Posted by: pinkturtle2 | November 7, 2009

213% Menolak PAS ! PAS perlu muhasabah..

00001216

Berbanding PRU12 dengan statistik yang menunjukkan 70% bersetuju dengan kebijaksaan strategi Pas,kajian kali ini menunjukkan kemerosotan sebanyak 20% dari aspek itu.Selain itu,sebanyak 50% yang berpendapat Pas bermasalah dari segi kepimpinan dalam parti.

Data Dr Abu Hasan Kenalpasti Kelemahan PAS

Data yang dikeluarkan Dr Abu Hasan Hasbullah,salah seorang panel dalam seminar politik Pas,menerusi kajiannya benar benar mengejutkan.

Beliau yang mengkaji pola demografi keadaan politik Pas menjelang PRU13 jelas menunjukkan satu usaha pembaharuan perlu dilakukan sekiranya Pas mahu mengekalkan kerusi sedia ada.

Data yang diperolehi merangkumi setiap lapisan masyarakat di seluruh Negara bagi mengkaji kestabilan politik Pas selepas pilihanraya yang lalu.

“Sudah tiba masanya masayarakat di Negara ini tanpa mengira destinasi politik masing masing untuk membincangkan  nasib nasib masyarat di Malaysia”,katanya.

Beliau turut menambah “Anggaplah penyelidikan saya ini satu pandangan membina.Saya setuju bahawa 1bentuk pemilihan, pembentukkan gerakan, pembangunan jentera bagi memastikan cita-cita Pas tercapai”.

Kajian menunjukkan golongan muda mengiktiraf sistem parti Pas,namun terdapat beberapa faktor  lain dalam pimpinan Pas yang menggusarkan mereka.

Walaubagaimanapun kedudukan Musyidul Am Nik Aziz Nik Mat sebagai pemimpin tertinggi parti itu diiktiraf dan masih kukuh di kalangan pendukung setia parti dan masyarakat umumnya.

Rata-rata pola yang dibentangkan berbentuk pyramid iaitu dengan peratusan tahap lemah yang sangat tinggi.

Ini meliputi semua aspek merangkumi pentadbiran,pimpinan,strategi politik dan ideologi parti itu sendiri.
Berbanding PRU12 dengan statistik yang menunjukkan 70% bersetuju dengan kebijaksaan strategi Pas,kajian kali ini menunjukkan kemerosotan sebanyak 20% dari aspek itu.

Selain itu,sebanyak 50% yang berpendapat Pas bermasalah dari segi kepimpinan dalam parti.

Kajian Dr Abu Hasan Abdullah turut menyentuh persepsi media yang meliputi media dari blog,jurnal dan juga facebook terhadap parti ini.

Data yang diperolehi amat mengejutkan kerana sebelum ini golongan media mula positif dengan Pas.

Namun,data terbaru menunjukkan peningkatan peratusan negative yang amat tinggi daripada media,iaitu sebnayak 213% penolakkan kepada parti ini.

Selain itu,kajian Dr Abu Hasan menunjukkan,tindakan Pas  bergabung dengan Pakatan Rakyat bagi memperkuatkan benteng melawan Umno menjelang PRU13 adalah wajar.

Namun,Pas tidak perlu bergabung membentuk sebuah Parti baru bersama Pakatan Rakyat kerana menurut Dr Abu Hasan,Pas mampu berdiri sendiri  sebagai satu parti yang kuat.

http://www.tvselangor.com


Respon

  1. Assalamualaikum.

    Syabas kepada PAS kerana berani menganjurkan seminar sebegini dan menjemput kedua-dua panel yangn berwibawa dan ikhlas dalam memberikan pandangan dan pendapat yang saya rasa mereka ingin melihat PAS lebih kuat, kukuh dan berintegriti dalam melayari dunia politik serta menjadi sebuah badan siasah yang telah mula diterima oleh semua pihak dan golongan masyarakat tidak kira muda atau tua, Islam atau bukan Islam… Syabash….

    Dengan pandangan-pandangan yang diberikan oleh kedua-dua panel itu (Dr Abu Hassan Hasbullah dan Dr Aziz Bari), maka wajarlah PAS mengambil iktibar dan terima pakai pandangan mereka berdua demi masa depan parti PAS untuk tidak mengecewakan atau menghampakan penyokong-penyokong seluruh Malaysia tanpa mengira bangsa dan agma serta peringkat umur. Jika PAS ingin berjaya, lakukanlah sesuatu yang lebih realistik, yang lebih rasional demi masa depan negara. “Bersih”kan atau “reformasi”kan semua kepimpinan dan akar umbi agar PAS terus relevan dan berfungsi sebagai “parti alternative” kepada UMNO. Jangan mudah melatah dan diperalatkan oleh sesetengah pihak yang ingin mendapat tempat dan populariti sehingga merosakkan integriti PAS itu sendiri.

    Jangan dilengahkan segala cadangan yang telah diputuskan untuk mewujudkan “sayap kanan” parti iaitu menjadikan kelab penyokong PAS dari kalangan bukan Islam malah lebih elok jika “sayap” itu diterapkan terus kedalam PAS disampingkan memperkukuhkan gagasan Pakatan Rakyat, elakkan pergeseran, wujudkan persefahaman yang lebih jitu dan harmoni. Kepada parti-parti gabungan iaitu DAP dan PKR, eratkan kerjasama dan jangan terlalu mengada-ngada bila bersama PAS sehingga dinampakkan diri sebagai “ingin” memperalat dan memperkuda PAS apabila diberi peluang memenangi sesuatu kerusi. Jangan ada perebutan kerusi dalam pilihanraya akan datang. PAS wajar mendapat lebih kerusi dari kedua-dua parti (DAP dan PKR) kerana dalam PRU12, DAP dan PKR menang kerana kekuatan PAS, bukan kekuatan DAP dan PKR itu sendiri.

  2. PAS jangan jadi jumud lah…….yang dok pi hentam Prof. Aziz Bari tu pasai apa? Dia bukan hentam PAS atau peribadi TGHH tapi dia bagi pandangan macam mana PAS boleh keluaq dari kemelut kepimpinan yang LESU, LEMBIK,NGANTUK….tak kan yang tu pun tak reti nak pikiaq…pasai tu laa kena muhasabah sikit ……ni sampai tak boleh nak kata apa lansung……awat? ada orang maksum kah dalam PAS tu?…….dan kepada Prof. Dr. Aziz Bari…..janganlah tak mau menulis lagi pasai PAS ni….buah fikiran Prof. amat dialu dan diperlukan…….harap taril balik cadangan tu…kepada rakan saya ABC tu cuba-cuba berlapang dada jangan dok panas baran sangat.

  3. haluuuuuuuuuuuuuuuuu

    tu la aku nak khabor…..pemimpin PAS Trangganu ni cerdik sikit jer pada kambing belakang rumah aku… Abu Bakar Buncit mmg dah monopous….tu yg panas jubuq tu… woiii bakar buncit….ko tu lebih baik kluaq PAS la malaun weiiiii…..org macam ko ni kalo di simpan pun buat prabis boreah jer…..
    aku rasa la ko ni…kalo dibuang ke laut pun ikan x nak makan ko nih..sebab ape daging ko tu busuk sangat!!!!!!!!!!

    KHAK TUIH!!!!!!!!

  4. jentayu,

    satu pandangan yang baik. namun dicemari dengan:

    “Kepada … DAP dan PKR, eratkan kerjasama dan jangan terlalu mengada-ngada bila bersama PAS sehingga dinampakkan diri sebagai “ingin” memperalat dan memperkuda PAS apabila diberi peluang memenangi sesuatu kerusi. Jangan ada perebutan kerusi dalam pilihanraya akan datang. PAS wajar mendapat lebih kerusi dari kedua-dua parti (DAP dan PKR) kerana dalam PRU12, DAP dan PKR menang kerana kekuatan PAS, bukan kekuatan DAP dan PKR itu sendiri.”

    (1) jangan terlalu mengada-ngada – amaran?
    (2) PAS wajar mendapat lebih kerusi – ugutan?
    (3) kerana kekuatan PAS, bukan kekuatan DAP dan PKR itu sendiri – sombong (riak)?

    beginikah cara kita berdepan dengan “realiti politik dalam negara bermasyarakat majmuk”. inikah cara “pendekatan politik Islam dengan syarat memelihara batas-batas muhallaf siasi (kerjasama politik) yang diizinkan oleh akidah, syariah dan akhlak”?

    http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=28392:pas-akan-terus-bersama-pakatan-hadi-&catid=14:beritakomentar&Itemid=100133

    yang pertama dan utama pas perlu terima hasil kajian dr abu hassan. kemudian bertindak memulihkan persepsi negatif terhadap pas. jangan ada lagi kajian kedua hanya untuk menangkis kajian ini. sebagaimana pernah berlaku kepada hasil survey merdeka centre yang mendedahkan penolakan rakyat terengganu terhadap kepimpinan. kajian kedua dibuat semata2 untuk ‘menyalahkan’ penemuan merdeka centre. pas terengganu terpaksa membayar harga yang tinggi kerana keengganan pemimpin tertentu menerima hasil kajian pertama.

    hasil kajian dr abu hassan mendedahkan penurunan sokongan kepada pas. pas perlu mendalami akan faktor2 yang telah menyebabkan terhakisnya sokongan terhadap pas. hanya dalam masa 20 bulan selepas pru 12. ia tidak bermula dari bawah.

    apa yang dibimbangi -imej pas tercalar – telah terbukti dengan hasil kajian tersebut. apakah pula ‘excuses” yang akan diroadshowkan kepada ahli2 selepas ini? akuilah kesilapan, jangan buang masa dengan roadshow lagi.

    kemana pergi hasil munaqasyah ucapan presiden selepas muktamar 54 dan 55? apa terjadi dengan keputusan muktamar 54 dan 55 sudah diketahui umum. yang menyumbang kepada kemerosotan sokongan terhadap pas! want to deny?

    apakah keputusan seminar 7 nov 09 mampu memulihkan imej pas? ucapan penggulungan presiden pada muktamar 54 dan 55 menekankan “memperkasakan pakatan rakyat”. ia disusuli dengan “meneruskan perbincangan dengan semua pihak…termasuk umno”.

    hari ini, presiden berkata “PAS akan terus bersama-sama dalam parti pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-PAS untuk memimpin rakyat ke arah perubahan yang hakiki” disusuli dengan “PAS perlu mengamalkan keterbukaan dalam mengadakan hubungan dengan semua pihak bagi membawa penyertaan yang memberi kemenangan kepada Islam, mengikut konsep dakwah dan siasah syariah.”

    saya bersyukur ke hadrat Allah swt dengan pendedahan dr abu hassan ini. kerana saya memohon kepadaNya agar peserta2 seminar khususnya dan ahli2 pas amnya, mendapat maklumat yang benar dalam kemelut yang sedang pas hadapi. ia bukan sesuatu dari langit tetapi dicipta sendiri. sudah terserlah apa yang cuba disembunyikan. tunjukkanlah kejantanan serta kegentlemenan anda!

    wallahu’alam

  5. ini agen UMNO/yahudi yang telah menggunakan statistic & membuat kajian berat sebelah untuk memutarbelit & menipu pemimpin/ ahli PAS yang wala & maksum. pandangan kajian ini mesti ditolak 200% kerana Dr Abu Hassan/ Prof Aziz Bari tidak ada tauliah untuk bercakap hal2 politik. mereka hanyalah ahli akademi yg bekerja dari pejabat yg empuk, tidak tahu penat-lelah pas selama ini.

    —–

    ps- hangpa tunggulah hukuman dari rakyat kat PR13 nanti…dah berbuih kami rakyat cakap tapi hangpa semua tak peduli, masih lagi macam katak bawah tempurung – PRIMITIF

  6. you want prove??!!! wait till the PR13 and you will see your prove from the rakyat themself. that time don’t you dare said that rakyat is stupit to choose BN because we rakyat has give PAS ample warning of what we want & don’t want.

    and since all pas members are soo primitif minded people, let me ramain you that :

    IN POLITIC PERCEPTION IS EVERYTHING

    pergilah buka buku strategy politic sikit, jangan asyik baca buku agama je, mana nak terbuka minda. Quran pun suruh kita BACA, BACA, BACA

  7. SIAPA YANG SEBENARNYA MENGUSAI POLITIK ?
    BIsmillahirhmanirrahim
    Hakikatnya POLITIK DEMOKRASI ALA BARAT di Malaysia sejak merdeka
    adalah acuan sistem WESTMINSTER.
    SISTEM POLTIK dan semua bidang masyarakat dan negara yang berkaitan dengannya, baik secara langsung dan tidak langsung, ujud tanpa dasar nilai agama, budaya kemsayarakatan. Ulasan ini dapat dibaca dalam berbagai penulisan yang mendasarkan tradisi kekuatan masyarakat,

    Ekonomi liberal bersufat memikiat NAFSU pemegang kuasa politik. Penguasa politik biasanya jadi alat “elite-kaya” dikenal juga dengan nama ‘KAPITALIS BESAR”. Mereka berkumpul mengusai KUASA POLITIK atau PEMERINTAHAN.
    Bidang keselamatan dan undang-undang penting sekali diawasi dan “dijaga”. Pengawasan dan penjagaan dilindung dengan pemerintahan yang tidak memisahkan kekusaan ekskutif, legislatif dan kehakiman.
    TIGA KUASA iaitu bentuk tiga dalam satu dikenal sebagai “TRIA JUNCTA IN UNO” . Pengusa sebenar adalah PLUTOCRATS. Pentadbirannya diisitlah kan sebagai “PLUTICRACY, GOVERNMENT BY THE WEALTHY”. Falsafahnya ialah KEBENDAAN atau materialism ; matlamat menghalalkan cara..
    Jadi orang politik yang lemah, bukan sahaja pemikiran mengenai logistik perjuangan, strategi dan langkhnya dhaif, mereka miskin harta, malah mudah tergoda….Begitu lama berjuang jalur dan kesan penerokaan kian bersimpang dan kelam. Apabila mereka memandu mereka lupa dengan keindahan kota yang ada “red light” dan iklan nion berwarna warni.
    [Mereka lupa bahawa mereka kena singgah di stesyin minyak, mereka kena pergi ke bengkel, kedai tayer yang kebanyakannya bukan kepunyaan Melayu.]
    [Umpama di rumah ketiadaan kotak obat malahan plaster digantikan dengan obat gigi...jika ada]
    Justeru itu, mereka mudah diperangkap dengan isu yang menarik “nafsu kebendaan” atas alasan yang “sentimental” berkait dengan unsur sosio-budaya malahan agama.

    PEMIMPIN yang lemah hanya berpuAs hati jika mereka jadi penumpang, bonceng (pillion riders). [Mereka lupa bahawa mereka kena singgah di stesyin minyak, mereka kena pergi ke bengkel, kedai tayer yang kebanyakannya bukan kepunyaan Melayu.]
    [Itulah jalan mudah atau jadi broker kuasa ; dan pengikutnya seperti ayam dan ucing sanggup “duduk dibawah meja memungut makanan yang dijatuhkan..” ]
    KEPUTUSAN politik sering dipaksa. Ia biasanya tidak dirunding secara ILMAIH dan jujur dengan anggota parti dan rakyat. Malahan juga rancangan segera (paksa) berkenaan diluar janji daripada MANIFESTO awal dalam pemilihan raya. Perihal ini dapat disemak dengan segala macam projek dan cagan kata yang muluk dan dikuti oleh lagu “phlawan” dan bujukan.
    Kacau-bilau, berbagai gejala dan penyakit masarakat, gaduh, merusuh, bakelahi, kemacitan sistem kehidupan atau runtuhnya berbagai projek malahan perang kecil dan PERANG DUNIA adalah berpunca daripada KEPUTUSAN POLITK.
    Kita boleh sebut bahawa dunia ini melalui begini rupa kesusuhan oleh angkara pemimpin yang lemah daya fikiran dan nafsu kebendaan. Pemimpin segelintir bermasaalah lantas membuat KEPUTUSAN POLITIK yang tidak diresetui oleh rakyat dan para ilmuan berwibawa. Umpamanya, mereka lebih bermegah dengan membangun menara “gajah putih” tetapi bukan hospital terkenal di dunia, meskipun ia seorang doktor ! dan rakyat yang menderita serangan berbagai jenis wabak .
    Perjumpaan ilmu, menyatakan masalah dan penawar melalui perbahasan, seminar dan forum. Jauhkan KEPUTUSAN POLITIK beberapa orang kerana ia telah memusnahkan jutaan manusiai dan makhluk isi dunia dan alam ini. Sejak zaman Adam dan Hawa sampai sekarang pun soal air dan tandas tidak selesai. Jutaan anak-anak yang tidak cukup makan dan tidak bersekolah. Lihat juga, antara lain, perangkaan “telus” di Malaysia mengenai buta huruf dan daya pendidikan penduduknya di luar bendar.
    LIHAT dan kaji apa yang berlaku dahulu dan sekarang ini disekeliling kita.
    Sekiani sahaja dahulu. ~Maaf. ~Aq

  8. Salam.

    Ni.
    213% data mana.
    Apa yang 100%.
    Tentu member kita keliru.
    great chief keliru.
    KeLiWoN kelliru.
    mat pun keliru.

    Rasanya dok berangan-angan.
    Dengan PRU 13.
    Tambah 2, jadi 213.
    Tambah peratus, jadi 213%.
    Gitu kot.

    Sekadaq dok gitu-gitu lah.

    • assalamualaikum

      kesian kat “budak tadika” hang belajaq matematik kat mana? 13 tambah dua jadi 213? pandai cikgu tadika hang ajaq no….. cerdik la tu… bila konvokesyen “tadika” hang?

    • Salam,

      Mesti dok layan kartun.

    • Salam KeLi.
      Salam great chief.
      Salam 1Malaysia.

      Nampak sangatlah.
      KeLi dan great chief tak tahu.
      Arithmetic.
      Algebra.
      Geometry.
      Trigometry.
      Calculus.
      Statistic.

      Yang depa tahu.
      Perturunkan sahaja.

      Kalau kata, perturun.
      Mungkin depa rasa sikit.

      Tapi.
      Kalau kata, cut & paste.
      Depa nanti syok.
      Depa ingat dah tahu English.
      Inilah akibatnya.
      Kat sekolah, tak PAS.
      Sekarang, baru nak PAS.
      Itu pun sebab nak syok juga.
      Sebab A, dalam PAS, Arab.

      Sekadaq jadi Melayu lah, ya.

      • Salam Hijau,

        Tak cukup tu.Hang kena tambah lagi.
        Thevenin’s Theorem,Norton’s Theorem,
        intergration,Binary,Ohm’s Law and
        Kirchhoff’s law.

        Tapi semua tu bagus cuma taklah
        sehebat mana kalau kita neglected
        ALLAH LAW bkn. BIG NONSENSE
        Hooligan’s law.

      • Melayu bodoh kayakan cina

  9. Rata-rata aku lihat majoriti amat bencikan Geng UG yang telah menyebabkan PAS dihina sedemikian rupa…
    Maka dinasihatkan sebenci manapun kita, bila tiba PRU ke 13 nanti, kita perlu pastikan calon PR seperti PAS, PKR dan DAP tetap disokong kecuali tiga-empat kerat Geng Perpaduan tu…

    Marahkan nyamuk, jgnlah kita bakar rumah yea…ingat tu!

    Apa2 pun pastikan Geng UG akan dikalahkan pada PRU akan datang…sekali lagi, ingat tu!!!

    • kalau depa manipulasi nama colon bertanding sepertimana yg hendak dibuat oleh pas selangor, hanya bagi geng dia je jadi wakil, alamat lingkuplah pas.

      Saya pun akan PASTIKAN PAS KALAH jika ini berlaku.

      BIAR DEPA INI SEDAR SIKIT SAPA RAJA & AHLI PAS BANGUN DAN SEDAR PENTINGNYA MEMILIH PEMIMPIN YANG BERKALIBER< HANGAN ASHIK MAIN WALA WALA JE

      • Kalau TGHH mencalonkan majoriti calonnya pada PRU akan datang adalah Geng UG…maka itu adalah tanda awal bahawa PAS akan terlingkup terus…bungkusss…

        Harapan ramai mahu melihat UBN karam pada PRU akan datang tidak akan jadi kenyataan…

    • Jika PAS masih bermain dengan rentak yang lama, lingkup la PRU-13.. Nsib baik rakyat msih ada pilihan parti pembangkang lain yang ahli-ahli parlimen melayunya nampak islamik dan ade fikrah. NGO-NGO islam, lpas ni bleh la calonkan wakil2 mereka pada parti keadilan. Kita perlukan calon PRU-13 yang profesional dan mempunyai tarbiyah islam.

      Klau ahli-ahli PAS xmampu mnukar kepimpinan, serahkan pada rakyat.. Biar rakyat tentukan.. Tnggu PRU-13..

      Pakatan Rakyat perlu bersedia untuk menerima kehilangan beberapa kerusi daripada parti PAS pada PRU-13. Nampaknya mungkin agak sayu sbab in-case klau PR menang peringkat federal, PAS akan jadi parti minoriti dalam pakatan.

  10. tn. presiden jgn lupa bahawa sebahagian pengkritik luar ada autority jgk dlm ‘bidang’ ini. mrk jgk profesional gak…..
    jgn jd mcm skuad bolasepak kebangsaan, x mau terima pandangan luar, kononnya profesional, akhirnya….kegagalan yg x sudah2

  11. MARI KITA LAKUKAN TRANFROMASI DI DALAM PAS

    Senarai jawatan yang dikehendaki:
    i. Timbalan Presiden PAS
    ii. Setiausaha Agung PAS
    iii. Pesuruhjaya PAS Selangor
    iv. Ketua Dewan Ulama PAS

    Cadangan:
    i. Y.Bhg Ustaz Azizan
    ii. Dr Syed Azman
    iii. YB Khalid Samad
    iv. “Bagi la kt sapa2 yg ok”

    Yang Kecewa,

    Yunus84
    —————-

  12. pas masih parti yang terbaik kalau nak banding kan dengan parti yang lain….perjuangan pas bukan dari luaran tapi yang paling penting dasar nya tidak lari dari al quran dan sunnah….lambat laun kebenaran akn terserlah perkasa kan parti jangan mudah melatah dengan provokasi….ingat pas bawa slogan islam….islam bukan agama setempat tapi untuk sejagat……

  13. Salam.

    Apa ada pada PAS.
    Kosong.

    Jiwa2 yang dah kosong.
    Yang cuba diisi.
    Tapi.
    Masih terasa kekosongan.

    Mana tidak.
    Masing2 cuba meyakinkan.
    Sebagai yang terbaik.
    Perjuangan bukan luaran.
    Tidak lari dari AlQuran dan Sunnah.
    Laungan Islam.

    Tapi, sebenaqnya.
    Zikir2 sudah tidak seirama.
    Zikir2 sudah terbantut.
    Zikir2 sudah mengecewa.
    Kosong ketaqwaan.
    Kosong keimanan.
    Kosong.

    Sekadaq kena cepat isi.

  14. Kapal dah nak karam………lekas-lekaslah lompat……

  15. Pas hanya pertubuhan berpaksikan Parti politik, sedangkan Islam yang dibawa oleh Rasulullah adalah menyeluruh.
    1-Rasulullah telah membina Aqidah,
    2-Rasulullah telah membina Rohaniah,
    3-Rasulullah telah membina ekonomi Islam
    4-dan Rasulullah telah membina Dakwah dan Perhubungan luar
    5-dan seterusnya Rasulullah telah membina Negara Islam untuk Umat Islam dan Yahudi.

    Sedangkan PAS masih tidak dapat membuktikan salah satu pun dari Kejayaan Rasulullah selama 50 tahun lebih, malah masih ditakuk lama.. Sekian.


Leave a response

Your response:

kategori