffahmi bekerja. tapi jangan tanya blogger murahan.
sumber dalaman pmbk pulak kata prestasi masa coo juga tak kurang hebat, dia berjaya bentuk pasukan pengurusan yang komitet utk planning jangka panjang pmbk, memang team ni boleh pergi jauh,,,cuma kita kena bagi masa skit kat dia. kalau tanya org makan gaji buta memang tak de yang baik. Projek2 PMBK semua dalan kemajuan yang baik . kena bagi masa la utk lihat kejayaan. Terdapat pelbagai inovasi dan kreativiti dalam semua kerja buat pasukan di pmbk yang dipimpin oleh ariffahmi.
tak betul dia tipu tok guru gaji dia 7 ribu masa d kl. nih adalah petikan ucapan anuar musa dalam dewan undangan negeri dulu..kalu anuar musapun nak pakai berat la…
memang ada sekumpulam manusia yang bekerja utk musnahkan karektor ariffahmi (corrector assassination)…org ini adalah org yang makan gaji buta dan terbuang d pmbk. org ini adalah org suruhan kepada pemimpin tertentu yang terdesak dan kepentingannya terhakis d pmbk.
usaha berterusan ini banyak jugak hasilnya sampai sebahagian org terutama YB YB, percaya ariffahmi begitu dan begini..tapi Allah maha adil. mungkin berkat kesabaran tok guru dan ariffahmi. perkara ini akan terbongkar juga. banyak tuduhan penyelewengan yang tiada asas lansung. hanya dengar cakap barua yang buat kerja jahat di pmbk.
kalau ariffahmi pecah amanah atau khianat kpd tok guru, kenapa siasatan dulu bpr tutup??? surat laporan kepada sprm yang terbaru hanya untuk mencetuskan kontoversi dan memburukkan lagi karektor ariffahmi yang telah berjaya menunjukkan bibit2 kejayaan d pmbk dalam tempoh singkat. dan yang penting umum perlu mengetahui bahawa 2 3 kerat manusia sanggup bersengkang mata utk menghalang kejayaan ini dicapai….
By: komputer buruk on November 9, 2009
at 9:07 am
SEPATUTNYA TOK GURU KENA PANGGIL SEMUA YANG TERLIBAT SIASAT ,INI TIDAK DOK MAIN DENGAR CERITA SEBELAH ARIF FAHMI JAH……JANGAN KENA BOMOH SUDAH…….
By: persona non grata on November 9, 2009
at 6:19 pm
betul ke semua ni.. huhu…
dah orangnya sendiri yang menulis ..tentulah semuanya hebat… jarang orang taip nama arif fahmi tu ariffahmi.. ariffahmi tu mmg ejaan tepat.. hehehe..
jarang orang tahu sedetail itu dari sorang kawan..
suspicious.. hipotesis sy.. arif sendiri yg tulis…
By: satu malaya on November 12, 2009
at 12:17 am
SPRM milik siapa?
Umno bn?
Pas/pakatan?
jawabnya?
VVIP jumpa kotak
VVIP tidak ada Pengawal
By: Kir Toyol on November 9, 2009
at 9:13 am
KALAU TAK ADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG.ALLAH ITU MAHA ADIL.KEPADA ARIF FAHMI SBB ITU ORANG TUA PESAN KALAU SUDAH TERBANG TINGGI JANGAN LUPA RUMPUT DIBUMI.DALAM KERJA MESTI ADA TAWADOK, INI TIDAK …..LUPA DIRI. ERRR KOMESYEN BERAPA PINK TURTURTLE DAPAT……. NAK SUKO BACO …
By: persona non grata on November 9, 2009
at 6:16 pm
Salam.
Betoi ke.
Betoi ke menantu jadi CEO.
Kalau betoi la.
Tak kena.
Memang tak kena.
Macam manalah boleh berlaku.
Sepatutnya, seharusnya.
Tak boleh berlaku.
Hai.
Takkan sampai macam tu.
Cair keulamakan.
Kita dah kata.
Pencenlah.
Pencen dari politik.
Berdakwahlah.
Tak mau.
Jangan sebab ni, tak mau cukuplah.
Secupak, segantang.
Tentu kita tahu.
Cukup tak cukup.
Ini dah jadi bergantang2.
Tapi orang2 PAS, baiklah.
Tak ada siapa kecam.
Semua takmau sentuh.
Takut tullah, kot.
Sekadaq pesan suruh pencen.
By: budak tadika on November 10, 2009
at 3:49 pm
..eh eh..kalau TGNAziz boleh lantik menantu sendiri jadi CEO PMBK masakan TUN Dr Mahathir tu bodoh yang teramat sangat tidak boleh melantik anak2nya jadi Menteri Kewangan atau Gabenor Bank Negara sebab anak2 beliau pun layak ada ijazah juga..22 tahun jadi Perdana Menteri pun masih tak dapat nak lantik anak2nya pegang jawatan tinggi dalam kerajaan atau GLC..nampaknya TGNAziz lebih cerdik daripada Tun…betul tak saudara Jentayu…
Hj Markoko
By: Hj Markoko on November 29, 2009
at 11:59 pm